Ooohaa…
Tok Denan kata pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan samada pada April atau
Mei 2016 … satu berita yang amat mengembirakan buat orang-orang yang bermimpi untuk
menjadi calon YB .. tak kira geng-geng BN atau geng-geng Pakatan Rakyat. Bagi
YB-YB ADUN yang nama sudah diumumkan oleh Tok Denan … boleh tersenyum girang
dan meneruskan tugas serta tanggungjawab mereka dengan hati lapang .. tidur pun
nyenyak … bagi yang masih menunggu … hati sentiasa berdebar-debar samada masih
kekal sebagai ahli YB atau tidak … rasanya makan pun tak lalu … manakala bagi
yang bercita-cita untuk dicalonkan pastinya sedang berusaha untuk menonjolkan
diri.. mendekatkan diri dengan rakyat setempat … kalau dulu sibuk di
kota..mengurus kerja atau berniaga..kini lebih banyak masa untuk bersembang
bergurau senda menjenguk rumah-rumah rakan taulan atau menghulur bantuan ..
emmm … begitulah scenario di Sarawak pada masa ini .. kerana di sana sini orang
bercakap pasal nak jadi YB..nak jadi calon.. atau bercakap mengenai pilihan
raya negeri akan datang.
Bagi
aku apa yang amat menarik ialah .. musim ini musim menabur janji .. tak kira BN
atau Pakatan Rakyat .. kedua-duanya berusaha untuk meyakinkan pengundi mereka
mampu melaksana dan menunaikan janji-janji. Betul ke? Cuba periksa balik manifesto pilihan raya
negeri ke-10 lalu … tak kira yang menang atau yang kalah .. sudah tertunaikan
janji-janji yang ditaburkan kepada pengundi ?? BN mengatakan mereka telah
mengotakan janji ... tetapi berapa peratus sudah janji-janji itu ditunaikan ...
? aku tak kata mereka tak buat ... tetapi rasanya kawasan bandar lebih banyak
dapat kemudahan berbanding kawasan pedalaman .. walaupun 90 peratus kawasan
bandar di kuasai oleh DAP atau pun PKR ..sedangkan 90 peratus kawasan luar
bandar dikuasai oleh BN. Sejauh mana bekalan air bersih atau bekalan elektrik
24 jam dinikmati oleh pengundi-pengundi yang tak putus harapan mengundi BN ...
ataupun sebaik mana jalan raya menghubungkan kawasan mereka ... adakah ianya
seburuk Jalan Marudi –Miri atau pun Kapit yang sehingga kini masih ’terpisah’
dari tanah besar ... ?? Bukan mengungkit .. Cuma mengingatkan ... agar tidak
lagi menggunakan retorik dalam kempen-kempen akan datang. Sejujurnya ... ramai
pengundi semakin resah dan gelisah ... apatah lagi pengundi muda yang semakin
cerdik menilai ... bukan mereka tidak setia atau tidak bersyukur ... tetapi
perlu dinatakan dengan pembuktian ... bagi kawasan-kawasan yang sudah menerima
pelbagai pembangunan ..hasil usaha gigih wakil rakyat mereka ..tahniah .. YB
ADUN pasti menang bergaya ... tapi bagi kawasan yang janji tinggal janji ...
seperti pembinaan sebuah stadium bertaraf dunia... pasti sukar untuk menawan
hati pengundi lagi ...
Sama juga dengan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh PKR
dan DAP ... mereka tahu mereka tidak mampu menyediakan segalanya kerana mereka
tidak ada kuasa dan tidak ada dana ... tetapi mereka berjanji untuk mengubah
pemikiran rakyat melalui dialog, perjumpaan dan pemberian projek dalam skala
kecil ... dan DAP memang bekerja keras untuk menawan hati pengundi muda dengan
mengemukakan golongan profesional sebagai calon mereka. Agenda mereka
mudah..iaitu ubah dan tukarkan kerajaan ... beri mereka peluang untuk
memerintah .. sepertimana di Selangor dan Pulau Pinang ... justeru kepimpinan
BN Negeri jangan pandang rendah ... walaupun Tok Denan popular ... faktor Tok
Denan saja tidak mampu memberi impak kepada kekuatan SUPP yang ditentang oleh
UPP ... begitu juga kekuatan SPDP yang banyak bergantung kepada Tiong King
Sing..yang pasti dilawan hebat oleh TERAS ... PRS pula masih mempunyai ’aura’
PBDS tetapi kepimpinan Dayak hari ini sudah jauh berbeza ... ini bukan era Leo
Moggie ... ramai kaum Dayak yang terpelajar dan berpendidikan tinggi ... apatah
lagi PRS pasti akan ditentang oleh SWP yang diterajui oleh Larry Sng pemimpin
muda yang berjiwa besar ... kaya dan sentiasa membantu pengundi di kawasan nya
walaupun tidak lagi berjawatan sebagai YB.
PBB pasti mengenggam erat 40 kawasan ditandingi ..
bersandarkan populariti Tok Denan dan juga karisma beberapa pemimpin veteran
yang tidak pernah mengecewakan pengundi kawasan mereka ... pun begitu PBB perlu
juga tidak boleh leka dan perlu bertransformasi dengan mengketengahkan pemimpin muda,
profesional dan berwibawa. Ramai golongan profesional dikalangan ahli PBB ...
tak kira lelaki atau wanita ... tetapi harus diingat .. jangan sesekali
berjanji jika tidak mampu ditepati ... kerana ianya bukan sahaja menjejaskan
kredibiliti serta prestasi bakal-bakal YB malah juga parti ... perlu berhati-hati
kerana hari ini ... era digital..era internet yang mudah merakam segalanya ... banyak
contoh menteri dan YB yang terlepas cakap ... boleh jadi viral ... akhirnya
memakan diri ...
Ahhaaaa!! ... jangan tabur janji sesuka hati ...