CM
Sarawak, Tok Nan telah mengumumkan beberapa nama YB yang akan terus dikekalkan
sebagai calon BN dalam pilihan raya negeri akan datang. Alasan Tok Nan amat
mudah iaitu mereka telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik dan
berkesan.. dan pada aku ianya satu pengiktirafan oleh CM Sarawak kepada YB-YB
yang sentiasa memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan rakyat di
kawasan. Pun begitu bagaimana pula dengan YB-YB yang hanya aktif bila musim
pilihan raya dah hamper tiba? Adakah mereka juga akan dikekalkan atau akan
diganti dengan calon yang lebih baik ? Tidak mustahil ada juga YB yang hanya
turun padang apabila musim pilihan raya dah dekat .. setaun agi .. baruk la nak
turun nanggar kawasan .. yang sebelum tuk ..susah benar orang kampong atau
pengundi kawasan nak nanggar muka .. satu perkara biasa .. dan sik mustahil
juak ada YB yang benar-benar berkerja keras..turun padang dan berusaha sebaik
mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat..dan YB-YB macam ini patut
dikekalkan .. Tok Nan ada juga menyebut.. tiada ahli Parlimen akan dicalonkan
sebagai calon BN … adakah Pengerusi TERAS, Dato Sri William Mawan akan
digugurkan sebagi calon di kawasan Meluan dan diganti dengan orang baru ? Jika
ya..calon parti manakah yang akan diberi tiket untuk bertanding di atas
kapasiti BN Sarawak ? TERAS atau SPDP ? Kedua-duanya sama-sama mengatakan
mereka parti BN dan yang sah ialah SPDP sedangkan TERAS .. apakah statusnya
dalam BN?
Satu
polemik yang bakal menjadi PELUANG kepada calon-calon dari parti lain seperti
SWP (Sarawak Workers Party) , DAP maupun PKR. Itu pun sekiranya ketiga-tiga
parti itu tidak bergabung sebagai sebuah pakatan yang pada dasarnya akan
mencabar BN di negeri Sarawak nanti. Jika apa yang diperkatakan oleh Tok Nan
itu diambil kira..maka kesemua YB yang sedia ada akan dikekalkan tanpa mengira
mereka adalah dari TERAS maupun UPP yang merupakan parti serpihan SPDP dan juga
SUPP. Persoalan nya sejauh mana SUPP dan SPDP akan berkompromi dengan situasi
ini kerana hampir kesemua calon yang sedia ada merupakan bekas ahli kepada
kedua-dua parti berkenaan. Apakah PRN Sarawak yang ke 11 ini nanti menyaksikan
pertandingan terbuka di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh UPP, TERAS, SPDP
dan juga SUPP. Jika itu berlaku, sejauhmana peluang mereka untuk mengekalkan kawasan
untuk kepentingan BN sedangkan mereka akan berdepan satu pakatan yang juga
tidak kurang hebat, iaitu pakatan antara PKR, DAP dan juga SWP(jika mereka
ingin menumbangkan calon-calon BN nanti ). Berdasarkan satu kajian oleh
University Malaya (31 mac, 2011) terdapat 310 ribu atau 33 peratus pengundi di
Sarawak ialah pengundi muda dan bilangan nya mungkin meningkat dalam tahun
2015. Apakah pengundi muda di Sarawak akan terus menyokong BN atau pun akan
beralih arah kepada pihak pembangkang berdasarkan pelbagai isu yang sering
melanda BN pada ketika ini. Adakah faktor Adenan Satem, CM Sarawak yang
dikatakan ‘sempoi’ .. ‘walk the talk’ yang mentadbir Sarawak dengan cara
‘Adenan Way’ menjadi kekuatan BN untuk mempengaruhi pengundi muda
memilih BN dalam PRN akan datang.
Do
it Adenan Way merupakan slogan atau hastag yang
popular yang boleh menjadi war cry untuk BN Sarawak kerana banyak
perkara-perkara positif yang telah dilakukan oleh Tan Sri Adenan untuk Sarawak
sejak beliau memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri daripada Pehin Sri
Taib Mahmud. Ada juga yang mengatakan sebahagian kaum Cina mula kembali memberi
kepercayaan kepada BN dan ini amat membimbangkan DAP yang seakan-akan mula
hilang pengaruh dikalangan orang-orang Cina. Ada juga sebilangan kecil YB DAP
memuji cara Adenan Satem menangani masalah negeri Sarawak terutamanya berkaitan
dengan pembangunan luar bandar. Sejauh mana Do It Adenan Way mampu drums up
the excitement of the peoples and gain their support hanya dalam
pilihanraya akan membuktikan nya. Apa pun seketika ini dan di masa ini rakyat
semakin yakin dan percaya Adenan Satem akan memacu negeri Sarawak kearah lebih
banyak kejayaan. Hubungan baik dan keakraban yang ditunjukkan oleh kerajaan
pusat juga boleh menjadi factor penentu untuk kejayaan yang lebih besar untuk
negeri Sarawak.
No comments:
Post a Comment