Monday, December 14, 2015

#PRN Sarawak : Musim Menabur Janji

Ooohaa… Tok Denan kata pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan samada pada April atau Mei 2016 … satu berita yang amat mengembirakan buat orang-orang yang bermimpi untuk menjadi calon YB .. tak kira geng-geng BN atau geng-geng Pakatan Rakyat. Bagi YB-YB ADUN yang nama sudah diumumkan oleh Tok Denan … boleh tersenyum girang dan meneruskan tugas serta tanggungjawab mereka dengan hati lapang .. tidur pun nyenyak … bagi yang masih menunggu … hati sentiasa berdebar-debar samada masih kekal sebagai ahli YB atau tidak … rasanya makan pun tak lalu … manakala bagi yang bercita-cita untuk dicalonkan pastinya sedang berusaha untuk menonjolkan diri.. mendekatkan diri dengan rakyat setempat … kalau dulu sibuk di kota..mengurus kerja atau berniaga..kini lebih banyak masa untuk bersembang bergurau senda menjenguk rumah-rumah rakan taulan atau menghulur bantuan .. emmm … begitulah scenario di Sarawak pada masa ini .. kerana di sana sini orang bercakap pasal nak jadi YB..nak jadi calon.. atau bercakap mengenai pilihan raya negeri akan datang.

Bagi aku apa yang amat menarik ialah .. musim ini musim menabur janji .. tak kira BN atau Pakatan Rakyat .. kedua-duanya berusaha untuk meyakinkan pengundi mereka mampu melaksana dan menunaikan janji-janji. Betul ke? Cuba periksa balik manifesto pilihan raya negeri ke-10 lalu … tak kira yang menang atau yang kalah .. sudah tertunaikan janji-janji yang ditaburkan kepada pengundi ?? BN mengatakan mereka telah mengotakan janji ... tetapi berapa peratus sudah janji-janji itu ditunaikan ... ? aku tak kata mereka tak buat ... tetapi rasanya kawasan bandar lebih banyak dapat kemudahan berbanding kawasan pedalaman .. walaupun 90 peratus kawasan bandar di kuasai oleh DAP atau pun PKR ..sedangkan 90 peratus kawasan luar bandar dikuasai oleh BN. Sejauh mana bekalan air bersih atau bekalan elektrik 24 jam dinikmati oleh pengundi-pengundi yang tak putus harapan mengundi BN ... ataupun sebaik mana jalan raya menghubungkan kawasan mereka ... adakah ianya seburuk Jalan Marudi –Miri atau pun Kapit yang sehingga kini masih ’terpisah’ dari tanah besar ... ?? Bukan mengungkit .. Cuma mengingatkan ... agar tidak lagi menggunakan retorik dalam kempen-kempen akan datang. Sejujurnya ... ramai pengundi semakin resah dan gelisah ... apatah lagi pengundi muda yang semakin cerdik menilai ... bukan mereka tidak setia atau tidak bersyukur ... tetapi perlu dinatakan dengan pembuktian ... bagi kawasan-kawasan yang sudah menerima pelbagai pembangunan ..hasil usaha gigih wakil rakyat mereka ..tahniah .. YB ADUN pasti menang bergaya ... tapi bagi kawasan yang janji tinggal janji ... seperti pembinaan sebuah stadium bertaraf dunia... pasti sukar untuk menawan hati pengundi lagi ...

Sama juga dengan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh PKR dan DAP ... mereka tahu mereka tidak mampu menyediakan segalanya kerana mereka tidak ada kuasa dan tidak ada dana ... tetapi mereka berjanji untuk mengubah pemikiran rakyat melalui dialog, perjumpaan dan pemberian projek dalam skala kecil ... dan DAP memang bekerja keras untuk menawan hati pengundi muda dengan mengemukakan golongan profesional sebagai calon mereka. Agenda mereka mudah..iaitu ubah dan tukarkan kerajaan ... beri mereka peluang untuk memerintah .. sepertimana di Selangor dan Pulau Pinang ... justeru kepimpinan BN Negeri jangan pandang rendah ... walaupun Tok Denan popular ... faktor Tok Denan saja tidak mampu memberi impak kepada kekuatan SUPP yang ditentang oleh UPP ... begitu juga kekuatan SPDP yang banyak bergantung kepada Tiong King Sing..yang pasti dilawan hebat oleh TERAS ... PRS pula masih mempunyai ’aura’ PBDS tetapi kepimpinan Dayak hari ini sudah jauh berbeza ... ini bukan era Leo Moggie ... ramai kaum Dayak yang terpelajar dan berpendidikan tinggi ... apatah lagi PRS pasti akan ditentang oleh SWP yang diterajui oleh Larry Sng pemimpin muda yang berjiwa besar ... kaya dan sentiasa membantu pengundi di kawasan nya walaupun tidak lagi berjawatan sebagai YB.

PBB pasti mengenggam erat 40 kawasan ditandingi .. bersandarkan populariti Tok Denan dan juga karisma beberapa pemimpin veteran yang tidak pernah mengecewakan pengundi kawasan mereka ... pun begitu PBB perlu juga tidak boleh leka dan perlu bertransformasi dengan mengketengahkan pemimpin muda, profesional dan berwibawa. Ramai golongan profesional dikalangan ahli PBB ... tak kira lelaki atau wanita ... tetapi harus diingat .. jangan sesekali berjanji jika tidak mampu ditepati ... kerana ianya bukan sahaja menjejaskan kredibiliti serta prestasi bakal-bakal YB malah juga parti ... perlu berhati-hati kerana hari ini ... era digital..era internet yang mudah merakam segalanya ... banyak contoh menteri dan YB yang terlepas cakap ... boleh jadi viral ... akhirnya memakan diri ...


Ahhaaaa!! ... jangan tabur janji sesuka hati ... 

No comments:

Post a Comment