Baru-baru
ini kecoh beberapa orang pejuang Bahasa Melayu dengan pengumuman CM Adenan
bahawa Sarawak akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi selain
Bahasa Malaysia. Ramai dikalangan pejuang Bahasa Melayu mengecam tindakan CM
Adenan tu dan menyifatkan tindakan nya sebagai memusnahkan usaha-usaha untuk
mempertahankan bahasa itu di tanah air sendiri. Ada pula yang mengatakan
tindakan CM Adenan itu menjatuhkan martabat Bahasa Melayu. Malah Penasihat
Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim mengatakan langkah yang diambil oleh
Kerajaan Negeri Sarawak itu sebagai menimbulkan bibit-bibit perpecahan dalam
kalangan masyarakat(Malaysiakini, 23 Nov.2015). Mempertahankan tindakan CM
Adenan, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah
Abdullah berkata Bahasa Malaysia akan tetap menjadi Bahasa kebangsaan di
Sarawak manakala Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua. Menurutnya Sarawak tidak
pernah mengatakan tidak akan menggunakan Bahasa Malaysia, malah katanya
penekananan dwibahasa di Sarawak adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia agar penggunaan kedua-dua bahasa diberi penekanan yang sama
(BP Online, 26 Nov.2015).
Ramai
juga netizen yang bersetuju dengan langkah yang diambil oleh CM Adenan kerana
selama ini pun di Sarawak sebahagian besar penduduk nya berkomunikasi dengan
dwibahasa. Aku pelik kenapa ramai yang begitu ‘resah’ dan kalut bila kerajaan
negeri Sarawak mengambil langkah tersebut sedangkan di beberapa kementerian
persekutuan Bahasa pengantar atau komunikasi dikalangan warga mereka ialah Bahasa
Inggeris! Malah dalam mesyuarat tertentu memang diadakan dalam Bahasa Inggeris
atau dwibahasa. Malas la aku nak sebut kementerian mana kan… tapi lihat la pada
domain atau alamat laman web atau emel mereka. Kalau Kementerian Pendidikan ..
mereka gunkana singkatan moe, iaitu ministry of education , Kementerian
Pendidikan Tinggi pula mohe, iaitu ministry of higher education dan beberapa
kementeria lain. Justeru aku rasa amat hairan bagaimana sesetengah pejuang Bahasa
melayu tak tegur kementerian-kementerian ini atau beberapa jabatan yang masih
menggunakan Bahasa inggeris untuk alamat emel merekan atau mereka sendiri tak
sedar??? …
Aku
bukan la nak mengagungkan Bahasa Inggeris … tetapi hakikatnya pada hari ini
semakin ramai dikalangan graduan dari institusi pengajian tinggi awam …memang
lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris.. malah banyak sangat kesalahan grammar
dalam penulisan selain sumbang mambang apabila bercakap dalam Bahasa Inggeris. Ini
berlaku kerana ada pensyarah atau guru yang tak mahir dalam Bahasa inggeris di
beri tanggungjawab mengajar Bahasa Inggeris di institut, kolej maupun di
sekolah menengah. Aku pernah melihat sendiri bagaimana salah seorang anak aku
mendapat gred A daripada pensyarah sebuah politeknik sedangkan bila aku periksa
Bahasa Inggeris yang digunakan banyak grammatical mistakes. Samada
pensyarah berkenaan tidak memeriksa dengan teliti ataupun pensyarah berkenaan
memang tidak tahu berbahasa inggeris .. itulah pandangan aku.. sungguh kasihan
kerana impak kepada penilaian tersebut ialah pelajar langsung tidak boleh
berbahasa inggeris dengan baik …
Penguasaan Bahasa Inggeris
yang lemah pada pandangan aku juga merupakan salah satu faktor kenapa ramai
graduan kurang konfiden diri apabila bersoal jawab dalam temuduga pekerjaan. Perasaan
rendah diri boleh menjadikan seseorang itu kurang keyakinan diri … dan kurang
keyakinan diri menyebabkan semakin ramai graduan tidak mampu menarik minat
majikan agar mengambil mereka sebagai pekerja meskipun mereka mempunyai CGPA
yang hebat. Kadang-kadang aku nak tergelak juga mendengar beberapa 'so-called' pegawai atasan yang hebat bercakap dalam bahasa inggeris yang tunggang terbalik..diction yang salah.. grammar apatah lagi ... dan aku tabik juga beberapa ketua jabatan yang cukup mahir menguasai bahasa inggeris ... dan menggunakan nya dalam mesyuarat-mesyuarat di peringkat tertinggi.. aku sendiri pun kekadang tersasul juga ... maklum laa.. lama dah tak guna bahasa inggeris samada dalam pertuturan harian atau pun dalam penulisan... bukan nak mengagungkan bahasa itu tetapi bahasa inggeris merupakan bahasa pengantar yang aku gunakan sejak dari Darjah Satu ... dan aku teringat guru ku.. Cikgu Inggu .. yang akan menghukum mana-mana anak murid nya yang menggunakan bahasa lain selain bahasa inggeris dalam pertuturan harian semasa di sekolah... memang dia amat serius ..tetapi dialah yang mendidik aku sehingga kami mahir menguasai bahasa tersebut..
Apa
pun pandangan orang terhadap tindakan CM Adenan pada pandangan aku, langkah
yang diambil nya sangat baik dan memberi manafaat kepada seluruh anak Sarawak.
Sarawak yang mempunyai puluhan etnik yang berbeza bahasa pertuturan sejak dulu
lagi memang sudah mengamalkan dwibahasa, iaitu samada menggunakan bahasa
inggeris atau bahasa melayu untuk berkomunikasi. Salute CM Adenan kerna
berani mencetuskan perubahan yang mungkin tidak disenangi oleh sebahagian
pemimpin persekutuan. We are all behind you CM Adenan!
No comments:
Post a Comment