CM
Adenan dah nyatakan pilihan raya negeri Sarawak berkemungkinan besar diadakan
pada bulan April atau Mei 2016, menurut laporan Borneo Post. Beliau mengatakan
demikian semasa perjumpaan dengan semua Setiausaha Politik semalam. Baru-baru
ini Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan akan menampilkan 10 muka
baru dalam pilihan raya akan datang. Calon muka baru ini akan bertanding di
kerusi DUN yang diwujudkan selepas persempadanan semula diluluskan oleh Dewan
Rakyat baru-baru ini selain mengantikan ADUN PBB yang telah menyatakan hasrat
untuk tidak bertanding atau lebih tepat tidak mempertahankan kerusi yang
dimenangi pada trahun 2011. Kepada ADUN yang telah bersedia untuk bersara dan
melepaskan jawatan mereka , TAHNIAH kerana sentiasa berfikiran terbuka dan
mampu memberi ruang kepada orang lain untuk menjadi wakil rakyat. Alhamdulillah
masih ada ahli-ahli Yang Berhormat bersedia melepaskan ‘gelaran Yang Berhormat’
kerana kecintaan serta memberi keutamaan terhadap parti dan juga negeri
berbanding kepentingan peribadi. Keputusan ahli-ahli Yang Berhormat sebegini
harus dihormati dan disegani kerana TIDAK RAMAI yang mampu melepaskan jawatan
mereka.. tidak ramai yang mahu melepaskan kuasa mereka .. tidak ramai yang mahu
kehilangan status dan juga segala kemudahan yang mereka terima sebagai Ahli
Yang Berhormat setelah sekian lama duduk dipersada yang menjadi rebutan ramai.
Kita patut tabik dan segani pemimpin seperti ini.
Ketika
ini ramai yang sudah melobi dan mula mendekatkan diri dengan pucuk pimpinan
parti malah sanggup menaja itu dan ini dengan harapan dipilih sebagai calon
untuk pilihan raya akan datang. Dah ramai mula menonjol diri di khalayak
ramai.. menghadiri majlis keramaian orang kampong dengan harapan nama menjadi
sebutan orang tempatan. Musim ini musim melobi di Sarawak .. ahli parti, ahli
perniagaan dan bermacam-macam jenis orang yang merasakan diri mereka ‘layak’
sebagai calon, khususnya di kawasan-kawasan DUN yang baru. Di laman media sosial
seperti facebook.. ramai yang dah tonjolkan diri … kesibukan disana sini.. tersenyum
lebar apabila digelar bakal YB … ya .. BAKAL YB … sepertimana aku kata tadi..
aku tabik ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan hasrat untuk berundur
seperti ADUN Tamin, Joseph Mauh yang terus terang mengatakan akan mengundur
diri untuk memberi peluang orang lain pula merasa menjadi YB atau wakil rakyat…
tapi berapa ramai dikalangan YB yang ‘gentleman’ seperti itu … baru nak disebut
akan diganti .. pasti sudah mengamok disana sini … seolah-olah jawatan YB itu
akan kekal hingga ke mati .. dan ada pula jika boleh..dipindah ke anak
bini..seolah-olah.. jawatan YB itu satu tradisi.. satu dinasti … dan bukan
untuk dikongsi dengan orang lain yang lebih layak lagi!! … bagi YB yang telah
banyak berbakti..membawa perubahan, pembangunan serta kemajuan di kawasan..
walaupun sudah berpuluh tahun sebagai wakil rakyat … kita harus bersyukur
kerana ada YB yang kuat bekerja ..membantu masyarakat dengan seadanya … turun
kawasan bila terluang waktu .. YB begini kita sanjungi .. tetapi andai ada YB
yang hanya datang setahun sekali, tabor janji sana sini tak pernah tepati.. dah
jadi YB berpenggal-penggal … lima enam kali .. tapi kawasan tetap macam dulu
lagi .. rasanya elok la mengundur diri … bagi ruang orang lain mengganti ..
berundur secara terhormat ..pasti jasa-jasa akan dikenangi … walaupun sedikit
sekali …
Masa
ini semua parti politik .dalam BN cuba tonjol siapa yang layak dapat kawasan
baru dan ada parti pecahan yang merasakan diri mereka masih BN lagi ..walaupun
secara hakiki atau secara rasmi mereka bukan ahli BN .. yang jelas TERAS dan
UPP .. mempunyai YB-YB ADUN yang menang atas tiket SPDP dan juga SUPP. Apakah
nasib mereka nanti samada mereka akan terus dicalonkan atas tiket BN atau atas
tiket TERAS dan UPP kerana jelasnya tiga parti komponen, iaitu PRS, SPDP dan
SUPP tidak sama sekali membenarkan mereka mengambil kawasan yang telah mereka
menangi dulu atas kapasiti calon BN. Pasti CM Adenan ada magis atau trick untuk
pasti semua pihak happy happy .. dan win-win situation demi
negeri Sarawak .. tetapi sejauhmana SUPP dan SPDP untuk berkompromi sukar
dibayangkan kerana pada padangan aku .. ADUN-ADUN yang keluar parti telah ‘mengkhianati’
janji dan perjuangan mereka kerana menuntut kuasa dan kepentingan peribadi.
Maaf itu la pandangan aku … kerana mereka tidak berbeza dengan Mat Sabu yang
keluar PAS dan menubuhkan Amanah .. atau geng-geng yang menubuhkan PKR
..semuanya hanya kerana kuasa ..dan kepentingan diri .
Apa
pun aku bukan orang politik dan aku melihat perpecahan dalam parti komponen
hanya akan terus melemahkan komponen BN dan memperkukuhkan pihak yang
menentang. Jika benar berjuang di atas kehendak rakyat dan memberi kepentingan
kepada negeri , kenapa perlu berpecah … meskipun berbeza pandangan. Ingat
kata-kata Sun Tzu “an angry man can later become happy, a resentful man
become pleased, but a kingdom once destroyed can never be restored nor the dead
be brought back to life”. Apabila komponen lemah, mudahla orang lain untuk
mengambil kesempatan dan kemenangan. Jika benar-benar memberi kepentingan
kepada parti dan negeri, turun la.. bersara la dengan cara terhormat … jangan
sampai di ‘bersarakan’ oleh rakyat yang muak dengan pelbagai janji yang tidak
ditepati … dan sekali lagi aku salute..aku tabik kepada semua ahli YB yang
telah menyatakan hasrat untuk berundur … semoga mereka ini terus disegani dan
diberi kesihatan yang baik agar dapat terus menyumbang dalam komuniti..
No comments:
Post a Comment