Friday, April 18, 2014

WARAS Ke ?

‘Waras ke?’ kata seorang ahli YB menyapa hadirin dalam satu majlis..aku tersentap dan dalam hati berkata ‘biar betul YB nie?’ Dalam gelak tawa ramai juga yang menjawab ‘waras’ … dan aku lihat YB tersebut tersengih dan dengan selamba berkata ‘Alhamdulillah ..syukur ..kerana masih ramai lagi warganegara yang berfikiran waras ..walau pun semakin ramai dikalangan kita sudah hilang keWARASan nya..sudah lupa untuk mengucap syukur ..sudah tak ingat nak ucapkan terima kasih ke atas apa yang kita perolehi dan nikmati’.. begitulah pembuka bicara ..seorang pemimpin di atas pentas satu majlis ilmu … dan ketika itu aku juga tersenyum simpul baru mengerti maksud tersirat kepada sapaan awal YB itu tadi … ya aku masih WARAS!!...

Aku masih WARAS untuk mengucap syukur kepada Allah S.W.T setiap pagi ..ke atas segala nikmat yang diberikan nya..membolehkan aku masih bernafas .. memberikan aku kekuatan untuk menggerakkan anggota badan ku ..memberikan aku kesihatan fizikal dan mental …dan memberikan aku segala kebajikan untuk aku terus hidup menyara isteri serta anak-anak ku … ya dan aku masih WARAS untuk berterima kasih kepada negara ku yang aman damai …tidak dilanda bencana besar..tidak di selaputi huru hara ..tidak dihujani derita seperti yang berlaku di Syria, Palestin, Benua Afrika … dan sedihnya ada dikalangan manusia negara kita sudah hilang keWARASan mereka… mereka hilang keWARASan mereka apabila mereka sewenang-wenangnya mampu berseloka bersenda gurau dengan kematian orang lain … mereka hilang keWARASan mereka apabila mereka bergelak tawa di atas kesengasaraan orang lain … dan mereka hilang keWARASan mereka apabila mereka mempolitikkan isu berkaitan kematian ..dan menunding jari kepada orang lain.. mereka hilang keWARASan mereka apabila mereka langsung tidak sensitif kepada kesedihan yang ditanggug orang lain … kerana mereka hanya mementingkan ‘political mileage’ … mereka hanya mementingkan diri mereka …

Mereka hilang keWARASan apabila mereka masih lagi memikirkan untuk mempertahankan ‘hak eksklusif’ mereka …dan mereka hilang keWARASan apabila tidak membenarkan orang lain ..selain mereka ..menggunakan bahasa yang mereka gunakan untuk agama mereka .. dan mereka hilang keWARASan apabila mereka sudah berani menjatuhkan hokum hakam …walaupun mereka tahu itu bukan hak atau priviledge mereka.. pada aku mereka ini tidak layak digelar pejuang ..kerana mereka lebih suka menimbulkan kontroversi …mereka lebih suka melihat rakyat berpecah belah di atas prinsip yang mereka cipta ..bukan yang mereka diberi kuasa.. pada aku mereka inilah pengkhianat kepada perpecahan bangsa …. Perpatah Jepun mengatakan ‘the reputation of a thousand years maybe determined by the conduct of one hour’ yang membawa maksud segala usaha murni..usaha perpaduan..usaha penyatuan berpuluh tahun lalu boleh musnah dengan sekelipn mata’ jika pemerintah masih membenar atau mentutp sebelah mata kepada golongan yang ekstrim bersuara dalam negara ini … menjadi jaguh kepada sesuatu yang mampu memusnahkan bangsa dan negara bukan jaguh namanya … kerana …negara ini bukan milik satu bangsa ..negara ini bukan milik satu agama …. negara ini milik semua yang bergelar Warganegara …… apa pun fahaman politik mereka ..apapun agama kepercayaan mereka …



KeWARASan minda menjulang pemimpin sebenar ….KeWARASan tindakan membuktikan pemimpin yang unggul … kerana hanya pemimpin yang bertindak mengikut akal ..yang bertindak tanpa akal ..tanpa berfikir adalah golongan yang mengangkat diri mereka sebagai pemimpin..yang berperasaan diri mereka adalah pemimpin…yang menganggap diri mereka adalah pemimpin… dan yang ingin benar menjadi pemimpin dan ingin dianggap sebagai pemimpin…..


Jadi WARAS ke kita hari ini? …fikir-fikirkan …

Thursday, April 17, 2014

Celupar

Emmmm…rasanya pasti tertanya-tanya apa cerita Celupar ? Tiba-tiba rasa nak menulis mengenai mulut Celupar ..atau dalam bahasa lain Sedap Cakap Ikut Rasa atau Mulut Jahat… kalau ikut takrifan dari Dewan Bahasa dan Pustaka .. Celupar ialah kelanjuran (mula baca ingat ketelanjangan..he he) … perihal terlanjur, keterlaluan … berkaitan dengan tutur kata atau percakapan… banyak cerita Celupar sebenarnya.. ada yang bagus..ada yang tak bagusnya …sebab itu orang-orang dulu berpesan Terlajak Perahu Boleh Diundur..Terlajak Kata Binasa Padahnya… Keceluparan manusia ini bukan satu penyakit atau sindrom yang berjangkit..tetapi suatu habit atau sikap semulajadi dalam diri seseorang yang sukar dikawalnya ..terutama apabila emosinya terganggu atau perasaan nya disakiti .. pun begitu keceluparan boleh berlaku kerana kurangnya pendidikan dan juga pemahaman ke atas perasaan orang lain atau kurang sensitiviti kepada persekitaran … dan keceluparan berlaku kerana memang perangai semulajadi seseorang individu itu sendiri …

Orang yang suka menabur fitnah.. atau menyebarkan aib orang lain..atau mengatakan orang lain juga boleh dianggap Celupar kerana suka-suka memperkatakan atau menjaga hal orang lain … dan keceluparan jenis ini amat bahaya kepada orang yang menjadi sasaran nya …kerana boleh menjatuhkan maruah atau memalukan orang itu …ianya juga bahaya dari segi fizikal kepada orang yang bermulut Celupar andainya orang yang menjadi sasaran nya mengenalpasti identiti si Celupar. Tahap kebahayaan itu …boleh mendatangkan kecederaan..atau pun paling tidak terpaksa berjawab di dalam kamar mahkamah … dan banyak kali kita lihat..tengok dan dengar bagaimana keceluparan pemimpin politik kedua-dua pihak …berakhir di mahkamah…dan juga artis-artis yang bermulut tempayan yang suka-suka mencari publisiti murahan dengan mengatakan rakan artis lain… dan kalau kita baca beberapa komen dalam laman sosial memang ramai yang agak celupar ..mungkin mereka merasakan orang tidak kenali diri mereka..dan mereka berani berkata apa sahaja ..sebab itulah ramai yang tak guna nama atau gambar sendiri..dan ini memudahkan mereka menjadi key board warrior..hentam sana sini .. bila kedapatan..macam-macam alasan..kena hack..bukan dia buat dan sebagainya..

Orang yang bercakap berterus terang juga dianggap Celupar …kerana cara dia bercakap dengan nada dan suara yang kurang adab ..bukan kerana dia berani bercakap dihadapan orang … Keceluparan jenis ini biasaya mendapat balasan yang segera..seperti penampar …atau tumbukan ..sepakan dan sebagainya … Keceluparan jenis ini biasanya berkaitan dengan sindiran atau perkataan-perkataan sinis yang dikeluarkan oleh seseorang terhadap orang lain..atau komen-komen yang tak berapa nak bagus..lebih banyak menyakitkan hati ..tertutamanya bila ia ditambah dengan mimikan muka atau aksi badan yang cukup memualkan … Keceluparan begini biasanya berlaku dalam perbincangan..atau diskusi …atau pertemuan pihak berkuasa dengan pihak-pihak yang menuntut keadilan…atau dalam majlis-majlis yang bersifat keilmuan … dan kalau kita lihat dalam insiden kehilangan MH370 …keceluparan warga sebuah negara ..yang langsung tidak tahu erti kesyukuran…dengan membuat bantahan dan menuduh negara ini membunuh rakyatnya..walhal mereka yang datang ke negara ini secara sukarela…malah diberi tempat tinggal, disediakan makan minum dan dijaga kebajikan mereka…itulah tanda keceluparan yang paling manusia yang tidak tau erti bersyukur… kalau ikutkan hati kita berhak menghalau mereka keluar kerana membuat demonstrasi di negara kita…


Satu lagi jenis keceluparan..ialah Celupar dari segi sukar nak tutup mulut …sukar nak simpan rahsia..seperti mendedahkan rahsia kerajaan…sedangkan sudah berikrar akan sentiasa menjaga kepentingan organisasi …malah ada peraturan dan undang-undang yang mengikat (bond) mana-mana kakitangan awam dan swasta untuk tidak mendedahkan rahsia organisasi kepada orang lain..tetapi apa yang kita dapati hari ini..seolah-olah sudah tidak ada rahsia lagi …bukan soal tidak ada ketelusan..tetapi ada perkara yang tidak patut didedahkan kepada orang ramai …kerana ianya boleh mengundang pelbagai persepsi..terutamanya persepsi negatif… mungkin juga si pelaku kurang arif tentang peraturan kerana terlalu ghairah nak tunjuk dia proaktif…atau dia memang sengaja …itu dua perkara yang boleh kita fikirkan..namun kesan nya amat tidak membanggakan…


Maka dalam apa jua pun tindakan kita…berhati-hati dalam setiap tindakan agar ..tidak berlaku keceluparan… dari segi tutur kata atau perlakuan serta tindakan kita … meskipun kita terganggu dari segi emosi ..dari segi mental …kerana akibat keceluparan biasa nya tidak mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri..

Sunday, April 13, 2014

Menipu..Tertipu..Penipu

Mungkin ramai yang mengalami masalah seperti tajuk yang aku nak tulis hari ini..iaitu hal Menipu..Tertipu dan Penipu. Secara relatifnya semua itu berkaitan dengan penipuan..tak kira kita yang menjadi pelakunya..atau kita menjadi mangsa … kepada perlakuan seseorang atau kumpulan tertentu .. Menipu, Tertipu dan Penipu berasal dari perkataan TIPU yang maksudnya adalah untuk mengelirukan orang lain melalui muslihat dan perbuatan yang tidak jujur kepada orang lain. Perlakuan Menipu dianggap mementingkan diri sendiri atau pun kumpulan. Semasa kita kecil..kita Menipu Ibu bapa kita dalam banyak hal…daripada pergi mengaji Al-Quran..sekolah dan juga pergaulan kita dengan kawan-kawan. Bila ibu atau ayah tanya dah pergi mengaji belum…kita jawab sudah padahal kita tak pergi pun rumah guru mengaji..sebaliknya bermain dengan kawan-kawan di tebing sungai …kita ponteng sekolah bermain di pusat permainan..tetapi kita beritahu ibu bapa kita ke sekolah..dan kita Menipu lagi bila ibu bapa sapa kawan-kawan kita … tetapi apabila kita dewasa…baru kita sedari bahawa kita sebenarnya telah Menipu diri sendiri …bila kita tak mampu membaca Al-Quran..tidak mencapai tahap akademik yang baik …dan terjebak dengan pelbagai gejala tidak sihat … dan penipuan yang kita lakukan ke atas ibu bapa kita memakan diri kita sendiri… Menipu duit rakan..kenalan dan teman menjadi lumrah dalam masyarakat..iaitu satu penyakit … yang aku gelarkan mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain…berbagai alasan dikemukakan dan manisnya kata-kata diungkap..…agar rakan atau kenalan bersimpati dan menghulurkan bantuan…tetapi bila tiba masa nak bayar balik..cukup liat…dan banyak lagi ulasan dan alasan di berikan….ha ha ha…da nada orang Menipu diri mereka sendiri…untuk mempengaruhi orang lain..contohnya..guna nama orang lain..letak umor lebih muda…atau letak gambar yang lebih comel..cantik.. dan pada pandangan aku..orang yang sebegini sebenarnya Menipu diri sendiri dan mempunyai nilai-nilai diri yang teramat rendah..hingga malu mengaku dirinya yang sebenar...

Ramai yang Tertipu kerana terpengaruh dengan kata-kata manis ..janji-janji manis…golongan yang Menipu di alam siber….wanita-wanita yang kesepian..kesunyian mencari cinta…terpedaya ..dengan gaya..rupa …dan budi ..sindiket Penipu alam siber…bukan sahaja kadang-kadang hilang harta malah hilang maruah pun ada.. manakala lelaki-lelaki miang dan gatal pula Tertipu dengan kecantikkan..keseksian..kegatalan…’wanita-wanita’ di alam siber hingga hanyut dibuai impian hilang ribuan ringgit … entah bagaimana begitu mudah lelaki dan wanita negara kita ..Tertipu ..mungkin kerana dipengaruhi rupa paras..Penipu yang hensem..comel molek.. atau kerana ketamakkan..terpengaruh dengan wang ringgit yang dijanjikan..atau terpengaruh dengan kelembutan janji-janji manis belaian yang mereka dambakan… selain itu kita juga mudah Tertipu dengan janji-janji ahli politik yang gemar menabur pelbagai janji semasa kempen pilihan raya.. dan kita juga begitu mudah Tertipu dengan iklan-iklan..dalam TV dan Radio..hingga sanggup berbaris panjang untuk mendapatkan barangan yang diiklankan..tetapi .. kita juga mudah Tertipu oleh promosi-promosi jualan murah yang tiada kesudahan….tiap bulan ada sahaja promosi..hingga kita sanggup bersesak-sesak..berebut rebut membeli barang…walaupun hakikatnya …. Kita Tertipu dengan ‘kehebatan’ ubat-ubatan..kosmetik …hingga kita berebut-rebut membeli dengan harapan kita menjadi segagah Arnold Schwarzenegger…sehebat Cristiano Ronaldo …secantik Angelina Jolie ..walau pun hakikatya… fizikal dan rupa kita jauh berbeza dengan idola-idola atau ikon yang diperkatakan..


Disebabkan kita begitu mudah Tertipu..maka semakin ramai Penipu mengambil peluang ke atas kelemahan kita….pelbagai makanan kesihatan..barangan kecantikkan… di gembar gemburkan bahawa kita akan mampu menjadi seperti apa yang diperkatakan di dalam iklan…hingga sanggup berbelanja ribuan ringgit… Penipu berkeliaran di alam maya..Penipu berkeliaran di dalam masyarakat kita…. Ada yang menjadi Penipu kerana desakan hidup..dan ada yang menjadi Penipu kerana untuk cepat mendapat keuntungan dan kekayaan..dan ada menjadi Penipu untuk mendapat tempat dalam masyarakat..dalam organisasi… dan ada yang menjadi Penipu kerana ..itu dah menjadi  kehidupan dan kerjaya nya.. nak tulis banyak lagi..berkaitan hal Menipu Tertipu dan Penipu memang banyak..tetapi cukup disini untuk renungan kita bersama..

Friday, April 11, 2014

Mungkir Janji

‘Apa guna berjanji…kalau tak ditepati ‘ antara bait lagu nyanyian Allahyarham Saloma .. dan pastinya kita semua sering membuat janji dan 10 peratus atau lebih daripada janji-janji itu …tidak ditepati atau dengan kata lain..dimungkiri… Yup..mungkir janji …satu istilah yang digunakan ramai berkaitan janji-janji yang tidak ditepati .. dalam kehidupan harian kita …sehingga ke saat ini…kita masih lagi membuat janji ..samada kepada ibu bapa..rakan-rakan..teman-teman..kekasih …isteri..suami..anak-anak ..ketua jabatan..diri sendiri dan juga kepada organisasi tempat kita mencari rezeki …. percaya atau tidak banyak janji-janji itu kita mungkiri…. Sebagai seorang anak … dari kecil kita berjanji akan menjaga..dan memberikan kesenangan kepada ibu bapa kita …setiap kali kita melihat kesusahan ibu bapa membesar dan menyekolahkan mereka… dan berapa ramai dikalangan kita yang menepati janji-janji itu ? Tak ramai … ramai lagi yang mungkir janji..dengan mengabaikan kedua ibu bapa mereka apabila mereka sudah ada kerja yang bagus..mempunyai keluarga sendiri … dan ada yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua …mungkin nak balas dendam kot..sebab dulu ibu bapa hantar mereka ke Taska …atau dibiarkan membesar bersama amah..atau pengasuh di rumah…. ada yang langsung tak pedulikan ibu bapa mereka … dengan alasan…kita terlalu sibuk dengan kerja mereka..sibuk dengan keluarga kita … kita lupa … siapakah yang membasuh kotoran dan memandikan kita sewaktu kita kecil dulu …menidurkan kita…malah bersusah payah membanting tulang mencari rezeki..menyuap makanan untuk kita..dan memberi pendidikan kepada kita…dan itu janji pertama yang kita telah mungkiri..

Sebagai seorang suami atau isteri …ada yang telah berjanji untuk taat setia..sehidup semati semasa berkasih-kasihan..bercintan cintun bagai nak rak..malah..sanggup melawan cakap ibu bapa..jika ibu bapa tidak memberi restu kepada pasangan yang di pilih … tetapi selepas beranak pinak … selepas suami atau isteri tidak lagi nampak hensem atau cantik seperti 10 tahun lalu …ada yang mungkir janji dengan menceraikan pasangan mereka….dengan alasan yang paling standard ..’sudah tidak ada jodoh lagi’ … mana perginya janji-janji 10 tahun lalu ? Bagaimana dengan janji kepada anak-anak yang dah hampir sedozen tu ? .. .. lebih parah kalau tak bercerai berai pun… isteri dan suami hidup asing-asing … setiap sorang ada kekasih baru …ada boifren…ada gurlfren..masing-masing buat hal sendiri ..dan anak-anak menjadi mangsa ..terabai ..dan berserabai kehidupan mereka …  

Sebagai seorang kawan, teman dan juga rakan.. lagi banyak kita mungkir janji.. pertama kita mungkir janji sewaktu nak berjumpa ..atau bertemu … janji jumpa jam 10 pagi ..tetapi datang jam 12 tengahari ..dan paling parah tak datang langsung.. selepas itu mohon maaf..beri alasan..terlupa ..ada komitmen lain…tak sempat nak bagitau… dan sebenarnya kita telah menghampakan harapan seorang teman ..kawan atau rakan ….mungkin telah melukakan perasaan mereka…meskipun mereka senyum dan berkata tak apa … kita tak tahu apa dalam hati mereka … kedua..kita mungkir janji untuk bantu kawan, teman atau rakan ..iaitu berjanji nak bantu selesaikan masalah ..atau sebahagian daripada masalah …. sekali lagi kita lukakan atau hampakan mereka… kita biarkan kawan rapat kita bergelut dengan masalah …dengan alasan kita tak nak masuk campor atau terlalu sibuk dengan urusan sendiri …walaupun sejak dulu mengatakan dialah kawan sejati ..BFF …tapi bila BFF ada masalah…tak hulurkan bantuan juga …. kadangkala bila kawan minta bantuan…seribu satu alasan kita kemukakan …

Sebagai pekerja …kita juga mungkir janji kepada organisasi kita… dalam interview kita memang bersungguh berjanji untuk mematuhi segala peraturan dan undang-undang ..kita berjanji taat setia..kita berjanji untuk bekerja bersungguh-sungguh…dan kita berjanji akan menjadi contoh teladan ..sebagai pekerja yang cemerlang .. dan tak sampai 10 tahun pun kita dah mula buat macam-macam hal ….kita tak akur kepada arahan-arahan pentadbiran …datang lewat ke pejabat … suka melawan cakap ketua jabatan … ya betul kita menjadi pekerja contoh teladan..tetapi teladan yang tidak baik ..bukan cemerlang ..tetapi telentang … melintang pukang… kita mungkir janji kepada Aku Janji yang kita tandatangani ..kita bocorkan rahsia jabatan ..kita perkecilkan dan burukkan dasar-dasar jabatan …sedangkan kita setiap bulan dapat gaji saraan ..itu untuk kita suapkan makanan kepada isteri dan anak-anak kita …kita gunakan gaji itu untuk selimuti keluarga kita dengan pakaian… dan akhirnya segala keburukan itu..segala penghinaan itu..kembali kepada diri dan keluarga kita … kerana kita telah mungkir janji kepada Aku Janji kita…dan ada juga Ketua Jabatan yang mungkir janji kepada orang bawahan nya ...menabur janji dan memberi harapan...tetapi tak ditunaikan... ahli-ahli politik yang paling ramai suka berjanji itu dan ini ..tetapi ...hanya 10 peratus sahaja daripada janji-janji itu ditunaikan ... 90 peratus lagi ..kena tunggu laa pilihan raya yang akan datang ..he he he... dan kerana sering mungkir janji ..ada ahli politik yang hanya bertahan satu penggal sahaja  ...

Akhirnya kita mungkir janji kepada diri sendiri … segala janji yang telah kita lakarkan sepanjang penghidupan kita … sebenarnya kita telah berjanji untuk berbakti kepada keluarga ..yakni ibu bapa kita .. tetapi kita mungkir janji .. dan mengabaikan mereka  .. kita juga berjanji untuk menjaga dan beranggungjabwab ke atas pasangan yang menjadi isteri atau suami …dan kebanyakkan kita mungkir janji dengan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami atau seorang isteri .. dalam banyak perkara …. Kita juga telah berjanji untuk mendidik dan membesarkan anak-anak kita .. dan kebanyakkan kita mungkir janji dengan membiarkan mereka membesar bersama pengasuh ..atau amah ..atau guru-guru Taska .. ..lebih parah dibesarkan oleh atok dan nenek mereka .. kita telah berjanji untuk menjadi pekerja yang berdedikasi …komited ..kepada organisasi ..tetapi kita mungkir janji dengan menimbulkan pelbagai masalah kepada organisasi …


dan… kita telah berjanji kepada Tuhan kita ..untuk menjadi hambaNya yang taat setia .. apakah kita sudah menunaikan janji kita atau kita akan mungkir janji jua ?

Wednesday, April 9, 2014

Cakap Tak Serupa Bikin

Aku selalu dengar orang sebut ‘apa laa itu orang…cakap tarak serupa bikin..citt!’ Bagaimana sebenarnya Cakap Tak Serupa Bikin ammaa? Ini perpatah Melayu lama ka atau kata-kata kiasan Melayu moden ? Cakap Tak Serupa Bikin menurut takrifan umum dan ulasan orang-orang yang bijak pandai dalam bahasa ..ialah orang yang sering memberi nasihat atau teguran kepada orang lain tetapi diri sendiri tidak mengamalkan nya.. dalam bahasa Inggeris pula ianya sama seperti Do Not Walk The Talk atau untuk lebih kurang sama dengan perpatah Melayu lama..Ibu Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus . Biasanya kita mendengar nasihat daripada orang-orang yang lebih tua..yang sering mengaku diri mereka lebih dulu makan garam..sebab itu mereka mengaku diri mereka lebih berpengalaman dalam hidup ..he he..tapi pandangan aku..mereka terlebih makan garam tu…sebab tu asyik-asyik beri nasihat tapi sendiri tak buat … contohnya mereka sering suruh anak-anak jangan kuat bermain ..mesti rajin belajar ..tapi mereka sendiri duduk melepak berjam-jam di kedai kopi..sembang kosong..kadang-kadang main dam..sampai tak ingat nak balik rumah..atau cari rezeki ..tapi ..suka sangat nasihat anak-anak belajar rajin-rajin supaya senang dapat kerja..yang diri sendiri tak berusaha..camana ?

Contoh lain yang kita boleh kategorikan dalam senarai Cakap Tak Serupa Bikin ialah bagaimana seorang ketua pejabat sering menasihatkan orang bawahan nya supaya sentiasa datang awal ke pejabat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan..tetapi diri sendiri datang lewat…paling awal jam 9.00 pagi ..dan sering memberi alasan.. jalan jem..banyak urusan..walaupun sudah disediakan pemandu oleh jabatan atau organisasi!. Boleh pakai ke nasihat ketua jabatan macam tu? Kalau orang bawahan lewat pasti kena marah dan kena beri amaran..dan silap-silap boleh kena tindakan tatatertib… tapi kalau diri sendiri..buat muka selamba..dan dengan egoisnya beri alasan…sibuk ada orang datang jumpa di rumah … he he..ada perasaan tak you all ? Ini banyak berlaku di dalam organisasi..tak kira la..sektor awam ke atau sektor swasta… samalah seperti seorang ayah atau ibu menasihatkan agar anak bersembahyang..tetapi mereka sendiri tidak bersembahyang pun..dan tidak mendidik anak-anak untuk bersembahyang menyembah Tuhan..boleh pakai ke nasihat macam tu ?

Seorang Pengerusi mesyuarat mengingat ahli mesyuarat agar menutup atau guna mode senyap pada telefon bimbit supaya tidak menggangu mesyuarat..tetapi telefon diri sendiri berdering-dering tak pula di senyapkan…alasanya ..tengah tunggu panggilan yang teramat penting daripada pengurusan tertinggi di Ibu pejabat …he he he..boleh juga kita kategorikan sebagai Cakap Tak Serupa Bikin..suruh orang buat ..diri sendiri tak buat..malah nasihat daripada orang seperti ini tidak berguna ..dan boleh mengurangan kredibilitinya..samalah seperti seseorang menasihati kita agar tidak melakukan maksiat atau berskandal sedangkan diri sendiri secara terang-terangan ..malah dengan bangga dan menunjuk-nunjuk kehebatanya masih mampu menarik perhatian wanita ..heh heh.. camana nak dengar nasihat orang camnie ek? Memang sah Cakap Tak Serupa Bikin punya olang! Ada satu ketika ..aku pernah mendengar seseorang memberi nasihat kepada orang bawahan nya agar mematuhi arahan dari pihak atasan..dan sering memberikan dirinya sebagai contoh…tapi bila ada arahan yang melibatkan dirinya…fuiyooo..banyak alasan dikemukakan..malah mohon bantuan ke sana sini supaya tidak dipindahkan…ini juga boleh dikatakan sindrom Cakap Tak Serupa Bikin … dan aku juga pernah nampak seseorang menegur dan memberi nasihat kepada seorang pegawai bagaimana nak mengurus dan mentadbir sedangkan diri sendiri pun tak pernah berbuat demikian sepanjang kariernya ..pun aku kategorikan sebagai orang yang Cakap Tak Serupa Bikin.

Pada pandangan aku..orang yang tak pernah melakukan sesuatu perkara yang betul tetapi diberikan kepercayaan untuk memimpin dan mengurus pastinya akan selalu membuat keputusan yang salah walaupun dari segi kedudukan..dari segi pengalaman kerjanya lebih lama … lama tak semestinya dia betul dan tahu … antara nasihat yang sering aku dengar ialah jangan guna kemudahan kerajaan sesuka hati .. tetapi apa yang tengok ialah banyak kenderaan jabatan berada di masjid pada hari Jumaat dan kebanyakkan penggunanya tidak layak pun menggunakan kenderaan jabatan..kecuali mereka dalam perjalanan ..travelling.. setiap pagi ada yang parking di tepi gerai untuk sarapan …tengahari di kedai makan untuk makan tengahari…dan malam di restoran untuk makan malam bersama teman-teman … maka..nasihat mana yang harus orang bawahan dengar ? Boleh juga dikategori dalam Cakap Tak Serupa Bikin kan.. ..’Jangan bersikap rasis’ …antara nasihat yang selalu aku dengar..tapi bila time makan..duduk dengan orang yang sama kaum ….. tak nak bergaul dengan rakan-rakan keturunan Cina, India atau yang dianggap bukan Melayu!! Malah dalam kursus..ada yang tak nak sebilik dengan kaum lain..mesti sama kaum dengan dia!!...jadi..?? Boleh percaya ka atau hanya Cakap Tak Serupa Bikin?


Banyak sebenarnya contoh-contoh yang boleh aku tulis tentang Cakap Tak Serupa Bikin terutamanya yang berkait rapat dalam sektor awam..yang membabitkan nasihat-nasihat orang atasan kepada orang bawahan …yang kadangkala aku perhatikan hanya satu retorik sebagai menunjukkan kuasa..kerana ianya hanya terpakai untuk orang bawahan tetapi tidak kepada pihak pengurusan atasan. Mengambil conth mudah..seorang doktor menasihatkan seorang pesakit supaya berhenti merokok..tetapi doktor itu sendiri sebenarnya seorang perokok yang tegar..bagaimanakah kempen Berhenti Merokok akan berjaya jika masih ramai orang yang terlibat dalam kempen dan dalam bidang kesihatan itu sendiri menunjukkan contoh yang tidak sepadan dengan kempen 

..Cakap Tak Serupa Bikin .. 

Tuesday, April 8, 2014

Tong Kosong ..Hebat Bunyinya..

Bijak pun tidak.. pandai pun bukan… hanya menulis untuk mengingatkan diri ..dan apa yang ditulis pun tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun sudah dikuburkan … kalau ada yang terasa ..maafkanlah..kerana dalam hidup ini ada pro dan contra … mungkin pro untuk diri aku..contra pula untuk yang membacanya …. apa yang aku tulis adalah atas pengalaman kehidupan..serta pandangan teman dan rakan yang juga mungkin pernah mengalami atau melihat situasi yang sama.. dan ini hanya sekadar pandangan …  Peribahasa Tong Kosong Bunyinya Nyaring, berdasarkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP ianya merujuk Orang Bodoh yang banyak bualnya yang sama maksud dengan peribahasa Besar Bungkus Tak Berisi . Tong Kosong mengikut takrifan umum pula jika dikaitkan dengan seorang manusia ialah seseorang yang hanya pandai bercakap besar ..mengaku dirinya hebat ..menganggap dirinya pandai melebihi orang lain..walau pun tidak pernah melakukan satu perkara yang betul. Individu yang berperwatakan sedemikian wujud dalam mana-mana-mana organisasi di dunia ini…

Tidak dapat tidak..individu yang berperwatakan Tong Kosong akan sentiasa mewarnai kehidupan masyarakat di mana sahaja..di kampong..di bandar..dalam persatuan..dalam organisasi kerajaan maupun swasta.. Adakalanya Tong Kosong boleh menjadi penghibur dan penglipurlara dengan cerita fantasinya yang hebat … .keunggulan dari segi pencapaian prestasi kerja..kepetahan mengolah cerita yang berpaksi kepada kepandaian diri..kehebatan diri melebihi individu lain … jika ada pun kelemahan nya hanya terlalu sedikit dibandingkan dengan  kehebatanya mengurus dan menyelesaikan masalah kerja .. fantasi kehebatan nya pasti memukau dan mempersona teman dan rakan yang baru mengenali dirinya .. Biasanya Tong Kosong akan memperakukan tanpa malu dan segan silu ..hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja dirinya..dan membangga dirinya dengan pencapaian tersebut …

Tong Kosong juga hebat melakarkan cerita dongengnya kepada khalayak …malah cukup berbangga dengan dirinya sendiri sebagai orang yang work smart…berpakaian kemas…untuk menutup kelemahan dirinya. Tong Kosong akan berusaha mencari segala kelemahan orang lain untuk digembar gembur kepada golongan khalayak yang terpesona dan tergoda dengan olahan ceritera yang mengkagumkan … dan pastinya Tong Kosong akan berusaha bersungguh-sungguh menutupi kelemahan dirinya dengan mencari scapegoat dalam apa jua kesalahan yang berlaku …dan menonjolkan dirinya sebagai hero..inilah kehebatan seorang Tong Kosong kerana mampu mengalih perhatian dan tumpuan orang lain kepada apa yang sebenarnya berlaku..dan dalam organisasi..amat sukar bagi seorang Tong Kosong untuk bertanggungjawab mengaku ..kesalahan dirinya.. pastinya akan ada kambing hitam untuk persalahkan…


Pada pandangan aku secara relatifnya individu Tong Kosong ini sebenarnya seorang individu yang amat kreatif… kreatif dari segi menipu orang lain dengan olahan ceritera dongengannya..kreatif menokok tambah perisa asam garam menyebar keburukan orang lain..agar dirinya nampak kacak..cantik ..suci berseri..walaupun hakikatnya..hatinya hitam legam..dipenuhi dengan segala keburukan yang ada… kreatif mencipta pelbagai kehebatan dirinya…mengagungkan sifat dan nilai dirinya…taksub kepada perwatakan diri..hingga tak nampak pada dirinya suatu kelemahan pun.. malah akan sentiasa melihat dirinya hensem… sedangkan realitinya …adalah sebaliknya … pada aku biarlah si Tong Kosong berfantasi ..bermegah-megahan dengan kehebatan dirinya…biarlah dia merasai tahkta yang diimpikan nya..kerana hidup ini bukan lah kekal abadi selamanya..tiba masa nanti pasti si Tong Kosong pergi jua… 


Friday, April 4, 2014

Cakap Banyak Dan Cakap Besar

Apa bezanya Cakap Banyak dan Cakap Besar ? Apa yang aku tahu..ramai orang tak suka orang yang cakap banyak dan orang yang cakap besar…  ada seorang ustaz berpendapat orang yang cakap banyak ini mempunyai akhak yang buruk ..err..buruk perangai..tak boleh simpan rahsia..dan mudah nak menyakiti perasaan orang lain.. sebab katanya..orang yang cakap banyak ini mulutnya celupar.. pada aku itu pandangan dari sudut dia … pada pandangan aku ramai orang yang bercakap banyak….iaitu orang dalam radio cakap banyak…orang dalam tv cakap banyak..sampai tersasul.. orang berceramah pun cakap banyak..orang politik pun cakap banyak … tak kan la mereka boleh kita gelar celupar …atau buruk akhlak kan ? ….sebab dah memang tugas mereka untuk bercakap banyak dan dalam pandangan aku..orang-orang yang sepatutnya masuk kategori Cakap Banyak ialah orang yang kuat berleter .. pagi petang siang malam berleter …. orang yang suka mencaci..suka mencerca orang lain dan menjaga tepi kain orang lain juga layak dimasukkan dalam kategori Cakap Banyak ..kerana kegemaran nya mencari kelemahan orang lain..kegemaran nya menyebarkan aib orang lain … orang yang suka mengkritik ..memberi komen yang negatif ke atas kerja orang lain juga dalam kategori Cakap Banyak kerana hebat mengkritik…hebat melihat kesalahan orang lain..tetapi tak mampu memikul tanggungjawab apabila diamanahkan…sebab kepandaian nya hanya mengkritik dan memberi komen….dan kalau kita lihat kebelakangan ini..memang ramai yang pandai memberi komen..pandai memberi kritik ..terutamanya dalam krisis yang kita hadapi sekarang.. ..tetapi mereka-mereka ini tak melakukan apa-apa …sekadar bercakap sahaja …

Adakah aku dalam kategori itu ? Orang yang Cakap Banyak nie kadang-kadang mahu orang nampak dia macam orang yang pandai ..nak dapat perhatian …  Bagaimana pula orang yang dikategorikan sebagai Cakap Besar ? Jika mengikut takrifan umum ..orang yang Cakap Besar ini dikatakan orang yang berlagak..orang yang sombong, riak, takbur … dan juga orang yang suka bermegah-megah … dan orang yang suka menunjuk-nunjuk ..tentang kehebatan dirinya walaupun tidak ada kebenaran .. pada pandangan aku orang yang suka Cakap Besar inilah orang yang mempunyai perangai serta akhlak yang buruk … buruk kerana orang Cakap Besar suka menipu orang lain dan dirinya.. kalau dalam politik..kita boleh nampak bagaimana orang yang suka Cakap Besar ini menipu pengundi dan juga penyokongnya…dan kalau dalam organisasi..samada sektor awam atau swasta ..ramai yang Cakap Besar dihadapan pihak pengurusan atasan dan juga rakan-rakan … berlagak dan riak … dan kalau dalam masyarakat umum…. orang yang Cakap Besar mudah diperlihatkan melepak di kedai-kedai kopi..gerai …tak kira waktu ….. Orang yang Cakap Besar juga kadang-kadang digelar TONG KOSONG …kerana biasanya Tong Kosong akan lebih kuat bunyinya berbanding tong yang penuh.. apabila melakukan sesuatu ..dialah yang paling terhebat seantero nusantara ..namun apabila diberi amanah…semuaya hanyalah lakonan semata-mata …kerana dia tidak mempunyai ilmu serta kemahiran untuk mengurus…

Pada pandangan aku..orang Cakap Banyak ke..orang Cakap Besar ke…kedua-duanya memberi impak yang negatif kepada individu..kumpulan dan juga organisasi .. kerana kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu hanya pandai BERCAKAP tetapi kurang dari segi ilmu pengetahuan..kurang dari segi kemahiran. Ilmu dan kemahiran yang sedikit yang ada pada diri mereka..telah mereka olah menjadi sebuah gedung yang besar tetapi kosong di dalam nya ..maka sesiapa yang terpengaruh..termakan dengan kata-kata ..orang dalam kedua-dua kategori ini…nasiblah… aku pinjam kata-kata ini dari sebuah blog albainiyah.blogspot.com iaitu ‘biasanya orang yang banyak bercakap tidak membuat kerja’ sepertimana yang diperkatakan dalam Surah As-saf 2-3 ‘Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan.Amat besar kemurkaan Allah kerana kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan’.  .renung-renungkan..


Orang yang Cakap Banyak dan Cakap Besar dari sudut psikologi merupakan orang yang inginkan perhatian dan juga penakut. .. takut pada bayang-bayang sendiri ….hingga mereka perlu merekacipta sesuatu untuk mengalih perhatian serta pandangan orang lain.. 

Tuesday, April 1, 2014

Selfie dan Selfish?

Apa ke jadah Selfie?  Selfie tu haiwan ke? Barang jenama baru ka? Sebenarnya Selfie merupakan bahasa baru dalam kamus manusia setelah wujudnya telefon pintar ..seperti  iPhone, Galaxy dan sebagainya.Berdasarkan definisi laman sesawang..atau web, selfie ialah jenis gambar potret sendiri yang diambil menggunakan telephone pintar atau kamera digital. Tujuan selfie ialah untuk dimuat naik ke laman media sosial seperti Facebook,Instagram, Myspace dan sebarang bentuk laman media sosial di alam maya .. Selfie mungkin bersifat casual..atau menunjukkan aksi serta gaya si pemilik untuk dipertonton kepada teman-teman atau rakan-rakan di laman media sosial .. Selfish pula ialah sikap yang mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan keperluan atau perasaan orang lain. Adakah perkataan Selfie berasal dari Selfish?

Kenapa orang berSELFIE? Apakah ianya merupakan TREND masakini ? Sindrom selfie paling banyak berlaku dikalangan golongan muda antara 15 tahun hingga 40 tahun kerana golongan ini merupakan yang paling ramai aktif menggunakan telefon pintar berbanding pengguna yang lebih berusia. Mungkin golongan ini secara logiknya mempunyai kulit muka yang masih belum berkedut-kedut ..atau keadaan rambut belum ada uban-uban..berbanding pengguna-pengguna yang berusia 41 tahun ke atas ..itu logik akal dan dari segi logik pemikiran..amatlah buruk jika ada pengguna yang dah berkedut-kedut rupanya nak berSELFIE lagiii! Selfie lebih banyak dikalangan golongan muda kerana ia merupakan satu aktiviti sosial yang boleh merapatkan hubungan mereka melalui perkongsian gambar atau meningkatkan minat teman-teman seusia. Ada selfie yang ekstrim ..ada selfie dalam bilik tidur..bilik mandi..semasa driving dan sebagainya…banyak ragam banyak gaya selfie bergantung kepada kehendak diri masing-masing..

Tiada siapa tahu kenapa orang berSELFIE dan kemudian memuat naik gambarnya ke laman media sosial. Setiap situasi dan psikologi seseorang itu berbeza dan keperluan berSELFIE pastinya berbeza. Ada orang berSELFIE untuk menarik perhatian orang ramai di laman media sosial dan jumlah LIKES dan COMMENTS dari teman-teman adalah cara yang paling mudah dan cepat untuk mendapat pujian dan meningkatkan ego mereka. Ada juga yang berSELFIE untuk merangsangkan harga atau nilai diri. Disebabkan golongan muda yang paling aktif berada di alam maya, mereka juga mempunyai masalah dengan nilai diri mereka. Maka jalan pintas dan terbaik untuk mengukur tahap kesedaran diri dan nilai diri mereka dikalangan kawan-kawan alam maya ialah melalui Selfie! Ramai juga yang berSELFIE kerana nak menunjuk-nunjuk kejayaan diri atau pencapaian diri dan paling tidak pun nak memberitahu orang ramai mereka itu hensem, cantik dan juga bergaya!. Ia juga sebagai satu khazanah diri …untuk dipertontonkan kepada orang lain..

Ada yang berSELFIE untuk mendapat perhatian seseorang atau orang yang tertentu kerana ada jenis manusia yang malu untuk memberitahu secara bersemuka..maka SELFIE adalah cara yang paling mudah untuk mereka melakukanya. Mungkin dia meminati seseorang atau memuja seseorang secara diam-diam ..dan amat sukar untuk meluahkan isi hati.. SELFIE adalah jalan mudah bagi dirinya untuk menarik perhatian dan minat orang yang dia suka atau puja.. Ada orang berSELFIE kerana bosan! Mereka bosan di tempat kerja, mereka bosan di sekolah, mereka bosan di seminar, forum ..dan untuk hilangkan bosan mereka berSELFIE! Mereka berSELFIE kerana mereka tiada kerja atau perkara untuk dilakukan! Ada orang berSELFIE kerana semata-mata ingin bersosial! Ada orang tidak memerlukan alasan atau sebab untuk berSELFIE!. Mereka melakukan nya kerana sosial media itu menyeronokkan dan mereka boleh berSELFIE sebanyak mana mereka mahu. Mereka berSELFIE kerana ianya seronok, mudah dan satu cara paling baik untuk mendokumenkan kehidupan mereka!.

Selfie dan Selfish tak jauh bezanya ..kerana Selfie ialah mengenai diri sendiri ..kepentingan diri sendiri ..namun Selfie bukan Selfish kerana SELFIE ialah perbuatan  manakala SELFISH ialah sikap manusia yang mementingkan diri sendiri ..untuk kepentingan diri sendiri..tak tidak akan memperdulikan kepentingan orang lain. Sikap Selfish dikalangan kita sering kita pertontonkan melalui berbagai tindakan kita seperti memotong Q ..atau barisan .. terutamanya semasa dalam majlis makan menggunakan sistem buffet …nak membayar makanan atau barangan di kedai makan, atau super mall..menaiki bas … bayar bil …memang sering berlaku dalam masyarakat tak kira dimana jua… Sikap Selfish boleh kita lihat semasa meletak kenderaan …iaitu tidak meletak kereta dalam petak dengan betul …hingga meyebabkan orang lain tak boleh guna petak seterusnya…meletakkan motosikal dalam petak letak kereta..meletakkan kereta di kawasan letak motosikal ….meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di bahu jalan hingga meghalang lalulintas… Selfish juga ditonjolkan semasa dalam keadaan kesesakan trafik.. tidak memberi ruang kepada orang lain walaupun orang itu memberi signal untuk menukar lorong … memandu perlahan di lorong laju hingga menghalang orang lain untuk memotong …

Jika nak di ceritakan banyak sikap SELFISH yang ada pada diri kita yang kadang-kadang kita tak sedari melakukanya demi kepentingan diri...banyak sikap SELFISH yang berlaku dalam masyarakat..  Pada pandangan aku..biarlah orang nak berSELFIE..kerana itu hak diri masing-masing dan tak perlu orang lain nak memberi komen negatif…asalkan mereka tidak menyusahkan orang lain … begitu juga sikap SELFISH perlu ada dalam diri kita kerana kita perlu memikirkan hal diri sendiri sebelum kita memikirkan hal orang lain..tetapi jangan lah sampai menyusahkan orang lain..menidakkan hak orang lain atau menganiaya orang lain…


Jadi..lebih baik berSELFIE!