Thursday, January 28, 2016

GENDANG PERANG SUDAH DI PALU #PRN SARAWAK

Betul apa yang aku tulis sebelum ini bahawa ramai sudah melobi untuk menjadi calon Yang Berhormat .. bila CM Denan mengumumkan beberapa nama yang akan bertanding dalam PRN Sarawak yang ke 11 nanti. Banyak spekulasi-spekulasi mengenai pemimpin lama yang akan bersara dan di ‘bersarakan’ .. dan ada pemimpin lama yang seolah-olah tidak mahu ‘melepaskan’ kuasa mereka ..malah ada yang sudah mula turun padang .. walhal sebelum ini sentiasa sibuk ..tiba-tiba ada masa untuk ke hulu ke hilir menjijit beg.. bersingsing lengan ..membantu masyarakat kawasan ... ada pula yang belum lagi tentu di pilih sebagai calon pun..penyokong nya pula sudah menggelar mereka sebagai Yang Berhormat ... begitulah gelagat-gelagat ..kadang-kadang si empunya diri tak tahu apa-apa tetapi penyokong nya pula terlebih sudah... ada juga yang berangan-angan dipilih .. dan heboh mengisytihar dirinya sebagai calon terbaik ... malah pasangan nya pula mula bercakap sana-sini mengatakan si suami akan dipilih bertanding sebagai calon parti ... begirulah karenah yang merasakan mereka bakal menjadi calon ..

Belum pun ‘peperangan’ antara parti-parti BN dan Pakatan bermula .. peperangan intra parti sudah lama berlaku . Ketegasan CM Denan menyuarakan pandangan terhadap tuntutan-tuntutan parti-parti komponen yang mengisytiharkan kawasan-kawasan tertentu milik mereka ..sedikit sebanyak pasti akan mencetuskan pelbagai reaksi tidak senang hati dikalangan parti-parti komponen seperti SPDP dan SUPP. CM Denan pasti bertegas untuk meletakkan calon dari TERAS dan UPP yang dilihat lebih berpeluang menang berbanding calon-calon dari SPDP dan SUPP yang dilihat agak ‘kurang berpengaruh’ di kawasan-kawasan yang mereka katakan hal milik mereka. Peperangan intra parti agak unik kerana secara rasminya TERAS dan UPP tidak pernah diisytihar atau diumumkan sebagai komponen parti dalam BN hanya sebagai ‘BN Friendly’.. kita lihat apa berlaku selepas Dewan Undangan Negeri di bubarkan nanti . ‘Peperangan’ dalaman parti pun sudah bermula .. kerana setiap ahli merasakan diri mereka layak dicalonkan berdasarkan pengorbanan mereka terhadap parti, berdasarkan kedudukan mereka dalam parti dan ada juga yang berdasarkan kekananan mereka dalam parti. Di Balingian, dua set penyokong sedang ‘berperang’ menentukan siapa yang lebih baik ..walaupun CM Denan belum lagi membuat pilihan. Kedua-dua penyokong saling ‘mengangkat’ calon mereka ..mengatakan yang terbaik sebagai calon Balingian. Kita pasti ada ramai calon yang terbaik untuk Balingian .. tetapi siapa .. hanya CM Denan yang boleh putuskan..justeru kepada kedua-dua penyokong..elok berhenti membuat pelbagai andaian serta memberi tekanan kepada pucuk pimpina parti kerana ianya tidak baik untuk parti secara keseluruhan dan berkemungkinan besar boleh mencetuskan ketidak senanghati akhirnya berlaku perpecahan yang boleh merugikan parti. Jangan jadi seperti Negeri Kedah yang secara sinisnya memaksa dan memberi tekanan kepada YAB PM untuk memecat dan menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai MB .. sebab mesej jelas yang di sampaikan oleh kumpulan tersebut ialah ‘kalau PM tak ambik tindakan dan mendengar rayuan mereka, mereka tidak akan menyokong PM’ ..itulah mesej yang tersirat .. maka jangan letak kepimpinan negeri Sarawak dalam situasi yang sama .. pastinya ia merugikan banyak pihak.

Di beberapa kawasan pendalaman, beberapa pemimpin veteran dispekulasikan akan ‘mengundur diri’ sebagai calon ..tetapi nampaknya ia hanya spekulasi kerana mereka semakin hebat membuat lawatan ke kawasan-kawasan. Respon dari netizen amat negatif terhadap mereka dengan mengatakan ‘sudah tiba masa mereka untuk berundur’ kerana berundur dengan cara terhormat akan meningkatkan lagi penghormatan masyarakat kepada mereka, seperti mana yang dilakukan oleh YB Datuk Joseph Mauh dari PRS. Pemimpin yang sanggup melepaskan ‘kuasa’ dan berundur dengan keinginan sendiri adalah pemimpin yang terhormat dan cukup disenangi oleh rakyat. Moga-moga lebih ramai pemimpin kita bersikap sedemikian rupa. Kalo orang mengatakan kenapa CM Denan masih perlu bertanding..jawapan nya mudah ... Sarawak masih memerlukan kepimpinan beliau .. kerana sejak mengambilalih tampok kuasa kepimpinan negeri Sarawak, beliau telah membuktikan kepada rakyat beliau ‘walk the talk’ dan banyak melakukan perubahan positif serta kemajuan untuk negeri Sarawak dan rakyatnya. Antara nya ialah ketegasan beliau untuk meningkatkan integriti dikalangan penguatkuasa undang-undang terutama dari segi pembalakan haram, kemasukan pendatang tanpa izin yang selama ini ‘bermaharajalela’ ... selain itu CM Denan juga berani menyuarakan tuntutan rakyat yang selama ini terpendam, iaitu 20% royalti minyak yang dihasilkan di bumi Sarawak .. dan juga autonomi .. 52 tahun sudah kita bersama menubuhkan Malaysia..inilah pemimpin pertama yang berani menyuarakan apa yang anak-anak Sarawak sering perkatakan .. bukan nak membodek kerana inilah kenyataan... maka berilah peluang sekali lagi untuk CM Denan terajui kepimpinan negeri Sarawak ... agar negeri lebih berdaya saing dan maju .. OOOOh haaa ...


Gendang perang sudah berbunyi tapi janganlah berperang sesama sendiri..kelak yang rugi..kita sendiri ...

Monday, December 14, 2015

#PRN Sarawak : Musim Menabur Janji

Ooohaa… Tok Denan kata pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan samada pada April atau Mei 2016 … satu berita yang amat mengembirakan buat orang-orang yang bermimpi untuk menjadi calon YB .. tak kira geng-geng BN atau geng-geng Pakatan Rakyat. Bagi YB-YB ADUN yang nama sudah diumumkan oleh Tok Denan … boleh tersenyum girang dan meneruskan tugas serta tanggungjawab mereka dengan hati lapang .. tidur pun nyenyak … bagi yang masih menunggu … hati sentiasa berdebar-debar samada masih kekal sebagai ahli YB atau tidak … rasanya makan pun tak lalu … manakala bagi yang bercita-cita untuk dicalonkan pastinya sedang berusaha untuk menonjolkan diri.. mendekatkan diri dengan rakyat setempat … kalau dulu sibuk di kota..mengurus kerja atau berniaga..kini lebih banyak masa untuk bersembang bergurau senda menjenguk rumah-rumah rakan taulan atau menghulur bantuan .. emmm … begitulah scenario di Sarawak pada masa ini .. kerana di sana sini orang bercakap pasal nak jadi YB..nak jadi calon.. atau bercakap mengenai pilihan raya negeri akan datang.

Bagi aku apa yang amat menarik ialah .. musim ini musim menabur janji .. tak kira BN atau Pakatan Rakyat .. kedua-duanya berusaha untuk meyakinkan pengundi mereka mampu melaksana dan menunaikan janji-janji. Betul ke? Cuba periksa balik manifesto pilihan raya negeri ke-10 lalu … tak kira yang menang atau yang kalah .. sudah tertunaikan janji-janji yang ditaburkan kepada pengundi ?? BN mengatakan mereka telah mengotakan janji ... tetapi berapa peratus sudah janji-janji itu ditunaikan ... ? aku tak kata mereka tak buat ... tetapi rasanya kawasan bandar lebih banyak dapat kemudahan berbanding kawasan pedalaman .. walaupun 90 peratus kawasan bandar di kuasai oleh DAP atau pun PKR ..sedangkan 90 peratus kawasan luar bandar dikuasai oleh BN. Sejauh mana bekalan air bersih atau bekalan elektrik 24 jam dinikmati oleh pengundi-pengundi yang tak putus harapan mengundi BN ... ataupun sebaik mana jalan raya menghubungkan kawasan mereka ... adakah ianya seburuk Jalan Marudi –Miri atau pun Kapit yang sehingga kini masih ’terpisah’ dari tanah besar ... ?? Bukan mengungkit .. Cuma mengingatkan ... agar tidak lagi menggunakan retorik dalam kempen-kempen akan datang. Sejujurnya ... ramai pengundi semakin resah dan gelisah ... apatah lagi pengundi muda yang semakin cerdik menilai ... bukan mereka tidak setia atau tidak bersyukur ... tetapi perlu dinatakan dengan pembuktian ... bagi kawasan-kawasan yang sudah menerima pelbagai pembangunan ..hasil usaha gigih wakil rakyat mereka ..tahniah .. YB ADUN pasti menang bergaya ... tapi bagi kawasan yang janji tinggal janji ... seperti pembinaan sebuah stadium bertaraf dunia... pasti sukar untuk menawan hati pengundi lagi ...

Sama juga dengan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh PKR dan DAP ... mereka tahu mereka tidak mampu menyediakan segalanya kerana mereka tidak ada kuasa dan tidak ada dana ... tetapi mereka berjanji untuk mengubah pemikiran rakyat melalui dialog, perjumpaan dan pemberian projek dalam skala kecil ... dan DAP memang bekerja keras untuk menawan hati pengundi muda dengan mengemukakan golongan profesional sebagai calon mereka. Agenda mereka mudah..iaitu ubah dan tukarkan kerajaan ... beri mereka peluang untuk memerintah .. sepertimana di Selangor dan Pulau Pinang ... justeru kepimpinan BN Negeri jangan pandang rendah ... walaupun Tok Denan popular ... faktor Tok Denan saja tidak mampu memberi impak kepada kekuatan SUPP yang ditentang oleh UPP ... begitu juga kekuatan SPDP yang banyak bergantung kepada Tiong King Sing..yang pasti dilawan hebat oleh TERAS ... PRS pula masih mempunyai ’aura’ PBDS tetapi kepimpinan Dayak hari ini sudah jauh berbeza ... ini bukan era Leo Moggie ... ramai kaum Dayak yang terpelajar dan berpendidikan tinggi ... apatah lagi PRS pasti akan ditentang oleh SWP yang diterajui oleh Larry Sng pemimpin muda yang berjiwa besar ... kaya dan sentiasa membantu pengundi di kawasan nya walaupun tidak lagi berjawatan sebagai YB.

PBB pasti mengenggam erat 40 kawasan ditandingi .. bersandarkan populariti Tok Denan dan juga karisma beberapa pemimpin veteran yang tidak pernah mengecewakan pengundi kawasan mereka ... pun begitu PBB perlu juga tidak boleh leka dan perlu bertransformasi dengan mengketengahkan pemimpin muda, profesional dan berwibawa. Ramai golongan profesional dikalangan ahli PBB ... tak kira lelaki atau wanita ... tetapi harus diingat .. jangan sesekali berjanji jika tidak mampu ditepati ... kerana ianya bukan sahaja menjejaskan kredibiliti serta prestasi bakal-bakal YB malah juga parti ... perlu berhati-hati kerana hari ini ... era digital..era internet yang mudah merakam segalanya ... banyak contoh menteri dan YB yang terlepas cakap ... boleh jadi viral ... akhirnya memakan diri ...


Ahhaaaa!! ... jangan tabur janji sesuka hati ... 

Thursday, December 10, 2015

PRN Sarawak : Ada ADUN nak bersara ?#TheAdenanWay

CM Adenan dah nyatakan pilihan raya negeri Sarawak berkemungkinan besar diadakan pada bulan April atau Mei 2016, menurut laporan Borneo Post. Beliau mengatakan demikian semasa perjumpaan dengan semua Setiausaha Politik semalam. Baru-baru ini Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan akan menampilkan 10 muka baru dalam pilihan raya akan datang. Calon muka baru ini akan bertanding di kerusi DUN yang diwujudkan selepas persempadanan semula diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini selain mengantikan ADUN PBB yang telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding atau lebih tepat tidak mempertahankan kerusi yang dimenangi pada trahun 2011. Kepada ADUN yang telah bersedia untuk bersara dan melepaskan jawatan mereka , TAHNIAH kerana sentiasa berfikiran terbuka dan mampu memberi ruang kepada orang lain untuk menjadi wakil rakyat. Alhamdulillah masih ada ahli-ahli Yang Berhormat bersedia melepaskan ‘gelaran Yang Berhormat’ kerana kecintaan serta memberi keutamaan terhadap parti dan juga negeri berbanding kepentingan peribadi. Keputusan ahli-ahli Yang Berhormat sebegini harus dihormati dan disegani kerana TIDAK RAMAI yang mampu melepaskan jawatan mereka.. tidak ramai yang mahu melepaskan kuasa mereka .. tidak ramai yang mahu kehilangan status dan juga segala kemudahan yang mereka terima sebagai Ahli Yang Berhormat setelah sekian lama duduk dipersada yang menjadi rebutan ramai. Kita patut tabik dan segani pemimpin seperti ini.

Ketika ini ramai yang sudah melobi dan mula mendekatkan diri dengan pucuk pimpinan parti malah sanggup menaja itu dan ini dengan harapan dipilih sebagai calon untuk pilihan raya akan datang. Dah ramai mula menonjol diri di khalayak ramai.. menghadiri majlis keramaian orang kampong dengan harapan nama menjadi sebutan orang tempatan. Musim ini musim melobi di Sarawak .. ahli parti, ahli perniagaan dan bermacam-macam jenis orang yang merasakan diri mereka ‘layak’ sebagai calon, khususnya di kawasan-kawasan DUN yang baru. Di laman media sosial seperti facebook.. ramai yang dah tonjolkan diri … kesibukan disana sini.. tersenyum lebar apabila digelar bakal YB … ya .. BAKAL YB … sepertimana aku kata tadi.. aku tabik ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan hasrat untuk berundur seperti ADUN Tamin, Joseph Mauh yang terus terang mengatakan akan mengundur diri untuk memberi peluang orang lain pula merasa menjadi YB atau wakil rakyat… tapi berapa ramai dikalangan YB yang ‘gentleman’ seperti itu … baru nak disebut akan diganti .. pasti sudah mengamok disana sini … seolah-olah jawatan YB itu akan kekal hingga ke mati .. dan ada pula jika boleh..dipindah ke anak bini..seolah-olah.. jawatan YB itu satu tradisi.. satu dinasti … dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain yang lebih layak lagi!! … bagi YB yang telah banyak berbakti..membawa perubahan, pembangunan serta kemajuan di kawasan.. walaupun sudah berpuluh tahun sebagai wakil rakyat … kita harus bersyukur kerana ada YB yang kuat bekerja ..membantu masyarakat dengan seadanya … turun kawasan bila terluang waktu .. YB begini kita sanjungi .. tetapi andai ada YB yang hanya datang setahun sekali, tabor janji sana sini tak pernah tepati.. dah jadi YB berpenggal-penggal … lima enam kali .. tapi kawasan tetap macam dulu lagi .. rasanya elok la mengundur diri … bagi ruang orang lain mengganti .. berundur secara terhormat ..pasti jasa-jasa akan dikenangi … walaupun sedikit sekali …

Masa ini semua parti politik .dalam BN cuba tonjol siapa yang layak dapat kawasan baru dan ada parti pecahan yang merasakan diri mereka masih BN lagi ..walaupun secara hakiki atau secara rasmi mereka bukan ahli BN .. yang jelas TERAS dan UPP .. mempunyai YB-YB ADUN yang menang atas tiket SPDP dan juga SUPP. Apakah nasib mereka nanti samada mereka akan terus dicalonkan atas tiket BN atau atas tiket TERAS dan UPP kerana jelasnya tiga parti komponen, iaitu PRS, SPDP dan SUPP tidak sama sekali membenarkan mereka mengambil kawasan yang telah mereka menangi dulu atas kapasiti calon BN. Pasti CM Adenan ada magis atau trick untuk pasti semua pihak happy happy .. dan win-win situation demi negeri Sarawak .. tetapi sejauhmana SUPP dan SPDP untuk berkompromi sukar dibayangkan kerana pada padangan aku .. ADUN-ADUN yang keluar parti telah ‘mengkhianati’ janji dan perjuangan mereka kerana menuntut kuasa dan kepentingan peribadi. Maaf itu la pandangan aku … kerana mereka tidak berbeza dengan Mat Sabu yang keluar PAS dan menubuhkan Amanah .. atau geng-geng yang menubuhkan PKR ..semuanya hanya kerana kuasa ..dan kepentingan diri .

Apa pun aku bukan orang politik dan aku melihat perpecahan dalam parti komponen hanya akan terus melemahkan komponen BN dan memperkukuhkan pihak yang menentang. Jika benar berjuang di atas kehendak rakyat dan memberi kepentingan kepada negeri , kenapa perlu berpecah … meskipun berbeza pandangan. Ingat kata-kata Sun Tzu “an angry man can later become happy, a resentful man become pleased, but a kingdom once destroyed can never be restored nor the dead be brought back to life”. Apabila komponen lemah, mudahla orang lain untuk mengambil kesempatan dan kemenangan. Jika benar-benar memberi kepentingan kepada parti dan negeri, turun la.. bersara la dengan cara terhormat … jangan sampai di ‘bersarakan’ oleh rakyat yang muak dengan pelbagai janji yang tidak ditepati … dan sekali lagi aku salute..aku tabik kepada semua ahli YB yang telah menyatakan hasrat untuk berundur … semoga mereka ini terus disegani dan diberi kesihatan yang baik agar dapat terus menyumbang dalam komuniti..

Tuesday, December 8, 2015

Bahasa Inggeris VS Bahasa Malaysia #TheAdenanWay

Baru-baru ini kecoh beberapa orang pejuang Bahasa Melayu dengan pengumuman CM Adenan bahawa Sarawak akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi selain Bahasa Malaysia. Ramai dikalangan pejuang Bahasa Melayu mengecam tindakan CM Adenan tu dan menyifatkan tindakan nya sebagai memusnahkan usaha-usaha untuk mempertahankan bahasa itu di tanah air sendiri. Ada pula yang mengatakan tindakan CM Adenan itu menjatuhkan martabat Bahasa Melayu. Malah Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim mengatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Sarawak itu sebagai menimbulkan bibit-bibit perpecahan dalam kalangan masyarakat(Malaysiakini, 23 Nov.2015). Mempertahankan tindakan CM Adenan, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah berkata Bahasa Malaysia akan tetap menjadi Bahasa kebangsaan di Sarawak manakala Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua. Menurutnya Sarawak tidak pernah mengatakan tidak akan menggunakan Bahasa Malaysia, malah katanya penekananan dwibahasa di Sarawak adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia agar penggunaan kedua-dua bahasa diberi penekanan yang sama (BP Online, 26 Nov.2015).

Ramai juga netizen yang bersetuju dengan langkah yang diambil oleh CM Adenan kerana selama ini pun di Sarawak sebahagian besar penduduk nya berkomunikasi dengan dwibahasa. Aku pelik kenapa ramai yang begitu ‘resah’ dan kalut bila kerajaan negeri Sarawak mengambil langkah tersebut sedangkan di beberapa kementerian persekutuan Bahasa pengantar atau komunikasi dikalangan warga mereka ialah Bahasa Inggeris! Malah dalam mesyuarat tertentu memang diadakan dalam Bahasa Inggeris atau dwibahasa. Malas la aku nak sebut kementerian mana kan… tapi lihat la pada domain atau alamat laman web atau emel mereka. Kalau Kementerian Pendidikan .. mereka gunkana singkatan moe, iaitu ministry of education , Kementerian Pendidikan Tinggi pula mohe, iaitu ministry of higher education dan beberapa kementeria lain. Justeru aku rasa amat hairan bagaimana sesetengah pejuang Bahasa melayu tak tegur kementerian-kementerian ini atau beberapa jabatan yang masih menggunakan Bahasa inggeris untuk alamat emel merekan atau mereka sendiri tak sedar??? …

Aku bukan la nak mengagungkan Bahasa Inggeris … tetapi hakikatnya pada hari ini semakin ramai dikalangan graduan dari institusi pengajian tinggi awam …memang lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris.. malah banyak sangat kesalahan grammar dalam penulisan selain sumbang mambang apabila bercakap dalam Bahasa Inggeris. Ini berlaku kerana ada pensyarah atau guru yang tak mahir dalam Bahasa inggeris di beri tanggungjawab mengajar Bahasa Inggeris di institut, kolej maupun di sekolah menengah. Aku pernah melihat sendiri bagaimana salah seorang anak aku mendapat gred A daripada pensyarah sebuah politeknik sedangkan bila aku periksa Bahasa Inggeris yang digunakan banyak grammatical mistakes. Samada pensyarah berkenaan tidak memeriksa dengan teliti ataupun pensyarah berkenaan memang tidak tahu berbahasa inggeris .. itulah pandangan aku.. sungguh kasihan kerana impak kepada penilaian tersebut ialah pelajar langsung tidak boleh berbahasa inggeris dengan baik …

Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah pada pandangan aku juga merupakan salah satu faktor kenapa ramai graduan kurang konfiden diri apabila bersoal jawab dalam temuduga pekerjaan. Perasaan rendah diri boleh menjadikan seseorang itu kurang keyakinan diri … dan kurang keyakinan diri menyebabkan semakin ramai graduan tidak mampu menarik minat majikan agar mengambil mereka sebagai pekerja meskipun mereka mempunyai CGPA yang hebat. Kadang-kadang aku nak tergelak juga mendengar beberapa 'so-called' pegawai atasan yang hebat bercakap dalam bahasa inggeris yang tunggang terbalik..diction yang salah.. grammar apatah lagi ... dan aku tabik juga beberapa ketua jabatan yang cukup mahir menguasai bahasa inggeris ... dan menggunakan nya dalam mesyuarat-mesyuarat di peringkat tertinggi..  aku sendiri pun kekadang tersasul juga ... maklum laa.. lama dah tak guna bahasa inggeris samada dalam pertuturan harian atau pun dalam penulisan... bukan nak mengagungkan bahasa itu tetapi bahasa inggeris merupakan bahasa pengantar yang aku gunakan sejak dari Darjah Satu ... dan aku teringat guru ku.. Cikgu Inggu .. yang akan menghukum mana-mana anak murid nya yang menggunakan bahasa lain selain bahasa inggeris dalam pertuturan harian semasa di sekolah... memang dia amat serius ..tetapi dialah yang mendidik aku sehingga kami mahir menguasai bahasa tersebut..


Apa pun pandangan orang terhadap tindakan CM Adenan pada pandangan aku, langkah yang diambil nya sangat baik dan memberi manafaat kepada seluruh anak Sarawak. Sarawak yang mempunyai puluhan etnik yang berbeza bahasa pertuturan sejak dulu lagi memang sudah mengamalkan dwibahasa, iaitu samada menggunakan bahasa inggeris atau bahasa melayu untuk berkomunikasi. Salute CM Adenan kerna berani mencetuskan perubahan yang mungkin tidak disenangi oleh sebahagian pemimpin persekutuan.  We are all behind you CM Adenan!

Monday, October 19, 2015

Pilihanraya Negeri Sarawak#TheAdenanWay

OooHaaa!!... You..You !! adalah satu trademark untuk CM Sarawak, Tok Nan yang kadang-kadang disusuli dengan gelak kecil beliau … bagi orang yang baru mengenali beliau ..mungkin kelakuan nya nampak sinis ..namun itulah cara beliau memperkatakan sesuatu … ikhlas danria hatinya .d. ramai juga yang rasa tercabar dengan sikap kesederhanaan beliau … dan ada juga yang ‘mengopi’ cara beliau berkomunikasi dengan masyarakat. Banyak kali Tok Nan di lihat minum sambal makan mee kolok di gerai-gerai biasa … satu tabiat yang jauh lari dari sangkaan awal masyarakat umum yang selalunya melihat YB atau orang kenamaan lebih selesa di minum dan makan di restoran ternama … tapi bukan Tok Nan … dan selalu juga masyarakat melihat Tok Nan membeli belah mencari ikan dan sayuran di kedai tepi jalan sendiri bersama isterinya … juga satu kelainan bagi kebanyakkan masyarakat kerana sebelum ini amat jarang sekali ahli YB yang sudah ada kedudukan untuk membeli belah di kedai biasa … tapi itulah Tok Nan yang baru sahaja memerintah negeri Sarawak … mengukuhkan pandangan masayarakat bahawa beliau tidak pernah lupa asal usulnya.. walaupun sudah bergelar YAB Ketua Menteri Sarawak … beginilah sikap pemimpin yang diinginkan oleh rakyat … bukan hanya bergegar pentas dengan lontaran hujah 1Malaysia..tetapi perlakuan dan tindakan jauh sekali menepati prinsip dan juga matlamat 1Malaysia … apatah lagi ‘peoples friendly’

Seperkara lagi yang menjadikan Tok Nan semakin popular ialah keberanian dan kebjikasanaan beliau untuk memperbaharui beberapa dasar yang dilihat tidak lagi relevan untuk diaplikasikan di negeri Sarawak. Dalam dua entri sebelum ini aku sudah memperkatakan sebahagian daripadanya dan kali ini ingin berkongsi lagi apa yang telah Tok Nan lakukan untuk negeri Sarawak. Ramai yang mengakui bahawa sistem pendidikan negara sering berubah-uabh hingga kan .. pelajar sekolah menjadi mangsa kepada eskperimen yang dilakukan .. sekejap ada PPSMI sekejap tak ada … yang untung siapa sebenarnya. Ramai juga mengeluh kenapa ramai graduan Malaysia tidak mahir berbahasa Inggeris … tapi nak salahkan siapa sebenarnya? Tok Nan dengan beraninya  menuntut agar Bahasa Inggeris menjadi Bahasa pengantar untuk bukan sekolah kebangsaan dan Sarawak terus menggunaka Bahasa Inggeris sebagai Bahasa persuratan bersama dengan Bahasa Malaysia. Negeri Sarawak juga memohon autonomi dalam bidang pendidikan sebagai langkah untuk memastikan system pendidikan di negeri Sarawak tidak berubah-ubah mengikut trend dan perubahan Menteri yang menjaga pendidikan. Memang diakui Dasar Pendidikan sudah ada ..tetapi setiap kali menteri berubah..beberapa perkara akan turut berubah.. seperti air yang ada pasang dan surutnya ..dan ini tidak memberi manafaat kepada pelajar yang menjadi pengguna … dan secara keseluruhan mengakibatkan banyak kerugian dipihak kerajaan … perubahan sebuah logo boleh mengakibatkan perbelanjaan jutaan ringgit..walaupun perubahan itu nampak tersangat kecil…

Selama ini ramai nampak golongan pendatang asing semakin ramai di Sarawak … terutamanya orang-orang Indonesia .. namun tak ramai yang tahu bahawa orang-orang Suluk dari Filipina rupanya sudah bertapak di Sarawak juga. Tok Nan amat marah bila Jabatan Imigresen gagal menangani masalah 700 orang Bajau dan 400 orang Suluk yang sudah tinggal dan membina rumah di Miri Sarawak, walaupun banyak aduan di kemukakan.. malah kata Tok Nan ‘ada mulut bisu, ada telinga pekak, ada mata buta’ menyimpulkan kegagalan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang yang ada. Tok Nan telah mengisytihar ‘perang’ terhadap pati di Sarawak dan semasa beliau merasmi Hari Perhutanan Antarabangsa peringkat negeri Sarawak, beliau berkata ‘mereka perlu ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal mereka sebelum mereka menimbulkan masalah besar yang sukar diselesaikan di kemudian hari’ . Pun begitu beliau mahu pati yang ditahan dilayan dengan baik sesuai dengan layanan yang sepatutnya diberi kepada manusia.

Tok Nan juga dilihat rakyat lebih berani menyuarakan hasrat rakyat Sarawak kepada kerajaan persekutuan lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan polisi yang melibatkan rakyat. Tok Nan mengingatkan kerajaan persekutuan agar mengambilkira bumiputera Sarawak yang bukan nya semua Melayu atau semuanya beragama Islam dalam membentuk dasar negara. Tok Nan juga bertegas untuk mendapatkan kerajaan autonomi bagi negeri Sarawak. ‘Kita minta kerajaan persekutuan mengiktiraf autonomi negero Sarawak dan kita sedang berbincang supaya kuasa yang ada pada kerajaan pusat diserah balik kepada negeri Sarawak’, katanya ketika berucap dalam Majlis Permimpin Bersama Rakyat pada 4 Jun, 2015 lalu (BP Online, 5 Jun 2015). Tok Nan memberitahu hak autonomi itu perlu diberi semula kepada kerajaan negeri bagi memastikan bidang kuasa tertentu dapat diputuskan tanpa melibatkan kerajaan persekutuan.

Oooohaaa!! … banyak agi perkara yang bagus..yang hebat udah dipolah oleh Tok Nan sejak menjadi Ketua Menteri Sarawak. Keberanian menyuarakan pandangan dan permohonan secara terbuka kepada kerajaan pusat dilihat sebagai positif oleh rakyat Sarawak. Apa lagi yang kita mahu ? Kita mahu Tok Nan terus memimpin negeri Sarawak sebagai Ketua Menteri, mudah-mudahan negeri Sarawak terus maju di bawah kepimpinan nya. Bukan nak membodek atau nak mengampu ..ya lah hakikat yang harus kita akui... jarang kita nanggar (melihat) pemimpin berani bersuara bertentangan dengan kepimpinan pusat. .... kerna ada yang takut sik (tak) dapat terus berkuasa atau sik dicalon agik kelak ...  kita berharap pengundi-pengundi di Sarawak melihat keupayaan Tok Nan tuk bukan sekadar gimik .. atau cobaan ... tapi yang benar-benar berlaku ... yang benar-benar dipolah untuk kepentingan rakyat Sarawak...

Ya aja.. jako aku ari tuk ... esok lusa .. lain gik cerita kerana tuk jak yang dapat nak tulis tentang kepimpinan CM Sarawak .. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem .. mudah-mudahan belio terus sihat untuk memimpin negeri kita..

Saturday, October 17, 2015

BN Sarawak #theAdenanWay

Ramai yang kata BN Sarawak mampu memenangi pilihanraya negeri yang akan datang berdasarkan populariti CM Sarawak, Tok Nan yang disifatkan memahami kehendak rakyat Sarawak dengan mengemukakan pelbagai dasar baharu yang dekat di hati rakyat. Sebelum ini aku juga menulis mengenai beberapa dasar baharu CM Sarawak yang dikatakan sempoi dan bersahaja ini .. dan antara dasar baharu beliau yang amat disenangi rakyat ialah penghapusan bayaran tol di dua buah jambatan, iaitu jambatan Lanang dan juga Baram. Meskipun pada pandangan umum, ianya tidak signifikan namun di mata rakyat biasa, terutamanya yang menggunakan kedua-dua jambatan tersebut setiap hari, ianya amak bermakna kepada mereka.Kutipan tol di jambatan Lanang dihentikan pada 24 Mei, 2015 (Sinar Harian, 24 Mei 2015). Selain itu, CM Sarawak juga telah mengurangkan tambang perkhidmatan feri di sungai-sungai di negeri Sarawak kepada RM1.00 sahaja berbanding sebelum ini yang boleh mencecah puluhan ringgit bagi sebuah kenderaan. Lebih mengembirakan rakyat Sarawak ialah usaha Tok Nan menurunkan tariff elektrik. Tariff elektrik bagi pengguna domestik Sarawak diturunkan hingga 47 peratus bermula 1 Januari 2015 (BH Online, 19 November 2014). Menurut Tok Nan, secara keseluruhannya hamper 50 peratus pengguna elektrik Sarawak Energy Berhad(SEB) akan menikmati penurunan tariff antara 20 peratus hingga lebih 40 peratus (BH Online, 19 November 2014).

Kekecohan mengenai GST di seluruh negara mencetuskan pelbagai komen negatif terhadap pimpinan DS Najib Razak, namun Tok Nan telah mengambil tindakan mengurangkan bebanan rakyat dengan mengumumkan kerajaan negeri akan membantu membayar GST bagi perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan. Ini bermakna rakyat Sarawak tidak perlu membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan (BP, 25 Mei 2015). Perkara yang amat-amat mengembirakan rakyat Sarawak ialah usaha Tok Nan untuk mendapatkan tambahan royalti minyak untuk negeri Sarawak. Isu royalti minyak ini telah digunakan oleh pihak pembangkang untuk mempengaruhi pengundi namun sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab Tok Nan dengan berani menyuarakan tuntutan royalty minyak yang lebih tinggi daripada kerajaan pusat meskipun beliau pasti ada risikonya. Walaupun setakat ini tiada kata putus daripada kerajaan persekutuan mengenai isu berkenaan namun ada tanda-tanda positif hasil tuntutan tersebut dimana Petronas telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM90 juta untuk melaksanakan tanggungjawab sosial (CSR) di Sarawak dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini (BH Online, 1 Julai 2015). Sumbangan itu disalurkan untuk pelaksanaan beberapa inisiatif termasuk memperkasa pendidikan, pembangunan komuniti serta pemulihan alam sekitar di negeri Sarawak. Selain Petronas juga akan membina sebuah sekolah teknikal di Sarawak dan syarikat dari negeri Sarawak akan diberikan kontrak petronas yang dianggarkan berjumlah RM2.1 bilion setahun.

Perkara yang paling membuka mata seluruh negara ialah keberanian Tok Nan ‘taking the bull by its’ horn’ dalam menangani masalah pembalakan haram. Keseriusan Tok Nan dibuktikan dengan menutup lebih 30 kilang papan yang mempunyai balak haram di seluruh negeri  serta membatalkan serta tidak memperbarharui lesen pembalakan. Tok Nan mengulangi pendirian nya tegas pihaknya terhadap pelanggaran sebarang syarat pemberian lesen pembalakan oleh pemegang lesen, kontraktor dan sub kontraktor dan tindakan tegas akan diambil termasuklah pembatalan lesen itu (Utusan Online, 21 Januari 2015). Bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan negeri, Tok Nan mengambil langkah berani dengan mengajak 26 orang ADUN BN Sarawak dan 30 orang Setiausaha politik  menandatangani ikrar integriti. “SPRM menyambut baik dan gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh kerajaan negeri Sarawak” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (Utusan Online, 8 April 2015). Tok Nan percaya ikrar integriti itu membuktikan kepada rakyat bahawa wakil rakyat BN Sarawak ikhlas berkhidmat.

Isu penggunaan kalimah Allah di semenanjung telah mencetuskan provokasi dan ketidaksenangan golongan bukan Islam sehingga wujud ketegangan dalam hubungan antara kaum. Pun begitu, perkara ini tidak menjadi satu isu di Sarawak dan rakyat Sarawak yang sudah biasa hidup dalam keadaan harmoni selama ini tidak tergugat dengan provokasi yang dicetuskan oleh pelampau agama di Semenanjung. Bagi mengukuhkan keyakinan golongan bukan Islam di Sarawak, Tok Nan mengambil langkah berani dengan menentang arus pandangan rakan-rakan BN di kerajaan persekutuan dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian. “Kita sebagai umat Kristian di negeri ini tidak perlu bimbang akan penggunaan kalimah Allah kerana ia adalah dibenarkan di gereja-gereja malah ia turut disokong oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sendiri” kata ADUN Opar, YB Ranum Mina (BP, 5 Jun 2015). Malah dalam kes ini kerajaan Sarawak dengan berani telah menghalang beberapa pemimpin parti politik dan agama samada dari BN atau dari pembangkang yang bersikap pelampau agama dan bangsa menjejak kaki ke negeri Sarawak.

Aku pasti apa yang dilakukan oleh YB CM Sarawak setakat ini, amat-amat disenangi oleh sebahagian besar penduduk Sarawak dan populariti beliau dikalangan masyarakat Cina juga semakin meningkat. Ini diakui sendiri oleh beberapa pemimpin pembangkang negeri Sarawak dan ini amat meresahkan mereka terutamanya DAP dan PKR. Banyak lagi usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Tok Nan untuk rakyat Sarawak sejak beliau memerintah negeri Sarawak. Beliau hanya memohon kepada pengundi-pengundi untuk memberi kepercayaan lima tahun lagi kepada beliau untuk menerajui negeri Sarawak agar dapat meningkatkan lagi pembangunan negeri. Dalam tempoh yang singkat Tok Nan telah memberi satu pengharapan yang amat tinggi kepada rakyat agar pembangunan negeri Sarawak setara dengan pembangunan di semenanjung Malaysia. Sama-samalah kita menyokong usaha beliau ini. ..


Ya ajak dolok dapat aku menulis tentang usaha CM Sarawak … kelak nulis agik.. kerna banyak agik yang perlu diperjelas supaya orang negeri Sarawak tau ..apa ya nok udah dipolah Tok Nan .. dalam masa setaun dua tuk … 

Tuesday, October 13, 2015

PRN SARAWAK : #theadenanway

Semalam diberitakan YAB Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah membuat 38 dasar baharu yang memberi kebaikan kepada rakyat dan negeri sejak beliau mengambilalih tampuk kuasa sebagai Ketua Menteri (Borneo Post, 12 Oktober). Menurut Tok Nan dasar pertama yang beliau beri tumpuan adalah penggunaan perkataan ‘lain-lain’ yang terdapat dalam boring-borang rasmi kerajaan bagi merujuk kepada masyarakat bumiputera di Sarawak.  Beliau mahukan perkataan ‘lain-lain’ itu dibatalkan penggunaan nya kerana setiap bangsa di Malaysia ini adalah sama rata dan tidak hanya tertumpu kepada tiga bangsa utama sahaja iaitu Melayu, Cina dan India. Semua bangsa telah menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara ini, malah dalam kes kaum Dayak, merekalah yang banyak berjasa mempertahankan negara daripada pencerobohan komunis suatu ketika dulu. Pada aku tindakan ini sepatutnya sudah lama disedari oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi dalam kempen Gagasan 1Malaysia. Laungan 1Malaysia bergema disetiap pelusuk tanahair tetapi dalam borang rasmi kerajaan masih terdapat perkataan ‘lain-lain’ apabila merujuk bumiputera Sarawak dan juga Sabah .. maka ianya tidak selari dengan kehendak dan aspirasi kerajaan untuk memberi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.#theadenanway menjanjikan bahawa semua kaum adalah sama .. walaupun terdapat lebih 30 etnik di negeri Sarawak..samada mereka dalam jumlah yang besar maupun dalam jumlah yang paling kecil.

Setiap kaum ada maruah dan egonya sendiri kerana setiap kaum mempunyai cara hidup, budaya serta pegangan kepercayaan nya sendiri. Perbezaan ini tidak semestinya menjadi satu kelainan kepada kaum lain malah dalam Gagasan 1Malaysia, kelainan ini seharusnya diterima oleh kaum-kaum lain . Inilah keunikan yang terdapat di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya. Keunikan budaya yang pelbagai, cara hidup yang berbeza tidak menghalang anak-anak Sarawak untuk bercampur gaul dengan harmoni dalam masyarakat. Malahan perbezaan agama tidak menghalang mereka untuk duduk makan semeja, satu kepercayaan antara kaum yang berbilang etnik yang jadi amalan sejak dahulu lagi. Jika kelainan ini dapat diterima sebaiknya, maka negeri akan dapat terus begerak kehadapan, melangkah maju mengecapi pembangunan yang lestari. Justeru tindakan Tok Nan menghalang pelampau keagamaan dan juga pelampau kaum yang tidak henti-henti menimbulkan provokasi agama dan kaum dari menjejak kaki ke bumi Sarawak sangat-sangat dipersetujui oleh seluruh rakyat negeri Sarawak. Tiada tempat di bumi Kenyalang kepada pelampau individu maupun NGO yang tidak peka dengan sensitiviti kaum dan juga agama di negeri Sarawak, samada mereka di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang.

Keduanya Tok Nan juga tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak yang menggelar kaum Cina sebagai pendatang kerana generasi kaum Cina yang ada di bumi kenyalang hari ini ialah generasi yang lahir di negeri Sarawak bukan lahir di Negara Cina. Menurutnya, nenek moyang generasi Cina hari ini memang pendatang tetapi generasi Cina yang ada di Sarawak merupakan generasi keempat atau kelima yang lahir di Malaysia dan mereka tidak layak digelar sebagai pendatang (BP, 23 Oktober, 2014). Malaysia dan negeri Sarawak cukup besar untuk semua orang dan tidak perlulah kaum Cina di negara ini digelar pendatang, katanya merujuk kepada beberapa individu dan NGO yang tidak henti-henti menyelar kaum Cina sebagai pendatang. Isu ini sebenarnya tidak lagi timbul kerana kaum Cina sudah berada di Sarawak lebih dari 100 tahun yang lalu. Siapa pendatang, siapa tuan tidak lagi relevan kerana kaum Cina juga menyumbang kepada pembangunan negara dan negeri melalui aktiviti ekonomi yang mereka jalankan. Kaum Cina sering dilabel sebagai pendatang kerana mereka tidak melupakan asal usul mereka dan kadangkala pergi melawat ke Tanah Besar Negara China untuk menjenguk saudara mara yang masih ada di Negara China. ‘Kamu pegi ke Negara China untuk bercuti dan melawat kaum keluarga di sana tetapi selepas itu akan balik semula ke negeri Sarawak’ kata Tok Nan (BP, 23 Oktober 2014).

Ketiga, kerajaan negeri Sarawak mengambil langkah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kelayakan untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam negeri dan university awam negeri, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tan Sri Adenan Satem telah memberi kelulusan kepada perkara tersebut yang dikatakan setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Senator Datuk Dr.Sim Kui Hian (BP, 21 September 2015). Selain itu Tok Nan juga bersetuju agar Yayasan Sarawak menyediakan biassiswa atau pinjaman pendidikan kepada pemegang UEC. Senator Datuk Sim juga menyatakan beberapa institusi pengajian tinggi swasta seperti Swinburne University, Curtin University serta Kolej Teknologi Sarawak juga mengiktiraf UEC selain university luar Negara seperti Victoria University di Melbourne, Australia dan National University, Singapura. Kelulusan daripada YAB Ketua Menteri Sarawak amat bermakna kepada kaum Cina kerana ianya membuka lembaran baru dan laluan kepada kelulusan yang lebih luas lagi terutamanya di peringkat kerajaan persekutuan. Menurut Pengerusi Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Persendirian Cina Bersatu Sarawak, Datuk Vincent Lau, jika kerajaan persekutuan memberi mengiktiraf UEC, ianya akan menguntungkan Negara secara keseluruhanya dan bukan hanya pelajar sekolah Cina sahaja.


Pada aku ketiga-tiga langkah yang telah diambil oleh Tok Nan selaku Ketua Menteri Sarawak membuktikan sesuatu dasar itu boleh diubah oleh pemerintah dan ianya tidak kaku dan beku kerana peraturan serta undang-undang dunia ini dibentuk oleh manusia. Perubahan boleh dilakukan seiring zaman kerana semua kaum mempunyai jasa terhadap pembangunan negara, justeru melabelkan sesuatu kaum sebagai ‘lain-lain’ atau pun pendatang tidak lagi wajar dalam konteks negara yang sudah merdeka melebihi 50 tahun. Sama juga memberi pengiktirafan kepada pendidikan yang berbeza tidak merugikan negara atau negeri malah mungkin ianya boleh menjadi ‘compliment’ kepada sistem pendidikan yang ada di negara ini. Lihat di negeri Sarawak di mana semakin ramai anak-anak Melayu dan bumiputera belajar di sekolah aliran Cina kerana terbukti kaedah mengajar ilmu matematik mereka lebih baik daripada kaedah yang ada disekolah kebangsaan. Syabas Tok Nan, semoga ianya memberi harapan baru kepada pelajar-pelajar aliran Cina di negeri Sarawak. Inilah usaha seorang pemimpin yang mampu melihat keperluan dan kehendak masyarakatnya, meskipun kaum Cina masih belum percaya sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya usaha Tok Nan pasti mampu meraih sedikit kepercayaan dan keyakin pengundi Cina terhadap Barisan Nasional Sarawak.

Nya aja jako aku masa tuk you you .. kelak bejako agi..