Monday, December 14, 2015

#PRN Sarawak : Musim Menabur Janji

Ooohaa… Tok Denan kata pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan samada pada April atau Mei 2016 … satu berita yang amat mengembirakan buat orang-orang yang bermimpi untuk menjadi calon YB .. tak kira geng-geng BN atau geng-geng Pakatan Rakyat. Bagi YB-YB ADUN yang nama sudah diumumkan oleh Tok Denan … boleh tersenyum girang dan meneruskan tugas serta tanggungjawab mereka dengan hati lapang .. tidur pun nyenyak … bagi yang masih menunggu … hati sentiasa berdebar-debar samada masih kekal sebagai ahli YB atau tidak … rasanya makan pun tak lalu … manakala bagi yang bercita-cita untuk dicalonkan pastinya sedang berusaha untuk menonjolkan diri.. mendekatkan diri dengan rakyat setempat … kalau dulu sibuk di kota..mengurus kerja atau berniaga..kini lebih banyak masa untuk bersembang bergurau senda menjenguk rumah-rumah rakan taulan atau menghulur bantuan .. emmm … begitulah scenario di Sarawak pada masa ini .. kerana di sana sini orang bercakap pasal nak jadi YB..nak jadi calon.. atau bercakap mengenai pilihan raya negeri akan datang.

Bagi aku apa yang amat menarik ialah .. musim ini musim menabur janji .. tak kira BN atau Pakatan Rakyat .. kedua-duanya berusaha untuk meyakinkan pengundi mereka mampu melaksana dan menunaikan janji-janji. Betul ke? Cuba periksa balik manifesto pilihan raya negeri ke-10 lalu … tak kira yang menang atau yang kalah .. sudah tertunaikan janji-janji yang ditaburkan kepada pengundi ?? BN mengatakan mereka telah mengotakan janji ... tetapi berapa peratus sudah janji-janji itu ditunaikan ... ? aku tak kata mereka tak buat ... tetapi rasanya kawasan bandar lebih banyak dapat kemudahan berbanding kawasan pedalaman .. walaupun 90 peratus kawasan bandar di kuasai oleh DAP atau pun PKR ..sedangkan 90 peratus kawasan luar bandar dikuasai oleh BN. Sejauh mana bekalan air bersih atau bekalan elektrik 24 jam dinikmati oleh pengundi-pengundi yang tak putus harapan mengundi BN ... ataupun sebaik mana jalan raya menghubungkan kawasan mereka ... adakah ianya seburuk Jalan Marudi –Miri atau pun Kapit yang sehingga kini masih ’terpisah’ dari tanah besar ... ?? Bukan mengungkit .. Cuma mengingatkan ... agar tidak lagi menggunakan retorik dalam kempen-kempen akan datang. Sejujurnya ... ramai pengundi semakin resah dan gelisah ... apatah lagi pengundi muda yang semakin cerdik menilai ... bukan mereka tidak setia atau tidak bersyukur ... tetapi perlu dinatakan dengan pembuktian ... bagi kawasan-kawasan yang sudah menerima pelbagai pembangunan ..hasil usaha gigih wakil rakyat mereka ..tahniah .. YB ADUN pasti menang bergaya ... tapi bagi kawasan yang janji tinggal janji ... seperti pembinaan sebuah stadium bertaraf dunia... pasti sukar untuk menawan hati pengundi lagi ...

Sama juga dengan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh PKR dan DAP ... mereka tahu mereka tidak mampu menyediakan segalanya kerana mereka tidak ada kuasa dan tidak ada dana ... tetapi mereka berjanji untuk mengubah pemikiran rakyat melalui dialog, perjumpaan dan pemberian projek dalam skala kecil ... dan DAP memang bekerja keras untuk menawan hati pengundi muda dengan mengemukakan golongan profesional sebagai calon mereka. Agenda mereka mudah..iaitu ubah dan tukarkan kerajaan ... beri mereka peluang untuk memerintah .. sepertimana di Selangor dan Pulau Pinang ... justeru kepimpinan BN Negeri jangan pandang rendah ... walaupun Tok Denan popular ... faktor Tok Denan saja tidak mampu memberi impak kepada kekuatan SUPP yang ditentang oleh UPP ... begitu juga kekuatan SPDP yang banyak bergantung kepada Tiong King Sing..yang pasti dilawan hebat oleh TERAS ... PRS pula masih mempunyai ’aura’ PBDS tetapi kepimpinan Dayak hari ini sudah jauh berbeza ... ini bukan era Leo Moggie ... ramai kaum Dayak yang terpelajar dan berpendidikan tinggi ... apatah lagi PRS pasti akan ditentang oleh SWP yang diterajui oleh Larry Sng pemimpin muda yang berjiwa besar ... kaya dan sentiasa membantu pengundi di kawasan nya walaupun tidak lagi berjawatan sebagai YB.

PBB pasti mengenggam erat 40 kawasan ditandingi .. bersandarkan populariti Tok Denan dan juga karisma beberapa pemimpin veteran yang tidak pernah mengecewakan pengundi kawasan mereka ... pun begitu PBB perlu juga tidak boleh leka dan perlu bertransformasi dengan mengketengahkan pemimpin muda, profesional dan berwibawa. Ramai golongan profesional dikalangan ahli PBB ... tak kira lelaki atau wanita ... tetapi harus diingat .. jangan sesekali berjanji jika tidak mampu ditepati ... kerana ianya bukan sahaja menjejaskan kredibiliti serta prestasi bakal-bakal YB malah juga parti ... perlu berhati-hati kerana hari ini ... era digital..era internet yang mudah merakam segalanya ... banyak contoh menteri dan YB yang terlepas cakap ... boleh jadi viral ... akhirnya memakan diri ...


Ahhaaaa!! ... jangan tabur janji sesuka hati ... 

Thursday, December 10, 2015

PRN Sarawak : Ada ADUN nak bersara ?#TheAdenanWay

CM Adenan dah nyatakan pilihan raya negeri Sarawak berkemungkinan besar diadakan pada bulan April atau Mei 2016, menurut laporan Borneo Post. Beliau mengatakan demikian semasa perjumpaan dengan semua Setiausaha Politik semalam. Baru-baru ini Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan akan menampilkan 10 muka baru dalam pilihan raya akan datang. Calon muka baru ini akan bertanding di kerusi DUN yang diwujudkan selepas persempadanan semula diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini selain mengantikan ADUN PBB yang telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding atau lebih tepat tidak mempertahankan kerusi yang dimenangi pada trahun 2011. Kepada ADUN yang telah bersedia untuk bersara dan melepaskan jawatan mereka , TAHNIAH kerana sentiasa berfikiran terbuka dan mampu memberi ruang kepada orang lain untuk menjadi wakil rakyat. Alhamdulillah masih ada ahli-ahli Yang Berhormat bersedia melepaskan ‘gelaran Yang Berhormat’ kerana kecintaan serta memberi keutamaan terhadap parti dan juga negeri berbanding kepentingan peribadi. Keputusan ahli-ahli Yang Berhormat sebegini harus dihormati dan disegani kerana TIDAK RAMAI yang mampu melepaskan jawatan mereka.. tidak ramai yang mahu melepaskan kuasa mereka .. tidak ramai yang mahu kehilangan status dan juga segala kemudahan yang mereka terima sebagai Ahli Yang Berhormat setelah sekian lama duduk dipersada yang menjadi rebutan ramai. Kita patut tabik dan segani pemimpin seperti ini.

Ketika ini ramai yang sudah melobi dan mula mendekatkan diri dengan pucuk pimpinan parti malah sanggup menaja itu dan ini dengan harapan dipilih sebagai calon untuk pilihan raya akan datang. Dah ramai mula menonjol diri di khalayak ramai.. menghadiri majlis keramaian orang kampong dengan harapan nama menjadi sebutan orang tempatan. Musim ini musim melobi di Sarawak .. ahli parti, ahli perniagaan dan bermacam-macam jenis orang yang merasakan diri mereka ‘layak’ sebagai calon, khususnya di kawasan-kawasan DUN yang baru. Di laman media sosial seperti facebook.. ramai yang dah tonjolkan diri … kesibukan disana sini.. tersenyum lebar apabila digelar bakal YB … ya .. BAKAL YB … sepertimana aku kata tadi.. aku tabik ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan hasrat untuk berundur seperti ADUN Tamin, Joseph Mauh yang terus terang mengatakan akan mengundur diri untuk memberi peluang orang lain pula merasa menjadi YB atau wakil rakyat… tapi berapa ramai dikalangan YB yang ‘gentleman’ seperti itu … baru nak disebut akan diganti .. pasti sudah mengamok disana sini … seolah-olah jawatan YB itu akan kekal hingga ke mati .. dan ada pula jika boleh..dipindah ke anak bini..seolah-olah.. jawatan YB itu satu tradisi.. satu dinasti … dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain yang lebih layak lagi!! … bagi YB yang telah banyak berbakti..membawa perubahan, pembangunan serta kemajuan di kawasan.. walaupun sudah berpuluh tahun sebagai wakil rakyat … kita harus bersyukur kerana ada YB yang kuat bekerja ..membantu masyarakat dengan seadanya … turun kawasan bila terluang waktu .. YB begini kita sanjungi .. tetapi andai ada YB yang hanya datang setahun sekali, tabor janji sana sini tak pernah tepati.. dah jadi YB berpenggal-penggal … lima enam kali .. tapi kawasan tetap macam dulu lagi .. rasanya elok la mengundur diri … bagi ruang orang lain mengganti .. berundur secara terhormat ..pasti jasa-jasa akan dikenangi … walaupun sedikit sekali …

Masa ini semua parti politik .dalam BN cuba tonjol siapa yang layak dapat kawasan baru dan ada parti pecahan yang merasakan diri mereka masih BN lagi ..walaupun secara hakiki atau secara rasmi mereka bukan ahli BN .. yang jelas TERAS dan UPP .. mempunyai YB-YB ADUN yang menang atas tiket SPDP dan juga SUPP. Apakah nasib mereka nanti samada mereka akan terus dicalonkan atas tiket BN atau atas tiket TERAS dan UPP kerana jelasnya tiga parti komponen, iaitu PRS, SPDP dan SUPP tidak sama sekali membenarkan mereka mengambil kawasan yang telah mereka menangi dulu atas kapasiti calon BN. Pasti CM Adenan ada magis atau trick untuk pasti semua pihak happy happy .. dan win-win situation demi negeri Sarawak .. tetapi sejauhmana SUPP dan SPDP untuk berkompromi sukar dibayangkan kerana pada padangan aku .. ADUN-ADUN yang keluar parti telah ‘mengkhianati’ janji dan perjuangan mereka kerana menuntut kuasa dan kepentingan peribadi. Maaf itu la pandangan aku … kerana mereka tidak berbeza dengan Mat Sabu yang keluar PAS dan menubuhkan Amanah .. atau geng-geng yang menubuhkan PKR ..semuanya hanya kerana kuasa ..dan kepentingan diri .

Apa pun aku bukan orang politik dan aku melihat perpecahan dalam parti komponen hanya akan terus melemahkan komponen BN dan memperkukuhkan pihak yang menentang. Jika benar berjuang di atas kehendak rakyat dan memberi kepentingan kepada negeri , kenapa perlu berpecah … meskipun berbeza pandangan. Ingat kata-kata Sun Tzu “an angry man can later become happy, a resentful man become pleased, but a kingdom once destroyed can never be restored nor the dead be brought back to life”. Apabila komponen lemah, mudahla orang lain untuk mengambil kesempatan dan kemenangan. Jika benar-benar memberi kepentingan kepada parti dan negeri, turun la.. bersara la dengan cara terhormat … jangan sampai di ‘bersarakan’ oleh rakyat yang muak dengan pelbagai janji yang tidak ditepati … dan sekali lagi aku salute..aku tabik kepada semua ahli YB yang telah menyatakan hasrat untuk berundur … semoga mereka ini terus disegani dan diberi kesihatan yang baik agar dapat terus menyumbang dalam komuniti..

Tuesday, December 8, 2015

Bahasa Inggeris VS Bahasa Malaysia #TheAdenanWay

Baru-baru ini kecoh beberapa orang pejuang Bahasa Melayu dengan pengumuman CM Adenan bahawa Sarawak akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi selain Bahasa Malaysia. Ramai dikalangan pejuang Bahasa Melayu mengecam tindakan CM Adenan tu dan menyifatkan tindakan nya sebagai memusnahkan usaha-usaha untuk mempertahankan bahasa itu di tanah air sendiri. Ada pula yang mengatakan tindakan CM Adenan itu menjatuhkan martabat Bahasa Melayu. Malah Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim mengatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Sarawak itu sebagai menimbulkan bibit-bibit perpecahan dalam kalangan masyarakat(Malaysiakini, 23 Nov.2015). Mempertahankan tindakan CM Adenan, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah berkata Bahasa Malaysia akan tetap menjadi Bahasa kebangsaan di Sarawak manakala Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua. Menurutnya Sarawak tidak pernah mengatakan tidak akan menggunakan Bahasa Malaysia, malah katanya penekananan dwibahasa di Sarawak adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia agar penggunaan kedua-dua bahasa diberi penekanan yang sama (BP Online, 26 Nov.2015).

Ramai juga netizen yang bersetuju dengan langkah yang diambil oleh CM Adenan kerana selama ini pun di Sarawak sebahagian besar penduduk nya berkomunikasi dengan dwibahasa. Aku pelik kenapa ramai yang begitu ‘resah’ dan kalut bila kerajaan negeri Sarawak mengambil langkah tersebut sedangkan di beberapa kementerian persekutuan Bahasa pengantar atau komunikasi dikalangan warga mereka ialah Bahasa Inggeris! Malah dalam mesyuarat tertentu memang diadakan dalam Bahasa Inggeris atau dwibahasa. Malas la aku nak sebut kementerian mana kan… tapi lihat la pada domain atau alamat laman web atau emel mereka. Kalau Kementerian Pendidikan .. mereka gunkana singkatan moe, iaitu ministry of education , Kementerian Pendidikan Tinggi pula mohe, iaitu ministry of higher education dan beberapa kementeria lain. Justeru aku rasa amat hairan bagaimana sesetengah pejuang Bahasa melayu tak tegur kementerian-kementerian ini atau beberapa jabatan yang masih menggunakan Bahasa inggeris untuk alamat emel merekan atau mereka sendiri tak sedar??? …

Aku bukan la nak mengagungkan Bahasa Inggeris … tetapi hakikatnya pada hari ini semakin ramai dikalangan graduan dari institusi pengajian tinggi awam …memang lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris.. malah banyak sangat kesalahan grammar dalam penulisan selain sumbang mambang apabila bercakap dalam Bahasa Inggeris. Ini berlaku kerana ada pensyarah atau guru yang tak mahir dalam Bahasa inggeris di beri tanggungjawab mengajar Bahasa Inggeris di institut, kolej maupun di sekolah menengah. Aku pernah melihat sendiri bagaimana salah seorang anak aku mendapat gred A daripada pensyarah sebuah politeknik sedangkan bila aku periksa Bahasa Inggeris yang digunakan banyak grammatical mistakes. Samada pensyarah berkenaan tidak memeriksa dengan teliti ataupun pensyarah berkenaan memang tidak tahu berbahasa inggeris .. itulah pandangan aku.. sungguh kasihan kerana impak kepada penilaian tersebut ialah pelajar langsung tidak boleh berbahasa inggeris dengan baik …

Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah pada pandangan aku juga merupakan salah satu faktor kenapa ramai graduan kurang konfiden diri apabila bersoal jawab dalam temuduga pekerjaan. Perasaan rendah diri boleh menjadikan seseorang itu kurang keyakinan diri … dan kurang keyakinan diri menyebabkan semakin ramai graduan tidak mampu menarik minat majikan agar mengambil mereka sebagai pekerja meskipun mereka mempunyai CGPA yang hebat. Kadang-kadang aku nak tergelak juga mendengar beberapa 'so-called' pegawai atasan yang hebat bercakap dalam bahasa inggeris yang tunggang terbalik..diction yang salah.. grammar apatah lagi ... dan aku tabik juga beberapa ketua jabatan yang cukup mahir menguasai bahasa inggeris ... dan menggunakan nya dalam mesyuarat-mesyuarat di peringkat tertinggi..  aku sendiri pun kekadang tersasul juga ... maklum laa.. lama dah tak guna bahasa inggeris samada dalam pertuturan harian atau pun dalam penulisan... bukan nak mengagungkan bahasa itu tetapi bahasa inggeris merupakan bahasa pengantar yang aku gunakan sejak dari Darjah Satu ... dan aku teringat guru ku.. Cikgu Inggu .. yang akan menghukum mana-mana anak murid nya yang menggunakan bahasa lain selain bahasa inggeris dalam pertuturan harian semasa di sekolah... memang dia amat serius ..tetapi dialah yang mendidik aku sehingga kami mahir menguasai bahasa tersebut..


Apa pun pandangan orang terhadap tindakan CM Adenan pada pandangan aku, langkah yang diambil nya sangat baik dan memberi manafaat kepada seluruh anak Sarawak. Sarawak yang mempunyai puluhan etnik yang berbeza bahasa pertuturan sejak dulu lagi memang sudah mengamalkan dwibahasa, iaitu samada menggunakan bahasa inggeris atau bahasa melayu untuk berkomunikasi. Salute CM Adenan kerna berani mencetuskan perubahan yang mungkin tidak disenangi oleh sebahagian pemimpin persekutuan.  We are all behind you CM Adenan!