Melihat
di kaca TV sambutan Hari Malaysia ke 51 di Miri, Sarawak..sememangnya
meriah..dan gah dengan berbagai acara yang dimanifestasikan melalui pelbagai
medium .. namun yang jelas nya medium nyanyian dan tarian lebih menonjol.
Ucapan bersemangat para pemimpin disambut dengan tepukan yang gemuruh … serta
laungan kemerdekaan … lambang penubuhan sebuah persekutuan 51 tahun yang lalu …
jika dilihat dari umur itu, negara Malaysia masih dianggap muda berbanding
negara-negara yang telah menjangkau usia melebihi 100 tahun atau lebih .. dan
jika diukur dari umur seorang manusia, Malaysia sudah tiba ke satu tahap
kedewasaan yang matang..yang sudah boleh membuat pertimbangan, baik buruk
setiap langkah dan keputusan yang dibuat …
Sayangnya
.. semakin tua usia negara … bukan kedewasaan dan kematangan yang kita nampak
sebaliknya kita semakin beremosi seperti kanak-kanak yang berusia 3-12 tahun
atau remaja yang sedang dalam proses mengenali erti kehidupan. Boleh dikatakan
rakyat Malaysia semakin beremosi memperkatakan tentang hak-hak masing ..
memperkatakan tentang keturunan, bangsa dan saling mempertikaikan kenapa
sesuatu bangsa atau keturunan itu mempunyai kelebihan sedangkan ianya sudah
dipersetujui bersama oleh semua kaum semasa pembentukan sebuah persekutuan
bernama Malaysia. Rakyat Malaysia juga masih beremosi memperkatakan tentang
hak-hak keagamaan yang sudah tersurat dan diterima semua dan masih wujud
persepsi negatif .. persepsi kolot … persepsi primitif sebahagian warganegara
ke atas kewujudan dan kehidupan orang-orang asal kepulauan Borneo yang telah
bersetuju untuk bergabung dan membentuk negara Malaysia.
51
tahun berlalu … rakyat di kedua-dua negeri di wilayah Borneo sudah mula
bersuara menuntut ‘perpisahan’ dari
sebuah gabungan yang mereka anggap tidak memberi hak kesamarataan sebagai ‘equal partner’ sepertimana yang
terkandung dalam satu perjanjian. Namun suara-suara yang menuntut dianggap ‘derhaka’ dan ‘pengkhianat’ kerana berani mempertikaikan perjanjian yang dibuat
51 tahun yang lalu .. sekali lagi kita menggunakan emosi yang tinggi dan bukan
kematangan rasional sepertimana tuntutan Scotland kepada Great Britain.
Kerajaan British tidak perlu menggunakan undang-undang untuk memberi tekanan
kepada pungutan suara dari Scotland ..malah rakyat Scotland sendiri berbelah
bahagi terhadap tuntutan yang dikemukakan .. dan jelas menunjukkan kematangan
politik dan pemikiran rasional boleh digunakan sebagai asas untuk perbincangan …
suatu perbezaan ketara yang berlaku di negara kita … terutamanya dalam
soal-soal untuk memberi pandangan. Penggunaan kekerasan dan undang-undang
pastinya mengundang kekecohan dan ketidakpuasan hati .. malah boleh mencetuskan
anarki dan konflik yang berpanjangan.. apa yang perlu diteliti ialah kenapa
selepas 51 tahun bersama .. suara-suara sumbang mula kedengaran dari kedua-dua
wilayah di kepulauan … pasti ada sesuatu yang tidak kena..pasti ada sesuatu
yang menghakis kepercayaan mereka .. maka perlu ada kematangan berfikir dengan
akal yang bijak untuk mengatasi emosi-emosi ini … Insya Allah .
51
tahun berlalu … bandar Kapit masih lagi bandar yang hanya mampu dihubungi oleh
jalan sungai … tetapi orang-orang Kapit tetap utuh bersama pemimpin mereka
..tapi sampai bilakah ini akan berterusan … Sarawak dan Sabah dianggap negeri-negeri
yang kaya dengan hasil buminya ..tapi sayang .. setiap tahun laporan mengatakan…
penduduk di kedua-dua negeri ini adalah yang termiskin di Malaysia .. benar
atau tidak … aku pun keliru kenapa ianya terjadi begitu …sukar untuk diterima
berdasarkan jumlah sumbangan kedua-dua negeri kepada ‘coffer’ persekutuan Malaysia … mungkinkah saiz kedua-dua negeri
yang besar menyebabkan peruntukkan tidak mencukupi untuk membangunkan prasarana
dan juga peluang-peluang menambahkan pendapatan penduduk mereka ?
51
tahun berlalu … isu penguasaan Bahasa Inggeris masih menjadi polemik … dan
terus diperdebatkan sejauhmana ianya membantu anak-anak Malaysia berjaya di
peringkat dunia. Ramai yang melihat penguasaan Bahasa Inggeris bukan lah
penentu kepada kejayaan untuk menakluki dunia.. kerana orang-orang Jepun ..
menguasai pemasaran automotif dunia walaupun sepatah haram tak bercakap atau
menulis dalam bahasa Inggeris … seluruh dunia terpaku dan terpesona dengan
tarian dan nyanyian Korea..hinggakan K-Pop diterima sebagai music universal …
dan jaguh-jaguh sukan benua China mula menakluki sukan dunia ..walaupun tidak
mampu berbahasa Inggeris … malah kehebatan saintis Jerman, Peranchis
membuktikan penguasaan Bahasa Inggeris bukanlah penentu kejayaan di peringkat
dunia, sebaliknya keazaman dan iltizam sebuah bangsa itu merupakan tonggak kepada
sesuatu kejayaan ..walaupun di peringkat dunia sekalipun. 51 tahun berlalu … ke
mana halatuju pendidikan negara yang masih lagi dibelenggu ketaksuban
pencapaian akademik dan bukan pemikiran yang kritikal (critical thinking).
51
tahun berlalu … kita masih dianggap negara pengguna dan bukan nya negara
pencipta. Alangkah terujanya bila dalam tahun 1985, Malaysia mengeluarkan
produksi kenderaan dan bermulanya era perindustrian negara. Sayangnya … selepas
30 tahun … pesaing-pesaing lain semakin lebih berinovatif dan kreatif …hingga
kita terus ketinggalan dari segi teknologi serta kepakaran yang sepatutnya
lebih maju … amat sedih melihat model kenderaan yang tidak berubah hingga 20
tahun sedangkan model-model lain semakin cantik..semakin canggih … dan setiap
masa mempertingkatkan keupayaan dari segi teknologi berdasarkan keadaan semasa …
51 tahun berlalu kita mash lagi dikhayalkan dengan drama dan ceritera yang
menyeronokkan..dari zaman P.Ramlee..era hitam putih..hingga kini … kita masih
dimomokkan dengan pelbagai kehidupan fantasi … hingga ada yang terbawa-bawa
dalam kehidupan realiti … adanya pelbagai medium .. bukan membuat kita bijak
memilih yang mampu memberi manafaat sebaliknya menjadikan kita pengguna yang
tidak mampu membebaskan diri dari sebarang bentuk hiburan yang melalaikan …
51
tahun berlalu … Hari Malaysia disambut lagi … meriah … penuh warna warni ..
sayangnya masih ada yang mempertikaikan lagu Negara Ku … sedangkan di sinilah
tempat lahirnya .. disinilah pasti tempat dirinya disemadikan …
Selamat
Hari Malaysia ..negara ku .. semoga terus aman makmur sejahtera …