..teringat lagu 'Sejarah Kini Berulang' oleh Newboyz satu ketika dulu..apabila Nick Xenophon, seorang senator dari Australia tidak dibenarkan memasuki negara kita..mungkin lagu itu lebih kepada kisah-kisah cinta..namun ungkapan-ungkapan nya mengingatkan kita kenapa Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dijajah oleh British bermula tahun 1848.
Kedatangan Nick Xenophon (nama hampir sama dengan alat musik Xylophone) ke Malaysia di khabarkan atas jemputan seorang pemimpin pembangkang untuk menjadi pemerhati pilihan raya umum akan datang. Di khabarkan Nick Xenophon pernah datang ke Malaysia dan menjadi pemerhati semasa demonstrasi Bersih..dan di khabarkan juga Xenophon merupakan pemimpin luar yang menentang minyak sawit Malaysia. Lantas Xenophon dianggap seorang musuh kepada negara yang boleh memudaratkan sistem politik dan juga ekonomi negara..di khabarkan.
Sebenarnya..campurtangan orang asing dalam negara bukan satu perkara asing..kerana sebelum ini pun banyak kali beberapa pemimpin negara luar cuba mencampuri urusan pentadbiran serta ekonomi negara..seperti Setiausaha Negara US dan Timbalan Presiden US era Clinton..George Soros yang dikatakan memanipulasi wang dan cuba menggagalkan ekonomi negara..era Tun Mahathir... namun persoalan Kenapa Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak di jajah kuasa luar harus menjadi peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia..tanpa mengira fahaman politik.
Perebutan kuasa di antara raja-raja Melayu dan juga pembesar-pembesar Melayu telah membuka peluang untuk kaum Cina menguasai ekonomi sejak 1820an lagi..dan juga membuka peluang kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda dan British bertapak di nusantara Melayu. Perbalahan antara Tengku Kudin dan Raja Mahdi membuka peluang kepada British untuk campur tangan dalam pentadbiran kerajaan Raja Melayu dan akhirnya mengambilalih tampok pentadbiran dengan alasan untuk memerangi lanun dan mengembalikan keamanan di Selangor. Modus operandi yang sama juga digunakan oleh British di negeri-negeri seperti Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan dan juga Johor. Akhirnya negeri-negeri Melayu ditadbir oleh seorang Residen berketurunan Inggeris yang dilantik oleh kerajaan British yang menguasai keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu sehingga 1957.
Raja Muda Hashim menganugerahkan Sarawak kepada James Brooke, seorang pelayar Inggeris pada tahun 1841 sebagai tanda terima kasih di atas bantuan James Brooke mengalahkan lanun-lanun yang berleluasa di Kesultanan Brunei. Sejak itu bermula penguasan keluarga Brooke sehinggalah tahun 1946 apabila Rajah Charles Vyner Brooke dengan mudahnya menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
Sabah diperintah oleh British sejak tahun 1881 dan kerajaan British mendominiasi pentadbiran North Borneo dengan membuat perjanjian sesuka hati mereka terhadap Sabah walaupun ketika itu Sabah di bawah Kesulatanan Sulu. Dalam kes Sabah dan Sarawak kelemahan kerajaan yang memerintah menyebabkan kedua-dua negeri di Kepulauan Borneo itu jatuh ketangan kuasa asing. Kuasa Eropah telah menentukan sempadan antara Kalimantan, Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo.
Justeru..tindakan-tindakan puak-puak yang berkepentingan menjemput orang luar untuk turut campur dalam sistem pentadbiran negara, sistem pilihan raya negara dan menidakkan dasar-dasar negara umpama tindakan-tindakan pembesar-pembesar Melayu satu ketika dulu...yang akhirnya menjurus kepada penjajahan negara. Demi kuasa untuk memerintah..akhirnya orang-orang Melayu dizaman itu terpaksa menyembah orang Portugis, Belanda dan Inggeris...akibat ketamakan pembesar-pembesar Melayu..tanah Melayu tergadai..maruah Melayu dicalar..
Sejarah mungkin berulang..sekiranya pembesar-pembesar Melayu hari ini masih tidak sedar dan tidak menginsafi sejarah kehilangan kuasa selama lebih 400 tahun dulu..Sejarah akan berulang..andainya pembesar-pembesar Melayu hari ini yang terlalu dahagakan kuasa..terlalu tamakkan kuasa hingga sanggup mengenepikan maruah bangsa..sanggup mengadaikan agama.. kita harus ingat..bahawa kita sebenarnya sudah kehilangan kuasa ekonomi..kita sudah hilang adat dan budaya...apakah kita sanggup untuk hilang kuasa pemerintahan sekali lagi..dan menunggu 400 tahun lagi untuk mengembalikan nya?
No comments:
Post a Comment