Wednesday, February 13, 2013

Apabila keBIADAPan menjadi budaya..

Dalam bahasa Inggeris, istilah biadap dikaitkan dengan babarians iaitu satu tanggapan orang atau kumpulan orang yang tidak bertamaddun. Adakalanya istilah biadap disamakan dengan istilah kurang ajar  iaitu suatu maksud yang dikaitkan dengan perilaku yang menjengkelkan seperti tidak mendapat pendidikan daripada ibubapa atau tidak mempunyai tatasusila dalam masyarakat.  Pun begitu hari ini kebiadapan seolah-olah menjadi satu trend dan budaya yang diterima oleh masyarakat dalam mengekspresi / meluahkan perasaan mereka.

Kebiadapan yang amat jelas ialah ada sekumpulan manusia yang sanggup membelakangkan Perlembagaan negara semata-mata untuk mendapatkan publisiti atau sokongan demi kuasa politik tanpa mengambilkira sensitiviti kaum lain. Kebiadapan terhadap undang-undang utama negara ini jelas membuktikan bahawa mereka mencabar kedaulatan negara sendiri..mencabar kerajaan yang memerintah..kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Menjadi lebih biadap ialah pemimpin Melayu yang menyokong agenda-agenda chauvinist dan racist yang dimainkan oleh pemimpin bukan Melayu..seperti mereka sudah lupa tatasusila budaya bangsa Melayu semata-mata demi karier politik dan ketamakan untuk menguasai Putrajaya. Apabila pemimpin politik Melayu sendiri mula biadap...apalagi yang perlu kita katakan terhadap pemimpin politik bukan Melayu..

Kebiadapan terhadap institusi raja bukan perkara baru kerana beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini pun pernah melakukan biadap kepada raja-raja seperti yang berlaku di Perak. Insiden pemuda menunjukkan isyarat lucah terhadap kenderaan dinaiki DYMM SPB Raja Permaisuri Agong seperti yang dilaporkan juga salah satu kebiadapan terhadap sistem Perlembagaan Malaysia. Kebiadapan terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan sering dilakukan oleh penyokong tegar parti politik kerana ianya dimulakan oleh orang politik. Insiden memijak gambar pemimpin seperti satu perkara biasa apabila sering dilakukan terhadap pemimpin kerajaan dan juga pemimpin pembangkang. Adakah ianya sudah menjadi trend dalam kempen politik semasa?

Tindakan harus dilakukan demi memastikan Malaysia tidak dihuni oleh golongan manusia yang biadap dan kurang ajar. Namun undang-undang kita nampak agak lemah untuk menangani permasalahan sedemikian seperti mana yang berlaku terhadap Namewee. Tiada tindakan diambil terhadap Namewee yang jelas menghina kedaulatan negara. Apabila kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap Namewee ianya menjadi precedent atau ikutan kepada golongan lain untuk melakukan perkara yang sama terhadap kedaulatan negara dan juga sistem Perlembagaan negara. Seperti kata Timbalan Presiden PERTIGA mengenai insiden pemuda biadap terlampau 'ketiadaan sensitiviti dan   rasa hormat lelaki itu perlu dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa'.

Banyak lagi insiden biadap dan kurang ajar yang dilakukan oleh NGO dan juga pemimpin pembangkang terhadap kerajaan namun pihak kerajaan masih bersikap bertimbangrasa. Satu ketika saya pernah menyaksikan bagaimana seorang pemimpin pembangkang tidak menghormati orang lain dan bersikap biadap dengan mengambil makanan yang disediakan kepada penjawat awam yang bertugas mengendalikan event. Apabila dihalang dengan muka selamba dia berkata..makanan itu disediakan menggunakan wang rakyat maka dia berhak mengambilnya kerana dia lapar...dan ini lah jenis pemimpin yang melaung-laungkan demokrasi dan ubah..sedangkan perangai sendiri pun belum mampu untuk diubah..

No comments:

Post a Comment