Thursday, February 7, 2013

Pemimpin Pembangkang Agresif..

Inilah mentaliti pembangkang yang bercita-cita untuk memerintah negara. Bayangkan pemimpin seperti ini memimpin rakyat ..mengajar rakyat untuk bersikap biadap dan kurang ajar..Ini ialah sekumpulan ahli & pemimpin pembangkang yang membuat bantahan sit-in gara-gara tidak berpuashati dengan keputusan autopsy hospital kerajaan ke atas C.Sugumaran yang didakwa mati kerana sakit jantung. 

Demi menegakkan 'keadilan' segerombolan' manusia ini yang diketuai oleh peguam-peguam waris si mati telah berhimpun di hadapan bangunan Kementerian Kesihatan, Putrajaya..dan seterusnya meredah masuk ke lobi. Apabila tidak berpuashati dengan jawapan wakil kementerian, mereka terus mendesak dan membuat bantahan!. Keadaan ini telah menyusahkan ramai orang yang ingin berurusan dengan kementerian. Malah beberapa warga kerja kementerian di herdik oleh gerombolan ini kerana tidak membenarkan mereka masuk ke lobi utama.

Melihat kepada situasi sebegini, mengingatkan kembali bantahan-bantahan serta demonstrasi oleh puak pembangkang sebelum ini. Malah cara mereka mendesak penjawat awam untuk mengikut kehendak serta telunjuk mereka..Selagi penjawat awam tidak turuti kehendak mereka..mereka akan buat protes. agak menghairankan juga mereka lebih suka memilih cara konfrontasi dan bersikap kasar. Memandangkan kepada tahap pendidikan mereka, lebih hairan melihat sikap kebudak-budakan serta sikap agresif yang ditunjukkan. Mereka tahu mengenai undang-undang kerana mereka peguam dan pastinya tahu apa natijahnya meredah masuk ke tempat kerja penjawat awam sedemikian rupa. Apa bila wakil kementerian mengajak hanya dua orang wakil mereka bercakap mereka menolak dengan alasan mereka mahu bercakap di hadapan ramai orang!. Mereka takut untuk bersemuka secara empat dengan wakil kementerian tetapi akan berlagak berani apabila dikelilingi oleh penyokong mereka.

Aku tidak mempersoalkan hak mereka untuk membuat tuntutan ke atas autopsy kedua atau memohon Dr.Pronthip..kerana itu hak mereka sebagai peguam yang dilantik oleh waris si mati. Tapi agak pelik juga mereka mengaitkan isu kematian tersebut kepada isu rasis, iaitu Najib menindas kaum India .Betul ka kaum India di tindas d Malaysia? Setiap kali ada kematian yang berkaitan kaum India..maka setiap kali kerajaan dituduh rasis dan bias terhadap kaum India. Mereka tak tengok ka sepanjang mereka duduk di lobi utama kementerian, ramai doktor kaum India keluar masuk bangunan? 

Jika beginilah sikap serta perangai pemimpin yang mengatakan mereka lebih layak menerajui Putrajaya..malanglah nasib seluruh penjawat awam di Malaysia kerana pasti mereka akan didesak dan diberi tekanan oleh pemimpin politik yang inginkan perhatian untuk kelangsungan karier politik mereka. 


No comments:

Post a Comment