..alahaaaiii...bilakah pilihan raya umum ke-13 nak di adakan ? ada yang kata pertengahan Februari 2013 ..ada yang kata masa cuti sekolah bulan Mac dan ada yang kata..PM nak tunggu tempoh tamat. Berbagai ramalan bermacam telahan..dan semakin ramai bomoh pilihan raya muncul..dengan berbagai andaian.
..pihak Barisan Nasional mengatakan mereka akan menang besar..dan akan terus menerajui kerajaan..malah pemimpin BN penuh yakin mereka mampu menawan semula negeri-negeri yang diperintah pihak pakatan pembangkang...dipihak pakatan pembangkang juga melaungkan keyakinan yang mereka mampu menawan Putrajaya...dan tidak ketinggalan amat yakin akan menambahkan negeri-negeri yang diperintah sedia ada.
Senario semasa memperlihatkan kempen awal BN yang diterajui oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang melakukan jerayawara (roadshow) ke seluruh negara..dengan membawa pelbagai ole-ole untuk pemanis mulut semasa lawatan. Tidak ketinggalan pemimpin-pemimpin BN yang lain yang turun padang membantu mengagihkan BR1M, BB1M dan apa sahaja produk jenama 1Malaysia kepada rakyat..yang disulami dengan ingatan-ingatan bahawa hanya BN mampu memberi kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran kepada rakyat Malaysia..kadangkala diselit juga riuh jenaka mengenai tindakan serta gelagat pemimpin pembangkang.
Di pihak pembangkang, pelbagai masalah mula timbul..dan retak dalam hubungan perkahwinan kontrak PKR, PAS dan DAP semakin terselah. Perselisihan pendapat dalam isu kalimah Allah jelas membuktikan ketiga-tiga parti tidak sehaluan dan pemimpin mereka boleh mengubah pendirian dan keputusan dalam sekelip mata. Perebutan kawasan di beberapa negeri dan tiada persetujuan mutlak siapa mendapat kerusi sebanyak mana masih menghantui pemimpin-pemimpin negeri..siapakah yang sebenarnya menjadi ketua dikalangan tiga parti. Meskipun Karpal Singh bermuka-muka seperti menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menawan Putrjaya..mahukah Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan Hadi Awang melepaskan jawatan tertinggi itu begitu sahaja tanpa mempersoalkan siapa yang lebih banyak memenangi kerusi? Andaikata PAS mempunyai lebih banyak kerusi..mahukan Haji Hadi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim..sedangkan jawatan itu adalah jawatan paling berkuasa di Malaysia!. Semuanya tidak mungkin kerana ketiga-tiga parti mempunyai hasrat, matlamat dan perjuangan mereka sendiri yang perlu mereka relisasikan apabila mereka berkuasa kelak.
Dalam pergelutan siapa lebih layak memimpin Malaysia..pemimpin politik dari kedua-dua pihak jangan lupa soal rakyat yang akan menentukan nasib mereka. BN bersungguh-sungguh membuktikan mereka mampu menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat dengan melancarkan transformasi ke atas pelbagai program. Reaksi positif rakyat terhadap transformasi yang dilakukan oleh BN setakat ini belum lagi menjamin kejayaan BN untuk menang 2/3 majoriti. Pakatan pembangkang pula lebih kepada menidakkan dan mencemuh segala program yang dilakukan oleh BN dan lebih cenderung melaksanakan aktiviti / program yang seringkali menyakitkan hati rakyat.
Suasana menghadapi pilihan raya semakin tegang apabila Perdana Menteri masih belum membubarkan Parlimen. Semakin lama ditangguh semakin banyak isu ditimbulkan. Semakin banyak isu ditimbulkan semakin rumit pihak BN menanganinya dan ini boleh menjejaskan kredibiliti BN sendiri. Justeru..momentum semasa membuktikan BN sedang mendahului persaingnya ..dan biarkan rakyat menentukan siapakah yang benar-benar mampu mensejahterakan rakyat.