'Life's a cinch with gadgets' tulisan Fazleena Aziz dan 'Gadgets may be useful but know when to put them away' oleh Vijenthin Nair dalam TheStar, 1 Disember 2012 menceritakan betapa gajet-gajet moden ini mengubah kehidupan masyarakat.
'for me, a day without my Blackberry would be horrible experience because my whole world has somehow been compressed into the smartphone' kata Fazleena Aziz manakala Vijenthin Nair pula mengatakan 'many people have become very attached to their mobiles smartphone that being just a couple of metres apart makes them uncomfortable' menjelaskan betapa gajet-gajet moden bukan lagi satu barang kemewahan (luxury items) tetapi sebaliknya satu keperluan asas dalam kehidupan masyarakat moden yang hidup dalam dunia yang pantas.
Gajet seperti Blackberry, Apple iPad, Samsung Tab, Samsung Galaxy smartphone dan bermacam-macam lagi jenama yang mampu dimiliki oleh masyarakat menyebabkan kehidupan keluarga semakin sunyi. Bayangkan sebuah keluarga di bandaraya, yang mempunyai seorang ayah dan seorang ibu yang bekerja dengan empat orang anak yang sudah dewasa duduk di meja makan, masing-masing mempunyai gajet pintar di letakkan di atas meja makan. Apa akan berlaku? Masing-masing sibuk dengan gajet masing-masing..nak update status di facebook, ada yang twitting, tengok emel atau sedang tunggu message. Makan masih semeja tetapi komunikasi antara keluarga..sudah hilang..maka hubungan keluarga hanya duduk semeja..bukan lagi berbincang tentang apa yang berlaku pada hari tersebut..dan sebab itulah hubungan kekeluargaan dikalangan masyarakat bandar semakin kronik. Berbanding sebelum wujudnya gajet-gajet pintar ini..suasana makan malam lebih meriah dengan gelak ketawa dan gurau senda antara ibu bapa dan anak-anak.
Sama juga hubungan antara kawan-kawan hari ini yang banyak tertumpu kepada updating status. Gelak ketawa dan gurau senda hanya berlaku pada minit awal pertemuan hingga 20 minit..dan selepas itu senyap kerana masing-masing melayan gajet-gajet pintar ini. Malah semakin ramai yang suka duduk bersendirian melayan kawan-kawan alam maya (virtual friends) melalui friendster, facebook dan apa jua laman media sosial yang semakin berkembang. Micheal Moore dari Bournemouth, UK menulis dalam blog TED Conversation 'they have allowed us to get stuck in routines and take our work home with us after already working all day. Perhaps being too connected is hindering our lives rather than making them easier, and what about happiness?' memperkukuhkan pandangan saya bahawa gajet-gajet pintar ini telah mengambilalih sebahagian besar kehidupan kita.
Takrifan kawan ialah seseorang yang dikenali, suka dan percaya tetapi bolehkah friends di facebook dianggap kawan sedangkan kita sendiri belum pernah berjumpa? Adakah istilah friends di facebook sebagai kenalan atau kawan? Pada pandangan saya istilah yang paling sesuai ialah acquaintances atau kenalan kerana ada dikalangan mereka ini langsung tidak dikenali..hanya pada nama (itu pun kalau tak guna nama samaran) dan ada yang tak ada gambar (kalau ada gambar orang lain atau gambar lain). Boleh kah kita percaya sepenuhnya pada acquaintances ini?. Semua terpulang kepada individu masing-masing namun yang jelas gajet-gajet pintar ini telah menghubungi kita dengan ribuan acquaintances ini melalui laman media sosial yang terdapat di alam maya.
Sememangnya di akui gajet-gajet pintar ini telah memudahkan kehidupan kita seperti kata Fazleena, they allow us to stay update and make life easier namun the wide usage of smartphones has also caused a decline in the quality of human interaction, the use of body language and facial expression, kata Vijenthin Nair.Kalau kita amati juga bahasa-bahasa yang kita gunakan seharian sudah mula berubah kerana banyak dipenuhi dengan slanga dan short form. Daripada penggunaan dalam message..bahasa-bahasa slanga dan short form seperti you= u, are= r , where = whr, how=hw, (whr r u?, hw r u?). Semuanya mempengaruhi cara penulisan bagi sesetengah individu yang banyak bermesej dan mempengaruhi cara kita hari ini dalam mengekspresikan perasaan.
Urusan perbankan juga sudah boleh menggunakan gajet-gajet pintar ini dan mengurangkan fungsi manusia di institusi perbankan. Memang ianya memudahkan walaupun banyak risiko terutamanya urusan boleh di intercept oleh kumpulan penjenayah siber yang sentiasa mengambil peluang kepada kelalaian manusia itu sendiri. Malah urusan seperti mendapat maklumat mengenai saman, memperbaharui cukai jalan dan sebagainya menjadikan manusia lebih bergantung kepada gajet-gajet pintar ini. Akhirnya manusia semakin malas kerana semuanya berada dihujung jari.
Urusan perbankan juga sudah boleh menggunakan gajet-gajet pintar ini dan mengurangkan fungsi manusia di institusi perbankan. Memang ianya memudahkan walaupun banyak risiko terutamanya urusan boleh di intercept oleh kumpulan penjenayah siber yang sentiasa mengambil peluang kepada kelalaian manusia itu sendiri. Malah urusan seperti mendapat maklumat mengenai saman, memperbaharui cukai jalan dan sebagainya menjadikan manusia lebih bergantung kepada gajet-gajet pintar ini. Akhirnya manusia semakin malas kerana semuanya berada dihujung jari.
No comments:
Post a Comment