Aku masih berteka teki ..masih ada keraguan .. semasa aku ingin meluahkan pandangan ku terhadap isu keagamaan yang dibangkitkan oleh kebanyakkan rakyat hari ini..dari rakyat biasa hingga ke orang-orang politik yang berkuasa... aku berteka teki..aku merasa ragu samada betulkah pandangan aku sebagai rakyat biasa ..yang melihat serta mengalami sendiri pengalaman hidup yang harmoni tanpa ada persengkataan..tanpa ada rasa was-was atau buruk sangka yang wujud dalam masayarakat berbilang kaum di negeriku Sarawak... aku tahu ada yang akan tersalah anggap dengan pendirian aku..sebagai anak Sarawak..anak bumiputera ...yang menganut agama Islam...sejak kelahiran ku.. pun begitu ...orang (pembaca) harus tahu bahawa di Sarawak ada keluarga yang mempunyai anutan agama yang berbeza-beza walaupun mempunyai ikatan keluarga seperti adik beradik..sepupu..sanak saudara...ibu & bapa saudara...namun mereka mampu hidup bersama...dalam suasana harmonis..tanpa melahirkan pra sangka terhadap anutan kepercayaan masing-masing...
Prinsip pertama dalam Rukun Negara , yakni Kepercayaan Kepada Tuhan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berpegang kepada kepercayaan keada Tuhan dan menolak ideologi yang mempecayai tidak wujudnya Tuhan, iaitu atheisme. Kepercayaan Kepada Tuhan menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Melalui ikatan keagamaan manusia akan bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga keamanan serta keharmonian negara. Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan Malaysia pula menyatakan "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan ; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Perekutuan" Perkara 11 mengenai kebebasan ugama pula menyatakan " tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya." Ini bermakna Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya dan penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan serta kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing."
Apa yang aku paham dengan kedua-dua kenyataan ialah setiap warganegara bebas untuk mempercayai dan mengamalkan kepercayaan keagamaan masing-masing dan tiada seorang pun di Malaysia yang berhak menghalang mana-mana kaum untuk melaksanakan amalan nya dengan cara apa pun asalkan tidak dengan tujuan untuk 'mengembangkan ugamanya' ke atas pengikut ugama lain. Apa yang aku paham juga ialah apabila politik di campur adukkan dengan kepercayaan keagamaan..maka terjadilah sepertimana yang berlaku hari ini....masing-masing menunding jari kepada pihak lain...dan masing-masing berusaha menegakkan kebenaran... walau pun tahu...apa pun keputusannya..tetap TIDAK akan memberi kepuasan hati kepada mana-mana pihak yang 'KALAH'!!..
Maka siapa yang harus dipersalahkan ?? Pada pandangan aku...semua pihak bersalah!! Siapa yang untung?? Pada aku tiada siapa yang mendapat keuntungan!! Siapa pula yang rugi?? Yang RUGI ialah rakyat Malaysia kerana sudah mula wujud KETIDAKPERCAYAAN di antara satu sama lain!! Adalah si bijak pandai..mulut celupar mulut busuk menyuruh orang lain keluar dari Malaysia jika ada yang tidak dapat menerima keputusan mahkamah! Tindakan itu tidak akan menyelesaikan kemelut serta kekalutan yang ditimbulkan oleh orang-orang politik yang mempunyai KEPENTINGAN tersendiri!! ...jangan lah berselindung disebalik keagamaan untuk mencapai matlamat kendiri!!...jangan cuba menonjol diri menjadi HERO atau PEJUANG jika akhirnya bangsa dan negara menjadi galang ganti... kini perpaduan kaum seperti RETAK MENANTI BELAH dan dunia memerhatikan gelagat pemimpin politik kita..gelagat NGOs..gelagat ulama..atau ularmak yang masing-masing berjuang mempertahankan idea..pandangan serta prinsip masing-masing...dan dunia menanti ...bilakah Malaysia akan menjadi lemah..menjadi kucar kacir...yang akan membolehkan mereka masuk campur sepertimana yang sering berlaku di negara-negara Arab...dan benua Afrika....
...bibit-bibit perpecahan...pra sangka.. serta ketidak percayaan dikalangan pemimpin kerajaan sendiri membuktikan percanggahan pendapat...apatah lagi..pemimpin-pemimpin pembangkang..yang sentiasa mencari peluang kelemahan kerajaan.....
..ingat kata-kata orang dahulu kala... menang sorak kampung tergadai....belajarlah untuk hidup dengan berpegang prinsip 'Kepercayaan Kepada Tuhan' ...agar kita sentiasa mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan kepada seluruh rakyat Malaysia.... JANGAN HIDUP berpegang prinsip..Tuhan ku lebih baik dari Tuhan mu.. kerana setiap agama tidak pernah mengajar manusia menjadi sombong, menjadi bongkak, menjadi egoist..menjadi pembenci atau menjadi manusia yang jahat dari segi akal serta budi bahasa...
...bibit-bibit perpecahan...pra sangka.. serta ketidak percayaan dikalangan pemimpin kerajaan sendiri membuktikan percanggahan pendapat...apatah lagi..pemimpin-pemimpin pembangkang..yang sentiasa mencari peluang kelemahan kerajaan.....
..ingat kata-kata orang dahulu kala... menang sorak kampung tergadai....belajarlah untuk hidup dengan berpegang prinsip 'Kepercayaan Kepada Tuhan' ...agar kita sentiasa mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan kepada seluruh rakyat Malaysia.... JANGAN HIDUP berpegang prinsip..Tuhan ku lebih baik dari Tuhan mu.. kerana setiap agama tidak pernah mengajar manusia menjadi sombong, menjadi bongkak, menjadi egoist..menjadi pembenci atau menjadi manusia yang jahat dari segi akal serta budi bahasa...
No comments:
Post a Comment