Thursday, October 31, 2013

Cakap Pandai Suruh Buat Tak Tahu

Mungkin semua kita selalu menghadapi masalah ini..iaitu berhadapan dengan segolongan / individu yang lebih pakar mengkritik..tetapi bila di suruh buat...hampeeeh!! lagi teruk ada ler... pernah tak ? Situasi ini selalu nya berlaku di pejabat..tak kira pejabat kerajaan atau swasta... atau pun orang yang suka mengkritik ...sesebuah individu dalam pasukan bolasepak...tetapi diri sendiri ..belum pasti lebih baik ... 

Tidak dinafikan hari ini ramai 'pakar' analisa yang tidak bertauliah di luar sana..yang lebih hebat mengomen..mengomel..mengkritik atau pun mengutuk...tetapi bila berlaku ke atas diri sendiri...hemmmm....membatu seribu bahasa... okey...kita ambik contoh la...ramai orang mengkritik tindakan Rajagobal, Jurulatih pasukan bolasepak kebangsaan..apabila mutu pasukan semakin merudum...tapi ada tak pernah tengok orang beri cadangan kepada beliau bagaimana nak 'upgrade' mutu permainan pasukan kebangsaan? Tak ada kan ? yang ada cuma kutuk..kutuk dan kutuk! Bila menang puji melangit..bila kalah ...? Sama juga apabila pasukan Sarawak gagal layak ke separuh akhir Piala Malaysia..ada yang kutuk pemain...

Itu cerita bolasepak...kalau cerita di pejabat lagi hebat! Di pejabat pasti ada 'pakar' yang serba tahu dalam semua hal...dia lah jaguh..dialah yang terhandal dan terbaik....untuk bab mengkritik...mengomen dan mengutuk..hasil-hasil kerja orang lain!! .. tapi bila dia diberi kerja...dialah yang paling banyak alasan..yakni 1001 alasan dikemukakan...mengelak diri ... agar kelemahan dirinya tidak diketahui orang lain!! apa kelemahan nya? kelemahan nya ialah tak tahu nak buat kerja!!!... spesies macam ini banyak di pejabat kerajaan kerana mereka sukar dibuang kerja...antara tanda-tanda spesies ini ialah yang sering puji ketua..sering mengiringi ketua...kaki tambah kuah kari bila ada staf kena marah...pendek kata kaki kipas lah!... 

Ada lagi satu spesis..dia ni bukan kaki kpas..bukan juga kaki bodek..sebab dia memang sudah duduk di atas..sudah tinggi..duduk di singgahsana....jenis ini turun dari kayangan sekali sekala...tengok dan pijak bumi pun sekali sekala...hanya bila perlu baru lah pandang bumi...kalau tak...spesies ini bermain di awan-awan sahaja...bila sekali sekala tengok bumi..dia nampak sesuatu yang tak betul ketika itu...mula la dia kutuk kritik dan beri komen yang entah apa-apa...tanpa melihat segala yang baik yang telah dibuat sebelum ini...jadi dia akan rekomenkan sesuatu yang sudah lama di laksanakan..yang lama sudah di buat...tetapi kerana turun ke bumi sekali sekala..maka dia tak tahu..dan dia tak ingin ambil tahu.....sebab dia nak tunjuk yang dia cukup terer..terhebat....

Apa pun kedua-dua spesies ini sebenarya yang membawa banyak wabak penyakit dalam perkhidmatan....kalau di swasta senang sikit nak hapuskan wabak penyakit nie...tapi kalau di perkhidmatan awam...hemmm...agak sukar....diharap bila KSN buat tambah baik 81 perkhidmatan harap adalah langkah-langkah atau antidote untuk kurang atau hapuskan spesies ini dari terus membawa wabak penyakit..

Monday, October 28, 2013

Apa Cerita Bajet 2014 ?

Ya ...apa cerita Bajet 2014 selepas Perdana Menteri bentang pada 25 Oktober lalu. Kalau baca paper..memang macam-macam komen pun ada!!..ramai penganalisis ekonomi..ramai juga yang mencarut...yang mengarut ..ada yang berpuashati ..ada yang tak puashati... begitulah setiap kali selepas pembentang bajet oleh setiap Perdana Menteri...

Tersenyum lebar ialah penjawat awam...yang diberi bonus setengah bulan gaji oleh PM...itu tidak termasuk golongan penjawat awam yang pendapatan isi rumah kurang dari empat ribu sebulan...semakin lebar senyuman.... he he he... yang akan menerima BRIM tak perlu nak cerita memang sudah tersenyum luas..begitu juga dengan golongan yang akan menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia...pelajar-pelajar sekalah rendah hingga IPTA/IPTS!!!...memang banyak lah berita yang mengembirakan rakyat Malaysia...selepas Bajet 2014...

Yang tak puas hati..tu biasa lah..kerana PM pasti tidak mampu memberikan kepuasan hati semua golongan terutamanya pihak-pihak yang selama ini tak suka dengan dia...(tapi bila nama naik untuk terima BRIM...berlari-lari juga mereka bersalam dengan PM..he he he) ..ahli-ahli politik yang tidak suka dengan PM pastinya mengutuk Bajet 2014...itu sudah satu kemestian...kerana kalau tak beri komen negatif...apakata penyokong-penyokong mereka nanti... apa pun itu hak mereka untuk bersuara dan menyuarakan pandangan mereka...setiap individu atau kumpulan berhak menyuarakan pandangan ..maklumla kita nie kan mengamalkan sistem kerajaan yang demokrasi....bukan demo kasi!!...

Banyak golongan diberi perhatian...golongan usahawan PKS...golongan usahawan Bumiputera...macam-macam ada...cuma aku agak musykil sedikit dengan peruntukkan RM500 juta untuk membina / menaik taraf jalan Pan Borneo di Sarawak..cukupkah ? Bagaimana dengan pembinaan jalan ke Kapit ? Soalan-soalan ini mungkin tidak begitu memberi kesan pada ketika ini tapi dalam pilihanraya negeri Sarawak akan datang..soalan-soalan inilah yang pastinya akan mengubah hala tuju undi masyarakat luar bandar atau menjadi salah satu kunci utama kalah menang parti politik di kawasan luar bandar....kerana mengambil kira 50 tahun Sarawak Merdeka selepas..menubuhkan Malaysia...Kapit masih lagi 'sebuah pulau' seolah-olah seperti Pulau Bruit yang dikelilingi laut....apakah orang-orang Kapit masih mampu 'didodoikan' dengan lagu lama..atau mereka pasti akan  mengalihkan pandangan mereka kepada parti lain...walaupun tahu ianya tidak akan membawa pembangunan kepada mereka...

Apa pun..Bajet sudah dibentangkan ..dan pastinya...orang-orang yang paling untung ialah towkay-towkay..peruncit serta pekedai ..kerana mereka akan menikmat 'durian runtuh' apabila orang ramai berbelanja sakan...selepas menerima BRIM dan juga bonus separuh bulan gaji!!!...itu belum kira..kenaikan harga barang lagiiiiii!!!!

Friday, October 18, 2013

Kepercayaan Kepada Tuhan

Aku masih berteka teki ..masih ada keraguan .. semasa aku ingin meluahkan pandangan ku terhadap isu keagamaan yang dibangkitkan oleh kebanyakkan rakyat hari ini..dari rakyat biasa hingga ke orang-orang politik yang berkuasa... aku berteka teki..aku merasa ragu samada betulkah pandangan aku sebagai rakyat biasa ..yang melihat serta mengalami sendiri pengalaman hidup yang harmoni tanpa ada persengkataan..tanpa ada rasa was-was atau buruk sangka yang wujud dalam masayarakat berbilang kaum di negeriku Sarawak... aku tahu ada yang akan tersalah anggap dengan pendirian aku..sebagai anak Sarawak..anak bumiputera ...yang menganut agama Islam...sejak kelahiran ku.. pun begitu ...orang (pembaca) harus tahu bahawa di Sarawak ada keluarga yang mempunyai anutan agama yang berbeza-beza walaupun mempunyai ikatan keluarga seperti adik beradik..sepupu..sanak saudara...ibu & bapa saudara...namun mereka mampu hidup bersama...dalam suasana harmonis..tanpa melahirkan pra sangka terhadap anutan kepercayaan masing-masing...

Prinsip pertama dalam Rukun Negara , yakni Kepercayaan Kepada Tuhan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berpegang kepada kepercayaan keada Tuhan dan menolak ideologi yang mempecayai tidak wujudnya Tuhan, iaitu atheismeKepercayaan Kepada Tuhan menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Melalui ikatan keagamaan manusia akan bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga keamanan serta keharmonian negara. Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan Malaysia pula menyatakan "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan ; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Perekutuan" Perkara 11 mengenai kebebasan ugama pula menyatakan " tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya." Ini bermakna Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya dan penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan serta kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing."

Apa yang aku paham dengan kedua-dua kenyataan ialah setiap warganegara bebas untuk mempercayai dan mengamalkan kepercayaan keagamaan masing-masing dan tiada seorang pun di Malaysia yang berhak menghalang mana-mana kaum untuk melaksanakan amalan nya dengan cara apa pun asalkan tidak dengan tujuan untuk 'mengembangkan ugamanya' ke atas pengikut ugama lain. Apa yang aku paham juga ialah apabila politik di campur adukkan dengan kepercayaan keagamaan..maka terjadilah sepertimana yang berlaku hari ini....masing-masing menunding jari kepada pihak lain...dan masing-masing berusaha menegakkan kebenaran... walau pun tahu...apa pun keputusannya..tetap TIDAK akan memberi kepuasan hati kepada mana-mana pihak yang 'KALAH'!!..

Maka siapa yang harus dipersalahkan ?? Pada pandangan aku...semua pihak bersalah!! Siapa yang untung?? Pada aku tiada siapa yang mendapat keuntungan!! Siapa pula yang rugi?? Yang RUGI ialah rakyat Malaysia kerana sudah mula wujud KETIDAKPERCAYAAN di antara satu sama lain!! Adalah si bijak pandai..mulut celupar mulut busuk menyuruh orang lain keluar dari Malaysia jika ada yang tidak dapat menerima keputusan mahkamah! Tindakan itu tidak akan menyelesaikan kemelut serta kekalutan yang ditimbulkan oleh orang-orang politik yang mempunyai KEPENTINGAN tersendiri!! ...jangan lah berselindung disebalik keagamaan untuk mencapai matlamat kendiri!!...jangan cuba menonjol diri menjadi HERO atau PEJUANG jika akhirnya bangsa dan negara menjadi galang ganti... kini perpaduan kaum seperti RETAK MENANTI BELAH dan dunia memerhatikan gelagat pemimpin politik kita..gelagat NGOs..gelagat ulama..atau ularmak yang masing-masing berjuang mempertahankan idea..pandangan serta prinsip masing-masing...dan dunia menanti ...bilakah Malaysia akan menjadi lemah..menjadi kucar kacir...yang akan membolehkan mereka masuk campur sepertimana yang sering berlaku di negara-negara Arab...dan benua Afrika....

...bibit-bibit perpecahan...pra sangka.. serta ketidak percayaan dikalangan pemimpin kerajaan sendiri membuktikan percanggahan pendapat...apatah lagi..pemimpin-pemimpin pembangkang..yang sentiasa mencari peluang kelemahan kerajaan.....

..ingat kata-kata orang dahulu kala... menang sorak kampung tergadai....belajarlah untuk hidup dengan berpegang prinsip 'Kepercayaan Kepada Tuhan' ...agar kita sentiasa mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan kepada seluruh rakyat Malaysia.... JANGAN HIDUP berpegang prinsip..Tuhan ku lebih baik dari Tuhan mu.. kerana setiap agama tidak pernah mengajar manusia menjadi sombong, menjadi bongkak, menjadi egoist..menjadi pembenci atau menjadi manusia yang jahat dari segi akal serta budi bahasa...



Thursday, October 10, 2013

Change ? Transform ? Berubah ? Ubah?

CHANGE jika mengikut definisinya ialah the act or instance of making or becoming different manakala TRANSFORM bermaksud make a thorough or dramatic change in the form, appearance or character of ..maksud BERUBAH atau UBAH ialah bertukar menjadi sesuatu yang lain atau menjadi lain dari asal . Perkataan-perkataan ini menjadi perkataan pilihan bagi parti-parti politik tanahair untuk mengajak atau mempengaruhi pengundi memilih mereka. Betul atau tidak..dilaksana atau tidak sama-samalah kita merenung kembali apa yang ingin di UBAH..atau CHANGE yang ingin mereka laksanakan atau TRANSFORM.

Apabila parti DAP dan sekutunya mengemukakan slogan UBAH sebagai war-cry mereka, ramai pengundi muda dan belia terpesona dengan janji-janji yang terkandung dalam slogan tersebut malah war-cry mereka dapat mempengaruhi ramai pengundi muda mengundi mereka terutamanya di kawasan bandar dan sub-bandar. Tapi apa yang mereka nak UBAH? Mereka ingin mengubah sistem pentadbiran yang sedia ada yang dianggap draconian, tidak adil dan tidak bebas! Betul ka? Tapi ..cuba kita renungkan semula..adakah DAP akan mengUBAH prinsip parti mereka untuk accomodate perUBAHan dalam masyarakat majmuk? Adakah PAS akan mengUBAH dasar dan mengorbankan pegangang mereka sekiranya mendapat KUASA? Atau adakah PKR sanggup mengUBAH sikap kepimpinan mereka jika mereka berkongsi KUASA? ..Renung-renungkanlah....

Bagaimana proses TRANSFORMasi yang di bawa oleh Perdana Menteri? TRANSFORMasi dari segi perkhidmatan awam....apa yang diTRANSFORMkan ? Hanya skop tugas perkhidmatan awam berTRANSFORMasi sedangkan yang bertugas..yakni penjawat awam masih lagi dengan attitude dan approach yang sama..jadi TRANSFORMers adalah....tak caya? Pemimpin-pemimpin yang mengajak rakyat untuk berTRANSFORMasi memang bersemangat...tetapi adakah mereka sendiri berTRANFORMasi ? Ketua-ketua jabatan yang menyeru kakitangan untuk berUBAH atau CHANGE..adakah mereka sudah mengUBAH diri mereka? Amalan bermesyuarat masih lagi sehari suntuk..berjam-jam lamamya..berjela-jelas ucapan aluanya..tapi keputusan mesyuarat entah ke mana..sedangkan dalam proses TRANSFORMasi..mesyuarat tidak perlu panjang...yakni..boleh diadakan dalam masa 45 minit hingga 1 jam sahaja..kerana yang penting ialah keputusan mesyuarat itu...kerna proses perUBAHan atau TRANSFORMasi perlu bermula daripada attitude, iaitu sikap yang memberi kepentingan kepada OUTCOME mesyuarat bukan OUTPUT semata-mata..

Pemimpin di peringkat organisasi yang gemar menggunakan perkataan CHANGE perlu mengUBAH diri sendiri dahulu..amalkan CHANGE yang diperkatakan..bukan sekadar disebut..malah perlu dihayati oleh pemimpin sebelum ianya di terap kepada kakitangan bawahan. Setakat cakap dalam mesyuarat atau perhimpunan tetapi diri sendiri tak pernah berUBAH dari segi sikap serta mentaliti...adalah sukar untuk melihat CHANGE berlaku dalam organisasi..kerana kepimpinan memerlukan teladan...bukan hanya cakap-cakap sahaja....

Konsep 1Malaysia mengajak kita untuk bertoleransi..terhadap satu sama lain..tetapi kebelakangan ini...adakah kita mengamalkan sikap toleransi ? Semakin kuat semangat perkauman ditiupkan oleh part-parti politik kedua-dua belah pihak!! Jadi apa yang kita TRANSFORMasikan? Konsep 1Malaysia mengajak kita untuk saling hormat menghormati...tetapi semakin hebat cacian serta penghinaan berlaku ke atas agama masing-masing !! Justeru apa CHANGE yang kita laungkan? 

...apa yang perlu kita CHANGE..UBAH atau TRANSFORM ialah...
   ..mengubah SIKAP (attitude) kita dan berhenti dari kegemaran menyalahkan orang lain untuk menutupi kelemahan atau kesalahan kita...contohnya...orang bumiputera jangan menyalahkan kaum Cina kerana penguasaan ekonomi..sebaliknya perlu mencari jalan untuk meningkatkan keupayaan diri agar dapat sama-sama bersaing untuk menguasai ekonomi negara...perubahan ini perlu kerana SIKAP yang suka mencari kesalahan orang lain..menunjukkan kelemahan kaum bumiputera itu sendiri yang terlalu dimanjakan dengan berbagai subsidi serta bantuan..sehingga mereka lupa untuk berdiri sendiri tanpa tongkat..

  ...perUBAHan sikap amat penting kerana ianya mencerminkan budaya bangsa sesebuah kaum...dan seandainya bangsa MALAYSIA nak menjadi bangsa yang maju...maka perUBAHan sikap akan menjadi ukuran tahap kemajuan bangsa...


Monday, October 7, 2013

Bolasepak ... Oh Football..

Pertama sekali..TAHNIAH!!! pasukan Sarawak kerana berjaya melangkah ke Separuh Akhir Piala Malaysia!! ..Semoga semangat juang itu terus tinggi..hingga berjaya ke Final Piala Malaysia.. itulah harapan seluruh anak Sarawak!! Melihat kepada reaksi anak-anak Sarawak di majlis Lan Berambeh anjuran Persatuan Anak Sarawak Semenanjung..yang diadakan di Dewan Tun Razak, PWTC baru-baru ini...betapa sokongan anak Sarawak terhadap pasukan Sarawak tidak berbelah bagi walaupun jauh di rantau orang....

Apa pun...terguris hati ...anak-anak Sarawak apabila ada personaliti lawak yang mulut celupar menggelar pasukan Sarawak hanya 'Cap Ayam' apabila tewas kepada Perak dalam kempen awal Piala Malaysia...dan yang paling menyedihkan ialah apabila ada orang kuat dalam FAM menyelar Sarawak bermain 'kotor' iaitu rasuah apabila pasukan Sarawak berjaya membelasah pasukan yang sama di pusingan seterusnya!! Malah pemain dan pasukan Perak terus digantung dan disiasat gara-gara tewas teruk kepada Sarawak..alahhhhaaaaaaiiiii....

Begitulah rencah dan halangan yang terpaksa di tempohi oleh pasukan Sarawak...yang dikatakan tiada kualiti sebagai Juara Liga Premier...kerana ada yang menganggap Liga Permier sebagai 'second class' berbanding Liga Super....agaknya orang-orang yang mempertikaikan kebolehan serta keupayaan pasukan Sarawak merasa cemburu melihat kebangkitannya ..terutama pasukan-pasukan yang glamour dan ternama.... mungkin juga orang-orang yang mengkritik tidak melihat bagaimana pasukan Manchester City yang kaya raya dan penuh pemain bintang tewas kepada pasukan yang baru naik ke EPL..iaitu Cardiff City..dan pasukan hebat seperti Liverpool, Manchester United, Chelsea juga pernah tewas kepada pasukan Divisen Dua dan lebih rendah ..dalam pertandingan Piala FA serta League Cup.

Maka jangan la cepat menuduh pasukan bolasepak jika mereka tewas walaupun pemian mereka penuh bintang-bintang yang berkerlipan kerana dalam bolasepak..apapun boleh berlaku. Malah Harimau Malaya pernah tewas kepada pasukan bolasepak amatur di Australia!!. Orang-orang FAM harus bersikap terbuka dan lebih teliti sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana tersilap cakap boleh menjejaskan kredibiliti pasukan yang dituduh....FAM perlu selaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan integriti...iaitu melantik hanya seorang jurucakap..dan bukan sesuka hati setiap orang boleh bercakap...kalau FAM boleh ambil tindakan terhadap pengurus pasukan atau jurulatih yang melanggar etika..kenapa FAM tak ambil tindakan terhadap pegawai FAM yang mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak dibincangkan dalam mesyuarat FAM??....dan kredibiliti pegawai-pegawai FAM juga boleh diragui jika suka sangat 'lepas' cakap......minta maaf pun tidak...nasib baik la FA Sarawak tak ambik tindakan saman....

Apa pun...all the best ...semoga berjaya melangkah ke pentas akhir...