Monday, June 17, 2013

Selamat Hari Bapa - Happy Fathers' Day

'Selamat Hari Bapa'...disambut meriah kebelakangan ini..di tempat aku ..seorang bapa menerima kejutan apabila majlis meraikan beliau diselang seli dengan dentuman bunga api..how sweet kan? Kaum bapa di zaman ini cukup bertuah...bapa atau apa pun panggilan anak-anak terhadap beliau diberi penghargaan...diraikan..dengan penuh kasih sayang...

Untuk satu hari sahaja ka setiap tahun kita perlu raikan bapa kita ? Maaf la kalau aku tanya persoalan ini sebab kita hanya ingat pada seseorang yang bergelar bapa, ayah, ama..apai..daddy..walid..dsbnya apabila ada sambutan satu hari setiap tahun!!. .tak tahulah..seolah-olah kita hanya ingat pada jasanya, pengorbanan nya, kasih sayangnya bila ada sambutan..selepas itu..kita seolah-olah lupa..alpa.....


Ada golongan yang masih mempunyai bapa..yang masih sihat..masih kuat..masih bekerja..hargailah jasanya selagi dia bernyawa..berilah kasih sayang kepada nya seperti dia memberikan kasih sayang kepada kita..lindungilah dirinya seperti dia melindungi kita..dan patuhilah nasihatnya seperti mana yang kita sepatutnya lakukan sebagai seorang anak..

Ada golongan yang masih mempunyai bapa..tetapi bapa mereka sakit..uzur..dan tak mampu untuk menjaga
dirinya sendiri..jagalah mereka..sepertimana mereka pernah menjaga kita..uruskanlah makan minumnya dan pakaian nya..sepertimana dia pernah sediakan untuk kita..janganlah kita sisihkan dirinya..kerana dia tak pernah menyisih anak-anaknya walaupun betapa susah hidupnya...

Ada golongan yang sudah tidak mempunyai bapa kerana telah meninggal dunia..maka berdoalah untuk dirinya akan sentiasa dirahmati di alam barzakh..ada golongan yang tidak mempunyai bapa kerana mereka ditinggalkan...hormatilah mereka...jangan benci mereka...dan ada golongan tak tahu siapa bapa mereka..hargailah mereka..kerana mereka membawa anda ke dunia ini..

Berilah apresiasi kepada bapa semasa mereka masih ada...kerana bapa tiada pengganti..tiada spare parts.. walaupun mungkin ada bapa tiri..bapa angkat..entah apa lagi term bapa.... tapi yang penting jangan terkena bapa ayam!

Apa pun Happy Fathers Day..kepada semua kaum bapa...dan kepada arwah bapa saya ..Al Fatihah..

No comments:

Post a Comment