Tuesday, June 11, 2013

KeBIADAPan Mula Melampau

Pastinya seronok melihat gambar-gambar macam ini terpampang di akhbar mahupun di majalah..dan satu pembohongan jika ada lelaki yang tidak mahu menatap gambar ini....walau pun mulut terkumat kamit menyebut Subhanallah..............Masya' Allah..namun mata mereka tetap melekat..meniti setiap inci gambar ini...ha ha ha...

Apa pun aku bukan nak tulis pasal "kebiadapan" gambar ini..aku nak tulis tentang KEBIADAPAN yang semakin melampau di kalangan warga Malaysia..kebelakangan ini.. aku pernah tulis tentang kebiadapan segelintir ahli politik sebelum ini..

Memang tak serik-serik golongan BIADAP ini..walaupun tindakan diambil terhadap mereka..namun semuanya salah kita juga..salah pemerintah yang terlalu berlembut terhadap golongan yang sangat BIADAP dan TAK CUKUP AJAR  nie..ye laa..tangkap..buat siasatan dan lepas tu..bebaskan..tanpa apa-apa syarat...contohnya macam Namawee tu..malah diberi peluang buat filem lagiiii...mana tak naik minyak!!. jadi ada juga yang akan tiru cara si Namawee tuu..sebab nak popularkan diri..tonjolkan diri supaya dapat perhatian masyarakat dan kerajaan..mana tau untung-untung dapat jadi pelakon..dapat jadi penyanyi..atau pengarah filem ka pengarah drama ka..semuanya mungkin kalau pihak berkuasa masih nak berlembut..dan memujuk golongan 'belia' yang tak cukup diberi PENGAJARAN ..nie..

Maaf cakap..kalau laa pihak berkuasa bertindak tegas..dengan menyumbat mereka ke penjara..memang pasti ada NGOs yang akan berjuang untuk kebebasan mereka..kononnya aktivis hak kemanusiaan..human rights..dan sebagainya...apakah penghinaan terhadap agama dan raja boleh dibiarkan begitu sahaja? atau selepas ini semakin ramai golongan BIADAP CELAKA ini muncul...kerana mereka pasti pihak berkuasa tidak mempunyai KUASA untuk mengambil apa-apa tindakan..dan mereka juga amat pasti..akan ada NGOs yang akan memperjuangkan hak mereka!

Harap-harap dengan Menteri Dalam Negeri yang baru ini..tindakan lebih tegas diambil terhadap sesiapa sahaja yang terus-terusan berlaku BIADAP terhadap agama, negara dan juga raja..

No comments:

Post a Comment