Wednesday, June 26, 2013

Kenapa Binatang Yang Dipersalahkan ?

'AYAH MACAM BINATANG!' begitulah tajuk berita sebuah akhbar tabloid mengenai seorang ayah tiri yang mendera seorang anak berusia 7 tahun di Terengganu. Kesian sungguh makhluk ciptaaan Tuhan yang bergelar BINATANG kerana setiap kali manusia melakukan perkara yang keji, perkara yang terkutuk pastinya BINATANG yang menjadi label rujukan ke atas perlakuan mereka. 

Betulkah perangai BINATANG macam tu ? Tidak dinafikan ada BINATANG yang buas dan ganas..seperti harimau, singa, buaya. Pun begitu adakah Harimau, Singa dan Buaya membaham, membunuh, mendera atau merogol anak sendiri walaupun keiga-tiganya dilabel buas dan ganas?
Memang betul binatang tiada perasaan malu..namun pernah kah kita dengar binatang membunuh kerana semata-mata untuk membunuh ? BINATANG membunuh kerana lapar..kerana hendak memberi makan anak-anaknya..malah BINATANG tidak membunuh manusia kerana sukan..tetapi manusia selalu membunuh BINATANG kerana sukan...dan juga kerana wang ringgit..dan mencari sesuatu untuk dijadikan ubat kuat seks! Binatang dibunuh kerana kulit mereka seperti buaya, ular, musang dan juga ubat kuat seperti tanduk badak sumbu, gading dan sebagainya.

Sebenarnya BINATANG mempunyai harga diri yang lebih tinggi daripada manusia yang anugerah Tuhan dengan pelbagai kelebihan..kerana segala perkara terkutuk yang dilakukan oleh manusia tiak pernah dilakukan oleh BINATANG...sebaliknya BINATANG dikaitkan dengan segala perlakuan keji manusia.. 

Wednesday, June 19, 2013

Bangla City @ Pasar Seni

Percaya atau tidak beginilah keadaan di Pasar Seni bila hujung minggu atau cuti umum. Pasar Seni terutamanya dibanjiri oleh warga Bangladesh! Mungkin apa yang diperkatakan 40 ribu warga Bangladesh datang ke Malaysia ada kebenaranya....walaupun bukan datang sebagai pengundi..tetapi datang ke negara ini mencari rezeki..samada di bawa oleh majikan-majikan atau agen-agen pekerjaan di Malaysia. Kebanjiran warga Bangladesh ini melimpah hinggakan Putrajaya juga sudah nampak tanda-tanda akan dipenuhi oleh warga Bangladesh. Keadaan ini boleh dilihat daripada ramainya warga ini memenuhi setiap perjalanan bas dari Putrajaya - Kuala Lumpur - Putrajaya. 

Peliknya warga Bangladesh ini turun Kuala Lumpur setiap pagi dan balik ke Putrajaya setiap petang ..adakalanya menjinjing beg yang boleh memuatkan seorang manusia. Setiap hari pasti ada yang membeli keperluan seperti tilam..selimut..seolah-olah setiap hari akan ada rakan-rakan baru yang sampai. Keadaan seperti ini di boleh dilihat di stesen bas di hadapan Mydin Pasar Seni..setiap hari. Agak menghairankan bagaimana mereka-mereka ini begitu mudah mendapat tempat tinggal di Putrajaya  sedangkan kakitangan kerajaan dan warga tempatan begitu sukar mencari rumah sewa di Putrajaya. 

Persoalan nya sejauhmana pihak-pihak yang berwajib memantau kebanjiran warga Bangladesh di Malaysia ini kerana seolah-olah warga Bangladesh begitu mudah masuk ke Malaysia. Amat jarang ( ini hasil pemerhatian, bukan satu tuduhan ) melihat pihak berkuasa membuat 'spot check' atau pemeriksaan mengejut  ke atas pengangkutan awam, terutamanya bas daripada Putrajaya ke Kuala Lumpur dan juga sebaliknya. Ramai penumpang warga tempatan sudah mula rimas dengan kehadiran mereka..dan lebih menyakitkan hati ialah mereka ini tak tahu nak ikut peraturan..sebab mereka ingat mereka menaiki bas di Bangladesh..berebut-rebut.. nasib baik mereka tak sampai duduk di bumbung bas atau bergayut di tepi bas!

Seandainya kebanjiran warga Bangladesh tidak dikawal..suatu hari nanti Pasar Seni akan bertukar menjadi BANGLA CITY!...atau LITTLE BANGALORE!

Monday, June 17, 2013

Selamat Hari Bapa - Happy Fathers' Day

'Selamat Hari Bapa'...disambut meriah kebelakangan ini..di tempat aku ..seorang bapa menerima kejutan apabila majlis meraikan beliau diselang seli dengan dentuman bunga api..how sweet kan? Kaum bapa di zaman ini cukup bertuah...bapa atau apa pun panggilan anak-anak terhadap beliau diberi penghargaan...diraikan..dengan penuh kasih sayang...

Untuk satu hari sahaja ka setiap tahun kita perlu raikan bapa kita ? Maaf la kalau aku tanya persoalan ini sebab kita hanya ingat pada seseorang yang bergelar bapa, ayah, ama..apai..daddy..walid..dsbnya apabila ada sambutan satu hari setiap tahun!!. .tak tahulah..seolah-olah kita hanya ingat pada jasanya, pengorbanan nya, kasih sayangnya bila ada sambutan..selepas itu..kita seolah-olah lupa..alpa.....


Ada golongan yang masih mempunyai bapa..yang masih sihat..masih kuat..masih bekerja..hargailah jasanya selagi dia bernyawa..berilah kasih sayang kepada nya seperti dia memberikan kasih sayang kepada kita..lindungilah dirinya seperti dia melindungi kita..dan patuhilah nasihatnya seperti mana yang kita sepatutnya lakukan sebagai seorang anak..

Ada golongan yang masih mempunyai bapa..tetapi bapa mereka sakit..uzur..dan tak mampu untuk menjaga
dirinya sendiri..jagalah mereka..sepertimana mereka pernah menjaga kita..uruskanlah makan minumnya dan pakaian nya..sepertimana dia pernah sediakan untuk kita..janganlah kita sisihkan dirinya..kerana dia tak pernah menyisih anak-anaknya walaupun betapa susah hidupnya...

Ada golongan yang sudah tidak mempunyai bapa kerana telah meninggal dunia..maka berdoalah untuk dirinya akan sentiasa dirahmati di alam barzakh..ada golongan yang tidak mempunyai bapa kerana mereka ditinggalkan...hormatilah mereka...jangan benci mereka...dan ada golongan tak tahu siapa bapa mereka..hargailah mereka..kerana mereka membawa anda ke dunia ini..

Berilah apresiasi kepada bapa semasa mereka masih ada...kerana bapa tiada pengganti..tiada spare parts.. walaupun mungkin ada bapa tiri..bapa angkat..entah apa lagi term bapa.... tapi yang penting jangan terkena bapa ayam!

Apa pun Happy Fathers Day..kepada semua kaum bapa...dan kepada arwah bapa saya ..Al Fatihah..

Thursday, June 13, 2013

Kemana Hilangnya Orang Malaysia ?

Cantikkan wanita Bangla ini ? Kalau la yang macam ini datang beramai - ramai ke Malaysia..ramai lelaki tak komplen..ha ha ha.. ..apa pun kehadiran (influx) begitu ramai warga Bangladesh ke Malaysia memang amat ketara sekali kebelakangan ini. 

Persoalannya..sektor mana yang banyak menggunakan tenaga kerja warga Bangladesh ini ? Perkilangan ? Restoran ? atau Perladangan ?  Betul ka   bayaran upah mereka lebih murah daripada rakyat tempatan ? atau tenaga kerja Indonesia lebih murah ? atau Rohingya ? Filipina ?

Dulu warga Indonesia ramai....berlambak datang ke Malaysia hinggakan mereka menguasai Chow Kit..malah ada yang bebas berniaga..walaupun asalnya hanya bekerja di gerai-gerai dan akhirnya menjadi towkay gerai berkenaan..sekarang ini ..puak Bangladesh atau lebih popular Bangla..memenuhi hampir setiap inci ..jalan di Pasar Seni..tak percaya..boleh pegi dekat kawasan Mydin..tak perlu tunggu hari cuti...mereka memang berlambak di situ..dan di beberapa kawasan seperti Low Yat..ada dikalangan mereka sudah menjadi 'towkay'...

Tidak mustahil puak Bangla ini akan menguasai Pasar Seni satu hari nanti..berdasarkan pertambahan jumlah mereka yang semakin ramai setiap hari....kerana ianya sudah berlaku..seperti di Chow Kit!. Kalau pasaran karpet...semuanya dikuasai oleh orang-orang Pakistan..dari jalan TAR hinggalah ke Nilai, Negeri Sembilan!...di Pasar Borong Selangor....di Seri Kembangan..80% penjual ikan..merupakan warga Mynmar.....jadi ?? Dimana orang-orang Malaysia ? 

Orang Malaysia..asyik berpolitik...gaduh sana..gaduh sini..boycott sana..boycott sini..perhimpunan sana perhimpunan sini. Orang Malaysia masih sibuk berebut kuasa..walaupun pilihan raya sudah tamat. Orang Malaysia..sudah mewah..hidup senang lenang..sebab itu dah tak peduli sangat..hal-hal macam tu.. kerja ladang banyak..tapi mereka tak nak..gaji kecik sangat...kerja-kerja pembinaan banyak..mereka tak suka..sebab cuaca panas..gaji kecik..tak boleh nak bergaya....kerja kilang ? ceh! mana ada standard anak-anak Malaysia kerja kilang! itu pasaran untuk warga Indonesia sahaja! Sekarang nie..tukang potong rmput pun orang Bangladesh! kerja siram bunga..lanskap..semua orang Bangladesh!!... 

Tukang cuci pejabat ? Orang Filipina atau pun orang Indonesia yang banyak..malah jadi pak guard pun orang Filipina ..kalau bukan Nepal!!.. orang Malaysia ?? Entah..mungkin ada kot..melepak di kafe siber...atau merayau naik moto...atau jalan-jalan di shopping mall ke..tengok wayang ker...Orang Malaysia dah hidup mewah....dah tak peduli sangat kerja-kerja macam tu...

Jadi...jangan marahkan orang Bangladesh..Indonesia..Mynmar, Vietnam atau pun Filipina jika satu hari nanti mereka menjadi pemilik gerai..pemilik kedai...atau pemborong..malah pemilik kilang..kerana mereka datang mencari rezeki selain mencari peluang untuk mengubah kehidupan mereka...sebab itu mereka bekerja keras..dan bersungguh-sungguh...mereka mesti cari duit untuk dihantar pulang kepada keluarga mereka yang susah di negara asal mereka...dan jika ada peluang..pastinya mereka tidak akan mensia-siakan peluang untuk menjadi towkay...

Apa pun...kebanjiran warga asing, khususnya Bangladesh,Nepalese, dan juga Rohingya harus dipantau..oleh pihak berkuasa..dan sekali sekala membuat operasi di sekitar kawasan Pasar Seni..puak Bangladesh terlalu ramai hinggakan..penuh sesak..kawasan..seolah-olah tiada kawalan oleh pihak berkuasa...jangan sampai berlaku sesuatu barulah..pihak berkuasa terhegeh hegeh nak jenguk kawasan tersebut.

Tuesday, June 11, 2013

KeBIADAPan Mula Melampau

Pastinya seronok melihat gambar-gambar macam ini terpampang di akhbar mahupun di majalah..dan satu pembohongan jika ada lelaki yang tidak mahu menatap gambar ini....walau pun mulut terkumat kamit menyebut Subhanallah..............Masya' Allah..namun mata mereka tetap melekat..meniti setiap inci gambar ini...ha ha ha...

Apa pun aku bukan nak tulis pasal "kebiadapan" gambar ini..aku nak tulis tentang KEBIADAPAN yang semakin melampau di kalangan warga Malaysia..kebelakangan ini.. aku pernah tulis tentang kebiadapan segelintir ahli politik sebelum ini..

Memang tak serik-serik golongan BIADAP ini..walaupun tindakan diambil terhadap mereka..namun semuanya salah kita juga..salah pemerintah yang terlalu berlembut terhadap golongan yang sangat BIADAP dan TAK CUKUP AJAR  nie..ye laa..tangkap..buat siasatan dan lepas tu..bebaskan..tanpa apa-apa syarat...contohnya macam Namawee tu..malah diberi peluang buat filem lagiiii...mana tak naik minyak!!. jadi ada juga yang akan tiru cara si Namawee tuu..sebab nak popularkan diri..tonjolkan diri supaya dapat perhatian masyarakat dan kerajaan..mana tau untung-untung dapat jadi pelakon..dapat jadi penyanyi..atau pengarah filem ka pengarah drama ka..semuanya mungkin kalau pihak berkuasa masih nak berlembut..dan memujuk golongan 'belia' yang tak cukup diberi PENGAJARAN ..nie..

Maaf cakap..kalau laa pihak berkuasa bertindak tegas..dengan menyumbat mereka ke penjara..memang pasti ada NGOs yang akan berjuang untuk kebebasan mereka..kononnya aktivis hak kemanusiaan..human rights..dan sebagainya...apakah penghinaan terhadap agama dan raja boleh dibiarkan begitu sahaja? atau selepas ini semakin ramai golongan BIADAP CELAKA ini muncul...kerana mereka pasti pihak berkuasa tidak mempunyai KUASA untuk mengambil apa-apa tindakan..dan mereka juga amat pasti..akan ada NGOs yang akan memperjuangkan hak mereka!

Harap-harap dengan Menteri Dalam Negeri yang baru ini..tindakan lebih tegas diambil terhadap sesiapa sahaja yang terus-terusan berlaku BIADAP terhadap agama, negara dan juga raja..

Monday, June 3, 2013

Cakap2 Selepas PRU

Najib dah jadi Perdana Menteri..PKR..PAS dan DAP masih berkuasa di Selangor..Kelantan dan Pulau Pinang..masa nak meraih undi sudah tamat...masing-masing dah capai hajat..jadi sekarang ni tiba masa bekerja untuk rakyat!!.. hentikan segala cakap-cakap politik..caci mencaci...fitnah dan cari salah orang lain..berilah tumpuan kepada pembangunan rakyat..

Peliknya di Malaysia..walaupun pilihanraya dah tamat..cakap-cakap politik..masih terus berlaku..bangkang sana..bangkang sini..perhimpunan sana sini...tak berhenti lagi...sampai bila ahli Yang Berhormat yang dipilih nak bekerja untuk rakyat? Adakah YB yang telah menang pilihanraya dipilih untuk mengadakan perhimpunan berdemonstrasi atau nak berjuang membantu rakyat ? 

Kalau asyik nak membantah keputusan pilihanraya..sampai bila pun masalah rakyat di kawasan tak dipedulikan..pun begitu peliknya inilah jenis YB yang menjadi pilihan rakyat walaupun tahu pastinya YB tersebut tidak akan membawa apa-apa pembangunan atau kemajuan kepada masyarakat yang memilihnya. ..aku dah lama tak menulis..dan apa yang aku tulis hanya satu pandangan peribadi...pandangan dari sudut apa yang aku lihat, dengar dan baca disekelilingku.. 

Lets move on..and move forward to make our life better..rather than dwelling on the petty issues which may ..if prolong could well escalate into a dangerous territories of hatred..and thus ignite chaos and instability..