Tuesday, January 8, 2013

Mengata Dulang.....

Perpatah 'mengata dulang paku serpih, mengata orang rupanya dia yang lebih' sememangnya amat bersesuaian untuk dikaitkan dengan drama lakonan DAP untuk meraih sokongan Melayu. Sejak  bermadu dengan PKR, DAP nampaknya semakin hebat mencipta drama dan lakonan di pentas politik. 

Agak musykil sebuah parti politik yang sudah berkurun lamanya wujud di negara ini boleh tersalah kira undi yang seakan satu rutin setelah puluhan kali mengadakan konvensyen parti. Apatah lagi kaum Cina memang seringkali dikaitkan sebagai pakar dalam ilmu kira-kira sejak zaman berzaman. Apa yang lebih musykil ialah kenapa undi yang tersalah kira itu hanya melibatkan undi Zairil Khir Johari sahaja dan tidak kepada calon Melayu lain dalam DAP? 

Begitulah resam hidup apabila kita asyik sahaja menghentam, mengkondem dan mempertikaikan tindakan orang lain, sedar tak sedar rupanya dalam rumah sendiri masih belum lagi tersusun kemas dan rapi. Umpama ayam jantan yang berkokok berderai-derai, tapi ekornya bergelumang dengan taik begitulah perpatah paling tepat untuk gerombolan PKR, DAP dan PAS. Suruhanjaya Pilihan Raya seringkali dipertikaikan integriti oleh gerombolan ini..tapi jelas sekali integriti mereka sendiri belum lagi sehebat yang mereka dakwa. Mungkin tiba masanya Anwar Ibrahim menjemput rakan-rakannya dari Australia untuk memantau Konvensyen DAP di masa akan datang supaya tidak berlaku lagi kesilapan pengiraan undi...

Bukan nak mengata maupun nak mencerca...banyak perkara yang gerombolan pembangkang tuduh dan fitnah dahulu kini mula tertampal ke muka sendiri apabila sedikit demi sedikit perkara-perkara tersebut timbul dan berlaku dalam parti mereka. Isu rasuah yang seringkali gerombolan ini perkatakan terhadap kepimpinan BN kini terpalit kepada beberapa pemimpin gerombolan. Isu Ngeh dan Nga umpamanya, kemusykilan kekayaan Azmin dan Samsidar, isu penjualan pasir di Selangor ..semuanya seolah-olah pemimpin pembangkang juga bukan lah sebersih yang di promosikan selama ini. Isu khalwat pun saban hari semakin terdedah berkaitan pemimpin gerombolan walau pun cuba ditutup sedaya upaya oleh parti masing-masing. ..dan terkini..isu integriti..

Maka apabila jari telunjuk seringkali menuduh orang lain, kebiasannya kita terlupa ada tiga lagi jari yang ditunjukkan kepada diri kita sendiri. Apabila kita mencemuh orang lain, mengata orang lain, pernahkah kita menilai perangai kita sendiri? Kita sangat suka melihat keburukan orang lain tetapi apabila keburukan diri terdedah ..kita seringkali menyalahkan orang lain..

Kita lupa untuk mencerminkan diri kita..bukan nak cerminkan rupa luaran sahaja..atau menggunakan cermin untuk menyikat rambut sahaja..tetapi cerminkanlah dalam diri kita....apakah layaknya kita memimpin orang lain sedangkan rumah sendiri masih lagi berantakan.


No comments:

Post a Comment