#KL 112 satu himpunan yang dikatakan himpunan kebangkitan rakyat terhadap kekejaman rejim Barisan Nasional yang sudah memerintah Malaysia lebih dari 55 tahun. Himpunan tersebut dijangkakan akan menumbangkan kerajaan pimpinan Najib Razak..seperti mana himpunan rakyat Mesir menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak atau himpunan rakyat Tunisia yang menumbangkan kerajaan Zine Al Abidine Ben Ali atau pun kuasa rakyat di Filipina semasa Corazon Aquino menumbangkan kerajaan Ferdinand Marcos.
Kekejaman rejim Najib Razak dikatakan setaraf kerajaan kuku besi pimpinan Hosni Mubarak..setaraf korupsi Ben Ali ataupun Ferdinand Marcos..maka itulah alasan untuk Anwar Ibrahim serta sekutunya menganjurkan himpunan #KL 112 dengan harapan himpunan tersebut akan terus membangkitkan kemarahan rakyat yang akhirnya membolehkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.
Najib Razak digambarkan oleh Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang paling kejam di dunia berbanding Benyamin Netanyahu yang tak henti-henti merobek , memusnahkan dan menceroboh kehidupan serta tanah rakyat Palestin. Malah isteri Najib, Rosmah Mansor digambarkan wanita yang menggunakan wang rakyat untuk hidup dalam kemewahan ..lebih hebat daripada Imelda Marcos. Inilah gambaran yang dilukis..dicipta dan dipaparkan kepada rakyat Malaysia, rakyat serta pemimpin luar negara dan juga media luar negara. Fantasi, ilusi dan halusinasi Anwar Ibrahim, sekutunya serta penyokong mereka begitu hebat hingga kehadiran Samsidar Taharin sebagai saksi dalam kes yang membabitkan Anwar Ibrahim pun boleh menjadi satu sebab musabab untuk mereka mengadakan himpunan dan demonstrasi membantah kerajaan.
Ratusan ribu manusia dikatakan membanjiri Stadium Merdeka menyokong perjuangan serta bantahan yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim serta sekutunya. Dilihat dari mata kasar secara logiknya memang himpunan tersebut berjaya mengamit emosi orang ramai untuk menyertai himpunan tersebut namun bolehkah ianya dijadikan ukuran bahawa rakyat sebenarnya sudah muak dengan kerajaan Barisan Nasional ?. Sejauhmana kesukarelaan ratusan ribu manusia yang hadir sama juga dipersoalkan kerana dikatakan sebahagian besarnya ditaja oleh parti-parti politik masing-masing untuk hadir. Apa yang menyedihkan ialah sebahagian yang hadir membabitkan bayi dan anak-anak yang masih kecil. Pada pandangan penganjur mereka sudah berjaya..walaupun tidak di atas skala seperti yang mereka inginkan..mungkin mereka berpuashati dengan apa yang telah mereka lakukan.
Di pihak kerajaan BN pula mereka mengatakan mereka berjaya melaksanakan janji mereka iaitu membenarkan pembangkang berdemonstrasi yang terkawal sepertimana dasar Perhimpunan Aman yang telah dipersetujui dalam Parlimen. Malah kerajaan BN boleh menarik nafas lega kerana perhimpunan tersebut tidak mencetuskan huru hara, kerosakan dan kematian sepertimana demonstrasi-demonstrasi yang berlaku sebelum ini. Dari sudut publisiti BN berjaya mempamerkan imej bersih dan berkompromi manakala di pihak pembangkang pula mereka hanya mampu mempamerkan kebodohan sendiri yang terlalu serakah untuk merampaskan kuasa.
Himpunan Kebangkitan Rakyat gagal untuk membuktikan kerajaan BN zalim, kejam dan bersifat kuku besi..malah memberi imej bahawa kerajaan BN boleh berkompromi dan bersifat demokratik. Anwar menjangkakan himpunan itu mampu melonjak imej dan kredibiliti dirinya sebagai pemimpin yang teraniaya namun hanya mampu mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang semakin 'gila kuasa'. Mencontohi Arab Spring sebagai pentas untuk menumbangkan kerajaan ternyata menonjol sikap buta tuli Anwar dan sekutunya hanya mampu menciplak idea orang lain untuk memiliki kuasa tanpa melihat dengan jelas sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Seandainya kerajaan BN zalim, kejam dan bersifat kuku besi..pasti Anwar Ibrahim sudah lama menjadi tahanan politik..Lim Guan Eng, Haji Hadi ataupun Nik Aziz sudah lama tiada di dunia. Malah Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan tidak akan diperintahkan oleh pakatan rakyat seandainya sistem pilihan raya di Malaysia berat sebelah atau bias. Maka ratusan ribu penyokong yang membanjiri Stadium Merdeka..boleh disifatkan manusia yang tidak mempunyai akal untuk berfikir....kerana ketaksuban ataupun kerana dibayar untuk memenui stadium.
Jangan zalimi jutaan rakyat Malaysia yang inginkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan.
No comments:
Post a Comment