Wednesday, January 30, 2013

Kredibiliti PAS dalam pakatan tergugat

Ustaz Nasharuddin  dipecat PAS kerana dilihat terlalu rapat dengan kerajaan BN dan boleh menjejaskan kredibiliti PAS sebagai rakan kongsi pakatan pembangkang. Itu saja alasannya. Walau apa pun yang diperkatakan oleh Nik Aziz..itulah alasan utama kenapa Ustaz Nasharuddin dipecat. 

Aku rasa pelik bila Nik Aziz asyik putar belit fakta..kaitkan pemecatan Ustaz Nasha dengan orang kawin la..pemain bolasepak la..tak boleh bercakap terus terang ka? Tak payah la nak putar belit sana sini (orang putih kata beating around the bush). Tapi sejak dua menjak tengok pemimpin PAS menangani isu-isu memang kebanyakkan mereka suka benar nak memutar belit..dan tidak ada pendirian tetap..

Contoh terbaik..ialah apabila PAS menarik balik larangan golongan wanita menggunting rambut lelaki di Kelantan.Begitu mudah kerajaan PAS tarik balik arahan ..apabila disergah oleh Karpal Singh..yang berkerusi roda...bayangkan ketakutan PAS kalau Lim Guan Eng yang sergah..mungkin Nik Aziz atau Haji Hadi masuk hospital..sakit jantung..he he he..Camana nak laksanakan hukum hudud kalau larangan yang semudah itu pun kerajaan PAS Kelantan takut nak laksanakan?..contoh kedua ialah PAS berdolak dalih tentang isu kalimah Allah...sekejap Hadi kata boleh..Nik Aziz kata boleh...laa nie..bila Majlis Syura kata tak boleh...Hadi dan Nik Aziz kata tak boleh pulak..walaupun si Mat Sabu tetap dengan pendirian nya..

Apa kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang sekarang? Pastinya Hadi dan Nik Aziz sedang tertunggu-tunggu apa akan terjadi dengan perkongsian mereka setelah DAP dan PKR tetap menyokong saranan Lim Guan Eng membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu. Apa motif si Guan Eng ..pastinya semua orang tahu..iaitu untuk memporak perandakan perpaduan serta persefahaman dikalangan berbilang kaum. Andainya tercetus rusuhan kaum seperti yang berlaku pada tahun 1969..maka itulah alasan pakatan pembangkang untuk memberitahu dunia luar betapa Malaysia tidak lagi selamat untuk kaum bukan Islam dan perlu ada campurtangan pihak luar..dan dengan ini akan membolehkan mereka memegang kuasa melalui tindakan coup de tat sepertimana yang dilakukan di Mesir, Irag serta Tunisia. Strategi mereka mudah..iaitu huru harakan negara..dan akhirnya mereka akan dilihat sebagai hero kerana mampu mengawal serta mententeramkan kekalutan negara..

Peranan PAS? Hanya sebagai boneka untuk menunjukkan pakatan masih lagi menegakan syariat Islam..dengan menonjolkan ulama seperti Nik Aziz dan Hadi..yang boleh Anuwar dan Guan Eng manipulasikan sebab kedua-duanya juga tamakan kuasa. Seandainya orang seperti Ustaz Nasharudin dan Hasan Ali masih berada dalam PAS..pasti kedudukan PAS dalam pakatan pembangkan akan tergugat. 

Kehilangan Nasharudin mungkin secara zahirnya tidak mengugat kedudukan PAS tetapi bolehkan PAS menawan Bachok sekiranya Ustaz Nasharuddin masih ingin bertanding dan menggunakan tiket JATI,UMNO atau BEBAS menentang calon PAS? Ataupun beranikah Nik Aziz, Mahfuz Omar, Husam Musa atau Mat Sabu..bertanding di Bachok menentang Ustaz Nasharuddin nanti?

Tuesday, January 29, 2013

Perihal Korban..

 ...terkorban mempertahankan negara daripada pencerobohan penjajah merupakan satu pengorbanan yang suci..seperti yang berlaku ke atas pejuang-pejuang tanahair ...antaranya Tok Janggut, Dato' Bahaman dan ramai lagi. Mereka-mereka ini sanggup mengadaikan nyawa demi maruah bangsa, agama dan negara...

...ramai askar dan perajurit negara terkorban mempertahankan negara daripada ancaman komunis dan ramai orang awam terkorban gara-gara kekejaman komunis...manakala pejuang-pejuang seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sanggup berkorban harta benda dan pangkat demi memperjuangkan kemerdekaan negara tanpa menitiskan darah rakyat. begitulah perihal pengorbanan yang dilakukan oleh sebahagian manusia demi memastikan manusia lain dapat hidup dengan aman tenteram dan sejahtera..

Bercerita perihal korban dikalangan masyarakat hari ini..banyak yang boleh kita ceritakan. Ada gadis sanggup mengorbankan  mahkota nya semata-mata kerana ingin membuktikan betapa cintanya dirinya terhadap sang kekasih..dan akhirnya 'terkorban'  menanggung malu kerana mengandung hasil cinta hati yang sudah melarikan diri dari bertanggungjawab. Ada ramai wanita yang kesunyian 'terkorban' harta benda dan wang ringgit gara-gara ayat-ayat cinta power dari lelaki yang hanya dikenali seminggu dua di alam maya...malah ada yang terkorban itu bukan calang-calang pendidikan nya...demi sebuah cinta..dan kebahgiaan..

Demi sebuah cinta ..ramai juga lelaki yang gatal dan miang terkorban harta benda serta wang ringgit...yang mencari pasal itu bukan terkorban tetapi sengaja ingin menjadi korban wanita-wanita yang sengaja mencari lelaki yang mudah diperdayakan..ada jenis lelaki yang sanggup mengorbankan anak dan isteri...untuk melangsaikan hutang judi..ada bapa yang sanggup mengorbankan anak sendiri demi nafsu serakah...ada ibu sanggup korbankan anak demi kekasih..

Dahsyat..sememangnya semakin dahsyat pelakuan manusia di zaman yang dikatakan zaman canggih..era digital..era komunikasi pantas..namun yang lebih dahsyat ialah bagaimana pemimpin politik sanggup mengorbankan agama dan bangsa sendiri untuk mencapai kuasa...ada pemimpin sangup jualkan agama...demi kelangsungan politik...sanggup gadaikan maruah bangsa..semata-mata demi nafsu untuk berkuasa...malah sanggp burukkan negara sendiri di mata dunia...sanggup bawa orang luar untuk campur tangan urusan negara... ada pemimpin politik sangup korbankan kepentingan rakyat ..semata-mata kerana kuasa politik..

Dalam pertembungan politik...rakyatlah yang terkorban..maka fikir-fikirkanlah..siapa pemimpin kamu yang sanggup mengorbankan kepentingan rakyat demi perjuangan politik mereka...


Tuesday, January 15, 2013

Arab Spring ala Malaysia

#KL 112 satu himpunan yang dikatakan himpunan kebangkitan rakyat terhadap kekejaman rejim Barisan Nasional yang sudah memerintah Malaysia lebih dari 55 tahun. Himpunan tersebut dijangkakan akan menumbangkan kerajaan pimpinan Najib Razak..seperti mana himpunan rakyat Mesir menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak atau himpunan rakyat Tunisia yang menumbangkan kerajaan Zine Al Abidine Ben Ali atau pun kuasa rakyat di Filipina semasa Corazon Aquino menumbangkan kerajaan Ferdinand Marcos.

Kekejaman rejim Najib Razak dikatakan setaraf kerajaan kuku besi pimpinan Hosni Mubarak..setaraf korupsi Ben Ali ataupun Ferdinand Marcos..maka itulah alasan untuk Anwar Ibrahim serta sekutunya menganjurkan himpunan #KL 112 dengan harapan himpunan tersebut akan terus membangkitkan kemarahan rakyat yang akhirnya membolehkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. 

Najib Razak digambarkan oleh Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang paling kejam di dunia berbanding Benyamin Netanyahu yang tak henti-henti merobek , memusnahkan dan menceroboh kehidupan serta tanah rakyat Palestin. Malah isteri Najib, Rosmah Mansor digambarkan wanita yang menggunakan wang rakyat untuk hidup dalam kemewahan ..lebih hebat daripada Imelda Marcos. Inilah gambaran yang dilukis..dicipta dan dipaparkan kepada rakyat Malaysia, rakyat serta pemimpin luar negara dan juga media luar negara. Fantasi, ilusi dan halusinasi Anwar Ibrahim, sekutunya serta penyokong mereka begitu hebat hingga kehadiran Samsidar Taharin sebagai saksi dalam kes yang membabitkan Anwar Ibrahim pun boleh menjadi satu sebab musabab untuk mereka mengadakan himpunan dan demonstrasi membantah kerajaan.

Ratusan ribu manusia dikatakan membanjiri Stadium Merdeka menyokong perjuangan serta bantahan yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim serta sekutunya. Dilihat dari mata kasar secara logiknya memang himpunan tersebut berjaya mengamit emosi orang ramai untuk menyertai himpunan tersebut namun bolehkah ianya dijadikan ukuran bahawa rakyat sebenarnya sudah muak dengan kerajaan Barisan Nasional ?. Sejauhmana kesukarelaan ratusan ribu manusia yang hadir sama juga dipersoalkan kerana dikatakan sebahagian besarnya ditaja oleh parti-parti politik masing-masing untuk hadir. Apa yang menyedihkan ialah sebahagian yang hadir membabitkan bayi dan anak-anak yang masih kecil. Pada pandangan penganjur mereka sudah berjaya..walaupun tidak di atas skala seperti yang mereka inginkan..mungkin mereka berpuashati dengan apa yang telah mereka lakukan.

Di pihak kerajaan BN pula mereka mengatakan mereka berjaya melaksanakan janji mereka iaitu membenarkan pembangkang berdemonstrasi yang terkawal sepertimana dasar Perhimpunan Aman yang telah dipersetujui dalam Parlimen. Malah kerajaan BN boleh menarik nafas lega kerana perhimpunan tersebut tidak mencetuskan huru hara, kerosakan dan kematian sepertimana demonstrasi-demonstrasi yang berlaku sebelum ini. Dari sudut publisiti BN berjaya mempamerkan imej bersih dan berkompromi manakala di pihak pembangkang pula mereka hanya mampu mempamerkan kebodohan sendiri yang terlalu serakah untuk merampaskan kuasa.

Himpunan Kebangkitan Rakyat gagal untuk membuktikan kerajaan BN zalim, kejam dan bersifat kuku besi..malah memberi imej bahawa kerajaan BN boleh berkompromi dan bersifat demokratik. Anwar menjangkakan himpunan itu mampu melonjak imej dan kredibiliti dirinya sebagai pemimpin yang teraniaya namun hanya mampu mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang semakin 'gila kuasa'. Mencontohi Arab Spring sebagai pentas untuk menumbangkan kerajaan ternyata menonjol sikap buta tuli Anwar dan sekutunya hanya mampu menciplak idea orang lain untuk memiliki kuasa tanpa melihat dengan jelas sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Seandainya kerajaan BN zalim, kejam dan bersifat kuku besi..pasti Anwar Ibrahim sudah lama menjadi tahanan politik..Lim Guan Eng, Haji Hadi ataupun Nik Aziz sudah lama tiada di dunia. Malah Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan tidak akan diperintahkan oleh pakatan rakyat seandainya sistem pilihan raya di Malaysia berat sebelah atau bias. Maka ratusan ribu penyokong yang membanjiri Stadium Merdeka..boleh disifatkan manusia yang tidak mempunyai akal untuk berfikir....kerana ketaksuban ataupun kerana dibayar untuk memenui stadium.

Jangan zalimi jutaan rakyat Malaysia yang inginkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan. 

Tuesday, January 8, 2013

Tahun Baru..Apa Azam ?

Setiap kali masuk tahun baru..ucapan SELAMAT TAHUN BARU..pasti diberikan kepada keluarga..teman serta rakan .. selain berbagai persiapan di atur oleh setiap orang untuk menyambut tahun yang baru..termasuk menyediakan azam yang baru. Malah semasa sambutan Tahun Baru setiap pelosok bandar di seluruh dunia di terangi cahaya..disambut meriah dengan dentuman mercun... yang berwarna warni.. meriah betul betul meriah..

Pelik bagi aku..ialah setiap kali ditanyakan..'apa azam u tahun nie?' bila menjelang tahun yang baru. Kadang-kadang aku terpikir...apa azam aku tahun ini sedangkan untuk tahun-tahun sebelumnya..adakah azam-azam yang lalu dicapai? Aku juga terpikir..berapa banyak manusia di planet bumi ini yang tercapai azam mereka..setiap kali tahun baru bermula? Aku juga memikirkan..kalaulah azam-azam yang terdahulu nya belum lagi dicapai...apa ertinya menanam azam yang baru? Untuk suka-suka atau hanya sekadar ungkapan di bibir bagi menyenangkan hati orang yang bertanya?

Kalau nak ikutkan wishlist aku..banyak..terlalu banyak..dan aku rasa aku pun tak akan tercapai. Begitu juga dengan wishlist seluruh manusia di planet bumi ini...kalau boleh dikumpulkan seperti daun-daun yang gugur..tak cukup karung guni untuk menyimpanya. Aku pernah terdengar penjawat awam menanam azam untuk bekerja lebih rajin..setiap kali tahun baru tiba..tetapi azam tinggal azam..kerana tabiat malas dan tabiat ponteng kerja sudah sebati dalam kehidupan dirinya..sehinggalah beliau di buang kerja. ..itu sebahagian daripada azam-azam yang dilafazkan oleh penjawat awam.Antara yang popular ialah :-
1) azam untuk bekerja lebih rajin
2) azam untuk meningkatkan kualiti kerja
3) azam untuk tidak ponteng kerja
4) azam untuk akur arahan ketua ..dan banyak lagi...

Bagaimana pulak dengan azam peribadi? Azam peribadi ni berbagai-bagai..yang belum kahwin berazam nak dapatkan pasangan..yang dah berkahwin pulak..ada yang berazam nak tambah cawangan he he he...tapi takut cawangan pertama tahu....yang ada kekasih nak cari kekasih..dah dah berkasih nak jadi suami isteri..macam-macam la dikatakan..tapi ada tak sesiapa yang berazam untuk memperbaiki sikap buruk, sikap ego, sikap angkuh dan sombong mereka? Pernah tak sesiapa dengar seseorang individu berazam sedemikian rupa? Anyone?

Kalau ada pun mungkin satu dalam sejuta.Kenapa aku kata demikian? Sebabnya orang ego, sombong, angkuh, bongkak dan berperangai buruk nie sememangnya tak sedar yang mereka mempunyai sikap sedemikian. Kumpulan manusia jenis ini nampak diri mereka begitu perfect..begitu sempurna hingga tiada cacat celanya perangai mereka..sebab itulah tiada azam dalam diri mereka untuk mengubah sikap tersebut. Kalau mereka sedar pun..sekejap jer kesedaran mereka..selepas itu..mereka kembali kepada sifat asal mereka. 

Maka setiap kali tahun baru..aku rasa nak tergelak bila dengar kumpulan manusia yang ego, sombong, bongkak, angkuh ini menanam azam..tetapi tidak pernah pun menyebut nak ubah perangai buruk. Oleh sebab itu juga aku tak berani nak menjawab..apa azam aku untuk tahun 2013 ini..sekiranya ditanya kerana aku sendiri pun belum pasti..apakah azam sebelum ini sudah tercapai atau tidak. Yang aku pasti ialah..aku inginkan kehidupan yang bahagia..kehidupan yang aman sejahtera..di bumi bertuah Malaysia..boleh mencari rezeki dimana sahaja..tanpa takut ditembak atau dibom..bebas dan tidak dikongkong oleh bangsa lain.

SELAMAT TAHUN BARU 2013..semoga Malaysia tetap aman sejahtera..merdeka selamanya.

Mengata Dulang.....

Perpatah 'mengata dulang paku serpih, mengata orang rupanya dia yang lebih' sememangnya amat bersesuaian untuk dikaitkan dengan drama lakonan DAP untuk meraih sokongan Melayu. Sejak  bermadu dengan PKR, DAP nampaknya semakin hebat mencipta drama dan lakonan di pentas politik. 

Agak musykil sebuah parti politik yang sudah berkurun lamanya wujud di negara ini boleh tersalah kira undi yang seakan satu rutin setelah puluhan kali mengadakan konvensyen parti. Apatah lagi kaum Cina memang seringkali dikaitkan sebagai pakar dalam ilmu kira-kira sejak zaman berzaman. Apa yang lebih musykil ialah kenapa undi yang tersalah kira itu hanya melibatkan undi Zairil Khir Johari sahaja dan tidak kepada calon Melayu lain dalam DAP? 

Begitulah resam hidup apabila kita asyik sahaja menghentam, mengkondem dan mempertikaikan tindakan orang lain, sedar tak sedar rupanya dalam rumah sendiri masih belum lagi tersusun kemas dan rapi. Umpama ayam jantan yang berkokok berderai-derai, tapi ekornya bergelumang dengan taik begitulah perpatah paling tepat untuk gerombolan PKR, DAP dan PAS. Suruhanjaya Pilihan Raya seringkali dipertikaikan integriti oleh gerombolan ini..tapi jelas sekali integriti mereka sendiri belum lagi sehebat yang mereka dakwa. Mungkin tiba masanya Anwar Ibrahim menjemput rakan-rakannya dari Australia untuk memantau Konvensyen DAP di masa akan datang supaya tidak berlaku lagi kesilapan pengiraan undi...

Bukan nak mengata maupun nak mencerca...banyak perkara yang gerombolan pembangkang tuduh dan fitnah dahulu kini mula tertampal ke muka sendiri apabila sedikit demi sedikit perkara-perkara tersebut timbul dan berlaku dalam parti mereka. Isu rasuah yang seringkali gerombolan ini perkatakan terhadap kepimpinan BN kini terpalit kepada beberapa pemimpin gerombolan. Isu Ngeh dan Nga umpamanya, kemusykilan kekayaan Azmin dan Samsidar, isu penjualan pasir di Selangor ..semuanya seolah-olah pemimpin pembangkang juga bukan lah sebersih yang di promosikan selama ini. Isu khalwat pun saban hari semakin terdedah berkaitan pemimpin gerombolan walau pun cuba ditutup sedaya upaya oleh parti masing-masing. ..dan terkini..isu integriti..

Maka apabila jari telunjuk seringkali menuduh orang lain, kebiasannya kita terlupa ada tiga lagi jari yang ditunjukkan kepada diri kita sendiri. Apabila kita mencemuh orang lain, mengata orang lain, pernahkah kita menilai perangai kita sendiri? Kita sangat suka melihat keburukan orang lain tetapi apabila keburukan diri terdedah ..kita seringkali menyalahkan orang lain..

Kita lupa untuk mencerminkan diri kita..bukan nak cerminkan rupa luaran sahaja..atau menggunakan cermin untuk menyikat rambut sahaja..tetapi cerminkanlah dalam diri kita....apakah layaknya kita memimpin orang lain sedangkan rumah sendiri masih lagi berantakan.