Wednesday, December 18, 2013

Kuasa Mengubah Segalanya ..

Semua manusia berdoa kepada Tuhan mereka. Mereka sedar dengan berdoa ada kemungkinan besar hajat mereka boleh dicapai atau menjadi kenyataan...itulah kuasa maha pencipta yang Esa... memenuhi tuntutan doa hamba-hambanya supaya hamba-hambanya tidak berputus asa walau dalam apa jua keadaan yang menimpa mereka... tapi aku bukan nak menulis kuasa Tuhan kerana aku tidak layak .. aku nak menulis kuasa yang diberi rakyat kepada pemimpin-pemimpin..kuasa yang diperolehi oleh pemimpin daripada rakyat samada secara demokrasi atau dirampas ...

Semalam aku menulis tentang ketololan beberapa kempimpinan yang mengeluar kenyataan sesuka hati..tanpa berpikir panjang..hari ini aku baca satu sindiran tulisan seorang personaliti TV tentang perkara yang sama..dan bila direnung balik semuanya berpunca daripada KUASA!. Kuasa telah mengubah segala-galanya pandangan, penglihatan dan juga pemikiran mereka!!.. Ramai orang kutuk marah sumpah seranah Lim Guan Eng...kerana bertindak sesuka hatinya apabila berKUASA di Pulau Pinang...begitu juga ramai yang benci..meluat dan sindir Khalid Ibrahim bila dia mampu berKUASA sebagai Menteri Besar di Selangor..dan tak kurang pula yang keluarkan kenyataan-kenyataan yang tak mampu saya tulis terhadap bekas MB Kelantan, Nik Aziz....semasa beliau berKUASA di Kelantan... 

KUASA...menyebabkan Lim Guan Eng sanggup hafal ayat-ayat suci Al-Quran...untuk tarik pengundi-pegundi Melayu..dan kerana KUASA juga..ramai orang Melayu yang sanggup sembah Lim Guan Eng..walau pun tau bagaimana sifat, sikap dan perangai cauvinis Cina ini terhadap orang-orang Melayu... KUASA menyebabkan Nik Aziz berkompromi dengan pegangan prinsipnya walaupun terpaksa mengeluarkan fatwa-fatwa dan kenyataan yang amat menyakitkan orang-orang Melayu dan juga agama mereka...dan kerana KUASA juga lah Anwar Ibrahim sanggup menjilat semula air ludahnya terhadap PAS dan DAP ...semuanya kerana KUASA...dan ingin berKUASA...

Demi untuk terus berKUASA juga ...kepimpinan kerajaan sedia ada sanggup mengeluar kenyataan-kenyataan yang bersifat kebudak-budakan, tidak matang dan tiada 'intelligent traits' sebagai pemimpin. Semuanya membodek Perdana Menteri ...untuk mengekalkan mereka sebagai menteri...dan silap-silap boleh membawa kepada kemusnahan..umpama perumpamaan ini 'sokong membawa rebah' ..dari isu petrol, ayam, tol, jangka hayat kenderaan dan tariff elektrik...semuanya memberi negatif kepada kerajaan pimpinan Najib Razak... adakah menteri-menteri atau pengerusi-pengerusi GLCs ini sedar bahawa segala kenyataan bodoh mereka itu akan memberi impak negatif kepada PM?

Memang betul rakyat Malaysia harus diberi kesedaran dengan mengurangkan subsidi supaya rakyat tidak terus berada dalam sindrom subsidi...subsidi perlu dikurangkan berperingkat-peringkat..dan dengan perlahan...menteri-menteri yang bijak pandai yang dilantik dan dipilih dari kalangan ahli parlimen itu harus mencari usaha bagaimana nak membantu rakyat mengurangkan bebanan kehidupan..mencari jalan menyelesaikan masalah itu...bukan menambahkan nya!!.. Rakyat sudah memberi KUASA ..gunalah KUASA itu untuk mencari kaedah yang terbaik...bukan dengan asyik2 idea BR1M, BB1M apa sahaja yang berkaitan dengan 1Malaysia..segalanya..jangan la asyik nak bodek PM jer.. jika menteri-menteri asyik minta penjawat awam untuk 'think out of the box'...berpikir diluar kotak..kenapa menteri-menteri tak boleh berpikir diluar kotak?? atau mereka  takde kotak ? ... jangan asyik suruh penjawat awam sahaja berpikir ...

Jangan asyik salahkan penjawat awam jer...

Tuesday, December 17, 2013

Apa Yang Naik , Apa Yang Turun ?

Kecoh! Kecoh! Kecoh satu Malaysia harga barang naik sejak subsidi petrol dikurangkan! Ramai yang mengeluh..ramai yang merungut..ramai yang menyumpah seranah pemimpin kerajaan.....malah kenyataan-kenyataan 'tak berakal' atau 'tidak matang' beberapa pemimpin lebih menyakitkan hati rakyat... antara kenyatan-kenyataan yang tidak professional ..tidak matang yang keluar dari mulut orang bergelar pemimpin ialah .."jangan makan ayam kalau harga ayam mahal"...ingat lagi kan?...kenaikan harga gula akan mengurangkan penyakit diabetes....terbaru..guna jalan biasa kalau tol naik! ....ayoyo macha!! .... kenapa nie??? .... jangan lah keluarkan kenyataan ikut sedap mulut jer....ingat anda dipilih oleh rakyat..dan dilantik menjadi menteri yang bertanggungjawab..maka bila menjawab tu..biar la ada unsur-unsur bertanggungjawab sikit..!! jangan hentam keromo..sebab marahkan rakyat yang merungut....nanti kalau rakyat semakin ramai marah....macam mana? Mau salah rakyat? Mau kata rakyat tidak bersyukur? Mau kata rakyat tidak patriotik?? 

Berapa ramai menteri guna highway  bayar tol ? Berapa ramai menteri yang beli sendiri ayam ? Berapa ramai menteri beli sendiri petrol kenderaan ? Berapa ramai menteri pernah bayar sendiri  bil elektrik..bil air..bil astro ? Tanya soalan ini pada diri sendiri sebelum ...keluarkan kenyataan yang tersangat menyakitkan hati rakyat...rakyat yang telah memilih anda untuk berada di kedudukan sekarang....berpikir la sedalam-dalamnya... kerana natijah di atas kenyataan serta tindakan-tindakan yang dilihat semakin membebankan rakyat akan memberi kesan yang amat TRAGIS pada pilihan raya umum ke-14 nanti!!

Tragis dalam ertikata peneraju kepimpinan kerajaan sekarang akan hilang kuasa dan diganti dengan kuasa yang baru..yang samada lebih baik atau pun lebih dahsyat. Jika kerajaan yang baru nanti lebih baik maka..kepimpinan yang ada sekarang teruslah bermimpi untuk kembali berkuasa...dan jika kerajaan baru lebih dahsyat....kepimpinan yang ada sekarang pun teruslah bermimpi untuk berkuasa semula..kerana pastinya kerajaan yang baru akan mengubah segala-galanya untuk terus kekal berkuasa.... dalam apa jua sekalipun....yang paling menerima kesan tragis ialah rakyat jelata kerana pemimpin..samada pemimpin kerajaan yang sedia ada atau pun yang akan mengambil alih kuasa..tidak merasa kesan nya..kerana mereka semua dalam kemewahan...ada segalanya...sedangkan rakyat bekerja berusaha mendapatkan kehidupan...

Apa yang perlu dilihat oleh kepimpinan kerajaan yang sedia ada ialah mencari satu penyelesaian bagi meringankan bebanan kehidupan rakyat....pemberian BR1M bukan satu penyelesaian jangka panjang kerana ia hanya untuk memberi keselesaan dalam waktu singkat kepada satu golongan...begitu juga BB1M...atau apapun yang bersifat 'wang segera' bagi membantu rakyat. Kalau TNB dan Petronas mampu memberi pekerjanya bonus melebihi 5 bulan gaji bermakna kedua-dua syarikat tersebut tidak mengalami kerugian ..malah masih mendapatkan keuntungan yang tinggi..jadi kenapa perlu dinaikkan tarif elektrik dan juga harga petrol?? Akibat dari dua kenaikan ini menyebabkan kos pengangkutan meningkat ..dan ianya juga menyebabkan harga barang meningkat... tambang bas sekolah naik kerana kos petrol naik...dan yang terbeban ialah ibu bapa yang berada di bandar-bandar yang memerlukan bas sekolah untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka dari sekolah!!... harga minyak..tepung..serta barangan naik kerana barangan perlu dihantar menggunakan lori..lori caj sebab petrol naik...kilang caj sebab tarif elektrik naik...maka.. kalau rakyat NAIK marah... kerajaan juga yang susah nanti..

Justeru...berpikir la sebelum rakyat NAIK darah...sebelum rakyat NAIK marah.... dalam mereka marah pun ada lagi yang masih mampu memenuhi meja-meja kedai mamak sehinggan jam 12 malam... memenuhi kelab-kelab malam sampai pagi...dan semakin ramai pula ye yang memiliki BMW, Mercedes, Audi, Volkswagon..Ferrari dan Porsche...

Jangan NAIK angin .. jer

Monday, December 16, 2013

VIP - Definisi Ku..

Mungkin ramai yang pernah mengalami masalah dengan golongan yang di gelar VIP ini..yang serng diberi penghormatan atau di beri keutamaan di majlis-majlis .... VIP dalam Bahasa Inggeris bermaksud Very Important Person yakni orang yang penting .. berpangkat..berstatus tinggi dalam masyarakat...golongan selebriti...............golongan yang terkenal atau golongan yang kaya raya dalam masyarakat kita.... bayangkan VIP itu adalah Very Important Person ..maka VVIP ialah Very Very Important Person yang merupakan golongan yang amat berpengaruh dalam masyarakat kita.. 

Pun begitu aku bukan nak cakap mengenai  VIP ~ Very Important Person tetapi nak mengemukakan definisiku tentang VIP berdasarkan apa yang aku lihat, dengar dan juga alami ... pada aku VIP ialah Very Impossible Person , iaitu manusia yang sangat-sangat susah untuk berurusan atau bekerjasama sama. Golongan Very Impossible Person mungkin dikalangan penjawat awam yang merasakan pangkat dia terlalu tinggi..terlalu pandai..dan tiada orang lain sepandai dia!...  Very Impossible Person nie jenis yang tak akan dengar pendapat orang lain kerana merasakan pandangan dia adalah yang terbaik.... adalah sungguh malang nasib bekerja dengan VIP jenis ini .... kerana situasi kerja sentiasa tegang .... stress...

Ada juga golong VIP ~ Very Incompetent Person  yakni golongan yang banyak bercakap...cukup hebat tetapi bila buat kerja hampeeeh!!!.. golongan ini akan sentiasa mendapat perhatian kerana ... pakar dalam bercakap serta mampu mempengaruhi orang lain hanya dengan teori nya sahaja. VIP jenis ini memang kejar pangkat dan kalau tak dapat akan kutuk orang lain..atau buat macam2 hal ....sekiranya cita-citanya tidak tercapai... jenis ini boleh cantas kerja orang lain..dan mendapat pujian hasil usaha orang lain...jenis ini akan pijak kepala orang lain...untuk mendapat pangkat.... malang la sesiapa yang berkawan rapat dengan spesis ini..kerana spesis ini tidak mengira kawan atau lawan..kerana yang penting ialah diri sendiri... buat kerja tak tahu tapi pangkat dia nak..!!

VIP ~ Very Inconsiderate Person merupakan spesis yang tidak mempedulikan keperluan serta kepentingan orang lain..iaitu spesis yang tidak akan ambil tahu kesusahan atau kepayahan orang lain dalam mencapai atau melaksanakan tugas. Spesis ini tidak peduli engkau sakit ke, kaum keluarga dalam masalah ke atau ada hal yang menimpa diri kita..kerana yang penting ialah..tugas mesti beres dalam masa yang telah ditetapkan....!! Pegi mampus dengan masalah orang lain..kerana spesis VIP ini beranggapan..itu adalah masalah peribadi dan tiada kaitan dengan kerja-kerja... spesis VIP ini juga akan mengakibatkan suasana kerja yang tidak kondusif dan ketegangan...

Very Intolerable Person merupakan golongan VIP yang tak kisah tentang kerja dia..seolah-olah pejabat itu mak bapak dia punya. Kalau dia rasa nak datang kerja..dia datang..kalau dia rasa tak nak buat kerja yang diarahkan oleh bos..dia akan pujuk bos serah pada orang lain..dan paling teruk spesis VIP ini ialah suka memfitnah..memburukkan orang lain dan melaga-lagakan staf... dengan staf A dia cakap tentang staf B...dengan staf B pulak dia cerita tentang staf A. lepas tu dia kata staf C yang bercerita ..begitu la sehingga semua orang di pejabat tidak lagi mesra...dan sering bertelagah....

...maka berhati-hati lah dengan spesis golongan VIP-VIP ....


Tuesday, December 10, 2013

Gaji Ku vs Gaji Mu vs Gaji Menteri ..

Semenjak dua menjak nie...ramai bercakap pasal kenaikan gaji... penjawat awam cakap pasal kenaikan gaji..bonus.. sementelaah lagi..Cuepacs berjuang mendapatkan yang terbaik untuk penjawat awam... pun begitu... semuanya tak mampu nak tandingi kenaikan gaji ahli-ahli YB ADUN dan Menteri di dua negeri...iaitu..Sarawak dan Selangor... YB ADUN dan Menteri / Exco di kedua-dua negeri nie tersenyum lebar..selebar-lebarnya..sampai tak cukup muka.....al-maklum dapat kenaikan bukan 10% atau 20% ..tetapi...beratus-ratus peratus!!!...sekelip mata sahaja...YB ADUN , Menteri / Exco di kedua-dua negeri nie kaya raya... he he..peliknya..bila part gaji nie...pihak kerajaan dan pembangkang boleh bersatu...setuju sebulat suara....hemmm..boleh concensus plak.... tak per la..itu rezeki mereka... jangan la iri hati..jangan la berdengki...mereka kan bekerja untuk rakyat...siang malam tanpa henti... melihat kesusahan rakyat..nak bagi duit kepada rakyat...bagi tolong persatuan, pertubuhan..sedekah...dan bermacam macam lagi la katakan...

Baru-baru nie JPA umum pulak skim gaji baru dan insentif untuk penjawat awam yang mempunyai sarjana dan PhD untuk 33 skim perjawatan..hemmm..dapat lagi imbuhan penjawat awam....ada juga yang merungut kenapa 33 skim sahaja?? ..biarlah JPA buat semakan..buat transformasi...kita sama-sama tengok adakah semua skim akan mendapat insentif atau penambahbaikan.... beruntung la sesiapa yang ada sarjana...yang ada PhD..walaupun berada dalam skim perkhidmatan yang tidak setaraf pendidikan yang mereka ada...adalah hikmahnya melanjutkan pelajaran ke tahap tersebut walaupun tidak mendapat jawatan yang setimpal...

Bila aku pikir-pikir balik pasal gaji...aku semak..aku buat perkiraan...aku buat tilikan..aku buat ramalan baru aku tahu kenapa kumpulan JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam)..errr..ada yang sebut JUtawan Sektor Awam selalu balik lambat..kerja kuat..hingga larut malam... memang patut mereka kerja macam itu kerana kalau tengok gaji mereka..mak ooiiiii!!!!....berbaloi la nak balik lewat malam kan!.. bukan dengki..bukan irihati...mereka layak dapat gaji sedemikian rupa kerana mereka memang bekerja keras untuk memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan sempurna!!....sama la juga yang diberi jawatan gred 54 ...berbanding gred-gred yang lebih rendah dalam kategori Pengurusan & Professional.... mereka nie dah la tak dapat elaun lebih masa....hemmmm ada yang balik rumah jam 10.00 malam.....sebab nak siapkan kerja yang diertanggungjawabkan!! berbaloi ka kalau sakit dan masuk hospital ?? ...

Bagi jawatan gred pelaksana tu...kalau kerja melepasi waktu pejabat..boleh la buat elaun lebih masa...malah ada drebar yang berpendapatan lebih tinggi daripada pegawai sebab elaun lebih masa banyak..memang la mereka nie letih tetapi berbaloi berbanding gred pegawai yang sederhana..he he he..betulkan apa yang aku cakap?? ...apa pun setiap gaji yang kita perolehi tu sememangnya sudah ditentukan rezeki...dan setiap orang ada bahagian masing-masing...cuma aku agak 'terkilan' sedikit laaa.... tentang kenaikan gaji penjawat awam nie berbanding kenaikan gaji ahli-ahli YB.... nak beri kenaikan 5 peratus pun ambik masa bertahun-tahun sedangkan nak naik gaji YB melebihi 100 peratus ..cukup dalam satu sidang.... itulah kelebihan kepada yang memegang kuasa...... tak der pun kedengaran yang membangkang... sedangkan kalau penjawat awam naik...pasti ramai suara sumbang di sekeliling...

Monday, November 11, 2013

Makanan Yang Boleh Membantu Atlet Malaysia


Idea nak tulis hari ini datang masa aku bergurau dengan anak aku mengenai beberapa iklan yang ditayang di TV... maafla kepada pereka kreatif yang merekacipta iklan-iklan tersebut..bukan nak undermine your credibility atau nak insult your intelligence... cuma aku tengok dari sudut kelucuan iklan itu..the funny side of the advertisement tersebut . Apa pun aku salute segala usaha kreatif dan tenaga yang digunakan untuk menghasilkan iklan-iklan tersebut.. tiada tujuan nak make fun...cuma dari sudut pandangan aku...terdapat sedikit kelucuan...

Sapa rakyat Malaysia tak kenal jenama MILO..memang sah bukan warganegara..kerana MILO merupakan satu jenama minuman bercoklat yang amat popular dikalangan kanak-kanak... dengan lagu trademark nya..'minum MILO anda jadi sihat dan kuat' ... apabila ianya dikaitkan dengan sukan...seolah-olah...apabila kanak-kanak minum MILO..boleh menjadi juara!!!...kalau la aku dilantik menjadi Chef De Mission Sukan SEA ke Mynmar..aku pasti suruh kontijen bawa MILO bersama..untuk sediakan minuman kepada semua atlet Malaysia supaya mereka bleh jadi juara dan menang pingat emas untuk negara!!..kan?? he he he...patutla kontijen Malaysia tak menang di Olimpik dulu..sebab tak bawa minuman MILO bersama..he he he...Datuk Lee Chong Wei..kena ingat tu...he he...

Satu lagi aku nak suruh kontijen Malaysia bawa ialah biskut TIGER!!! Kenapa? sebab aku tengok
iklan...bila anak-anak diberi makan biskut TIGER...mereka menjadi begitu kuat!! Boleh kejar kereta..boleh lompat pagar...dan boleh menang Tae Kwan Do....!! elok sangat lah biskut ini diberi kepada atlet kita..mungkin nanti boleh menang lari 100m...lompat pagar dan Taekwando!!..wooo...bawa banyak pingat tu!!!...

Aaaah...pemain bolasepak jangan lupa nak makan coklat Crunch!! nanti lembik tak boleh main! Ingat tu Dato' Ong Kim Swee...kalau nak menang emas untuk bolasepak di Mynmar nanti..berilah coklat Crunch untuk semua pemain..supaya menjadi pemain yang hebat..terutamanya ..penjaga gol!! kan elok tu..!!

...hmmmmm....


Friday, November 8, 2013

PERCEPTION ? PERSEPSI ...

Perception atau persepsi apabila di Melayu kan menurut definisinya ialah the way you think about or understand someone or something ..bagaimana anda berfikir atau memahami seseorang atau sesuatu (lebih kurang la maksudnya) .. dan semalam aku berpeluang mendengar tiga ceramah mengenai Pengurusan Persepsi ..Managing Perception . Mendengar ketiga-tiga ceramah tersebut ..aku membuat kesimpulan bahawa setiap penceramah itu mempunyai persepsi sendiri mengenai media sosial....dan apabila kita mengaitkan persepsi terhadap individu atau manusia..setiap dari kita mempunyai persepsi sendiri..samada persepsi yang baik atau tidak baik..

Mengambil contoh gambar yang aku paparkan ...mungkin terdapat pelbagai persepsi yang boleh kita pikirkan..dan antara nya ialah....murahnya maruah perempuan dalam gambar ini kerana berpakaian sedemikian...atau ...memang perempuan murahan ..sebab itulah berpakaian begini...entah banyak lagi persepsi lain....sebab nya manusia suka membuat andaian..mengenai sesuatu hanya dengan melihat dan mendengar...walaupun tidak mengetahui kebenaranya...maka kebanyakkan pandangan serta pendapat yang kita dengar daripada so called opinion leaders ..adakalanya hanya persepsi berdasarkan pengamatan serta pemikiran...bukan berdasarkan apa yang dialami... sebab itulah banyak berlaku statement kontroversi....yang akhirnya mencetuskan perbalahan atau konflik...

Dalam politik..perception adalah sesuatu sering dilakukan oleh kedua-dua belah pihak..maka sebab itu kita sering mendengar pertelingkahan antara parti politik mengenai sesuatu dasar atau polisi...dan semakin rancak apabila ada NGOs turut sama campur hal tersebut...banyak isu-isu nasional 'meletop letop' kerana permainan perception ..malah di ulang-ulang untuk mendapat sokongan majoriti...

Ada juga perception digunakan untuk membunuh karekter atau karier seseorang.. character asassination kadangkala tidak hanya berlaku dikalangan ahli politik..malah berlaku juga dikalangan ahli korporat dan penjawat awam...embedded perception oleh seorang individu  boleh membunuh karier seorang individu yang lain ...atau menutup peluang kemajuan kerjayanya...atau karier politik... Adolf Hitler dikatakan seorang yang jahat dan ganas kerana perbuatanya adalah kerana persepsi itu ditanam dalam minda setiap manusia di seluruh dunia....hingga tiada seorang pun berani mengaku bahawa Adolf Hitler telah berjaya mengangkat martabat bangsa Jerman yang ditindas oleh bangsa Yahudi sejak sekian lama..dan menjadi bangsa Jerman dihormati dari segi kejuruteraan mereka!...tetapi dunia tidak mengatakan Yamamoto itu jahat atau ganas walaupun dia juga pernah melakukan perkara yang dilakukan oleh Adolf Hitler!.

Maka ..sebab itulah amat sukar untuk mempercayai buku sejarah..kerana buku sejarah ditulis berdasarkan pandangan atau kecondongan  penulis tersebut ... dengan mengambil contoh..buku sejarah negara kita sendiri yang banyak menggunakan persepsi......





Monday, November 4, 2013

Musang Berbulu Ayam ?

Tak tahu lah nak cakap apa...sebab kadang-kadang terkedu juga bila kawan-kawan bagitau..ada spesis manusia yang suka TIKAM KAWAN DARI BELAKANG ..spesis macam ini memang banyak dalam pejabat...kalau dalam politik tak payah cakap la..memang berlambak.!!.. pun begitu...aku hanya nak bercakap pasal orang dalam pejabat sahaja..sebab aku bukan orang politik.. he he..spesis macam nie aku beri gelaran atau nama 'Gunting Dalam Lipatan' demo nie  memang suka bebenor gunting kawan tak kira dari segi apa pun...memang dah jenis penghasad dengki!!.. tak boleh tengok kawan tu senang sikit...baru dapat pujian dari bos..atau baru ura-ura nak dinaikkan pangkat...dah ada orang gunting awal-awal supaya kawan tu tak naik pangkat!!! 

Spesis nie memang tak sayang mulut dia...atau tak takut dosa apa benda..dia suka sangat jadi Joyah Mulut Murai hebahkan keburukan orang lain...hebahkan apa sahaja benda yang dia dengar..betul ka tak betul ka...ditambah sedikit perisa dengki...untuk menyedapkan cerita!!...bagi aku memang spesis ini layak digelar 'gunting dalam lipatan' walau pun ada yang mungkin beri gelaran 'musuh dalam selimut' atau pun  'musang berbulu ayam'. Gerombolan manusia yang kita kategorikan seperti ini...woweee..memang manis mulut...cukup baik bila bersama kita...lembut lidah dari gusi ...tapi bila di belakang kita..segala buruk yang ada pada kita di hebahkan..lunyai maruah diri kita dikerjakan spesis ini...

Dalam konteks bekerja di pejabat ..sentiasa lah berhati-hati dengan spesis ini...yang begitu sukar kita kenali..ditambah dengan adanya gajet terkini seperti telefon pintar...yang begitu cepat boleh sebarkan maklumat...serta informasi...awasi lah tingkahlaku serta tatabahasa dan tuturkata...supaya diri kita tidak teraniaya oleh spesis-spesis ini yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk memburukkan imej dan maruah orang lain...jangan dedahkan butir-butir peribadi atau berkongsi hal-hal peribadi yang terlalu sensitif...kerana satu hari nanti kita akan ditelanjangi oleh manusia hipokrit sebegini...

Spesis hipokrit..yang suka tikam kawan dari belakang ini tiada belas ihsan atau simpati terhadap kawan kerana bagi dirinya yang penting ialah dirinya mampu melemahkan orang...dan menyebabkan orang lain tertekan...dan malu..disamping cuba menonjolkan diri sendiri sebagai orang yang baik...