Kecoh! Kecoh! Kecoh satu Malaysia harga barang naik sejak subsidi petrol dikurangkan! Ramai yang mengeluh..ramai yang merungut..ramai yang menyumpah seranah pemimpin kerajaan.....malah kenyataan-kenyataan 'tak berakal' atau 'tidak matang' beberapa pemimpin lebih menyakitkan hati rakyat... antara kenyatan-kenyataan yang tidak professional ..tidak matang yang keluar dari mulut orang bergelar pemimpin ialah .."jangan makan ayam kalau harga ayam mahal"...ingat lagi kan?...kenaikan harga gula akan mengurangkan penyakit diabetes....terbaru..guna jalan biasa kalau tol naik! ....ayoyo macha!! .... kenapa nie??? .... jangan lah keluarkan kenyataan ikut sedap mulut jer....ingat anda dipilih oleh rakyat..dan dilantik menjadi menteri yang bertanggungjawab..maka bila menjawab tu..biar la ada unsur-unsur bertanggungjawab sikit..!! jangan hentam keromo..sebab marahkan rakyat yang merungut....nanti kalau rakyat semakin ramai marah....macam mana? Mau salah rakyat? Mau kata rakyat tidak bersyukur? Mau kata rakyat tidak patriotik??
Berapa ramai menteri guna highway bayar tol ? Berapa ramai menteri yang beli sendiri ayam ? Berapa ramai menteri beli sendiri petrol kenderaan ? Berapa ramai menteri pernah bayar sendiri bil elektrik..bil air..bil astro ? Tanya soalan ini pada diri sendiri sebelum ...keluarkan kenyataan yang tersangat menyakitkan hati rakyat...rakyat yang telah memilih anda untuk berada di kedudukan sekarang....berpikir la sedalam-dalamnya... kerana natijah di atas kenyataan serta tindakan-tindakan yang dilihat semakin membebankan rakyat akan memberi kesan yang amat TRAGIS pada pilihan raya umum ke-14 nanti!!
Tragis dalam ertikata peneraju kepimpinan kerajaan sekarang akan hilang kuasa dan diganti dengan kuasa yang baru..yang samada lebih baik atau pun lebih dahsyat. Jika kerajaan yang baru nanti lebih baik maka..kepimpinan yang ada sekarang teruslah bermimpi untuk kembali berkuasa...dan jika kerajaan baru lebih dahsyat....kepimpinan yang ada sekarang pun teruslah bermimpi untuk berkuasa semula..kerana pastinya kerajaan yang baru akan mengubah segala-galanya untuk terus kekal berkuasa.... dalam apa jua sekalipun....yang paling menerima kesan tragis ialah rakyat jelata kerana pemimpin..samada pemimpin kerajaan yang sedia ada atau pun yang akan mengambil alih kuasa..tidak merasa kesan nya..kerana mereka semua dalam kemewahan...ada segalanya...sedangkan rakyat bekerja berusaha mendapatkan kehidupan...
Apa yang perlu dilihat oleh kepimpinan kerajaan yang sedia ada ialah mencari satu penyelesaian bagi meringankan bebanan kehidupan rakyat....pemberian BR1M bukan satu penyelesaian jangka panjang kerana ia hanya untuk memberi keselesaan dalam waktu singkat kepada satu golongan...begitu juga BB1M...atau apapun yang bersifat 'wang segera' bagi membantu rakyat. Kalau TNB dan Petronas mampu memberi pekerjanya bonus melebihi 5 bulan gaji bermakna kedua-dua syarikat tersebut tidak mengalami kerugian ..malah masih mendapatkan keuntungan yang tinggi..jadi kenapa perlu dinaikkan tarif elektrik dan juga harga petrol?? Akibat dari dua kenaikan ini menyebabkan kos pengangkutan meningkat ..dan ianya juga menyebabkan harga barang meningkat... tambang bas sekolah naik kerana kos petrol naik...dan yang terbeban ialah ibu bapa yang berada di bandar-bandar yang memerlukan bas sekolah untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka dari sekolah!!... harga minyak..tepung..serta barangan naik kerana barangan perlu dihantar menggunakan lori..lori caj sebab petrol naik...kilang caj sebab tarif elektrik naik...maka.. kalau rakyat NAIK marah... kerajaan juga yang susah nanti..
Justeru...berpikir la sebelum rakyat NAIK darah...sebelum rakyat NAIK marah.... dalam mereka marah pun ada lagi yang masih mampu memenuhi meja-meja kedai mamak sehinggan jam 12 malam... memenuhi kelab-kelab malam sampai pagi...dan semakin ramai pula ye yang memiliki BMW, Mercedes, Audi, Volkswagon..Ferrari dan Porsche...
Jangan NAIK angin .. jer
No comments:
Post a Comment