Monday, November 21, 2016

Tugas Guru Semakin Mencabar ..Bila Pelajar semakin manja

Tak lama dulu kecoh netizen dengan isu ibu bapa marah anak mereka di arah padamkan papan hitam dan diumpamakan sebagai orang gaji apabila guru menyuruh mereka membuat kerja sedemikian. Sebelum itu kecoh juga di dunia siber apabila ibu bapa mengamuk kerana anak mereka didenda duduk di atas simen gara-gara lambat dating ke sekolah. Emmm… sungguh beruntung anak-anak sebegitu kerana diberi perhatian dan penuh kasih saying olah emak bapak mereka hingga tidak boleh di arah membuat kerja-kerja memadamkan papan hitam dan juga tidak boleh didenda oleh guru kerana lambat datang ke sekolah. Amboiiii … cukup sukar tugas seorang guru di zaman siber ini … dan beberapa netizen pulak berkongsi cerita anak-anak orang Jepun yang dikerah untuk mencuci serta membersih sekolah .. untuk mendidik mereka menjadi masyarakat yang tahu menghargai kebersihan selain meningkat moral dan adap mereka mereka. Patut la negara matahari terbit itu yang dikatakan TIDAK MEMPUNYAI pegangan agama .. sentiasa bersih, masyarakat mereka lebih bersopan, lebih bermoral dan lebih beretika berbanding negara kita yang di ajar untuk berpegang kepada ‘KEPERCAYAN KEPADA TUHAN’ .. tetapi baru cikgu nak ajar sikit anak-anak kita..ibu bapa dah meroyan dalam dunia siber..

Aku teringat kata-kata pesanan seorang peserta pencetus ummah yang sering di perdengarkan dalam radio iaitu ‘jika kita sebagai ibu bapa tidak mampu menghormati guru, jangan harap anak-anak kita akan menghormati guru’ dan banyak la insiden-insiden dimana ibu bapa marahkan guru-guru kerana berani menegur salahlaku anak-anak mereka. Tidak kurang juga ada guru yang disaman, diugut dan harta benda mereka dirosakkan gara-gara menegur anak murid mereka. Aku ingat juga cerita P.Ramlee dalam filem ‘Anakku Sazali’  yang begitu memanjakan anaknya Sazali sehinggakan bila dewasa Sazali menjadi seorang ketua gangster yang sungguh berkuasa. Kata-kata Sazali dalam filem itu sepatutnya menjadi teladan kepada kita ‘jikalau 10 tahun dahulu bapa melakukan demikian, barangkali Sazali sudah menjadi baik sekarang, tetapi sekarang sudah terlambat. Bapa yang bersalah dalam hal ini. Bapa membesarkan Sazali dengan membabi buta. Segala permintaan Sazali bapa tunai dan segala hajat Sazali bapa sempurnakan sehingga Sazali pandai bercakap bohong, bercakap bohong pasal bapa, sehingga Sazali menipu bapa, menipu untuk kepenting diri!... tetapi bapa hanya menjawab Anak ku Sazali. Bapa yang bertanggungjawab ke atas perlakuan buruk Sazali!.’

Wahai ibu bapa yang dihormati .. tiada seorang pun ibu bapa didunia ini yang tidak mengasihi anaknya, hatta binatang sekalipun kecuali syaitan yang bertopengkan manusia. Berilah kasih sayang sebanyaknya, tatang lah mereka seperti minyak yang penuh .. tetapi berilah ruang kepada guru-guru untuk mendidik mereka di sekolah .. pada hemat aku guru-guru yang baik akan mengajar anak kita bagaimana menjaga kebersihan, bagaimana menghargai hartabenda awam, bagaimana menghormati ibu bapa, guru dan orang tua.. malah mereka juga akan mengajar anak-anak kita adap, adat dan juga budibahasa. Asalkan mereka tidak dicederakan, dirosakkan, patah riuk dan diperhambakan secara paksa.. sekolah dan guru merupakan tempat yang paling baik untuk mendidik anak-anak kita. Kalau kita rasa kita mampu untuk membayar gaji guru-guru (bagi orang kaya-kaya yang mempunyai duit berkepok-kepok, tak abis makan dan tak suka anak mereka di arah cuci tandas, buang sampah, padamkan papan hitam, atau tak suka di denda guru-guru kerana kesalahan mereka)  tak payah la hantar ke sekolah-sekolah awam. Hantar la ke sekolah swasta, private ..atau tak payah pegi sekolah pun .. biar anak-anak mereka duduk di rumah ..dan bayar gaji guru-guru untuk dating ke rumah mereka mengajar .. kaaaan!! Tak adalah anak-anak mereka kena padamkan papan hitam, cuci tandas, cuci longkang, sapu kelas atau buang sampah. Tak ada lah guru-guru itu nak denda dating lambat, atau denda anak mereka tak buat kerja rumah..sebab guru-guru itu mereka yang bayar gaji ..kaaan!! ..

Wahai ibu bapa yang ‘terover sayang, terlebih kasih’ tuu.. maap la ya … aku pun ada anak juga yang bersekolah dulu dan aku aku juga pernah sekolah dulu .. kalo setakat kena dua tiga das di tapak tangan sebab tak buat kerja rumah tuu.. tak apa laaa.. itu salah kita..yang tak ajar anak-anak kita untuk buat kerja rumah .. kita yang jadikan anak kita malas .. jadi esok lusa kalo dia dah besar jangan harap dia nak bantu kita kemaskan rumah..cuci pakaian sendiri..silap-silap kita pulak jadi kuli kumpulkan pakaian dia..termasuk seluar kecik dia untuk dicuci .. aku tak nak ..tak tahu kalo engko suka sebab engko ada orang gaji barangkali .. gitu juga kalo satu hari nanti dia tak nak dengar cakap engko sebagai mak bapak dia .. sebab engko sendiri dah ajar dia untuk tidak mengikut arahan guru atau dengar arahan guru .. jangan salah kan dia..salahkan diri sendiri .. ibu bapa zaman moden nie memang selalunya terlalu terikut zaman … kecik-kecik dah biar anak tido rumah orang .. nama pun pelik-pelik ..kalo buleh laa..panjang nya mengalahkan pembaris ..


Allahyarham Tan Sri P.Ramlee telah awal melihat gejala itu dan berusaha mendidik ibu bapa melalui filem Anak Ku Sazali .. jadikan lah ianya iktibar dan satu pengajaran agar masyarakat kita sentiasa dipenuhi adap, adat dan budibahasa sesuai dengan laungan bangsa kita .. pendidikan yang tinggi tidak menjadikan kurang ajar, takbur dan riak dan kekayaan yang kita ada tidak sepatutnya menjadikan kita sombong dan tidak tahu menilai dan mengenang jasa guru yang menjadikan diri kita seperti hari ini.. jangan berlakunya seperti Sazali barulah kita sedar kesilapan yang kita lakukan..

No comments:

Post a Comment