Monday, November 21, 2016

Tugas Guru Semakin Mencabar ..Bila Pelajar semakin manja

Tak lama dulu kecoh netizen dengan isu ibu bapa marah anak mereka di arah padamkan papan hitam dan diumpamakan sebagai orang gaji apabila guru menyuruh mereka membuat kerja sedemikian. Sebelum itu kecoh juga di dunia siber apabila ibu bapa mengamuk kerana anak mereka didenda duduk di atas simen gara-gara lambat dating ke sekolah. Emmm… sungguh beruntung anak-anak sebegitu kerana diberi perhatian dan penuh kasih saying olah emak bapak mereka hingga tidak boleh di arah membuat kerja-kerja memadamkan papan hitam dan juga tidak boleh didenda oleh guru kerana lambat datang ke sekolah. Amboiiii … cukup sukar tugas seorang guru di zaman siber ini … dan beberapa netizen pulak berkongsi cerita anak-anak orang Jepun yang dikerah untuk mencuci serta membersih sekolah .. untuk mendidik mereka menjadi masyarakat yang tahu menghargai kebersihan selain meningkat moral dan adap mereka mereka. Patut la negara matahari terbit itu yang dikatakan TIDAK MEMPUNYAI pegangan agama .. sentiasa bersih, masyarakat mereka lebih bersopan, lebih bermoral dan lebih beretika berbanding negara kita yang di ajar untuk berpegang kepada ‘KEPERCAYAN KEPADA TUHAN’ .. tetapi baru cikgu nak ajar sikit anak-anak kita..ibu bapa dah meroyan dalam dunia siber..

Aku teringat kata-kata pesanan seorang peserta pencetus ummah yang sering di perdengarkan dalam radio iaitu ‘jika kita sebagai ibu bapa tidak mampu menghormati guru, jangan harap anak-anak kita akan menghormati guru’ dan banyak la insiden-insiden dimana ibu bapa marahkan guru-guru kerana berani menegur salahlaku anak-anak mereka. Tidak kurang juga ada guru yang disaman, diugut dan harta benda mereka dirosakkan gara-gara menegur anak murid mereka. Aku ingat juga cerita P.Ramlee dalam filem ‘Anakku Sazali’  yang begitu memanjakan anaknya Sazali sehinggakan bila dewasa Sazali menjadi seorang ketua gangster yang sungguh berkuasa. Kata-kata Sazali dalam filem itu sepatutnya menjadi teladan kepada kita ‘jikalau 10 tahun dahulu bapa melakukan demikian, barangkali Sazali sudah menjadi baik sekarang, tetapi sekarang sudah terlambat. Bapa yang bersalah dalam hal ini. Bapa membesarkan Sazali dengan membabi buta. Segala permintaan Sazali bapa tunai dan segala hajat Sazali bapa sempurnakan sehingga Sazali pandai bercakap bohong, bercakap bohong pasal bapa, sehingga Sazali menipu bapa, menipu untuk kepenting diri!... tetapi bapa hanya menjawab Anak ku Sazali. Bapa yang bertanggungjawab ke atas perlakuan buruk Sazali!.’

Wahai ibu bapa yang dihormati .. tiada seorang pun ibu bapa didunia ini yang tidak mengasihi anaknya, hatta binatang sekalipun kecuali syaitan yang bertopengkan manusia. Berilah kasih sayang sebanyaknya, tatang lah mereka seperti minyak yang penuh .. tetapi berilah ruang kepada guru-guru untuk mendidik mereka di sekolah .. pada hemat aku guru-guru yang baik akan mengajar anak kita bagaimana menjaga kebersihan, bagaimana menghargai hartabenda awam, bagaimana menghormati ibu bapa, guru dan orang tua.. malah mereka juga akan mengajar anak-anak kita adap, adat dan juga budibahasa. Asalkan mereka tidak dicederakan, dirosakkan, patah riuk dan diperhambakan secara paksa.. sekolah dan guru merupakan tempat yang paling baik untuk mendidik anak-anak kita. Kalau kita rasa kita mampu untuk membayar gaji guru-guru (bagi orang kaya-kaya yang mempunyai duit berkepok-kepok, tak abis makan dan tak suka anak mereka di arah cuci tandas, buang sampah, padamkan papan hitam, atau tak suka di denda guru-guru kerana kesalahan mereka)  tak payah la hantar ke sekolah-sekolah awam. Hantar la ke sekolah swasta, private ..atau tak payah pegi sekolah pun .. biar anak-anak mereka duduk di rumah ..dan bayar gaji guru-guru untuk dating ke rumah mereka mengajar .. kaaaan!! Tak adalah anak-anak mereka kena padamkan papan hitam, cuci tandas, cuci longkang, sapu kelas atau buang sampah. Tak ada lah guru-guru itu nak denda dating lambat, atau denda anak mereka tak buat kerja rumah..sebab guru-guru itu mereka yang bayar gaji ..kaaan!! ..

Wahai ibu bapa yang ‘terover sayang, terlebih kasih’ tuu.. maap la ya … aku pun ada anak juga yang bersekolah dulu dan aku aku juga pernah sekolah dulu .. kalo setakat kena dua tiga das di tapak tangan sebab tak buat kerja rumah tuu.. tak apa laaa.. itu salah kita..yang tak ajar anak-anak kita untuk buat kerja rumah .. kita yang jadikan anak kita malas .. jadi esok lusa kalo dia dah besar jangan harap dia nak bantu kita kemaskan rumah..cuci pakaian sendiri..silap-silap kita pulak jadi kuli kumpulkan pakaian dia..termasuk seluar kecik dia untuk dicuci .. aku tak nak ..tak tahu kalo engko suka sebab engko ada orang gaji barangkali .. gitu juga kalo satu hari nanti dia tak nak dengar cakap engko sebagai mak bapak dia .. sebab engko sendiri dah ajar dia untuk tidak mengikut arahan guru atau dengar arahan guru .. jangan salah kan dia..salahkan diri sendiri .. ibu bapa zaman moden nie memang selalunya terlalu terikut zaman … kecik-kecik dah biar anak tido rumah orang .. nama pun pelik-pelik ..kalo buleh laa..panjang nya mengalahkan pembaris ..


Allahyarham Tan Sri P.Ramlee telah awal melihat gejala itu dan berusaha mendidik ibu bapa melalui filem Anak Ku Sazali .. jadikan lah ianya iktibar dan satu pengajaran agar masyarakat kita sentiasa dipenuhi adap, adat dan budibahasa sesuai dengan laungan bangsa kita .. pendidikan yang tinggi tidak menjadikan kurang ajar, takbur dan riak dan kekayaan yang kita ada tidak sepatutnya menjadikan kita sombong dan tidak tahu menilai dan mengenang jasa guru yang menjadikan diri kita seperti hari ini.. jangan berlakunya seperti Sazali barulah kita sedar kesilapan yang kita lakukan..

Tuesday, November 15, 2016

BAJU MERAH vs BAJU KUNING

Lama benar aku tidak menulis. Nak kata sibuk dengan kerja tu ..adalah sikit-sikit tapi rasanya mungkin aku sudah tak ada idea untuk aku ceritakan. Tiba-tiba pagi ini aku rasa nak mencoret sedikit tentang geng baju merah dan geng baju kuning yang semakin diperkatakan netizen di laman-laman media sosial. Banyak cerita tentang pak Jamal Tongkol (gelaran dia orang..aku gunapakai sekali), bos Baju Merah yang begitu bersemangat nak berlawan dengan nyonya Maria Chin nie.. towkay Baju Kuning .. hinggakan kemana sahaja geng Baju Kuning berada.. disitulah geng Baju Merah nie ada. Ada sedikit kekeliruan ..confusing kata orang putih ..tentang pergerakan geng Baju Merah ini seolah-olah didorong dan disokong oleh orang-orang tertentu atau organisasi tertantu .. tapi tak tahulah ..itu orang cakap ..heh heh .. macam geng Baju Kuning nie memang mereka disokong oleh pihak pembangkang dan didorong oleh semangat kebencian serta semangat untuk memburukkan pihak pemerintah … gerakan geng Baju Kuning nie.. sudah diatur sebegitu rupa .. sudah bersiri siri .. tak tau la kalua mereka menang PRU 14 .. nanti .. yang pasti kalua mereka kalah geng Baju Kuning akan terus mengadakan gerakan demonstrasi mereka yang dikatakan aman .. fuuh .. aman?? Hancur juga kereta polis ..serta harta benda awam pada gerakan mereka dulu …

Aku tak sokong Baju Merah ..apatah lagi Baju Kuning. Pada aku kedua-dua geng tersebut telah banyak menyusahkan orang ramai. Bergaduh sana sini .. berteriak macam orang hilang akal ..pukul..tolak ..malah hingga tunjuk mereka itu kebal dan tak merasa kesakitan kalua dipukul dengan kayu .. tapi hidung berdarah juga bila kena tangan.. ha ha ha ha.. taka da pulak yang tunjuk mereka kebal daripada senjata tajam atau senjata apa?? .. Di Sabah dan Sarawak ada etnik tunjuk yang mereka kebal tak lut dengan parang tajam yang boleh putuskan paku besi (bukan paku pakis) ..hihihihi .. Geng Baju Merah hanya tunjuk mereka tidak takut dengan kayu jer… apa pun seperti aku kata tadi ..kedua-dua geng memang menyusahkan pihak pemerintah .. sebabnya kedua-dua geng menyebabkan pihak keselamatan terpaksa sentiasa bersedia mengawal keadaan agar ianya tidak menjadi medan pertempuran yang boleh mengorbankan nyawa .. apabila dalam keadaan marah yang membuak-buak ..apa boleh terjadi ..dan ini akan mencetuskan perkelahian serta kebencian yang berpanjangan .. justeru apa jadi dengan slogan 1Malaysia kita???


Kedegilan kedua-dua geng ini harus dihentikan oleh pihak berkuasa agar ianya tidak terus mencetuskan keadaan yang tegang .. serta amat menyusahkan orang lain. Peristiwa di Ampang dan di beberapa tempat membuktikan bahawa suasana tegang tidak membawa kesejahteraan kepada masyarakat lain.