Tak
lama dulu kecoh netizen dengan isu ibu bapa marah anak mereka di arah padamkan
papan hitam dan diumpamakan sebagai orang gaji apabila guru menyuruh mereka membuat
kerja sedemikian. Sebelum itu kecoh juga di dunia siber apabila ibu bapa
mengamuk kerana anak mereka didenda duduk di atas simen gara-gara lambat dating
ke sekolah. Emmm… sungguh beruntung anak-anak sebegitu kerana diberi perhatian
dan penuh kasih saying olah emak bapak mereka hingga tidak boleh di arah
membuat kerja-kerja memadamkan papan hitam dan juga tidak boleh didenda oleh
guru kerana lambat datang ke sekolah. Amboiiii … cukup sukar tugas seorang guru
di zaman siber ini … dan beberapa netizen pulak berkongsi cerita anak-anak
orang Jepun yang dikerah untuk mencuci serta membersih sekolah .. untuk
mendidik mereka menjadi masyarakat yang tahu menghargai kebersihan selain
meningkat moral dan adap mereka mereka. Patut la negara matahari terbit itu
yang dikatakan TIDAK MEMPUNYAI pegangan agama .. sentiasa bersih, masyarakat
mereka lebih bersopan, lebih bermoral dan lebih beretika berbanding negara kita
yang di ajar untuk berpegang kepada ‘KEPERCAYAN KEPADA TUHAN’ .. tetapi baru
cikgu nak ajar sikit anak-anak kita..ibu bapa dah meroyan dalam dunia siber..
Aku
teringat kata-kata pesanan seorang peserta pencetus ummah yang sering di
perdengarkan dalam radio iaitu ‘jika kita
sebagai ibu bapa tidak mampu menghormati guru, jangan harap anak-anak kita akan
menghormati guru’ dan banyak la insiden-insiden dimana ibu bapa marahkan
guru-guru kerana berani menegur salahlaku anak-anak mereka. Tidak kurang juga
ada guru yang disaman, diugut dan harta benda mereka dirosakkan gara-gara
menegur anak murid mereka. Aku ingat juga cerita P.Ramlee dalam filem ‘Anakku Sazali’ yang begitu memanjakan anaknya Sazali
sehinggakan bila dewasa Sazali menjadi seorang ketua gangster yang sungguh
berkuasa. Kata-kata Sazali dalam filem itu sepatutnya menjadi teladan kepada
kita ‘jikalau 10 tahun dahulu bapa
melakukan demikian, barangkali Sazali sudah menjadi baik sekarang, tetapi
sekarang sudah terlambat. Bapa yang bersalah dalam hal ini. Bapa membesarkan
Sazali dengan membabi buta. Segala permintaan Sazali bapa tunai dan segala
hajat Sazali bapa sempurnakan sehingga Sazali pandai bercakap bohong, bercakap
bohong pasal bapa, sehingga Sazali menipu bapa, menipu untuk kepenting diri!...
tetapi bapa hanya menjawab Anak ku Sazali. Bapa yang bertanggungjawab ke atas
perlakuan buruk Sazali!.’
Wahai
ibu bapa yang dihormati .. tiada seorang pun ibu bapa didunia ini yang tidak
mengasihi anaknya, hatta binatang sekalipun kecuali syaitan yang bertopengkan
manusia. Berilah kasih sayang sebanyaknya, tatang lah mereka seperti minyak
yang penuh .. tetapi berilah ruang kepada guru-guru untuk mendidik mereka di
sekolah .. pada hemat aku guru-guru yang baik akan mengajar anak kita bagaimana
menjaga kebersihan, bagaimana menghargai hartabenda awam, bagaimana menghormati
ibu bapa, guru dan orang tua.. malah mereka juga akan mengajar anak-anak kita
adap, adat dan juga budibahasa. Asalkan mereka tidak dicederakan, dirosakkan,
patah riuk dan diperhambakan secara paksa.. sekolah dan guru merupakan tempat
yang paling baik untuk mendidik anak-anak kita. Kalau kita rasa kita mampu untuk
membayar gaji guru-guru (bagi orang
kaya-kaya yang mempunyai duit berkepok-kepok, tak abis makan dan tak suka anak
mereka di arah cuci tandas, buang sampah, padamkan papan hitam, atau tak suka
di denda guru-guru kerana kesalahan mereka)
tak payah la hantar ke sekolah-sekolah awam. Hantar la ke sekolah
swasta, private ..atau tak payah pegi
sekolah pun .. biar anak-anak mereka duduk di rumah ..dan bayar gaji guru-guru
untuk dating ke rumah mereka mengajar .. kaaaan!! Tak adalah anak-anak mereka
kena padamkan papan hitam, cuci tandas, cuci longkang, sapu kelas atau buang
sampah. Tak ada lah guru-guru itu nak denda dating lambat, atau denda anak
mereka tak buat kerja rumah..sebab guru-guru itu mereka yang bayar gaji
..kaaan!! ..
Wahai
ibu bapa yang ‘terover sayang, terlebih
kasih’ tuu.. maap la ya … aku pun ada anak juga yang bersekolah dulu dan
aku aku juga pernah sekolah dulu .. kalo setakat kena dua tiga das di tapak
tangan sebab tak buat kerja rumah tuu.. tak apa laaa.. itu salah kita..yang tak
ajar anak-anak kita untuk buat kerja rumah .. kita yang jadikan anak kita malas
.. jadi esok lusa kalo dia dah besar jangan harap dia nak bantu kita kemaskan
rumah..cuci pakaian sendiri..silap-silap kita pulak jadi kuli kumpulkan pakaian
dia..termasuk seluar kecik dia untuk dicuci .. aku tak nak ..tak tahu kalo
engko suka sebab engko ada orang gaji barangkali .. gitu juga kalo satu hari
nanti dia tak nak dengar cakap engko sebagai mak bapak dia .. sebab engko
sendiri dah ajar dia untuk tidak mengikut arahan guru atau dengar arahan guru
.. jangan salah kan dia..salahkan diri sendiri .. ibu bapa zaman moden nie
memang selalunya terlalu terikut zaman … kecik-kecik dah biar anak tido rumah
orang .. nama pun pelik-pelik ..kalo buleh laa..panjang nya mengalahkan
pembaris ..
Allahyarham
Tan Sri P.Ramlee telah awal melihat gejala itu dan berusaha mendidik ibu bapa
melalui filem Anak Ku Sazali .. jadikan lah ianya iktibar dan satu pengajaran
agar masyarakat kita sentiasa dipenuhi adap, adat dan budibahasa sesuai dengan
laungan bangsa kita .. pendidikan yang tinggi tidak menjadikan kurang ajar,
takbur dan riak dan kekayaan yang kita ada tidak sepatutnya menjadikan kita
sombong dan tidak tahu menilai dan mengenang jasa guru yang menjadikan diri
kita seperti hari ini.. jangan berlakunya seperti Sazali barulah kita sedar
kesilapan yang kita lakukan..