OooHaaa!!...
You..You !! adalah satu trademark untuk CM Sarawak, Tok Nan yang
kadang-kadang disusuli dengan gelak kecil beliau … bagi orang yang baru
mengenali beliau ..mungkin kelakuan nya nampak sinis ..namun itulah cara beliau
memperkatakan sesuatu … ikhlas danria hatinya .d. ramai juga yang rasa tercabar
dengan sikap kesederhanaan beliau … dan ada juga yang ‘mengopi’ cara beliau berkomunikasi
dengan masyarakat. Banyak kali Tok Nan di lihat minum sambal makan mee kolok di
gerai-gerai biasa … satu tabiat yang jauh lari dari sangkaan awal masyarakat
umum yang selalunya melihat YB atau orang kenamaan lebih selesa di minum dan
makan di restoran ternama … tapi bukan Tok Nan … dan selalu juga masyarakat
melihat Tok Nan membeli belah mencari ikan dan sayuran di kedai tepi jalan
sendiri bersama isterinya … juga satu kelainan bagi kebanyakkan masyarakat kerana
sebelum ini amat jarang sekali ahli YB yang sudah ada kedudukan untuk membeli
belah di kedai biasa … tapi itulah Tok Nan yang baru sahaja memerintah negeri
Sarawak … mengukuhkan pandangan masayarakat bahawa beliau tidak pernah lupa
asal usulnya.. walaupun sudah bergelar YAB Ketua Menteri Sarawak … beginilah
sikap pemimpin yang diinginkan oleh rakyat … bukan hanya bergegar pentas dengan
lontaran hujah 1Malaysia..tetapi perlakuan dan tindakan jauh sekali menepati
prinsip dan juga matlamat 1Malaysia … apatah lagi ‘peoples friendly’ …
Seperkara
lagi yang menjadikan Tok Nan semakin popular ialah keberanian dan kebjikasanaan
beliau untuk memperbaharui beberapa dasar yang dilihat tidak lagi relevan untuk
diaplikasikan di negeri Sarawak. Dalam dua entri sebelum ini aku sudah
memperkatakan sebahagian daripadanya dan kali ini ingin berkongsi lagi apa yang
telah Tok Nan lakukan untuk negeri Sarawak. Ramai yang mengakui bahawa sistem pendidikan
negara sering berubah-uabh hingga kan .. pelajar sekolah menjadi mangsa kepada
eskperimen yang dilakukan .. sekejap ada PPSMI sekejap tak ada … yang untung
siapa sebenarnya. Ramai juga mengeluh kenapa ramai graduan Malaysia tidak mahir
berbahasa Inggeris … tapi nak salahkan siapa sebenarnya? Tok Nan dengan
beraninya menuntut agar Bahasa Inggeris
menjadi Bahasa pengantar untuk bukan sekolah kebangsaan dan Sarawak terus
menggunaka Bahasa Inggeris sebagai Bahasa persuratan bersama dengan Bahasa
Malaysia. Negeri Sarawak juga memohon autonomi dalam bidang pendidikan sebagai
langkah untuk memastikan system pendidikan di negeri Sarawak tidak berubah-ubah
mengikut trend dan perubahan Menteri yang menjaga pendidikan. Memang diakui
Dasar Pendidikan sudah ada ..tetapi setiap kali menteri berubah..beberapa perkara
akan turut berubah.. seperti air yang ada pasang dan surutnya ..dan ini tidak
memberi manafaat kepada pelajar yang menjadi pengguna … dan secara keseluruhan
mengakibatkan banyak kerugian dipihak kerajaan … perubahan sebuah logo boleh
mengakibatkan perbelanjaan jutaan ringgit..walaupun perubahan itu nampak tersangat
kecil…
Selama
ini ramai nampak golongan pendatang asing semakin ramai di Sarawak …
terutamanya orang-orang Indonesia .. namun tak ramai yang tahu bahawa
orang-orang Suluk dari Filipina rupanya sudah bertapak di Sarawak juga. Tok Nan
amat marah bila Jabatan Imigresen gagal menangani masalah 700 orang Bajau dan
400 orang Suluk yang sudah tinggal dan membina rumah di Miri Sarawak, walaupun
banyak aduan di kemukakan.. malah kata Tok Nan ‘ada mulut bisu, ada telinga
pekak, ada mata buta’ menyimpulkan kegagalan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan
undang-undang yang ada. Tok Nan telah mengisytihar ‘perang’ terhadap pati di
Sarawak dan semasa beliau merasmi Hari Perhutanan Antarabangsa peringkat negeri
Sarawak, beliau berkata ‘mereka perlu ditangkap dan dihantar pulang ke negara
asal mereka sebelum mereka menimbulkan masalah besar yang sukar diselesaikan di
kemudian hari’ . Pun begitu beliau mahu pati yang ditahan dilayan dengan
baik sesuai dengan layanan yang sepatutnya diberi kepada manusia.
Tok
Nan juga dilihat rakyat lebih berani menyuarakan hasrat rakyat Sarawak kepada
kerajaan persekutuan lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan polisi yang
melibatkan rakyat. Tok Nan mengingatkan kerajaan persekutuan agar mengambilkira
bumiputera Sarawak yang bukan nya semua Melayu atau semuanya beragama Islam
dalam membentuk dasar negara. Tok Nan juga bertegas untuk mendapatkan kerajaan
autonomi bagi negeri Sarawak. ‘Kita minta kerajaan persekutuan mengiktiraf
autonomi negero Sarawak dan kita sedang berbincang supaya kuasa yang ada pada
kerajaan pusat diserah balik kepada negeri Sarawak’, katanya ketika berucap
dalam Majlis Permimpin Bersama Rakyat pada 4 Jun, 2015 lalu (BP Online, 5 Jun
2015). Tok Nan memberitahu hak autonomi itu perlu diberi semula kepada kerajaan
negeri bagi memastikan bidang kuasa tertentu dapat diputuskan tanpa melibatkan
kerajaan persekutuan.
Oooohaaa!!
… banyak agi perkara yang bagus..yang hebat udah dipolah oleh Tok Nan sejak
menjadi Ketua Menteri Sarawak. Keberanian menyuarakan pandangan dan permohonan
secara terbuka kepada kerajaan pusat dilihat sebagai positif oleh rakyat
Sarawak. Apa lagi yang
kita mahu ? Kita mahu Tok Nan terus memimpin negeri Sarawak sebagai Ketua
Menteri, mudah-mudahan negeri Sarawak terus maju di bawah kepimpinan nya. Bukan
nak membodek atau nak mengampu ..ya lah hakikat yang harus kita akui... jarang kita
nanggar (melihat) pemimpin berani bersuara bertentangan dengan kepimpinan pusat.
.... kerna ada yang takut sik (tak) dapat terus berkuasa atau sik dicalon agik
kelak ... kita berharap
pengundi-pengundi di Sarawak melihat keupayaan Tok Nan tuk bukan sekadar gimik
.. atau cobaan ... tapi yang benar-benar berlaku ... yang benar-benar dipolah
untuk kepentingan rakyat Sarawak...
Ya aja.. jako aku ari tuk ... esok lusa .. lain gik
cerita kerana tuk jak yang dapat nak tulis tentang kepimpinan CM Sarawak .. Datuk
Patinggi Tan Sri Adenan Satem .. mudah-mudahan belio terus sihat untuk memimpin
negeri kita..