Tuesday, March 17, 2015

PRN SARAWAK .. SIAPA KEKAL ?

YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mohon diberi satu penggal lagi untuk memimpin negeri Sarawak dalam usahanya untuk memajukan lagi negeri tersebut. Hasrat YAB DP Tan Sri Adenan disokong penuh oleh kepimpinan PBB dan juga ahli cabinet negeri Sarawak. Malah sebahagian besar rakyat Sarawak menyokong hasrat Ketua Menteri berdasarkan amalan pendekatan yang lebih terbuka oleh DP Tan Sri Adenan Satem sejak beliau menggantikan Pehin Sri Taib Mahmud. Setiap pemimpin ada cara atau stail tersendiri apabila menjadi pemimpin utama yang mengetuai kepimpinan negeri .. ada yang sama dan ada yang berbeza .. sepertimana kepimpinan di peringkat persekutuan .. dimana setiap Perdana Menteri mempunyai stail dan pendekatan masing-masing. Ada yang suka da nada yang tak suka .. kerana amatlah sukar untuk setiap pemimpin memberi kepuasanhati kepada semua orang . Yang paling penting ialah pemimpin yang mengambil alih kepimpinan itu tahu dan merasai denyut nadi serta kehendak rakyat. YB Sharifah Hasidah mengatakan ‘Tan Sri Adenan perlu diberi peluang untuk terus memimpin negeri Sarawak kerana segala keputusan yang beliau ambil setakat ini adalah berdasarkan ‘peoples centric decision’ yang bermaksud keputusan berdasarkan kehendak rakyat Sarawak’ (RTM, 17 Mac 2015). 

Justeru dalam PRN ke 11 nanti, DP Tan Sri Adenan Satem akan bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN Tanjung Datu. Amat menarik untuk kita lihat siapa akan dikekalkan pada pilihan raya DUN Sarawak ke 11 nanti selain DP Tan Sri Adenan Satem yang sudah berusia 71 tahun memimpin negeri Sarawak ke satu tahap yang lebih tinggi. Berdasarkan 71 Dewan Undangan Negeri yang sedia ada parti PBB mendominasi senarai calon kerana PBB adalah tunjang kepada BN negeri Sarawak. Dalam PR DUN ke 10 lalu, PBB menang 100 peratus kawasan yang mereka tandingi walaupun menampilkan beberapa muka baru di beberapa kawasan iaitu N5 Demak Laut, N24 Beting Maro, N30 Saribas, N35 Belawai,  N36 Semop, N49 Nangka, N62 Lambir dan N67 Telang Usan. Setakat ini aku lihat semua ahli YB dari parti PBB masih perlu dikekalkan. SUPP pula telah bertanding di 19 kawasan tetapi hanya memenangi enam (6) kawasan, iaitu N1 Opar,N27 Simanggang N47 Bawang Assan,N28 Engkilil dan N65 Senadin. Walau bagaimana pun SUPP kini hanya mempunyai YB Datuk Francis Harden (N 27 Simanggang) dan YB Datuk Lee Kim Shin (N65 Senadin) sebagai wakil mereka kerana yang lain sudah keluar dari SUPP dan menubuhkan parti baru iaitu UPP yang dipimpin oleh Datuk Seri Wong Soon Koh. Perkara sama juga berlaku dengan SPDP yang telah memenangi enam(6) daripada lapan(8) kawasan yang mereka tandingi dalam PR Negeri Sarawak ke-10. Kesemua ADUN SPDP telah keluar parti dan lima(5) daripada mereka telah menubuhkan parti baru iaitu TERAS dan dipimpin oleh bekas Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan Ikom yang juga merupakan Ahli Parlimen Saratok. Setakat ini SPDP tidak mempunyai sebarang wakil dalam kerajaan negeri Sarawak. ADUN 2 Meluan, Wong Judat pula telah menyertai parti SWP (Sarawak Workers Party) yang dipimpin oleh Larry Sng. PRS di bawah kepimpinan Datuk Seri James Jemut Masing menang di lapan(8) daripada Sembilan(9) kawasan DUN yang ditandingi. PRS kalah di N54 Pelagus yang sebelum ini disandang oleh Larry Sng yang telah dipecat daripada BN. N54 Pelagus dimenangi oleh calon Bebas George Lagong yang kini juga menyertai SWP.

Daripada keempat-empat parti komponen BN negeri Sarawak, SUPP dan SPDP dilihat paling menghadapi masalah untuk mengemukakan calon mereka kerana SUPP mengalami kekalahan yang paling teruk dalam sejarah mereka sejak pilihanraya tahun 1974. Hampir kesemua calon mereka di kawasan bandar tewas kepada samada calon DAP atau PKR yang lebih muda dan aggresif. Walaupun SUPP cuba untuk menampilkan calon-calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang seperti Prof. Dr.Sim Kui Hian, pengundi Cina langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat mereka. Berdasarkan undian, calon SUPP di bandar-bandar tewas dengan majoriti yang agak besar kecuali di kawasan N13 Batu Kawa dimana wakil DAP Christina Chew Wang See hanya menang dengan kelebihan 543 undi. Pun begitu calon-calon bumiputera SUPP pula diterima oleh pengundi bumiputera tetapi kini yang tinggal hanya ADUN N27 Simanggang yang terus setia kepada SUPP. ADUN lain semua sudah bersama DS Wong Soon Koh, termasuk ADUN N28 Engkilili yang pernah bertanding atas tiket calon BEBAS tetapi diterima sebagai wakil SUPP. Persoalanya kini ada lagi kah calon-calon dari SUPP yang berwibawa, berkualiti yang boleh diketengahkan sedangkan selama ini SUPP amat jarang menampilkan calon-calon muda yang mempunyai akademik seperti calon-calon DAP dan PKR. Mampukah calon-calon muda SUPP menarik minat pengundi muda di kawasan majoriti pengundi Cina dan menyaingi calon dari pakatan rakyat apatah lagi jika UPP juga bertanding di kawasan yang sama. Selain itu siapa kah calon bumiputera SUPP di kawasan yang pernah dimilikinya untuk bertanding di N1 Opar, N16 Bengoh dan N28 Engkilili. Ketiga-tiga wakil UPP ini dikatakan masih popular di kawasan mereka dan mampukan calon baru SUPP mempengaruhi pengundi di ketiga-tiga kawasan ini. Apakah pilihan raya Sarawak ke 11 nanti menjadi penentu survival sebuah parti politik yang pernah berjasa mengangkat maruah , membangunkan dan memperjuangkan nasib masyarakat Cina satu ketika dahulu di Sarawak.

SPDP pula dilihat akan bergelut untuk memilih  calon-calon baru bagi bertanding di semua kawasan yang pernah mereka miliki. Walau pun terpaksa menerima hakikat bahawa bekas-bekas ahli mereka sememangnya lebih popular dan masih diterima pengundi kawasan, SPDP perlu mengekalkan tempo yang positif, iaitu pengundi-pengundi mungkin menukarkan pendirian kerana disifatkan wakil rakyat yang mereka undi ‘mengkhianati’ kepercayaan mereka dengan melompat keluar parti. Tidak semua ahli-ahli SPDP di akar umbi menyertai YB mereka dan ini akan menjadi penentu kepada siapa calon yang lebih layak untuk diundi samada TERAS atau SPDP. Beberapa calon TERAS memang diakui pasti menang jika bertanding sekali lagi namun jika SPDP mempunyai calon yang lebih baik, tidak mustahil calon-calon sedia ada TERAS bakal mengakhiri karier politik mereka sebagai ahli Yang Berhormat dalam pilihan raya DUN ke 11 nanti. SPDP yang kini dipimpin oleh DS Tiong King Sing dilihat masih mampu mengugat TERAS jika calon-calon yang di kemukakan lebih baik dan lebih berkemampuan. Sesungguhnya pengaruh beberapa calon TERAS tidak lah begitu kuat jika dilihat dari keputusan pr DUN ke 10 lalu, kecuali di kawasan N66 Marudi. Pastinya pr DUN ke 11 nanti akan menyaksikan lebih ramai calon yang berwibawa bertanding di beberapa kawasan pedalaman yang pastinya akan menyukarkan calon-calon SPDP dan juga TERAS. Apakah DS William Mawan Ikom akan bertanding semula di kawasan N41 Pakan atau memberi ruang kepada calon baru dalam pr DUN ke 11 nanti? Siapa calon SPDP untuk menentang DS William Mawan di Pakan andainya ada pertandingan terbuka dibenarkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak nanti?


Apapun siapa kekal siapa tidak dicalonkan semuanya terpulang kepada keputusan kepimpinan BN negeri Sarawak. Yang utama ialah Sarawak terus kekal stabil, aman dan tidak berlaku provokasi kaum dan agama sepertimana yang berlaku di Semenanjung . Mengekal perpaduan harus diberi keutamaan oleh semua parti politik negeri Sarawak … jangan gadaikan keamanan dan kestabilan negeri kerana kerakusan untuk berkuasa .. jangan lelong perpaduan kaum kerana ketamakan untuk menjadi pemimpin dan kepentingan peribadi … 

Monday, March 9, 2015

CUKUPLAH 60 TAHUN TU CUEPACS..

Orang dolu-dolu pernah berkata .. orang tamak selalu rugi dan perumpaan itu bermaksud ketamakan menyebabkan kerugian .. dan perumpamaan ini seharusnya amat sesuai dikaitkan dengan kenyataan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda yang mahukan kerajaan mempertimbangkan memanjangkan lagi umur persaraan dari 60 kepada 62 tahun. Alasan Presiden CUEPACS ialah "Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran...seperti pensyarah, kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD), jadi takkan dah beribu-ribu habis buat PhD, baru berkhidmat lima tahun sudah nak pencen?"  Rasanya ramai penjawat awam yang tak setuju dengan permohonan CUEPACS ini walaupun Datuk Azih Muda memberi alasan pelaksanaan usia persaraan 62 tahun harus diberi pertimbangan bagi penjawat awam yang melepasi tapisan tertentu seperti mempunyai tahap kesihatan yang baik serta masih berminat untuk menyumbang kepakaran tenaga kerja.

Kenapa tak setuju ? Pada pandangan aku ..ramai yang merasakan usia 60 tahun pencen pun dah memadai … sedangkan ketika ini ramai yang mengambil opsyen untuk bersara pada usia 55 atau 56 tahun… apabila merasakan kesihatan mereka sudah tidak begitu baik .. selain merasakan sudah terlalu lama memberi perkhidmatan dan ingin berehat . Ada juga yang mengatakan ika kerajaan bersetuju maka ..makin ramai la generasi muda mengganggur … kerana ramai penjawat awam dan juga swasta yang masih berkhidmat melepasi usia 60 tahun .. dan ini tidak baik untuk negara … satu kerugian dimana tenaga muda tidak digunakan sepenuhnya oleh negara … memang kerajaan akan kehilangan orang-orang yang berpengalaman dan pakar ..tetapi kerajaan juga kerugian banyak kerana tidak utilise sepenuhnya tenaga kerja mahir yang lebih muda .. tenaga-tenaga pakar seperti professor masih digunakan walaupun usia mereka melewati 60 lebih tahun.. oleh kerajaan..malah ada golongan yang masih berkhidmat dengan kerajaan setelah melepasi usia 70 tahun..sebagai penasihat … golongan pakar seperti doctor dan jurutera atau arkitek..biasanya akan membuka syarikat konsultan dan kepakaran mereka digunakan oleh kerajaan dari masa ke semasa apabila diperlukan … justeru persoalan kehilangan orang-orang yang pakar dan berpengalaman bukan satu masalah kerana pihak kerajaan boleh engage dengan mereka pada bila-bila masa apabila diperlukan..

Sepatutnya CUEPACS tak perlu lah berjuang untuk perkara seperti itu lagi kerana ianya akan lebih merugikan kerajaan .. rugi disebabkan generasi muda semakin membenci kerajaan kerana tidak memberi peluang untuk mereka bekerja … rugi kerana kemahiran mereka dalam bidang-bidang yang mereka berlatih dan dilatih bertahun-tahun di sekolah vokesyenal dan juga sekolah teknik tidak digunakan ..sedangkan kerajaan telah menyediakan tenaga mahir ini untuk membantu meningkatkan pekerja yang mahir tetapi tenaga mereka tidak diperlukan ukan sahaja di sector awam tetapi juga disektor swasta … hanya beberpa kerat yang mampu berdikari dan berjaya … selebihnya akan bergantung kepada peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan.. kerugian paling besar dipihak kerajaan ialah apabila generasi muda ini akan terus menolak kerajaan …

Apa yang perlu CUEPACS perjuangkan untuk penjawat awam ialah pertamanya CUEPACS mohon kerajaan mempertimbangkan penjawat awam diberi 75%-80% daripada gaji pokok apabila bersara nanti daripada 60% yang ada sekarang .. kerana ini akan dapat membantu golongan gred sokongan yang pencen dalam lingkungan RM2 ribu – RM3 ribu gaji pokok boleh mendapat RM1600 – RM2400 sebulan apabila mereka bersara ..bukan kah itu lebih baik. Keduanya CUEPACS juga harus perjuangkan untuk penyelarasan bayaran ELAUN-ELAUN antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kenapa bila pegawai semenanjung dihantar ke Sabah dan Sarawak mereka mendapat elaun perumahan yang lebih tinggi sedangkan pegawai dari Sarawak yang dipindah ke Semenanjung menerima elaun rumah yang lebih rendah ? Sewa rumah di semenanjung lebih mahal berbanding Sarawak ? Sama juga dengan elaun-elaun makan, minum dan lojing .. kenapa di Semenanjung lebih rendah berbanding di Sabah dan Sarawak sedangkan hotel di Semenanjung lebih mahal … makan dan minum lebih mahal … berbanding kedua-dua negeri tersebut ? Perkara-perkara ini yang sepatutnya CUEPACS perjuangkan untuk penjawat awam .. kerana ianya melibatkan kebajikan penjawat awam secara keseluruhan ..

Ketiga CUEPACS juga perlu memohon kerajaan persekutuan untuk menyediakan lebih banyak rumah kuarters untuk penjawat awam di negeri-negeri agar penjawat awam lebih mudah untuk berpindah .. kerana salah satu punca KENAPA penjawat awam susah nak berpindah ke daerah dan negeri ialah KESUKARAN untuk mendapatkan tempat tinggal disebabkan kuarters kerajaan yang tidak mencukupi .. justeru penjawat awam kenalah mencari sana sini rumah sewa ..yang kadangkala tidaklah begitu sesuai … malah jauh dari tempat kerjanya pula… cuba-cubalah CUEPACS buat kajian tentang perkara ini dan kemudianya kemuka kepada pihak kerajaan setelah kajian itu selesai .. agar dapat meringankan bebanan penjawat awam dari segi pencarian rumah sewa dan juga mengurangkan bebanan kerajaan dari segi membayar ITP … sebab ITP akan dipulangkan kepada kerajaan .. kerana 99 peratus penjawat awam inginkan keselesaan apabila berada di daerah ataupun negeri-negeri … khususnya penjawat awam dari kalangan sokongan … mungkin perkara sebegini yang perlu di perjuangkan oleh CUEPACS kerana masalah ini sudah berlarutan bertahun-tahun … atau jika CUEPACS nak lebih nampak hebat … mohon kerajaan sediakan rumah untuk diberi oleh penjawat awam di daerah-daerah ..bukan hanya ditumpukan kepada kawasan seperti Kuala Lumpur atau Putrajaya saja..atau bandar-bandar besar sahaja…agar mereka boleh membeli rumah dengan harga yang lebih rendah … satu kemudahan yang boleh CUEPACS perjuangkan atas alasan kebajikan penjawat awam …. kerana selain BOMBA, POLIS, TENTERA dan KASTAM .. penjawat awam lain hanya bergantung kepada flet-flet kerajaan persekutuan.. itupun tidak mencukupi … kerana ada penjawat awam yang berpangkat lebih rendah terpaksa menyewa .. kerana selalunya PRIORITI diberi kepada penjawat awam yang berpangkat lebih tinggi .. seperti 41 ke atas … justeru aku sarankan CUEPACS teliti perkara ini dengan lebih serius terhadap masalah yang dihadapi oleh penjawat awam persekutuan di peringkat negeri dan daerah-daerah …


Berbalik kepada cadangan Datuk Azih Muda ..aku sejujurnya merasakan ianya tidak perlu kerana umur pencen sehingga 60 tahun itu sudah memadai .. walaupun terharu dengan usaha CUEPACS untuk memanjangkan lagi perkhidmatan kami, aku rasa lebih elok kita beri peluang kepada golongan muda yang masih lagi mencari peluang untuk berkhidmat dengan kerajaan .. dan setahu aku ..ramai juga yang tak mahu berkhidmat sehingga bongkok atau tak terdaya … menjalankan tugas mereka … 60 tahun pun dah cukup lamaaa …

Thursday, March 5, 2015

INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Bila cakap bab integriti ramai yang akan berkata .. ‘aaaaa… dengan membuat mimik muka yang tak suka’ …dan pasti nya masing-masing akan mengeluarkan teori ..serta pendapat berdasarkan apa yang mereka tahu atau rasakan betul … malah lebih hebat lagi bila ada yang akan memetik hadis atau ayat-ayat Al-Quran untuk mempertahankan pandangan mereka … pun begitu ..aku masih sangsi ..berapa ramai dikalangan kita penjawat awam ini memahami dan menghayati perkataan integriti itu dalam kehidupan kita atau semasa kita menjalankan amanah serta tanggungjawab sebagai penjawat awam.. kalau kita google maksud integriti tu ..pasti google akan kata ketulusan, keikhlasan dan kejujuran .. yang sudah termaktub dalam kamus mak bapak kita dulu semasa kita meningkat dewasa .. walau pun mereka tak sebut la perkataan integriti .. tapi mereka sentiasa ingatkan kita untuk bersikap tulus, ikhlas dan jujur … manakala Kamus Dewan 1985 menjelaskan integriti bermaksud amanah, jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai .. manakala mantan KSN Tan Sri Mohd.Sidek menambah .. boleh pegang cakapnya ..

Cerita dan berita penjawat awam ditangkap membeli belah atau makan minum pada waktu kerja sudah lama tersebar ..dan insiden-insiden ini sememangnya mencalarkan nama perkhidmatan awam .. dan sekaligus orang ramai semakin tidak mempercayai penjawat awam ..malah ada yang mencemuh penjawat awam sebagai golongan yang pemalas ..suka curi tulang tetapi mau gaji yang tinggi … sebagai penjawat awam ..aku sememangnya terasa ..tetapi akibat segelintir penjawat awam yang melakukan onar dan salah laku … keseluruhan perkhidmatan awam tercemar … samalah juga segelintir penjawat awam yang terlibat dalam gejala ‘makan suap’(bahasa orang kampong) .. seluruh perkhidmatan awam dilihat sebagai jahat dan rasuah.. walaupun tidak semua penjawat awam begitu … aku tidak salahkan orang awam mempunyai persepsi sedemikian kerana sememangnya ada dikalangan penjawat awam yang menyebabkan perkhidmatan awam dilihat sebegitu … dan terbaru tersebar pula berita ada penjawat awam terpaksa membayar harga mahal untuk kenaikan pangkat kepada pegawai tinggi dalam kementerian … maka salah siapa jika masyarakat memandang serong terhadap penjawat awam?

Integriti secara holistiknya bukan hanya merangkumi rasuah semata-mata .. atau keluar makan minum atau membeli belah di waktu bekerja sahaja .. malah ianya merangkumi keseluruhan aspek dalam perkhidmatan awam .. termasuk penyebaran maklumat sulit jabatan atau kementerian melalui laman media sosial .. tanpa disedari ada segelintir pegawai gemar muatnaik gambar dia bermesyuarat ..atau pun agenda mesyuarat atau pun minit mesyuarat .. mungkin dia nak bagitau dia sedang sibuk atau nak bagitau kawan-kawan dia berpangkat tinggi atau nak bagitau orang ramai betapa sibuknya penjawat awam .. entah apa motif nya .. pun dia sudah secara tidak langsung membocorkan maklumat tertentu … maka sebab itulah MAMPU pernah mengeluarkan Surat Arahan Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam pada 19 November 2009 dan seterusnya Jabatan Perdana Menteri melalui rujukan JPM.SPID.100-16/1/11 Jld.9(12) bertarikh 23 Februari 2015 yang bertajuk TINDAKAN KE ATAS PENJAWAT AWAM YANG MEMBOCORKAN DOKUMEN MAKLUMAT TERPERINGKAT KERAJAAN. Integriti juga melibatkan sikap penjawat awam ..iaitu sikap yang tidak mahu melayani pelanggan ..sikap acuh tak acuh terhadap pelanggan.. sikap tak mahu menjawab panggilan telefon pelanggan ..yang seolah-olah menjadi isu yang semakin merebak … sejujurnya pada pandangan aku.. penjawat awam yang tidak mahu menjawab panggilan telefon daripada pelanggan , tanpa alasan yang munasabah perlu diambil tindakan tatatertib juga kerana sebaik mana pun sistem telefon disediakan oleh pihak kerajaan .. perkara isu seperti panggilan tidak berjawab tidak akan selesai jika tidak ada tindakan tegas diambil terhadap penjawat awam yang begitu LIAT untuk menjawab telefon daripada pelanggan.. malah ada yang ‘diberitakan’ dengan sengaja ‘mencabut’ wayar sambungan telefon..supaya deringan telefon tersebut tidak kedengaran … maka sewajarnya pihak kementerian atau pihak yang berwajib melihat perkara ini dengan serius dan mengambil tindakan TEGAS .. melalui tindakan tatatertib atau salahlaku agar isu seperti ini tidak menjejaskan nama baik perkhidmatan awam dan penjawat awam lain yang benar-benar ingin mencari rezeki …

Integriti juga melibatkan cara kita menguruskan masa kita bertugas .. dan sepertimana kita sudah sedia maklum bahawa kita diKEHENDAKI bertugas lapan (8) jam sehari … dan ada yang mungkin lebih … di atas arahan dan keperluan perkhidmatan .. maka dalam tempoh lapan (8) jam tersebut kita kadangkala ‘mencuri’ masa untuk mengambil anak dari sekolah .. ke pejabat pos untuk urusan bayaran bil … kirim barang melalui poslaju ..  jumpa kawan dan sebagainya namun kerajaan tak pernah meminta kita untuk membayar balik masa-masa yang pernah kita curi itu … dan kita diberi kemudahan memohon daripada ketua jabatan .. dengan mengisi boring tertentu jika kita sebenarnya ada urusan tidak melebihi empat (4) jam di luar , semasa waktu pejabat . Tak ramai dikalangan kita mengambil manafaat kemudahan tersebut … kerana menganggap ianya terlalu leceh dan merumitkan … kena isi borang ..lepas nak minta tandatangan bos … tapi cuba kita fikir dengan logiknya … tujuan semua itu adalah untuk menjaga kebajikan kita ..menjaga keselamatan kita … seandainya apa-apa perkara yang tidak baik berlaku kepada kita semasa dalam perjalanan membuat urusan tersebut .. pihak kementerian atau jabatan dapat melindungi kita .. sebab kita ada kebenaran daripada ketua kita yang didokumentasikan ..direkodkan .. tetapi jika kita keluar tanpa keizinan atau kebenaran ketua jabatan .. maka segala kemudahan kita sebagai penjawat awam ..hilang atau terhapus begitu sahaja sekiranya apa-apa perkara yang tidak baik berlaku pada kita..seperti kemalangan contohnya .. justeru …jangan lah ambil mudah peraturan yang amat mudah … kerana ianya boleh membuat kita susah …

Integriti juga melibatkan kepatuhan kita kepada ketua jabatan .. contohnya dari segi arahan untuk menghadiri mesyuarat bagi mewakili dirinya ..dalam keadaan yang dia juga mempunyai urusan lain (bukan dalam keadaan ketua tidak mempunyai apa-apa urusan) … kerana kadangkala kita merasakan itu tugas dia ..maka kita tak mahu membantunya dalam keadaan dia memerlukan … tetapi dalam keadaan tertentu kita mengharapkan ketua jabatan kita memberi kita markah yang baik dan tinggi dalam penilaian prestasi dan mengharapkan ketua jabatan merekomenkan kita untuk kenaikan pangkat ..tetapi dalam banyak hal kita langsung tidak menyokong beliau dalam menguruskan pejabat .. kita tidak mahu bersama dalam bertanggungjawab ke atas urusan jabatan dengan alasan dia berpangkat lebih tinggi .. dan dia bergaji lebih besar … inilah alasan-alasan yang sering didengar dalam jabatan atau kementerian yang seolah-olah menjadi duri yang menyakitkan …

Integriti juga melibatkan percakapan kita dalam pergaulan sesame rakan .. bergurau dalam nada yang agak lucah dikalangan rakan-rakan yang amat mengenali kita mungkin mampu diterima..tetapi jangan sesekali bergurau sedemikian dengan pegawai atasan atau pegawai bawahan yang kadangkala sukar menerima guruan sebegitu .. malah secara tidak langsung kita boleh mengundang tindakan gangguan seksual oleh orang-orang tertentu ..maka berhati-hatilah dalam melontarkan percakapan.. kerajaan tidak pernah melarang penjawat awam untuk mencari pendapatan tambahan tetapi kerajaan melarang mana-mana penjawat awam yang melakukan pekerjaan lain dalam waktu bekerja .. jika diluar waktu bekerja .. tidak ada masalah asalkan ianya tidak menjejaskan prestasi kerja dan tidak ada kepentingan yang berkaitan dengan tugas yang diamanahkan .. atau melakukan perkerjaan yang melanggar undang-udang negara .. carilah rezeki … tetapi jangan pulak guna kemudahan kerajaan seperti kenderaan pejabat, komputer dan kertas pejabat .. lebih buruk lagi di waktu pejabat ..

Sesungguhnya integriti dalam perkhidmatan awam banyak yang ‘dilanggar’ jika kita perhalusi dari pelbagai sudut ..namun selagi ianya tidak menjejaskan perkhidmatan awam kerajaan tidak pernah menuntut daripada mana-mana penjawat awam untuk membayar balik apa yang mereka telah ambil dari lapan (8) jam yang diperuntukkan untuk mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat .. maka sebab itulah penjawat awam sentiasa dipinta untuk patuh dan taat setia kepada kerajaan dan tidak sewenang-wenangnya membocorkan maklumat kepada orang luar .. kerajaan juga memohon penjawat awam sentiasa berdisiplin mematuhi waktu kerja .. agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat …  


P.S .. saja nak tulis .. not that I’ve never break the rules .. tetapi rasa sedih bila melihat ada kenderaan jabatan (guna jata negara) yang parking melintang dalam tempat telak kereta .. dan melihat pegawai serta pemandunya (pakai pakaian korporat) sedang dengan lahapnya makan nasi pada jam 11.00 pagi di Seri Kembangan … mungkin kerana terlalu lapar pemandu tersebut tidak meletak kenderaan jabatan dengan betul sehingga mengambil tempat dua buah tempat letak kereta (menyusahkan orang lain nak letak kereta)… maka kita tak boleh salahkan orang ramai jika ada yang sebenarnya meluat terhadap sikap penjawat awam … 

Wednesday, March 4, 2015

POLITIK SARAWAK YANG MATANG..

Orang Sarawak labelkan Azmin Ali, MB Selangor sebagai ‘jenis muka yang sik malu’ selepas beliau di terima dengan baik dan mesra oleh kerajaan negeri Sarawak di bawah kepimpinan DP Tan Sri Adenan Satem dan beberapa menteri kabinet negeri Sarawak. Azmin Ali di layan dengan baik dan penuh hormat sebagai tetamu orang kenamaan meskipun berbeza ideologi politik .. walau pun sebelum itu Azmin Ali hentam dan kritik DP Tan Sri Adenan sebagai pemimpin yang memimpin parti politik yang sedang nazak (merujuk kepada parti PBB) .. selepas itu Azmin Ali dengan selamba memohon larangan memasuki negeri Sarawak ke atas beberapa pemimpin PKR dari Semenanjung di longgarkan .. dengan alasan mereka adalah ahli politik dan perlu diberi kebebasan bergerak ke mana sahaja atas prinsip demokrasi .. pada aku bagus la kalau Azmin boleh mengadakan perbincangan secara ‘berhemah’ dan beradab sepertimana seorang pemimpin yang memimpin sebuah negeri .. dan bukanya seperti rakan-rakan ahli parti beliau yang sebelum ini bercadang untuk menyaman kerajaan negeri Sarawak … sekurang-kurangnya Azmin Ali paham, tahu dan mengiktiraf bahawa sebelum Sarawak menyertai Malaya, Singapura dan North Borneo menubuh Malaysia ..ada perjanjian yang memberi kuasa kepada Sarawak mengawal keluar masuk orang luar ke negeri Sarawak di bawah Perjanjian 20 Perkara .. 

Keterbukaan kepimpinan Sarawak menerima kunjungan ahli politik yang berbeza ideologi mereka yang sebelum ini tidak henti-henti mengutuk .. megkritik malah melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah .. membuktikan bahawa politik di Sarawak lebih matang daripada politik yang diamalkan di semenanjung .. yang lebih bersifat rasis dan perkauman. Jika di kira … YB Baru Bian contohnya tidak henti-henti menuduh kerajaan negeri Sarawak menindaskan kaum peribumi dalam perjuangan nya mempertahankan Tanah Adat Bumiputera ..tetapi DP TS Adenan masih boleh menyambut beliau dengan hormat dan mesra … begitu juga dengan beberapa pemimpin DAP dan PKR yang lain.. seseungguhnya kepimpinan DP TS Adenan membuktikan tidak perlu pemimpin politik berpolitik 24/7 kerana pemimpin politik juga perlu memberi perhatian atau fokus kepada bagaimana membantu rakyat yang telah mengundi mereka .. bagaimana untuk memenuhi harapan rakyat tanpa mengira kaum dan agama .... kalau asyik berpolitik .. dan setiap perkara dijadikan isu politik ..bila masa nak uruskan kerajaan.. bila masa nak selesaikan masalah rakyat ... tak gitu Azmin Ali ??

Apa pun keazaman Azmin Ali memohon kelonggaran ke atas sekatan beberapa pemimpin nya juga harus dipuji kerana sanggup menjaga kebajikan rakan-rakan ahli parti yang sentiasa ‘kempunan’ untuk menjejak kaki ke Sarawak .. namun Azmin Ali harus ingat apa yang diperkatakan oleh DP TS Adenan Satem, iaitu Kerajaan Negeri Sarawak akan melarang SESIAPA SAHAJA yang datang untuk menghasut, memfitnah dan membawa budaya rasis dari memasuki negeri Sarawak untuk mengekalkan keharmonian negeri Sarawak. Maksudnya sesiapa sahaja ialah .. tanpa mengira parti atau individu .. samada dari kalangan pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang atau mana-mana individu yang sering mengeluarkan kenyataan perkauman dan ketaksuban keagamaan yang melampau. Azmin Ali perlu tahu bahawa negeri Sarawak di diami oleh puluhan etnik yang berbeza budaya dan juga pelbagai kepercayaan.. kestabilan dan keharmonian rakyat Sarawak selama ini adalah atas dasar setiap kaum saling hormat menghormati budaya dan agama mereka .. justeru SESIAPA pun yang sering bersikap perkauman tau rasis … terus akan disekat memasuki negeri Sarawak..itulah janji DP TS Adenan ..selaku Ketua Menteri Sarawak yang diamanahkan untuk menjaga negeri Sarawak .. a Chief Minister for all .. maka Azmin Ali perlu beri nasihat kepada rakan-rakanya dalam PKR dan juga pakatan rakyat .. to mind their language and their behaviour semasa berada di Sarawak … jangan terlalu ‘cocky’ dan merendahkan martabat anak-anak negeri .. rakan-rakan Azmin yang dilarang masuk tu kenalah belajar serba sedikit sejarah yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri melarang mereka masuk ... selain belajar untuk lebih bertertib dan tidak suka-suka membawa budaya rasis perkauman dan agama ... jangan nak berlagak 'hero' dan pandai bila datang ke negeri orang ... tak gitu YB Azmin ?

Keterbukaan DP TS Adenan itu jangan la pula di ambil peluang oleh ahli-ahli politik dari semenanjung .. untuk berkempen memburukkan kerajaan negeri Sarawak.. nak berkempen.. berkempenlah mengenai apa yang kamu boleh buat ..apa yang kamu boleh berikan kepada negeri Sarawak … cara berkempen jangan pulak ditambah dengan pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap individu … sepertimana yang dilakukan sebelum ini … jangan datang bawa budaya samseng ke Sarawak kerana ‘kesamsengan’ itu membuktikan ketidakmatangan ahli politik .. jangan bawa budaya berdemonstrasi … kerana itu budaya luar yang tidak memberi apa-apa faedah selain menyusahkan dan juga menimbulkan kekacauan serta kekecohan .. yang boleh berakhir dengan pergaduhan… belajarlah menjadi ‘a gentleman politician’ yang lebih menumpukan kepada keupayaan dan pengetahuan untuk mempengaruhi pengundi … bersikap lebih matang ..