..Kali ini mungkin orang Melayu atau bumiputera marah dengan aku...sebab sebenarnya aku nak tanya 'APA LAGI BUMIPUTERA ATAU MELAYU MAHU?' ceeeh..macam nak lawan tulisan orang Utusan yang pernah tanya 'APA LAGI CINA MAU?'
Kat sini aku bukan tulis kerana politik atau pun yang berkaitan dengan perkauman..cuma aku nak mengajak orang Melayu, orang bumiputera..macam aku ini untuk kita sama-sama berpikir, mentelaah, merenung serta menilai kembali apa sebenarnya yang kita mahu..dan apa yang sebenarnya kita masih lagi tidak berpuashati...
Apa yang aku tulis hanyalah sesuatu yang harus orang Melayu ..orang bumiputera perlu tanya kepada diri sendiri dan tidak asyik menyalahkan orang lain atau kaum lain di atas segala kegagalan, segala kekurangan dan segala kelemahan serta kekurangan yang berlaku kepada orang Melayu maupun orang bumiputera... aku sendiri anak bumiputera...dan pastinya aku sendiri merasakan kita sering meminta-minta...sering menagih simpati...sering mengharapkan kerajaan untuk menyuapkan kita...sampaikan kita memberi tekanan kepada kerajaan serta pemimpin agar memberikan sesuatu di atas pilihan kita mengekalkan mereka memegang tampuk kerajaan (seolah-olah mengugut)..senario inilah yang berlaku hari ini...dan akan berlaku lagi dari generasi ke generasi jika orang Melayu ..orang Bumiputera ..tidak meng-upgrade (bahasa aku pinjam) sikap, perlakuan serta pemikiran mereka..
Aku sering dengar (dalam perbincangan atau seminar) ..aku sering baca...setiap kali orang Melayu orang Bumiputera menyalahkan kaum lain kerana gagal atau tidak mampu menguasai ekonomi..apabila tidak mampu mendapat tender kontrak..dan tidak mampu bersaing secara akademik.. Perbincangan ini sudah melaampaui 50 tahun Malaysia ini wujud..tetapi masih belum mampu diatasi..walaupun polisi demi polisi..dasar demi dasar di gariskan..untuk kepentingan Melayu dan Bumiputera...terbaru YAB Perdana Menteri menggariskan dasar baru..mempekasakan ekonomi bumiputera...kenapa? ..sedangkan dalam Wawasan 2020 mengatakan pengagihan kekayaan negara secara adl dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum fikirkanlah...dalam hal ini aku tidak menyebelahi sesiapa..samada pihak kerajaan, NGO maupun pihak pakatan rakyat...kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri...
Aku bukan orang politik..bukan ahli NGO..sekadar seorang bumiputera yang ingin melihat kemajuan danmewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental ..namun kita mula gelabah, fobia dan risau tentang persaingan malah dikalangan masyarakat Malaysia kita sendiri. Bagaimana orang Melayu dan Bumiputera nak mencapai Wawasan 2020 sedangkan Melayu dan Bumiputera sendiri masih belum yakin untuk bersaing secara terbuka dengan bangsa lain?
pembangunan berlaku kepada orang bumiputera itu seiring dengan kaum lain yang hidup dimuka bumi Malaysia ini...tapi merasakan kita orang bumiputera terlalu dimanjakan kebelakangan ini...kerana kalau melihat kepada cabaran kesembilan pula ia mengatakan
Pihak kerajaan sebenar telah memberikan pelbagai galakan dan insentif....hanya untuk memastikan mengangkat martabat serta taraf entrepreneurs Melayu dan Bumiputera..platform banyak disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan...tetapi berapa ramai dikalangan Melayu dan Bumiputera akan terus kedepan? Kalau ada lesen..di Alibabakan..ada kontrak di subcon...ada bisnes kawan yang baru nak naik..dicantas...ada peluang ...dibolot oleh satu kumpulan sahaja...tidak diagihkan sama rata...bila nak buka bisnes..pinjam juta-juta..tapi beli kereta mewah dulu, buat pejabat cantik-cantik dulu..tinggal la peruntukkan yang ciput sahaja untuk dijadikan modal...bila tak berjaya..salahkan kerajaan..salahkan persaingan..salahkan tiada peluang....
Rujuk:Malaysian Economic Policies (1970-2013)
http://english.astroawani.com/news/show/malaysian-economic-policies-1970-2013-22454?cp inilah usaha kerajaan sejak dari dahulu lagi untuk mempastikan Melayu dan Bumiputera di negara kita terus berkembang dan membangun....tetapi sampai bilakah kita akan terus menagih simpati kerajaan ?
Rujuk :Bumiputera Economic Statistics
http://english.astroawani.com/news/show/bumiputera-economic-statistics-22456?cp adakah kita akan terus menerus menyalahkan kaum lain di atas kegagalan serta kelemahan kaum kita sendiri atau pun kita bangkit dan mentransformasikan pandangan kita, sikap kita, mentaliti kita..supaya Melayu dan Bumiputera tidak dilihat berdaya maju, dinamik, mampu bersaing bukan hanya dipentas tempatan malah diperingkat global.....jangan kita penuh dengan retorik..slogan Malaysia Boleh..Melayu Boleh..tetapi perlu disokong dengan tindakan ....
..bukan aku ingin menyanggah pendapat bijak pandai..tetapi sekadar satu pandangan yang ingin mengajak orang Bumiputera dan Melayu sama-sama berpikir dan merenung..inikah yang kita mahu akan terus berlaku kepada generasi akan datang atau........
.....lets work towards 1Malaysia..and share its prosperity..unity and harmony..and keep our Malaysia peaceful ...for the betterment of our next generation...
Selamat Hari Malaysia ke 50 tahun..
No comments:
Post a Comment