Wednesday, September 25, 2013

Kawan Makan Kawan ?

Kawan Makan Kawan? Lama aku tak dengar istilah itu digunakan...kalau dalam bahasa Inggeris..backstabber ! .. adakah istilah Kawan Makan Kawan ini macam ikan makan ikan ? Ye la..macam ikan paus makan ikan lebih kecil..atau macam ikan haruan makan anak ikan.... tentunya tidak kerana istilah ini selalunya dikaitkan dengan perbuatan khianat seorang kawan terhadap kawan lain..terutamanya kawan rapat...yang boleh dikatakan tido sebantal, makan sepinggan.... Kenapa berlaku khianat terhadap kawan sendiri ? Banyak perkara boleh memuat seseorang kawan yang rapat..macam adik beradik boleh khianat kawan sendiri...

Salah satu faktor utama ialah perasaan cemburu..irihati. Kalau berkaitan cinta dan perasaan..biasanya berebut kekasih..buah hati kawan. Kalau dikalangan wanita..biasa berebut teman lelaki kawan yang handsome..kacak bergaya dan kaya...malah sanggup memfitnah kawan sendiri semata-mata nak dapatkan cinta teman lelaki kawan sendiri..begitu juga dikalangan kaum lelaki yang berebut wanita yang cantik..bergaya...dan hemmm...berduit.. Lelaki lagi dahsyat perangainya bila berebut wanita...sanggup menipu kawan sendiri...malah lebih teruk....ada yang sanggup m#******# teman wanita kawan sendiri.....

Andainya berkaitan dengan kerja...seorang kawan rapat boleh khianat kawan sendiri kerana berebut jawatan yang lebih baik...sanggup sebar fitnah agar kawan tidak mendapat jawatan yang lebih baik...atau burukkan nama kawan dihadapan pihak pengurusan tertinggi...sindrom kawan makan kawan ini banyak berlaku di pejabat kerajaan...terutamanya yang kuat mengipas..kuat membodek bos..untuk memperoleh jawatan yang lebih baik dalam organisasi..walaupun lebih banyak goyang kaki daripada melakukan kerja..atau pun tak reti nak buat kerja sendiri..asyik-asyik arahkan orang lain...atau dengan kata lain..pegawai sila..

Kadangkala kawan seperti ini boleh buat muka selamba...walhal setiap hari mengutuk dan memburukkan kawan dihadapan ketua jabatan atau pihak pengurusan...kerana takut kawan dinaikkan pangkat atau diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan disebabkan ketekunan, kepandaian melaksanakan kerja...bak kata orang takut pekungnya terdedah..maka lebih baik dia buka aib orang sebelum kelemahan sendiri terdedah...takut dengan bayangan sendiri. Sindrom atau penyakit ini tidak mengira jantina...lelaki dan wanita..sama sahaja.. sebab itu....Awas!!..

Orang yang amalkan sindrom Kawan Makan Kawan ini...biasanya...mempunyai banyak kelemahan...pandai bercakap kurang bekerja...suka merendahkan keupayaan orang lain..merasakan dirinya seorang sahaja yang terbaik..pandai.....tapi bila diberi tugasan ..hampeeeeh!!..sering sangsi terhadap tindak tanduk orang lain....berperasangka negatif terhadap orang lain.... sentiasa ambil kesempatan ke atas orang lain... mudah percaya khabar-khabar angin.....membuat keputusan tanpa usul periksa... dan paling teruk...mempunyai penyakit hati yang sukar diubati...iaitu Dengki!


Friday, September 20, 2013

Oh Melayu ..Oh Bumiputera..Apa lagi ?

..Kali ini mungkin orang Melayu atau bumiputera marah dengan aku...sebab sebenarnya aku nak tanya 'APA LAGI BUMIPUTERA ATAU MELAYU MAHU?' ceeeh..macam nak lawan tulisan orang Utusan yang pernah tanya 'APA LAGI CINA MAU?' 

Kat sini aku bukan tulis kerana politik atau pun yang berkaitan dengan perkauman..cuma aku nak mengajak orang Melayu, orang bumiputera..macam aku ini untuk kita sama-sama berpikir, mentelaah, merenung serta menilai kembali apa sebenarnya yang kita mahu..dan apa yang sebenarnya kita masih lagi tidak berpuashati...

Apa yang aku tulis hanyalah sesuatu yang harus orang Melayu ..orang bumiputera perlu tanya kepada diri sendiri dan tidak asyik menyalahkan orang lain atau kaum lain di atas segala kegagalan, segala kekurangan dan segala kelemahan serta kekurangan yang berlaku kepada orang Melayu maupun orang bumiputera... aku sendiri anak bumiputera...dan pastinya aku sendiri merasakan kita sering meminta-minta...sering menagih simpati...sering mengharapkan kerajaan untuk menyuapkan kita...sampaikan kita memberi tekanan kepada kerajaan serta pemimpin agar memberikan sesuatu di atas pilihan kita mengekalkan mereka memegang tampuk kerajaan (seolah-olah mengugut)..senario inilah yang berlaku hari ini...dan akan berlaku lagi dari generasi ke generasi jika orang Melayu ..orang Bumiputera ..tidak meng-upgrade (bahasa aku pinjam) sikap, perlakuan serta pemikiran mereka..

Aku sering dengar (dalam perbincangan atau seminar) ..aku sering baca...setiap kali orang Melayu orang Bumiputera menyalahkan kaum lain kerana gagal atau tidak mampu menguasai ekonomi..apabila tidak mampu mendapat tender kontrak..dan tidak mampu bersaing secara akademik.. Perbincangan ini sudah melaampaui 50 tahun Malaysia ini wujud..tetapi masih belum mampu diatasi..walaupun polisi demi polisi..dasar demi dasar di gariskan..untuk kepentingan Melayu dan Bumiputera...terbaru YAB Perdana Menteri menggariskan dasar baru..mempekasakan ekonomi bumiputera...kenapa? ..sedangkan dalam Wawasan 2020 mengatakan pengagihan kekayaan negara secara adl dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum fikirkanlah...dalam hal ini aku tidak menyebelahi sesiapa..samada pihak kerajaan, NGO maupun pihak pakatan rakyat...kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri...

Aku bukan orang politik..bukan ahli NGO..sekadar seorang bumiputera yang ingin melihat kemajuan danmewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental ..namun kita mula gelabah, fobia dan risau tentang persaingan malah dikalangan masyarakat Malaysia kita sendiri. Bagaimana orang Melayu dan Bumiputera nak mencapai Wawasan 2020 sedangkan Melayu dan Bumiputera sendiri masih belum yakin untuk bersaing secara terbuka dengan bangsa lain? 
pembangunan berlaku kepada orang bumiputera itu seiring dengan kaum lain yang hidup dimuka bumi Malaysia ini...tapi merasakan kita orang bumiputera terlalu dimanjakan kebelakangan ini...kerana kalau melihat kepada cabaran kesembilan pula ia mengatakan

Pihak kerajaan sebenar telah memberikan pelbagai galakan dan insentif....hanya untuk memastikan mengangkat martabat serta taraf entrepreneurs Melayu dan Bumiputera..platform banyak disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan...tetapi berapa ramai dikalangan Melayu dan Bumiputera akan terus kedepan? Kalau ada lesen..di Alibabakan..ada kontrak di subcon...ada bisnes kawan yang baru nak naik..dicantas...ada peluang ...dibolot oleh satu kumpulan sahaja...tidak diagihkan sama rata...bila nak buka bisnes..pinjam juta-juta..tapi beli kereta mewah dulu, buat pejabat cantik-cantik dulu..tinggal la peruntukkan yang ciput sahaja untuk dijadikan modal...bila tak berjaya..salahkan kerajaan..salahkan persaingan..salahkan tiada peluang....

Rujuk:Malaysian Economic Policies (1970-2013)
http://english.astroawani.com/news/show/malaysian-economic-policies-1970-2013-22454?cp inilah usaha kerajaan sejak dari dahulu lagi untuk mempastikan Melayu dan Bumiputera di negara kita terus berkembang dan membangun....tetapi sampai bilakah kita akan terus menagih simpati kerajaan ?

Rujuk :Bumiputera Economic Statistics
http://english.astroawani.com/news/show/bumiputera-economic-statistics-22456?cp adakah kita akan terus menerus menyalahkan kaum lain di atas kegagalan serta kelemahan kaum kita sendiri atau pun kita bangkit dan mentransformasikan pandangan kita, sikap kita, mentaliti kita..supaya Melayu dan Bumiputera tidak dilihat berdaya maju, dinamik, mampu bersaing bukan hanya dipentas tempatan malah diperingkat global.....jangan kita penuh dengan retorik..slogan Malaysia Boleh..Melayu Boleh..tetapi perlu disokong dengan tindakan ....

..bukan aku ingin menyanggah pendapat bijak pandai..tetapi sekadar satu pandangan yang ingin mengajak orang Bumiputera dan Melayu sama-sama berpikir dan merenung..inikah yang kita mahu akan terus berlaku kepada generasi akan datang atau........

.....lets work towards 1Malaysia..and share its prosperity..unity and harmony..and keep our Malaysia peaceful ...for the betterment of our next generation...

Selamat Hari Malaysia ke 50 tahun..


Wednesday, September 18, 2013

Oh Malaysiaku...Apa Nak jadi dengan sukan di Malaysia ?


 
Kesian tengok usaha Nicole Ann David..Ratu Squash negara yang berjuang untuk meletakkan sukan squash ke Olimpik ditolak oleh Jawatankuasa Olimpik Dunia. Maknanya peluang untuk Malaysia melihat anak Malaysia menang pingat emas di Olimpik masih lagi samar-samar.. hemmm..kalaulah Juara Dunia dan pemain No.1 Dunia dalam sukan Squash adalah orang Eropah ke..Amerika Syarikat ka..berkemungkinan besar sukan squash akan diterima ke Olimpik..tapi disebabkan Juara Dunia dan Pemain No.1 Dunia sukan squash adalah anak Malaysia.....begitulah adat dunia..yang berkuasa menentukan...yang mana boleh dan yang mana tidak boleh....

Berbalik kepada sukan di Malaysia...selain Badminton dan Squash..sukan-sukan lain nampaknya semakin hilang taring..walaupun baru-baru ini Harimau Muda menang Piala Pestabola Merdeka.....tapi...Badminton dan Squash juga akan hilang 'sengatnya' bila Dato Lee Chong Wei dan Dato Nicole Ann David bersara dari dunia sukan...maka apa perancangan kedua-dua sukan setakat ini? Setakat ini tiga sukan yang paling teruk merudum dari segi statusnya ialah.. Bolasepak , Hoki dan terkini Sepak Takraw!!! Nak cakap pasal bolasepak...malas dah...banyak komen banyak kritikan..tapi mutu bolasepak kita di tahap itu juga...ranking kita di peringkat dunia di tangga yang ke 161..hingga tak melayakkan anak Malaysia yang berbakat untuk bermain di liga utama dunia....sebab sekurang-kurangnya ranking kita di tahap ke-70 barulah pemain-pemain kita diterima..apapun..bak kata bekas Setiausaha Agung FAM dan Jurulatih Kebangsaan... 'ranking tidak penting...he he he..so nak cakap apa lagi?

Pasukan Hoki Malaysia..memang ada potensi..tapi sekejap ok..sekejap tak ok...prestasi turun naik ...itu aku yang dulu bukan yang sekarang'....dolo-dolo Pakistan pun tumbang..sekarang..Jepun dapat belasah ...he he he... samalah cerita tentang sukan Sepak Takraw kita...kalau dolo-dolo..sebut saja nama Malaysia...pasukan Thailand boleh terketar-ketar lutut...tapi sekarang...sebut nama Malaysia...pasukan Vietnam, Myanmar..malah Korea Selatan pun boleh gelak terguling-guling...dah jadi ulam-ulaman...tak tahu la pulak..mungkin Filipina pun boleh belasah Malaysia nanti...kan? Entah benar entahkah tidak...ada yang mengatakan...kerajaan perlu berbelanja berbillion untuk majukan sukan ke tahap dunia...'ada duit semua boleh jadi'..kata seseorang memberi pendapat untuk bangunkan sukan Sepak Takraw..kerana menurutnya..Korea Selatan berbelanja besar untuk bangun dan majukan sukan mereka..termasukla Sepak Takraw....
belum lagi kemelut dalaman hingga Jurulatih pun ugut nak letak jawatan...dulu Malaysia disegani..sekarang Malaysia dibuli...he he he ingat pulak aku lagu Tegar..

Badminton..habis berjuta-juta RM...tapi yang menjadi hanya Dato Lee Chong Wei...jurulatih dah silih berganti...sekarang...Presiden dan jawatankuasa pun dah bertukar...Bolasepak? hemmmm..entah bila nak bertukar tak tahulah..walaupun banyak spekulasi...Sepak Takraw...wallahualam...

Teruk juga YB Menteri Belia dan Sukan nak buat rombakan...mesti ada visi dan misi baru supaya sukan di negara kita berada di tahap yang boleh dibanggakan...walaupun tak mampu melahirkan pemain sehebat David Beckham..sekurang-kurangnya pasukan negara di geruni di rantau Asia...bukan menjadi budak belasahan... walau tak mampu melahirkan atlet selaju Usain Bolt..sekurang-kurangnya boleh bersaing dipentas dunia...bukan setakat SEA Games sahaja...carilah lagi bakat-bakat seperti Lee Chong Wei, Nicole David.....jangan hanya tertumpu di kawasan bandar semata-mata..kerana banyak lagi permata yang bersinar di luar bandar yang hanya menunggu untuk digilap sepertimana Pandelela Rinong...

..Oh Malaysiaku Berdaulat..Tanah Tumpahnya Darahku.. SELAMAT HARI MALAYSIA...

Thursday, September 12, 2013

Orang Malaysia dan Drama TV

Wow!! seksinya artis Melayu baru kan? Nak lawan artis Bollywood dan Hollywood kot!! Ya dunia hiburan tanah air semakin rancak dengan kemunculan artis-artis baru yang hensem, lawa, cantik dan seksi meksi!!..meriah nya dunia hiburan Malaysia. Tapi aku bukan nak cerita pasal artis retis nie..(lagi pun aku bukan nak bergossip pasal artis)..lantakla apa mereka nak buat...

Aku nak tulis pasal industri drama Melayu yang semakin berkembang di TV kita...sebab saluran dah banyak kan!!..kit ada TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9..belum lagi slot-slot di Astro...memang untung la penulis skrip dan juga penerbit-penerbit drama...lagi untung pelakon-pelakon yang murah rezeki..dapat tawaran berbagai drama....

Tapi..kalau kita tengok drama-drama Melayu kebelakangan nie..terutamanya di TV3...temanya tak ari dari cinta..berebut suami orang..berebut tunang orang...lagi bestnya...yang perempuan semuanya tergedik-gedik tak sabar nak jadi isteri ...nampak sangat macam begitu kemaruk nak berkahwin...especially kalau dia anak orang kaya....hidup mewah..pakai pakaian cantik bergaya dengan kereta mewah...

..bila sakit...cerita Melayu suka la tonjol orang kaya sakit jantung...orang miskin sakit kanser....macam la penyakit jantung tu seperti hakmilik orang kaya...dan penyakit kanser itu hak milik orang miskin yang tak ada duit untuk dapatkan perubatan... trend yang terbaik dalam drama Melayu selalunya....ada watak jahat..memang jahat sangat-sangat..di akhir episod..kalau dia tak mati dilanggar kenderaan...dia akan jadi gila..dia akan lumpuh....perasaan tak..beberapa drama yang ada elemen ini??...

Drama Melayu masih terikut-ikut jalan cerita Hindustan...yang suka berebut hak orang lain...atau telenovela dari Filipina dan juga Latin. Kalau cerita Indonesia tu biasa laa... apakah penulis-penulis skrip di Malaysia sudah kekeringan idea atau hanya begitu jalan cerita yang diterima masyarakat..yang boleh laku di skrin TV kita? ..bukan nak kutuk laa..tapi 'come on laa'.... entah laa...sebab apa yang aku nampak kebelakangan ini begitulah trend drama-drama Melayu di skrin TV...walaupun aku tak tengok secara menyeluruh...

...di Malaysia ada trend tertentu..kalau filem-filem hantu atau seram mendapat rating yang baik..maka drama-drama Melayu kebanyakkan nya akan beralih arah ke drama-drama seram..hantu ..termasuk laa..komedi seram.... trend berubah mengikut peredaran masa...kadang-kadang drama-drama remaja budak IPTA menjadi tema cerita...seolah-olah menonjolkan budaya bebas dikalangan pelajar IPTA..termasuklah berkahwin sewaktu masih belajar..... 

...orang Malaysia memang suka cerita cintan cintun...malah sanggup tunggu depan TV ...kalau dah minat sangat dengan drama tersebut...lepas tu cerita sana sini tentang drama tersebut..siap dengan analisa masing-masing..padahal itu hanya hiburan jer...ambik contoh drama Nur Kasih dan juga Setia Hujung Nyawa...malah ada yang letak status di facebook..he he he..hebatnya pengaruh drama kan? tapi...bila ada rancangan Tilawah Al-Quran ..tak kira peringkat kebangsaan atau peringkat antarabangsa..tak ada pulak orang Malaysia..kecoh berebut-rebut nak balik awal kerja..semata-mata nak menonton ...atau letak status di facebook..he he he.....atau berebut-rebut di depan TV nak tengok siaran Forum Perdana...... lepas tu bercerita semula apa yang diperkatakan oleh ostad dan ostajah yang menjadi panel....

Bukan nak salahkan sesiapa..sebab begitulah norma kehidupan orang Malaysia..yang dikatakan maju, merdeka dan bebas...kita disogok dengan berbagai bentuk hiburan di TV...... jika asyik cerita cinta cintan cintun yang ditayangkan ...maka begitulah keadaan generasi Y atau Z di masa akan datang yang telah kita dedahkan dengan pelbagai khayalan dan mitos tentang kecintaan... khayal dalam dunia sendiri... jangan salahkan penulis atau penerbit kerana mereka mencari rezeki...tetapi apa yang dilakukan oleh pemilik atau orang yang mengawal kandungan televisyen? adakah mereka peka atau mereka sendiri pun tak tahu apa yang mereka buat...he he he...

Tak boleh caka lebih nanti orang kata aku nie anti establishment la pulak..he he he..

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 50!

Tuesday, September 10, 2013

Hebat Orang Malaysia!

Hebat-hebat orang Malaysia! Kalau ada orang mengatakan orang Malaysia..memang sah orang itu berbohong! ...banyak perkara orang Malaysia hebat!!... kalau di jalan raya atau lebuh raya..pemandu Malaysia rasanya lebih hebat daripada Sebastian Vettel..pelumba F1 dari pasukan Red Bull!! Pasti Sebastian Vettel menangis melihat kehebatan pemandu Malaysia ..mencilok di antara kereta yang sesak dengan kelajuan 100km sejam!!..keluar dan memasuki lorong kiri dan kanan!...lagi satu...di Malaysia kebanyakkan kereta tak dilengkapi lampu 'signal' kerana seringkali pemandu-pemandu hebat ini tidak memberi 'signal' bila mereka nak membelok..atau keluar masuk lorong!...biasa la kan...macam perlumbaan Formula One juga..he he he...cuma dia orang nie...tak mahu mati sorang..dia nak bawa orang lain mati bersama mereka!.
Satu lagi kehebatan orang Malaysia..ialah hebat mencari ubat kuat untuk hebatkan nafsu mereka!! Tak pecaya kan? Tengok laa iklan-iklan di tepi jalan...dan yang paling mudah..iklan-iklan ubat kuat seks di laman media sosial facebook!!..Nak Catauba..nak Vimax? ..pasti ada di facebook anda....banyak lagi ..macam-macam ada.. semuanya nak hebatkan aksi di ranjang... bukan itu saja..banyak lagi ubat-ubatan yang berkaitan seks untuk wanita...pun ada..bagaimana nak menjadikan yang longgar sempit semula macam anak dara...walaupun anak dah berdozen... itulah aku katakan hebatnya orang Malaysia!!...kerana sudah tidak ada rasa malu...walaupun bercerita tentang kemaluan mereka he he he......

Ada lagi kehebatan orang Malaysia...iaitu berpolitik sepanjang masa!! Sebelum..semasa...dan selepas pilihan raya pun orang Malaysia masih berpolitik!!..tak henti-henti dengan pelbagai tuduhan..fitnah..memaki dan mencari kesalahan antara satu dengan lain! ..bacalah di dalam akhbar utama..dan juga siaran televisyen....setiap hari pasti ada! Mungkin inilah yang dkatakan.... life time politician  he he he... ak habis lagi cerita salah laku semasa pilihan raya..kes-kes mahkamah...dan juga rayuan...

Hebatnya orang Malaysia nie...ialah begitu penyibuk tentang negara orang lain...sedangkan di negara sendiri pun orang-rang Islam masih tak bersatu!! Sibuk nak menjadi pendamai kemelut di Selatan Thailand..Palestin..tapi di Malaysia..orang Islam terbahagi kepada 3 puak..iaitu UMNO, PKR dan PAS!!..seelok eloknya satukan dulu tiga puak ini..maka baru nampak lagi HEBAT apabila bercakap nak menyatukan Hamas dengan Fatah di Palestin!...

Sebenarnya banyak lagi keHEBATan orang Malaysia ..aku nak cakapkan...tapi...biarla you all fikirkan sendiri....

Selamat Hari Malaysia ke 50







Monday, September 2, 2013

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 50 Tahun ..


                                                            ..... Rupanya sudah 50 tahun Malaysia wujud ..sejak 16 September 1963 lalu...memang tak terasa bahawa penggabungan empat wilayah   ..iaitu Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya yang merdeka pada 31 Ogos 1957, Singapura, Sabah dan juga Sarawak yang merdeka pada 22 Julai 1963. Pun begitu terasa sedih kerana masih ramai lagi yang tidak tahu ...atau tidak mahu tahu... atau tidak ingin tahu... atau sengaja tidak mahu tahu tentang kewujudan Malaysia merupakan hasil gabungan empat wilayah..dan bukanya merdeka sebagai sebuah negara Malaysia...

Terasa juga sedih dan agak kalut memikirkan...bagaimana sebuah negara yang bebas dan demokratik seperti Malaysia yang sudah berusia 50 tahun masih lagi dibebani dengan polemik-polemik seperti bahasa kebangsaan, isu sistem pendidikan, isu kepercayaan & agama, isu bangsa serta pembangunan.. sudah 50 tahun usia Malaysia..aku masih tertanya samada kita sedang menggunakan Bahasa Melayu ka atau Bahasa Malaysia ?  Di zaman aku sekolah..dalam sijil aku tercatit Bahasa Malaysia...tetapi selepas itu ada pula mengatakan bukan Bahasa Malaysia..tetapi Bahasa Melayu!!  Bahasa Melayu kah yang menggunakan perkataan-perkataan seperti provokasi (provocation), induksi (induction), komunikasi (communication), misi (mission), visi (vision) ..bla bla bla....nasib baik la...confirmation tak jadi konfirmasi..nation tak jadi nasi... 

Wooiiiii!! kita dah 50 tahun bersama..kenapa masih ada lagi soksek soksek pasal kepercayaan dan agama!! Cukup cukuplah menjadikan agama sebagai modal politik!!. Negara kita akan terpecah terbelah..kalau masih lagi kita dibelenggu dengan polemik kepercayaan dan keagamaan!! Sampai bila kita nak bercakaran mengenai agama! andai rakyat kita masih terbahagi kepada pendapat..keagamaan..kita tidak akan mampu bersatu sebagai sebuah bangsa yang berdaulat & merdeka sampai bila-bila kerana generasi muda hari ini akan terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar...iaitu kebencian!!! Tidak ada satu agama dan kepercayaan di bumi ini yang mengajar pengikutnya menjadi pengganas, atau melakukan kejahatan serta kebencian...yang menjadikan manusia itu ganas, jahat ialah pemimpin yang mempunyai pemikiran yang sempit...yang mengajak orang lain untuk membenci agama orang lain...sedangkan setiap agama mengajar agar saling sayang menyayangi..saling memahami dan bersatu....

50 tahun sudah bersama tapi masih ada perasaan curiga dikalangan rakyat Malaysia yang berbagai etntik!! Kita masih mempersoalkan hak-hak masing-masing..walhal sudah termaktub dalam Perlembagaan...kita masih mempertikaikan siapa penduduk asal dan siapa pendatang..sedangkan sejarah itu sendiri sudah mengajar kita..siapa diri kita dan dari mana asal usul kita..dan bilamana nenek moyang kita mula bertapak di bumi Malaysia ini!!...perjanjian Jus Soli ..membuktikan semua warganegara Malaysia mempunyai hak masing-masing!!!... yang buat hal tu mungkin tak sedar diri...atau memang sengaja nak menimbulkan masalah dan ketegangan diantara kaum...sudah-sudahlah mengungkit peristiwa 13 Mei tu...yang berlalu tu biar menjadi kenangan serta pengajaran...agar generasi baru dapat meneruskan kehidupan yang tidak dikaitkan dengan perkara-perkara negatif...

Sudah 50 tahun maaaa..tapi kita masih sorong tarik tentang sistem pendidikan kita! Macamana nie??..kesian dekat budak-budak sekolah dan juga guru-guru yang mengajar. Buat lah satu ketetapan yang muktamad supaya tidak lagi membazir wang ringgit untuk mencetak buku kurikulum sekolah...serta menjimat masa dan tenaga untuk mengajar balik tenaga pengajar yang mengajar anak-anak kita! Cukuplah mempolitikkan isu pendidikan kerana mangsa nya bukan ahli politik, NGO atau orang-orang yang berkepentingan...mangsanya ialah anak-anak sekolah!!!....kalau nak guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar...teruskan sahaja...kerana Bahasa Malaysia / Melayu tetap akan menjadi bahasa percakapan harian masyarakat...tidak akan hilang ...kalau nak Bahasa Malaysia / Melayu sebagai bahasa pengantar....perlu lah anak-anak diberi pendedahan yang maksimum kepada Bahasa Inggeris supaya mereka juga mampu menguasai sebagai bahasa kedua....

Jangan salahkan orang lain ..bila orang Melayu atau Bumiputera masih gagal menguasai ekonomi!!! jangan salahkan Cina...sebaliknya salah orang Melayu atau Bumiputera itu sendiri yang lebih suka mendapat kesenangan hanya dengan goyang kaki!!! Ada lesen..di alibabakan kepada orang lain...kalau dapat kontrak..di subcontract      dengan orang lain....nak cepat dapat duit...kita guna orang tengah...walaupun harga lebih rendah...asyik-asyik bergantung kepada kuasa politik untuk menjayakan sesuatu bisnes...kalau tak dibantu..merungut marah kata kerajaan lupa..kerajaan gagal tunai janji kepada Melayu dan Bumiputera!!!... sudah 50 tahun...tapi itulah hakikatnya.....sebab itulah hanya seorang anak Melayu yang tersenarai dalam 10 bilionair di Malaysia....yang sembilan lagi semuanya bukan Melayu!!...peluang Melayu untuk berniaga sentiasa disediakan oleh kerajaan...tetapi.... pikir-pikirkan lah....cakap banyak nanti orang kata aku hentam Melayu / Bumiputera laa pulak kan....      

 Aku bukan nak kutuk atau hentam orang Melayu / Bumiputera..atau pemimpin-pemimpin politik di Malaysia ini..aku hanya nak tengok sejauhmana pemimpin politik yang cakap berdentum dentam di pentas politik berusaha menyatupadukan kembali masyarakat ...demi negara Malaysa! Ketepikanlah fahaman politik yang berbeza...asalkan rakyat tidak terbahagi kepada kelompok-kelompok kecil yang akhirnya menjadi barah yang sukar diubati......kembalikan semangat kenegaraan yang jitu dan jati dalam sanubari generasi baru..agar mereka dapat membawa negara ke destinasi yang kita impikan.....bukan mudah mendapat kebebasan...tanyalah perasaan orang-orang Palestin...yang sudah berkurun berabad lamanya..masih didominasi oleh rejim Israel....tanyalah orang Syria dan Mesir yang saban hari dibelenggu ketakutan...dan sentiasa menunggu bila ajal mereka datang....

Sudah 50 tahun...kita sedang berada di ambang kesenangan..kemewahan hidup...tiada wabak penyakit dan yang mengancam nyawa...tiada bencana alam yang memusnahkan harta benda....maka...bersyukurlah...dan nikmatilah keindahan kehidupan sebagai anak Malaysia...walau apa pun fahaman politik, kepercayaan dan etnik....

SELAMAT HARI MALAYSIA KE 50 TAHUN..semoga Malaysia terus aman maklmur selamanya....