Wednesday, January 11, 2017

HELLO 2017..HELLO AYAM

Tiba nya giliran si Ayam Sabung pula untuk tahun 2017 . Bila tengok ayam ..teringat pula lagu Ayam oleh penyanyi Jalil Hamid  ♪Ayam bermacam ayam..ada ayam kampung ayam hutan ayam siam..ayam turki ayam belanda..macam-macam perihal ayam..hangat-hangat tahi ayam..sabung ayam nasi ayam telor ayam♪ Tahun Ayam nie dimulakan dengan satu pakej ‘hadiah’ kenaikan harga petrol…nak buat camana pun kena terima juga ..walaupun pasti hadiah itu pastinya akan memberi impak negatif kepada kehidupan rakyat secara keseluruhan nya, tak kira yang di bandar atau pun di luar bandar. Pasti yang tersenyum..ialah tokay-tokay Ayam, telor serta peruncit-peruncit kerana peluang untuk menaikkan harga barang .. dan kita hanya berharap pihak berkuasa akan terus bukan sahaja memantau .. tetapi mengambil tindakan yang positif untuk mengawal dan menghukum tokay-tokay yang begitu mudah nak naikkan harga keperluan harian.

Tahun si Ayam Sabung nie juga di mulakan dengan beberapa tangkapan sensasi oleh SPRM dan
gerak gempur SPRM ke atas penjawat awam. Tahniah semoga usaha itu diteruskan dengan banyak lagi..dan bukan ‘hangat-hangat tahi ayam’  terutamanya kes-kes berprofil tinggi. Jangan nanti hanya bilis yang meringkuk di penjarakan..manakala si jerung terus masih berkhidmat .. keadilan biar sama rata..sebab jerung makan lagiii besaar!! Penjawat awam juga diingatkan jangan main golf .. jangan selalu sangat ke obersea .. semoga tahun Ayam ini tidak riuh sekampung kerana telor sebiji jer ..

Aaaaa..mungkin juga sebab baru-baru ini riuh satu negara tentang kejayaan seorang anak muda dari Pulau Pinang Mohammad Faiz Subri yang berjaya merangkul Anugerah PUSKAS FIFA melalui sepakan GOL tercantik semasa perlawanan antara Pulau Pinang dan Pahang dalam tahun 2016. Tahniah kepada pemain tersebut dan seperti kata YTM Tuanku Mahkota Johor, kejayaan Faiz tidak akan mengubah standard permainan bolasepak di Malaysia kerana kejayaan itu hanya menjaringkan gol dan bukan nya cara permainan atau revolusi permainan di negara ini. Secara peribadinya aku sangat setuju dengan pandangan YTM TMJ ..tanpa menidakkan kejayaan Faiz.. sesungguhnya standard permainan dan pengurusan bolasepak Malaysia perlu berubah agar ada peningkatan yang mampu mencapai penarafan kelas dunia, jika tidak pun di peringkat Asia. Jangan kata nak sertai Pertandingan World Cup, peringkat Asia, malah peringkat ASEAN pun kita sudah tidak lagi mampu!!. Yup..tahun si Ayam .. tuah ayam nampak di taji..tuah manusia .. itulah Mohammad Faiz Subri .. tahniah!!.

Tahun Ayam ini orang-orang Sarawak sentiasa berharap penurunan kuasa dari kerajaan persekutuan akan terus diberi perhatian kerana sudah begitu lama kuasa itu hilang dan seperti kata YB DA Abg Jo, kita tidak meminta apa yang bukan hak kita..kita hanya inginkan hak kita yang dijanjikan dalam perjanjian MA63 lalu ..dan penurunan kuasa akan mengukuhkan lagi persekutuan Malaysia, bukan memisahkan nya. Jangan ‘ajak-ajak ayam’ nanti PRU 14 sukar nak pujuk pengundi .. dan terus berharap janji-janji pilihan raya lalu akan dilaksanakan. Orang-orang Sarawak juga berharap menteri-menteri kita tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menguris perasaan masyarakat majmuk seperti apa yang dilakukan oleh salah seorang setiausaha politik .. jangan mainkan sentimen agama dan perkauman kerana di Sarawak kita telah lama hidup harmoni ..jangan diikut cara politik seberang yang tidak menguntungkan masyarakat kita.. jangan nyalakan api perkauman dan kebencian ..
Seeloknya berusahalah untuk ‘menghargai’ pengundi-pengundi kawasan yang sentiasa memberi sokongan padu walaupun kawasan-kawasan mereka masih mundur dan tidak mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang lengkap.


makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam..makan kaki ayam kais pagi makan malam..makan cakar ayam sakit gigi siang malam

Monday, November 21, 2016

Tugas Guru Semakin Mencabar ..Bila Pelajar semakin manja

Tak lama dulu kecoh netizen dengan isu ibu bapa marah anak mereka di arah padamkan papan hitam dan diumpamakan sebagai orang gaji apabila guru menyuruh mereka membuat kerja sedemikian. Sebelum itu kecoh juga di dunia siber apabila ibu bapa mengamuk kerana anak mereka didenda duduk di atas simen gara-gara lambat dating ke sekolah. Emmm… sungguh beruntung anak-anak sebegitu kerana diberi perhatian dan penuh kasih saying olah emak bapak mereka hingga tidak boleh di arah membuat kerja-kerja memadamkan papan hitam dan juga tidak boleh didenda oleh guru kerana lambat datang ke sekolah. Amboiiii … cukup sukar tugas seorang guru di zaman siber ini … dan beberapa netizen pulak berkongsi cerita anak-anak orang Jepun yang dikerah untuk mencuci serta membersih sekolah .. untuk mendidik mereka menjadi masyarakat yang tahu menghargai kebersihan selain meningkat moral dan adap mereka mereka. Patut la negara matahari terbit itu yang dikatakan TIDAK MEMPUNYAI pegangan agama .. sentiasa bersih, masyarakat mereka lebih bersopan, lebih bermoral dan lebih beretika berbanding negara kita yang di ajar untuk berpegang kepada ‘KEPERCAYAN KEPADA TUHAN’ .. tetapi baru cikgu nak ajar sikit anak-anak kita..ibu bapa dah meroyan dalam dunia siber..

Aku teringat kata-kata pesanan seorang peserta pencetus ummah yang sering di perdengarkan dalam radio iaitu ‘jika kita sebagai ibu bapa tidak mampu menghormati guru, jangan harap anak-anak kita akan menghormati guru’ dan banyak la insiden-insiden dimana ibu bapa marahkan guru-guru kerana berani menegur salahlaku anak-anak mereka. Tidak kurang juga ada guru yang disaman, diugut dan harta benda mereka dirosakkan gara-gara menegur anak murid mereka. Aku ingat juga cerita P.Ramlee dalam filem ‘Anakku Sazali’  yang begitu memanjakan anaknya Sazali sehinggakan bila dewasa Sazali menjadi seorang ketua gangster yang sungguh berkuasa. Kata-kata Sazali dalam filem itu sepatutnya menjadi teladan kepada kita ‘jikalau 10 tahun dahulu bapa melakukan demikian, barangkali Sazali sudah menjadi baik sekarang, tetapi sekarang sudah terlambat. Bapa yang bersalah dalam hal ini. Bapa membesarkan Sazali dengan membabi buta. Segala permintaan Sazali bapa tunai dan segala hajat Sazali bapa sempurnakan sehingga Sazali pandai bercakap bohong, bercakap bohong pasal bapa, sehingga Sazali menipu bapa, menipu untuk kepenting diri!... tetapi bapa hanya menjawab Anak ku Sazali. Bapa yang bertanggungjawab ke atas perlakuan buruk Sazali!.’

Wahai ibu bapa yang dihormati .. tiada seorang pun ibu bapa didunia ini yang tidak mengasihi anaknya, hatta binatang sekalipun kecuali syaitan yang bertopengkan manusia. Berilah kasih sayang sebanyaknya, tatang lah mereka seperti minyak yang penuh .. tetapi berilah ruang kepada guru-guru untuk mendidik mereka di sekolah .. pada hemat aku guru-guru yang baik akan mengajar anak kita bagaimana menjaga kebersihan, bagaimana menghargai hartabenda awam, bagaimana menghormati ibu bapa, guru dan orang tua.. malah mereka juga akan mengajar anak-anak kita adap, adat dan juga budibahasa. Asalkan mereka tidak dicederakan, dirosakkan, patah riuk dan diperhambakan secara paksa.. sekolah dan guru merupakan tempat yang paling baik untuk mendidik anak-anak kita. Kalau kita rasa kita mampu untuk membayar gaji guru-guru (bagi orang kaya-kaya yang mempunyai duit berkepok-kepok, tak abis makan dan tak suka anak mereka di arah cuci tandas, buang sampah, padamkan papan hitam, atau tak suka di denda guru-guru kerana kesalahan mereka)  tak payah la hantar ke sekolah-sekolah awam. Hantar la ke sekolah swasta, private ..atau tak payah pegi sekolah pun .. biar anak-anak mereka duduk di rumah ..dan bayar gaji guru-guru untuk dating ke rumah mereka mengajar .. kaaaan!! Tak adalah anak-anak mereka kena padamkan papan hitam, cuci tandas, cuci longkang, sapu kelas atau buang sampah. Tak ada lah guru-guru itu nak denda dating lambat, atau denda anak mereka tak buat kerja rumah..sebab guru-guru itu mereka yang bayar gaji ..kaaan!! ..

Wahai ibu bapa yang ‘terover sayang, terlebih kasih’ tuu.. maap la ya … aku pun ada anak juga yang bersekolah dulu dan aku aku juga pernah sekolah dulu .. kalo setakat kena dua tiga das di tapak tangan sebab tak buat kerja rumah tuu.. tak apa laaa.. itu salah kita..yang tak ajar anak-anak kita untuk buat kerja rumah .. kita yang jadikan anak kita malas .. jadi esok lusa kalo dia dah besar jangan harap dia nak bantu kita kemaskan rumah..cuci pakaian sendiri..silap-silap kita pulak jadi kuli kumpulkan pakaian dia..termasuk seluar kecik dia untuk dicuci .. aku tak nak ..tak tahu kalo engko suka sebab engko ada orang gaji barangkali .. gitu juga kalo satu hari nanti dia tak nak dengar cakap engko sebagai mak bapak dia .. sebab engko sendiri dah ajar dia untuk tidak mengikut arahan guru atau dengar arahan guru .. jangan salah kan dia..salahkan diri sendiri .. ibu bapa zaman moden nie memang selalunya terlalu terikut zaman … kecik-kecik dah biar anak tido rumah orang .. nama pun pelik-pelik ..kalo buleh laa..panjang nya mengalahkan pembaris ..


Allahyarham Tan Sri P.Ramlee telah awal melihat gejala itu dan berusaha mendidik ibu bapa melalui filem Anak Ku Sazali .. jadikan lah ianya iktibar dan satu pengajaran agar masyarakat kita sentiasa dipenuhi adap, adat dan budibahasa sesuai dengan laungan bangsa kita .. pendidikan yang tinggi tidak menjadikan kurang ajar, takbur dan riak dan kekayaan yang kita ada tidak sepatutnya menjadikan kita sombong dan tidak tahu menilai dan mengenang jasa guru yang menjadikan diri kita seperti hari ini.. jangan berlakunya seperti Sazali barulah kita sedar kesilapan yang kita lakukan..

Tuesday, November 15, 2016

BAJU MERAH vs BAJU KUNING

Lama benar aku tidak menulis. Nak kata sibuk dengan kerja tu ..adalah sikit-sikit tapi rasanya mungkin aku sudah tak ada idea untuk aku ceritakan. Tiba-tiba pagi ini aku rasa nak mencoret sedikit tentang geng baju merah dan geng baju kuning yang semakin diperkatakan netizen di laman-laman media sosial. Banyak cerita tentang pak Jamal Tongkol (gelaran dia orang..aku gunapakai sekali), bos Baju Merah yang begitu bersemangat nak berlawan dengan nyonya Maria Chin nie.. towkay Baju Kuning .. hinggakan kemana sahaja geng Baju Kuning berada.. disitulah geng Baju Merah nie ada. Ada sedikit kekeliruan ..confusing kata orang putih ..tentang pergerakan geng Baju Merah ini seolah-olah didorong dan disokong oleh orang-orang tertentu atau organisasi tertantu .. tapi tak tahulah ..itu orang cakap ..heh heh .. macam geng Baju Kuning nie memang mereka disokong oleh pihak pembangkang dan didorong oleh semangat kebencian serta semangat untuk memburukkan pihak pemerintah … gerakan geng Baju Kuning nie.. sudah diatur sebegitu rupa .. sudah bersiri siri .. tak tau la kalua mereka menang PRU 14 .. nanti .. yang pasti kalua mereka kalah geng Baju Kuning akan terus mengadakan gerakan demonstrasi mereka yang dikatakan aman .. fuuh .. aman?? Hancur juga kereta polis ..serta harta benda awam pada gerakan mereka dulu …

Aku tak sokong Baju Merah ..apatah lagi Baju Kuning. Pada aku kedua-dua geng tersebut telah banyak menyusahkan orang ramai. Bergaduh sana sini .. berteriak macam orang hilang akal ..pukul..tolak ..malah hingga tunjuk mereka itu kebal dan tak merasa kesakitan kalua dipukul dengan kayu .. tapi hidung berdarah juga bila kena tangan.. ha ha ha ha.. taka da pulak yang tunjuk mereka kebal daripada senjata tajam atau senjata apa?? .. Di Sabah dan Sarawak ada etnik tunjuk yang mereka kebal tak lut dengan parang tajam yang boleh putuskan paku besi (bukan paku pakis) ..hihihihi .. Geng Baju Merah hanya tunjuk mereka tidak takut dengan kayu jer… apa pun seperti aku kata tadi ..kedua-dua geng memang menyusahkan pihak pemerintah .. sebabnya kedua-dua geng menyebabkan pihak keselamatan terpaksa sentiasa bersedia mengawal keadaan agar ianya tidak menjadi medan pertempuran yang boleh mengorbankan nyawa .. apabila dalam keadaan marah yang membuak-buak ..apa boleh terjadi ..dan ini akan mencetuskan perkelahian serta kebencian yang berpanjangan .. justeru apa jadi dengan slogan 1Malaysia kita???


Kedegilan kedua-dua geng ini harus dihentikan oleh pihak berkuasa agar ianya tidak terus mencetuskan keadaan yang tegang .. serta amat menyusahkan orang lain. Peristiwa di Ampang dan di beberapa tempat membuktikan bahawa suasana tegang tidak membawa kesejahteraan kepada masyarakat lain. 

Thursday, May 12, 2016

TEAM ADENAN MENANG, PENYOKONG PEMBANGKANG MEROYAN

‘idiots’, ‘stupid’, ‘sohai sarawakians’, ‘brain damaged’ ‘masih pakai cawat’ antara kata-kata nista dan cacian yang dilemparkan kepada orang Sarawak oleh penyokong-penyokong tegar pembangkang. Tidak cukup dengan itu ada yang menyumpah negeri Sarawak akan terus mundur kerana memilih dan mengundi BN untuk terus menerajui pentadbiran negeri Bumi Kenyalang. Itu kata-kata yang dilemparkan oleh orang luar negeri Sarawak .. dan ada juga anak negeri Sarawak sendiri yang marah dengan sikap sebahagian besar orang Sarawak yang masih berpaut kepada BN untuk membangunkan negeri ini.Tidak dinafikan kemenangan 72 kerusi DUN merupakan satu tamparan hebat kepada pembangkang yang telah meramalkan bahawa BN akan kehilangan 24 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam PR Negeri 2016. Calon DAP, Abdul Aziz Isa,  yang tewas di N13 Batu Kitang dalam temubual dengan Sarawak Live sebelum ini mengatakan Barisan Nasional(BN) Sarawak dijangka bakal hilang sebanyak 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang. Keyakinan Abdul Aziz ialah bahawa faktor Adenan akan menyebabkan undi popular BN menurun sebanyak 50 peratus. Ternyata ramalan Abdul Aziz jauh meleset kerana faktor CM Adenan lah yang mengubah pendirian orang Cina untuk kembali menyokong BN dan memungkinkan kemenangan yang besar kepada BN. Pembangkang terutamanya DAP kehilangan lima kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina iaitu N14 Batu Kawah, N45 Repok, N46 Meradong, N52 Dudong dan N73 Piasau selain gagal menawan kawasan yang majoriti pengundi bumiputera. PKR pula hanya mampu mengekalkan tiga kerusi, iaitu N.11 Batu Lintang, N39 Krian dan N81 Ba Kelalan. Mungkin sebab itu lah penyokong pembangkang meroyan teruk di laman media sosial dengan pelbagai hinaan dan cacian dilemparkan kepada penduduk negeri Sarawak.

Kekalahan pembangkang yang agak teruk kali ini dikatakan berpunca daripada perpecahan pakatan itu sendiri (itu satu kebenaran) kerana DAP dan PKR berebut sesama sendiri, termasuk PAS dan juga Amanah. Ketiadaan kesepakatan serta perebutan kawasan dlihat oleh pengundi sebagai satu tanda yang tidak baik untuk penubuhan sebuah kerajaan yang stabil. Kedua, pembangkang juga menyifatkan kempen agresif BN yang berpaksi kepada imej CM Adenan, populariti CM dengan 53 prinsip dan tindakan nya yang dilihat lebih bersifat ‘people-centric’ bukan berasaskan teori dan gembar gembur semata-mata .. iaitu CM yang walk the talk . Ketiga pembangkang juga menyelarkan taktik BN yang berjanji dengan pelbagai imbuhan di semua kawasan dengan melaksanakan segera janji-janji itu untuk meyakinkan pengundi-penguni. Ini tidak mampu dilakukan oleh DAP, PKR, PAS serta Amanah apatah lagi calon BEBAS. BN juga dituduh menggunakan politik wang oleh pembangkang dan menyifatkan ianya merupakan juga salah satu punca mereka kalah di kawasan-kawasan yang mereka tandingi.

Pun begitu begitu, jika benarlah dapatan-dapatan ini menjadi punca kekalahan mereka, kenapa mereka boleh menang di 10 kawasan DUN dimana lapan daripada kawasan tersebut merupakan bandar dan dua lagi adalah kawasan luar bandar. Ba Kelalan misalnya merupakan kawasan DUN pendalaman yang amat-amat memerlukan pembangunan  infrastruktur, tetapi pengundi di Ba Kelalan lebih rela memilih Baru Bian sebagai wakil rakyat mereka walaupun mereka tahu Baru Bian tidak akan mampu membangunkan sekolah baru untuk mereka atau membina jalan raya untuk mereka apatah lagi untuk menyediakan bekalan elektrik dan bekalan air yang lebih baik. Begitu juga pengundi di N39 Krian yang memilih Ali Biju untuk menjadi wakil rakyat mereka. Sebenarnya kekalahan pembangkang kali ini ialah kegagalan pembangkang untuk menyelami isu yang lebih penting dan dekat di hati rakyat Sarawak. DAP dan PKR begitu angkuh mengangkat isu nasional seperti GST, 1MDB dan mengaitkan DS Najib Razak sedangkan berkali-kali CM Adenan mengatakan ‘this election is not about Najib Razak, this is about the state of Sarawak and Sarawakians’.

Cacian dan hinaan yang dilemparkan oleh penyokong tegar pembangkang dari Semenanjung kepada rakyat Sarawak memperlihatkan betapa mereka memperkecilkan kewibawaan negeri ini untuk membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh elemen luar. Kenyataan Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri (seorang yang sangat saya hormati) juga mengukuhkan pandangan bahawa Sarawak hanya sebuah negeri yang diperintah dalam Malaysia, bukan sebuah wilayah berautonomi yang membentuk gabungan Persekutuan Malaysia dalam tahun 1963. Malah Tun Mahathir mengatakan kekuatan negeri Sarawak akan memperkuatkan lagi tuntutan-tuntutan autonomi dan beberapa tuntutan lain sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963. Sumpah seranah orang-orang Semenanjung (bukan semua), terutamanya penyokong pembangkang juga membuktikan tahap pemikiran politik mereka yang masih lagi naïve dan dikuasai oleh emosi walaupun mereka mengakui mereka lebih matang dalam politik daripada orang-orang Sarawak. Kenaifan mereka ialah tidak mahu mengakui kelemahan dan kekalahan mereka adalah disebabkan oleh ketaksuban dan sikap suka memandang rendah keupayaan orang lain seperti mana dalam ceramah-ceramah mereka semasa berkempen. Mereka menggelarkan lawan mereka sebagai ‘syaitan’ ‘bodoh’ di tempat-tempat awam dan begitu gemar untuk menggunakan sentimen kaum dan agama. Mereka terlalu memuji diri, ‘self-praise’ mengatakan mereka lebih baik daripada kepimpinan BN sedangkan di negeri-negeri yang mereka memerintah seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan banyak kelemahan-kelemahan dan salah laku mereka di dedahkan namun mereka tidak pernah mengakui nya.

DAP dan PKR khasnya sering melihat diri mereka sebagai ‘alternatif lebih baik’ kepada kerajaan BN namun apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang tidaklah seindah yang mereka gambarkan kepada pengundi-pengundi. Jika bercakap pasal kronisme, DAP dan PKR adalah raja kepada segala kronisme dan nepotisme .. contohnya Lim Kit Siang dari tahun 1974 sehingga sekarang masih lagi Pengerusi DAP berbanding BN yang sudah bertukar kepimpinan nya banyak kali. Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dan isterinya Betty Chew adalah seorang YB ADUN..yang tidak berlaku di negeri Sarawak dan juga dalam BN. PKR juga apa bezanya..boleh dikatakan parti anak beranak..daripada bapa, emak dan anak menjadi ADUN dan Ahli Parlimen .. justeru siapa sebenarnya lebih baik??


Fikirlah sendiri …dan nilai lah yang mana kaca dan yang mana intan.. maka pilihan orang Sarawak adalah tepat ..  Oooh haaa .. U..U sukati ktk orang lah sia

Tuesday, April 12, 2016

KENAPA DIHALANG MASUK SARAWAK? #theadenanway

Chong Jien Jen, Pengerusi DAP Sarawak menyelar tindakan Tok Nan menyekat kemasukan ahli politik pembangkang dari Semenanjung ke Sarawak. Menurutnya tindakan Tok Nan tidak munasabah dan salah dari segi undang-undang. Pengerusi PKR Sarawak juga berpendangan yang sama dengan Chong malah beliau mempersoal tindakan Tok Nan dengan berkata ‘apa yang perlu ditakutkan jika beliau sudah melakukan kerja yang baik sebagai Ketua Menteri’?. Dari dua pandangan tersebut nampak jelas DAP dan PKR sangat-sangat mengharapkan bantuan dan sokongan daripada regu mereka dari Semenanjung. Ramai dikalangan rakyat Sarawak sangat bersetuju dengan tindakan Tok Nan selepas melihat gelagat dan tingkahlaku beberapa pemimpin DAP dan PKR semasa berkempen di Sarawak dalam PRN ke-10 lalu. Budaya mengherdik, membuat bising, berteriak seperti sudah sebati didalam diri mereka. Budaya ‘kesamsengan’ yang sebelum ini terbatas di semenanjung mula meresapi penyokong-penyokong mereka. Mungkin ada yang mengatakan orang Sarawak ini tidak terdedah dengan dunia luar dan perkembangan politik di luar..tetapi jika itulah budaya berkempen yang ingin di kembangkan oleh DAP dan PKR.. maaf laa .. ianya amat tidak bersesuaian sekali..

Mengambil contoh apa yang berlaku baru-baru ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, apabila ADUN Stampin Tan Kok Ping dari DAP yang menunjuk kuasa dan berlagak seolah-olah seluruh Stampin adalah milik dirinya dan dibawah kuasanya sehingga cuba memasuki kawasan larangan. Apabila beliau dihalang beliau berkata "Ini kawasan Stampin kah? You cakap saya, kawasan ni YB siapa? Kawasan ni siapa YB? Saya, YB Saya, Saya YB Parlimen kawasan ini...tertakluk pada akta parlimen, saya boleh menjalan tugas saya....""Im telling you now ... I'm the YB of this area!!"  Tak pernah pun sebelum ini ada YB pembangkang bersikap sedemikian, walaupun YB Chiew Chiu Sing seorang ahli DAP yang telah lama menjadi ADUN pembangkang di Sarawak ..masih lagi mampu menghormati undang-undang dan peraturan yang perlu dikuatkuasa oleh pihak yang bertanggungjawab. Justeru apakah jaminan daripada Pengerusi DAP Sarawak dan Pengerusi PKR Sarawak, bahawa rakan-rakan mereka dari Semenanjung seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Tian Chua, Teresa Kok, Mohammad Sabu atau Tony Pua tidak akan menimbulkan atau mencetuskan situasi yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian rakyat semasa kempen pilihan raya negeri nanti. Nang pasti sikda gerenti kata orang Sarawak sebab masing-masing akan berusaha untuk menyokong mendokong objektif parti masing-masing untuk memenangi pengundi.

Kalau kita melihat kepada sekatan Tok Nan tidak terhad kepada geng-geng DAP, PKR, Amanah atau PAS sahaja malah ada beberapa pemimpin UMNO berkemungkinan besar tidak dibenar masuk atas alasan sering mengemukakan pandangan yang rasis yang boleh menjejaskan keakraban, keharmonian dan kesepaduan masyarakat Sarawak yang tidak pernah mempertikaikan kepercayaan keagamaan masing-masing apatah lagi mempertikaikan amalan budaya hidup masing masing selama ini. Justeru, DAP dan PKR tidak perlu gusar kalau betul mereka sehebat, sekuat yang mereka katakan, kenapa perlu takut dengan sekatan kemasukan rakan-rakan dari seberang. Jika DAP dan PKR mengatakan Tok Nan tidak adil, adilkah bagi DAP untuk mengutuk bangsa / etnik lain dalam kempen mereka sepertimana yang dilakukan oleh YB Violet Yong baru-baru ini yang mengutuk kaum Melanau dan kaum Dayak? Malah Tok Nan membuka ruang untuk kaum Cina di Sarawak dengan menyediakan pelbagai bantuan dan mengiktiraf UEC sebagai syarat untuk mendapat pekerjaan dalam pentadbiran negeri Sarawak dan juga ke institut pengajian tinggi dalam 50 Prinsip dan Tindakan beliau. Tok Nan tidak meminggirkan kaum Cina dan mahukan kaum Cina dianggap sebagai anak negeri Sarawak dan bukan pendatang. Apakah tindakan itu tidak adil kepada kaum Cina?


Belum berkuasa gik dah dak DAP nunjuk kuasa .. mun daknya dah berkuasa apa nak jadi dengan bangsa kita u u …. semua peraturan undang-undang dilanggar daknya kali ..

Thursday, February 4, 2016

DINASTI POLITIK #PRN SARAWAK 2016

Tidak dinafikan dimana-mana dalam dunia ini sukar nak cari tidak wujudnya dinasti politik .. malah di beberapa negara barat dan juga negara-negara Asia sendiri .. dinasti politik seperti sudah sebati dengan amalan feudalisme zaman dahulu kala .. contohnya di Korea Utara .. hanya keluarga Kim Jung Il yang layak menjadi Presiden .. dari bapak diturunkan kuasa kepada anak .. sama juga dengan Singapura .. daripada Lee Kuan Yew .. di wasiatkan pulak kepada Lee Hsien Loong .. dan di Malaysia sendiri…. Banyak dinasti politik wujud .. meskipun ada bijak pandai melaungkan keadilan .. tetapi dalam parti sendiri ada isteri dan anak yang menjadi wakil rakyat .. adik-beradik dan sepupu itu perkara biasa .. peliknya isteri boleh menjadi Presiden, anak pula Naib Presiden .. satu lagi puak ..daripada zaman dahulu kala..yakni dari semasa Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri sehinggalah Najib Razak menjadi Perdana Menteri beliau belum lagi bersara dari arena politik ..malah masih lagi menjadi wakil rakyat..malah ditambah dengan anak dan menantu sekali menjadi ADUN dan Ahli Parlimen. ..maka sebab itu tidak hairan kenapa di Sarawak juga pasti berlaku perkara yang sama … kerana baru-baru ini dikhabarkan seorang anak YB telah dinamakan sebagai calon pengganti bapanya dalam #PRN Sarawak 2016. Berkemungkinan besar, beliau tidak akan keseorangan kerana masih ada lagi ura-ura anak-anak YB yang tidak bertanding semula dicadang sebagai calon.

Tidak mengherankan dunia politik kerana apa sahaja boleh berlaku dalam sekelip mata.. malah dalam politik pendidikan seseorang calon itu sudah dilihat tidak lagi begitu penting kata beberapa pihak baru-baru ini ..yang penting ialah pengalaman dan kemahiran dalam berpolitik … mungkin juga termasuk kilat mengilat .. sepintar mana..sebijak mana..atau sehebat mana ijazah..master..PHD ..tidak ada nilainya jika tiada pengalaman dalam politik..tiada pengaruh .. dan tiada kemahiran apple polishing ….harap maaf jak lah… dah terbukti di sebuah negara antah berantah .. maka it is nothing new apabila anak seorang YB dicalon menggantikan ayahnya .. justeru soal nepotisme, kronisme dalam kalangan parti pemerintah itu tidak lah seteruk yang berlaku dalam parti lain.. yang boleh disifatkan sebagai parti anak beranak …. pun begitu… mana-mana YB yang ingin anak-anak mereka mewarisi kedudukan mereka harus dari kecil lagi mendidik dan melibatkan anak mereka dalam kancah politik supaya mereka boleh tau sepak terajang tendangan penalti dalam politik … supaya mereka menimba pengalaman menjadi ahli politik .. dan bukanya menjadi ahli paying terjun..semata-mata beliau anak seorang YB dan layak menggantikan ayahnya .. jika ini menjadi amalan..pasti akan berlaku ketidakpuasan hati sebahagian penyokong-penyokong yang tidak tegar (penyokong lalang) .. kerana kadang-kadang ada ahli parti yang telah berjuang sekian lama..berkorban dan mengabdikan diri untuk parti … dengan harapan satu hari kelak boleh menjadi seorang YB (walaupun tidak dapat menjadi MB atau CM) akan berasa kecewa ..akhirnya keluar parti lalu menyertai parti lain..dan bertanding atas tiket parti lain.. dan menewaskan calon yang dipilih atas dasar ..anak menggantikan tempat seorang ayah …

Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana seperti yang aku kata .. anything is possible in politic .. sabotaj .. tidak puashati … kerana tidak dipilih sebagai calon.. boleh menjadi punca perpecahan dalaman yang merugikan parti .. justeru .. jika benar-benar anak itu layak menggantikan ayahnya di atas faktor mempunyai sokongan padu penyokong tempatan ..mungkin dalam 60%-70% … apa salahnya beliau dicalonkan.. tetapi jika tiada sokongan.. hanya bergantung kepada nama besar ayah..bergantung kepada jasa ayah dan berpaut kepada pengaruh ayah … berkemungkinan besar calon itu akan ditewaskan oleh pihak lawan .. sepertimana calon pemerintah di satu kawasan dahulu yang ditewaskan oleh calon Bebas .. kerana calon itu hanya berpaut kepada peengaruh, jasa serta nama ayahnya..bekas YB ADUN kawasan.. dan beliau sendiri tidak mempunyai pengaruh.. tidak ada karisma dan tidak ada sokongan padu masyarakat setempat .. malah beliau tidak disenangi masyarakat semasa menjadi penjawat awam ... akhirnya parti pemerintah hilang satu kerusi .. justeru apabila seorang YB itu berundur ... lihatlah dan nilaikan sendiri ..sejauhmana penglibatan anak-anak yang ingin dicalonkan sebagai pengganti ... jangan kerana tidak mahu hilang kuasa dari keturunan ... kita mempertaruhkan parti dan negeri .... jangan kerana ingin melihat legasi kita terus kekal ..kita lupa di luar sana ada orang yang lebih layak..lebih disenangi ..lebih diterima rakyat untuk mewakili suara mereka dalam Dewan Negeri ...


Berilah peluang kepada yang benar-benar layak untuk menjadi ahli Yang Berhormat .. agar negeri Sarawak terus dihormati dan dirahmati.. 

Tuesday, February 2, 2016

DIGUGUR ATAU BERSARA ? #PRN SARAWAK 2016

Desas desus penguguran dua veteran PBB untuk pilihanraya negeri akan datang semakin kuat..iaitu YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri dan wakil rakyat yang paling lama berkhidmat di Sarawak, Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Penguguran mereka akan memberi laluan kepada muka baru untuk bertanding di kawasan yang dikatakan sangat-sangat diidamkan oleh pembangkang, iaitu DUN Tupong dan DUN Layar. Datuk Daud telah menjadi wakil rakyat sejak tahun 1991 manakala Datuk Patinggi Jabu telah berkhidmat selama 9 penggal, iaitu 43 tahun sejak pertama kali memenangi pilihanraya dalam tahun 1973. Seorang lagi veteran yang pasti tidak bertanding ialah Tan Sri William Mawan Ikom, ADUN Pakan, Presiden TERAS yang memenangi kerusi PAKAN atas tiket SPDP. Beliau juga kini Ahli Parlimen Saratok ..dan jika benar CM Adenan tidak membenar Ahli Parlimen bertanding untuk kawasan DUN..pastinya Pakan akan mempunyai ADUN baru pada tahun 2016. Beberapa nama dalam PBB yang dikatakan tidak akan bertanding ialah Datuk Gramong Juna, ADUN Machan dan juga Datuk Ambrose Blikau, ADUN Katibas, selain ADUN Jemoreng, Abu Seman Jahwie. Dikhabarkan YB Abu Seman Jahwie hamper pasti tidak bertanding, manakala YB Datuk Gramong Juna dan YB Datuk Ambrose Blikau, masih aktif bergerak melawat kawasan masing-masing seolah-olah mereka tidak akan melepaskan jawatan dan kedudukan mereka dalam PRN Sarawak akan datang.

Dikhabarkan juga ada desakan-desakan akar umbi, terutamanya golongan pengundi muda inginkan perubahan di beberapa kawasan dalam PRN Sarawak akan datang dan antaranya ialah mereka memohon CM Adenan untuk menukarkan calon-calon veteran yang sudah terlalu lama menjadi ADUN di kawasan mereka seperti Katibas dan Machan. Mereka tidak nafikan kedua-dua ADUN sudah membawa kemajuan sedikit kepada kawasan mereka namun mereka berharap kedua-dua ADUN tersebut berundur dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda yang berupaya membawa kawasan mereka ke satu tahap yang lebih baik lagi. Dikhabarkan juga , jika kedua nya masih lagi dipertaruhkan sebagai calon mewakili BN, ada kemungkinan besar mereka akan dikalahkan oleh calon dari PKR dan SWP. PKR telah pun menamakan calon mereka di Machan iaitu George Chen Nguk Fa .. dan mereka benar-benar telah membuat persiapan rapi untuk menawan Machan. Malah PKR telah menyenaraikan 30 orang bakal-bakal calon mereka yang akan bertanding di seluruh negeri Sarawak. Melihat kepada senarai nama tersebut, mungkin ada yang ‘tidak khuatir’ kerana beberapa nama lama yang pernah tewas kepada BN kecuali Ali Biju. Siapa sangka YB Ali Biju boleh mengalahkan Datuk Peter Nyarok Entrie dalam PRN ke 10 .. maka jangan dipandang sebelah mata beberapa calon PKR yang akan berusaha menawan beberapa lagi kawasan dalam PRN ke 11 nanti. Justeru, parti pemerintah harus bersedia membuat beberapa keputusan yang tidak popular iaitu mengugurkan atau membersarakan beberapa nama besar dalam PRN akan datang untuk kepentingan parti dan negeri. Salute kepada YB Datuk Daud Abdul Rahman dan juga YB Datuk Joseph Mauh ak Ikeh yang dengan relanya melepaskan jawatan dan kedudukan mereka demi perjuangan yang lebih besar, iaitu kemenangan parti dan kesejahteraan negeri Sarawak. Dalam politik apa pun boleh berlaku, sepertimana di negeri Kedah..maka ahli-ahli BN Sarawak harus melihat situasi politik sedemikian tidak berlaku di Sarawak. Beberapa pemimpin dalam parti BN harus bersedia untuk berkorban demi negeri dan tidak hanya melihat dari sudut kepentingan diri semata-mata. Kenyataan CM Adenan mengenai ‘staking claims on certain areas’ amat jelas, iaitu jika kawasan tersebut lebih memihak kepada calon ADUN yang mereka suka, maka tiada parti boleh mengatakan kawasan itu milik mereka sekiranya mereka gagal mempertahankan kawasan itu daripada direbut oleh pihak lain. DAP, PKR, PAS, SWP dan berkemungkinan beberapa calon Bebas mampu memenangi kawasan-kawasan yang dianggap ‘kebal’ oleh penyandang BN..apatah lagi 11 kawasan baru yang menjadi rebutan dikalangan parti-parti politik, samada parti dalam komponen BN atau parti dalam pakatan rakyat / pakatan harapan. Malah Presiden PAS, Tok Guru Haji Hadi optimis, kali ini PAS akan dapat menawan sekurang-kurangnya satu kawasan dalam PRN Sarawak ke 11.

Maka, jika ada ADUN BN yang masih merasakan diri mereka ‘kebal’ dan sukar digugat di kawasan mereka, mereka perlu melihat semula strategi dan taktikal gerak kerja kempen pasukan mereka. Dunia hari ini adalah dunia yang cepat dan pantas, segala maklumat boleh disebar dan dicapai dalam kiraan saat .. meskipun di beberapa kawasan di Sarawak masih lagi tidak ditembusi oleh pancaran internet .. jika ada pun ramai yang mengeluh talian internet di Sarawak samada disedia oleh Maxis, Digi, Celcom, U-Mobile atau TM.. kadangkala pergerakan sang siput dikatakan lebih laju .. lantas terma ‘snailnet’ menjadi branding .. pun begitu..kaedah touch n go yang diamalkan oleh beberapa pihak sepatutnya tidak berlaku … kerana persepsi masyarakat terhadap kerajaan sudah jauh berubah …iaitu kerajaan tidak lagi dilihat sebagai satu-satunya sumber maklumat untuk rakyat .. agensi-agensi kerajan lebih banyak dilihat sebagai jentera parti politik ..dan bukan lagi jentera kerajaan yang berkecuali .. malah semakin ramai mencemuh dan melihat lawatan-lawatan dan juga agihan-agihan bantuan kepada rakyat hanya dilakukan semata-mata untuk meraih undid an sokongan rakyat sedangkan dalam tempoh empat tahun..amat sukar melihat beberapa individu atau agensi kerajaan datang menjenguk susah payah mereka .. malah nak bertemu dengan YB pun dikatakan perlu mengadakan ‘appointment’ melalui pegawai khas dan sebagainya ..Selain itu..rakyat pun sudah nampak ..beberapa janji dalam pilihan raya 2006 dan 2011, terutamanya dari kerajaan pusat .. masih ada lagi yang belum ditunaikan.. maka berhati-hatilah mengungkap janji-janji di musim yang amat sibuk ini ..musim semua orang dilihat sibuk ke hulu ke hilir .. mengusung pelbagai barang … mengadakan pelbagai program .. dan musim semua orang mengambil kesempatan ….


Yang sepatutnya berundur … berundurlah dengan terhormat ..jangan tunggu di arah untuk bersara atau dipaksa digugurkan … kerana ianya lebih sakit daripada berundur dengan kerelaan diri ..