Thursday, November 29, 2012

Peribahasa Melayu Dalam Dunia Moden

'Kalau kail panjang sejengkal, laut dalam jangan diduga' ..merupakan antara bidalan, simpulan, peribahasa atau pun pepatah Melayu lama yang masih lagi digunapakai dalam kehidupan masyarakat Melayu.Maksud peribahasa di atas tadi ialah jika pengetahuan hanya sedikit sahaja jangan lah hendak melawan orang-orang yang banyak pengetahuannya. Sejujurnya peribahasa ini tidak lagi relevan kerana tidak semua orang yang banyak pengetahuan itu betul kerana dari segi ilmu pengetahuan setiap diri kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Peribahasa ini sesuai untuk orang zaman dahulu disebabkan ilmu persilatan yang tinggi sememangnya sukar untuk ditewaskan oleh seseorang yang baru sahaja tamat ilmu persilatan. 

Peribahasa biar putih tulang jangan putih mata pula bermaksud lebih baik mati daripada tidak mendapat apa-apa yang diidam. Apakah peribahasa ini yang membakar semangat juang parti keadilan rakyat dan Anwar Ibrahim? Jika kita analisa secara rambang parti keadilan rakyat bermati-matian mempertahankan pemimpin agung mereka walaupun pelbagai kontroversi menimpa..dan begitu juga Anwar Ibrahim yang tidak putus berjuang untuk mencapai matlamat dirinya menjadi Perdana Menteri Malaysia..sehingga sanggup memohon bantuan negara luar campurtangan dalam urusan negara. Setelah mencapai matlamat adakah berlaku satu kemungkinan menang sorak kampung tergadai yang membawa maksud walau pun menang dan memerintah kuasa pemerintahan berada ditangan pihak lain, iaitu menjadi puppet atau boneka kepada kuasa yang lebih besar. Kesesuaian peribahasa ini dalam dunia moden sukar dipisahkan kerana semakin maju kehidupan manusia, semakin banyak perkara yang tidak masuk akal dilakukan oleh manusia.

'Kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tak nampak' membawa pengertian kesalahan orang lain  biar pun kecil nampak, tetapi kesalahan diri sendiri walau sebesar gajah tidak disedari amat relevan dikaitkan dengan sikap sesetengah pemimpin samada pemimpin politik, pemimpin persatuan ataupun pemimpin organisasi samada kerajaan maupun swasta yang begitu gemar mencari kesalahan orang bawahan walaupun sekecil mana tetapi tidak menyedari atau sengaja tidak memperdulikan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri yang lebih serius dan lebih besar. Jika diamati secara rambang ramai pengikut atau pun orang bawahan sebenarnya tidak menghormati pemimpin-pemimpin sebegini tetapi terpaksa memberi hormat kerana kuasa serta kedudukan mereka. Nak tahu mereka hormat secara paksa atau tidak lihat reaksi mereka semasa pemimpin tersebut dipindahkan, ditukar ataupun berpencen. Jika ramai yang tidak hadir semasa majlis perpisahan bermakna pemimpin tersebut tidak dihormati secara sukarela mungkin kerana bersikap seperti peribahasa yang diperkatakan. Hormat sebenarnya tidak boleh dipaksa atau diminta kerana hormat akan datang kepada seseorang itu jika dia menghormati orang lain. 

Bagaikan kacang lupakan kulit selalunya dikaitan dengan sikap seseorang yang mudah melupakan asal usul mereka ataupun sikap seseorang yang melupakan budi orang lain terhadap dirinya. Peribahasa ini juga dikaitkan dengan cerita Si Tanggang yang  malu mengakui ibunya yang miskin apabila sudah menjadi kaya raya. Dalam masyarakat moden banyak manusia bagaikan kacang lupakan kulit apabila sudah merasa senang, hidup mewah dan selesa.Antara contoh terbaik ialah kakitangan perkhidmatan awam yang seolah-olah lupa diri kenapa mereka mencari pekerjaan dan siapa memberikan mereka kerja untuk menyara hidup diri mereka dan juga keluarga mereka. Ada sebahagian daripada penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan yang memberi mereka gaji dan kehidupan. Malah mereka sanggup dipergunakan oleh orang-orang yang berkepentingan dalam politik untuk memburuk-buruk kerajaan. Ramai juga apabila sudah bekerja lama berani mengugut dan melawan arahan pentadbiran..sedangkan satu ketika dulu semasa memohon kerja berjanji akan menurut arahan dan perintah serta menandatangani Aku Janji. Perkara ini berlaku bukan hanya kepada penjawat awam yang berpangkat rendah malah berlaku dikalangan pegawai dalam kategori Pengurusan dan Profesional juga.

Selalunya orang yang bercakap banyak tetapi tidak melakukan apa-apa kerja atau tiada ilmu pengetahuan dalam pejabat, kita umpamakan sebagai Tong Kosong disebabkan tong kosong memang bunyi kuat jika dipukul berbanding tong yang berisi. Samalah juga dengan peribahasa 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia lagi lebih' dikaitkan dengan orang yang sering memburukkan orang lain, mengeji atau menuduh orang lain bermacam-macam walhal sebenarnya diri nya sendiri  lagi teruk atau buruk perangai. Kedua-dua peribahasa ini pun boleh dikaitkan dengan penjawat awam dalam mana-mana organisasi. Banyak spesis penjawat awam dalam kedua-dua kategori ini yang hanya pandai mengampu dan membodek bos tetapi tidak boleh melaksanakan tugas.

Pengaruh, pangkat atau kedudukan seseorang tidak akan tercalar atau tercemar walaupun menjalankan tugas-tugas yang lebih rendah daripada tanggungjawabnya bolehkah kita samakan dengan peribahasa ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya? Sesungguhnya ramai dikalangan pegawai kerajaan berpangkat sederhana tinggi merasa malu untuk mengangkat meja dan kerusi kerana beranggapan ianya tugas budak pejabat ataupun anggota sokongan. Jika ada event biasanya mereka menjadi pemerhati atau mandor tanpa menghulur bantuan kepada anggota sokongan mengatur meja dan kerusi. Cuba anda perhatikan dalam apa jua majlis..pasti yang bermandi peluh ialah anggota bawahan namun pernahkah mereka ini diberi penghargaan atau terima kasih oleh pihak atasan?

Akhir sekali..peribahasa intan disangka kaca membawa erti seseorang yang benar-benar berkemampuan melaksanakan tugas dianggap tidak berguna dan berjasa kepada organisasi. Penilaian sebegini sering berlaku kerana seseorang itu tidak pandai mengampu atau membodek sehingga segala kerja dan usahanya tidak diiktiraf oleh ketua dan organisasi. Namun apabila individu itu dikeluarkan daripada organisasi barulah nampak bahawasanya intan yang disangka kaca adalah permata sebenar sedangkan individu yang disangkakan intan selama ini hanya sebentuk kaca yang berkilau kilau.

Tuesday, November 27, 2012

Budaya Fitnah : Satu Trend Di Malaysia

Slander (fitnah) menurut definisi wikipedia ialah 'making false and damaging statement about someone'  atau pun satu pembohongan tanpa ada kebenaran. Antara tujuan fitnah ialah untuk menjatuhkan maruah diri atau reputasi seseorang. Ini senjata utama kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan.

Budaya memfitnah seolah-olah  menjadi satu norma dalam masyarakat Malaysia...sebati dalam kehidupan..Malah dengan kemajuan teknologi terkini fitnah seperti perkara biasa. Tiap saat ada sahaja fitnah dilemparkan dalam dunia siber..melalui laman media sosial seperti facebook, blog, twitter dan juga youtube tanpa ada perasaan bersalah (the feeling of guilt) oleh penulis atau si perekacipta fitnah. Apabila fitnah tersebut dibiarkan tidak dijawab..maka si perekaciptanya akan mengukuhkan taburan fitnah itu..dengan berbagai dokumen yang diketahui palsu supaya ianya terus mempengaruhi minda pembaca untuk menerima fitnah tersebut sebagai perkara yang benar. 

Peperangan dunia siber mencetuskan trend fitnah memfitnah dan amat sukar bagi penguatkuasa undang-undang untuk mengambil tindakan yang segera..kerana kadang-kadang pelakunya sukar dikenalpasti dengan adanya pelbagai perisian yang mampu menutupi jejak pelaku dari dikesan oleh pihak berkuasa. Ianya ditambah dengan pelbagai birokrasi undang-undang siber yang rumit hingga banyak pelaku bebas melakukan pelbagai fitnah dan juga provokasi. 

Soalnya bukan siapa memulakan budaya memfitnah tetapi kenapa perlu untuk menabur fitnah dalam perebutan kuasa politik? Seandainya orang-orang pakatan rakyat yang memulakan budaya fitnah melalui dunia siber..kenapa perlu orang-orang barisan nasional nak turut bermain rentak yang sama? Kenapa barisan nasional perlu menari mengikut rentak yang dimainkan oleh pakatan rakyat? Jika begitu apa bezanya moral pakatan rakyat dengan moral barisan nasional? Istilah 'two can play the same game' tidak boleh diaplikasikan dalam peperangan minda kerana ianya boleh mencetuskan kekeliruan rakyat..siapa sebenarnya yang bercakap benar? 

Penyalahgunaan media sosial seperti facebook, twitter, blog dan juga youtube oleh askar-askar siber kedua-dua pihak sama seperti penyalahgunaan dadah oleh penagih dadah ..iaitu walaupun sering diberi amaran dan ada tindakan-tindakan yang diambil..penyalahgunaan tetap akan berlaku..walau apa tindakan sekali pun. Justeru bagaimana harus kita membendung berlakunya sebaran dan taburan fitnah yang berleluasa di dunia siber yag luas? Antara pendekatan yang perlu ialah setiap pemilik wi-fi, broadband serta telefon pintar yang berpengkalan di Malaysia harus mendaftar di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar pemiliknya dapat dipantau dan diselaraskan. Mungkin bunyinya agak draconian tindakan tersebut namun ia dijangka boleh mengurangkan fitnah-fitnah yang merosakkan reputasi seseorang individu.






Wednesday, November 21, 2012

Orang Islam Lemah

Awas!!..the Joker is here in Asia!!..beliau sedang bercengkerama dan berdrama di hadapan pemimpin ASEAN dengan senyuman nya..."United States President, Barack Obama, in Cambodia for the Asean Summit, has promised a solutin to the worsening Gaza crisis, according to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak" ..NST, 21 November 2012. Amat sukar nak percaya kata-kata tersebut kerana semasa pertemuan dengan pemimpin Kemboja..Obama dengan tegas menyatakan sokongan nya kepada rejim Zionis dan mengatakan "the Israelis government have every right to defend its people from the Hamas raid" . Siapa yang menyerang ? Amat jelas rejim zionis yang menyerang dan yang bertahan dan menjadi mangsa ialah penduduk Gaza. Inilah pemimpin agung Amerika Syarikat yang dikatakan Islam friendly? Amat melucukan apabila memikirkan sejak Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat..tiga kerajaan negara Islam tumbang..dalam peristiwa digelar..the Arab Spring Uprising. 
Pernahkah mana-mana Presiden Amerika Syarikat sebelum ini menyokong negara Islam? Samada Presiden Amerika Syarikat daripada Republican atau Democrat..matlamat dan dasar mereka tetap sama..iaitu untuk menawan dan menjajah negara lain dengan apa cara pun..dan menjadi polis dunia!!. Mereka kecam negara Islam yang tidak mengiktiraf rejim Israel dan menganggap agama Islam sebagai punca keganasan!. Iran dianggap musuh kerana Iran berupaya mengancam keselamatan Israel..malah jika Malaysia mempunyai keupayaan menghancurkan Israel..berkemungkinan besar..Amerika Syarikat akan memusuhi Malaysia sepertimana tindakan-tindakan yang dilakukan mereka ke atas negara Iran!.

Strategi Obama menjadi apabila mampu melemahkan negara Islam dan memecahbelahkan mereka dengan tumbang nya pemimpin Mesir, Hosni Mubarak dan juga Muammar Gaddafi dari Libya. Kini usaha Amerika Syarikat ialah untuk menjatuhkan kepimpinan Assad di Syria kerana negara Syria juga ancaman kepada rejim Zionis. Negara-negara  Arab yang lain..seperti Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu, Qatar dan Kuwait  yang kaya raya tidak akan memberi bantuan ketenteraan kepada pejuang Hamas di Gaza kerana bimbang segala harta mereka di Amerika Syarikat akan dibekukan. Pemimpin-pemimpin Arab sudah dikaburi dengan kemewahan hingga mereka hanya mampu bermesyuarat..kemudian menghantar resolusi..supaya kekejaman Zionis dihentikan!.Tidak dinafikan mereka akan menyuarakan ketidakpuasan hati..dan menghantar bantuan makanan...kerana itu sahaja kemampuan mereka!.

Lemahnya orang-orang Islam kerana sikap orang Islam sendiri yang suka berpuak-puak dan berpecah belah kerana perbezaan ideologi. Tak perlu tengok keluar negara..nampak di dalam negara betapa sesama orang Islam sanggup mendoakan kemusnahan orang pemimpin Islam lain..sanggup memfitnah..serta menuduh orang Islam lain tidak seIslam kumpulan mereka hanya kerana perbezaan ideologi politik. Ketamakan orang Islam untuk berkuasa menyebabkan mereka menjadi buta...untuk berbaik-baik sesama orang Islam. Sebab itulah orang-orang Islam begitu mudah diperbodohkan..begitu mudah dibuli..begitu mudah diperhambakan oleh kaum lain. Peliknya orang Islam Malaysia nie..sanggup pertahankan orang bukan Islam..yang mengutuk dan menghina agama sendiri..demi kuasa..hingga terlupa bahawa maruah dirinya sudah dipijak pijak dan ditertawakan oleh sekutunya nya sendiri..

Palestin tidak akan bebas..tidak akan aman dan tidak akan menjadi sebuah negara berdaulat seandainya Liga Arab sendiri tidak mempunyai kuasa..tidak berpengaruh dan masih takut serta tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat!. Orang-orang palestin akan terus menderita beratus tahun lagi..selagi negara-negara Arab tidak mampu bersatu dan tidak mampu menentang kerakusan rejim zionis! Sama juga kita di Malaysia..bahawa Melayu tidak mampu bersatu selagi pemimpin mereka masih rakus dan tamak untuk berkuasa. Orang Islam di Malaysia akan terus dikelirukan oleh perjuangan golongan yang sanggup menggadaikan maruah agama sendiri..demi kekuasaan yang diimpikan... 

Maka Awas! Awas!..jangan salahkan orang asing jika Malaysia suatu hari nanti ..kembali dijajah secara fizikal kerana ketika ini pun kita masih dijajah dari segi budaya..cara kehidupan dan juga ekonomi..

Sunday, November 18, 2012

Zionis Vs Islam ..Melayu lwn Melayu

Kesian..memang kesian..bumi Palestin sekali lagi dimandikan dengan darah...warga Palestin di Gaza terus menjadi mangsa kerakusan rejim zionis..yang disokong oleh Presiden Amerika Syarikat! Bumi Palestin..akan terus dimandikan dengan darah warga Palestin...selagi tiada satu kuasa di dunia berani bertindak terhadap kekejaman rejim zionis! Nak harapkan Liga Arab? Tak payah la..Amerika Syarikat sergah sikit jer..pemimpin liga Arab akan kecut! Kalau liga Arab ada keberanian..mungkin rejim Zionis tak la berani sangat dari dulu...sebenarnya..Liga Arab boleh berhentikan ekspot minyak ke Amerika dan negara-negara Eropah..yang menyokong Israel...tapi kerna takut tidak ada duit..pak arab semua kecut pelir nak lawan Israel....semua pemimpin Arab tu bergantung sepenuhnya kepada Amerika Syarikat!!..

Itula senario dan nasib orang-orang Palestin..yang hanya mampu melawan rejim zionis dengan membaling batu..lepas tu minta kesian kat dunia luar...yang hanya mampu membuat demonstrasi dan juga bercakap di Pertubungan Bangsa Bersatu..yang juga di kawal oleh Amerika Syarikat!...namun nasib orang Melayu Malaysia lagi la malang! Malang kerana orang Melayu Malaysia yang beragama Islam..mendoakan kehancuran orang Melayu Islam lain..semata-mata kerana nak kuasa politik!. Itu senario di Malaysia yang jauh aman damai dari bumi Palestin! Kerana politik...kerana kuasa...orang Melayu Islam..sembahyang hajat..mendoakan kehancuran satu lagi kumpulan orang Melayu Islam...hebatnya politik orang Malaysia!!

Kalau la..orang Melayu Islam Malaysia...bersatu..sembahyang hajat...mendoakan kehancuran rejim Zionis...alangkah hebatnya orang Malaysia! Malaysia mengetuai sembahyang hajat..orang Islam seluruh dunia..mendoakan kemusnahan Israel..alangkah hebatnya Malaysia!..tapi sayang seribu kali sayang...pemimpin politik di Malaysia tidak melihat isu Palestin sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia pemain antarabangsa yang hebat! Yang kita mampu buat..menghantar surat bantahan..atau buat demonstrasi aman atau paling koman pun..hantar bantuan makanan kepada penduduk Gaza....yang bukan hanya inginkan makanan tetapi keamanan!

Melayu lawan Melayu di Malaysia..yang untungnya sapa? Apabila Melayu PKR dan Melayu PAS bersatu..atas platform politik...untuk menumbangkan Melayu BN..maka bertepuk tanganlah orang-orang bukan Melayu..dan juga bangsa asing yang ingin melihat Malaysia..tersungkur..dan menjadi hamba. Itulah yang terjadi kepada Mesir, Tunisia dan Libya..apabila orang Arab begitu mudah terpengaruh dengan 'change'..atau revolusi...malahan dunia Arab yang dilimpahi dengan kekayaan dari hasil bumi...tidak mampu menentang akau mengekang kekejaman sebuah kerajaan kecil seperi Israel! Malaysia juga akan menjadi seperti beberapa negara Arab...macam lembu dicucuk hidungnya oleh kuasa besar..kerana Melayu sudah tidak lagi bersatu...

Melayu hari ini sudah terbahagi kepada tiga puak..errr..maaf empat puak!! setiap puak nak perjuangkan kepentingan masing-masing..dengan ideologi masing-masing...dan juga agenda masing-masing! Perpecahan orang Melayu..mungkin akhirnya...menidakkan kata-kata Dato Laksamana Hang Tuah ' tidak Melayu hilang di dunia' ...kerana pastinya Melayu akan hilang pengaruh dan kuasa politiknya apabila Melayu tidak bersatu..Melayu akan hilang identitinya..Melayu akan hilang maruahnya...

Melayu akan menjadi hamba di bumi sendiri...


Monday, November 12, 2012

Politik Dalam Pejabat

Ramai bercakap pasal politik...terutamanya bila nak dekat pilihan raya umum..tapi ramai kakitangan awam dan juga swasta sentiasa berpolitik...politik dalam pejabat...office politics tak pernah ada noktahnya..selagi ada perasaan iri hati, perasaan hasad dengki..perasaan cemburu...

Ramai orang menjadi mangsa kepada office politics nie..orang-orang yang tidak berdosa..orang-orang yang komited bekerja dan tidak tahu erti nak nak mengampu..!! Kaki mengampu di pejabat..banyak sebenarnya..yang terdiri dari golongan manusia yang merasakan diri mereka tahu segala-galanya...pandai buat itu dan pandai buat ini...tetapi hanya secara teori...cakap-cakap sahaja...untuk menunjuk-nunjuk...tetapi bila tanggungjawab dan tugas sudah diserahkan...satu apa pun tak mampu dilaksanakan. Golongan inilah yang paling kuat mengampu bos..paling kuat berhasad dengki dan paling kuat cemburu bila tengok orang lain berjaya. Golongan inilah yang akan berusaha..untuk menyebarkan pelbagai fitnah..memburukkan orang lain..supaya mereka nampak baik di mata bos!! Golongan ini kalau tengok orang naik pangkat...mula nak mencemuh tuduh orang itu mengampu lah..dan sebagainya..tapi bila dia naik pangkat..dengan megah mengatakan itulah hasil usaha dan kebijaksanaan dirinya... golongan ini hanya berani bercakap di belakang..kalau berdepan...manusia lidah bercabang ini akan bercakap lebih manis daripada gula...kerana dalam diri mereka ada perasaan takut yang amat sangat..untuk berhadapan dengan kenyataan.

Kaki mengumpat, kaki mengeji nie...biasanya suka tengok orang lain susah..dan menyusahkan orang lain...kerana kebanyakkan kerja mereka  orang lain yang buat..mereka hanya pandai berlagak sahaja. Bila orang dah buat..boleh komen plak tu!...lagi satu golongan ini suka benar mencari kesalahan orang lain..untuk di highlight depan bos..supaya bos nampak salah orang lain...dan tak nampak keslahan yang mereka buat..cuba perhati dalam mesyuarat..pasti ada sorang kaki komen kerja orang lain...bila bab dia..orang komen.dia mengamuk..mempertahankan habis-habisan...

Orang kaki mengampu...nie satuja aku tabik..tak reti nak malu...atau memang sudah dilahirkan tidak ada perasaan malu dalam diri mereka. Kalau buat salah pun..mereka buat muka lima sen jer..buat bodo..atau pun memang mereka nie bodo..atau tak tahu bahasa!. yang paling tak best office politics nie..bila bos pun sama terlibat..dua kali lima...suka buat keputusan melulu..tak nak pikir panjang..terus marahkan orang lain..tanpa usul periksa. Kadang-kadang keputusan dibuat berat sebelah..bila orang nak buat penjelasan..disuruh tutup mulut...hemmmm..dan senario beginilah yang banyak berlaku di pejabat..tak kira pejabat awam atau swasta! Maka kalau ada bos macam nie..golongan kaki mengampu akan berkuasa dan berleluasa..sebab golongan ini memang bijak dan pandai memanipulasikan keadaan serta situasi semasa..

Orang yang kuat berpolitik dalam pejabat..biasanya nak memperkukuhkan kedudukan mereka supaya mudah naik pangkat..disukai oleh bos...walau pun bos tahu dia tak tahu buat kerja..tetapi kerana dia pandai bodek...boleh cari yang 'mengembirakan' hati bos...no problem..sebab kerja dia orang lain boleh buat.. Orang naik pangkat..dia pun naik juga..sebab...rahsia bos dia dah pegang....he he he...kalau dia tak suka pada seseorang..contohnya seseorang itu satu ancaman kepada kerjaya nya..dia akan buat sesuatu supaya orang itu dipindahkan...lepas tu tunjuk muka simpati...inilah permainan dalam office politics. Persoalan nya sejauhmana kedudukan orang yang suka membuat kacau kepada orang lain boleh kekal? Apabila sudah tiada tempat untuk mengampu lagi...baru lah nampak ..kelemahan-kelemahan golongan kaki office politics..dan kaki mengampu nie.

Kalau nak naik pangkat..naik lah..tiada orang menghalang..tetapi jangan pijak kepala orang lain. Kalau nak berbaik dengan bos...berbaik lah..belanja lah bos..tapi jangan sesekali memburukkan orang lain..jangan sesekali mengatakan perihal orang lain...dan jangan sesekali aniaya orang lain demi nak menjaga kepentingan diri sendiri dalam jabatan!.

Malaysia Semakin Membangun dan Maju?

Tun Dr. Mahathir mengimpikan Wawasan 2020 akan menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020    dan kini hanya tinggal lapan tahun lagi..ke arah itu..walaupun sebenarnya ..Malaysia sudah begitu maju..

Mungkin ramai tak percaya bila aku kata Malaysia sudah begitu maju...sebab ramai tahu masih banyak lagi kawasan yang tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap seperti..kemudahan air bersih, bekalan elektrik 24 jam dan juga jalan raya..sebenarnya aku nak kata kita sudah maju dari segi sikap kita..dan cara hidup masyarakat kita yang sudah jauh berubah..

Malaysia sudah membangun dan maju dari segi sikap biadap dan kurang ajar ..terutamanya kepada ibu bapa dan juga guru..sebab itu lah semakin banyak rumah kebajikan orang-orang tua dibina..kerana semakin ramai ibu bapa ditinggalkan anak-anak di rumah orang-orang tua dalam abad ini. Itu ibu bapa yang dianggap bertuah kerana di hantar anak-anak ke rumah orang tua...bagaimana pula ibu bapa yang ditinggalkan begitu sahaja tanpa dipedulikan oleh anak? Malah ada kes ibu bapa ditinggalkan di tepi jalan..sahaja. Nak salahkan siapa? Anak-anak? Sebenarnya anak-anak tidak bersalah kerana anak-anak mencontohi tauladan yang diajar oleh ibu bapa itu sendiri. Semasa mereka masih kecil, ibu bapa menghantar mereka ke rumah asuhan atau ke rumah penjaga kanak-kanak..atau mengupah amah untuk menjaga mereka..semua makan minum, pakai..diuruskan oleh penjaga rumah asuhan atau amah. Itulah kehidupan mereka seharian, rutin hidup yang mereka jalani sehingga mereka mampu berdikari. Alasan ibu bapa..mereka mencari nafkah..mencari rezeki..terpaksa bekerja kuat untuk kehidupan yang selesa..dan tiada masa untuk menjaga makan minum, pakai..serta membesarkan mereka.. tidak dinafikan mereka beri kasih sayang sepenuhnya..apa sahaja anak mereka minta..semua dapat...jadi..bila anak-anak dah besar dan ada kerja dan keluarga sendiri...mereka pun tak ada masa nak jaga mak bapak mereka..mereka pun nak cari rezeki..kerja kuat..untuk hidup selesa dan senang...dan mereka cukup sayang dengan mak bapak mereka sebab itu mereka (mak bapak) dihantar ke rumah orang-orang tua agar dapat dijaga dengan baik dari segi pakaian dan juga makan minum. Adil kan?

Kurang ajar dan biadap kepada guru? Sudah menjadi norma dalam kehidupan masyarakat hari ini. Dalam tahun 60an..jika seorang murid dirotan oleh gurunya kerana tidak membuat kerja rumah...emak bapak akan tambah lagi hukuman bila sampai di rumah...tapi dunia hari ini..sungguh berbeza...jika perkara itu berlaku hari ini..guru tersebut mungkin disaman oleh mak bapak murid berkenaan atau pasti mendapat balasan daripada murid berkenaan..kenapa semua ini berlaku? Murid sekolah atau pelajar..biadap dan kurang ajar kerana maka bapak sendiri yang terlalu manjakan anak-anak mereka...hinggakan orang lain nak mendidik pun payah. Betul kan?

Budaya sopan santun dah dianggap kolot pada zaman ini!. Tengok la dalam kampung-kampung Melayu..mana-mana ada anak-anak, remaja atau belia yang nak minta izin..membongkok..masa nak lalu di hadapan orang yang lebih tua! Kalau buat macam tu..harus kena gelak..kerana kita sudah membangun dan maju..hingga tak terlarat nak mendidik atau mengajar anak erti kesopanan ..erti kesantunan.atau cara menghormati orang yang lebih tua..terutamanya dalam majlis keraian...kita dah majukan? Sebab itu jugalah tiada segan silu bagi anak-anal lelaki untuk membawa teman wanita nya balik rumah atau anak perempuan membawa teman lelaki balik rumah...kan? sudah menjadi satu trend atau satu budaya hidup...anak-anak membawa girlfren aau boyfren dalam majlis-majlis keluarga..seolah-olah jadi satu kebanggaan pulak kepada ibu bapa zaman ini... kalau ini berlaku pada zaman dulu...aku pasti anak-anak tersebut sudah kena hukum. Salah siapa? Semuanya kerana kita nak maju..kita nak membangun hingga terlupa mendidik anak-anak kita ketertiban dalam masyarakat..konon nya keluarga yang moden..konon nya keluarga yang berpelajaran..konon nya keluarga yang berfikiran terbuka...semua nak buka...kan? Jangan salahkan anak-anak...salahkan diri kita sebagai mak bapak dan juga masyarakat yang sudah lupa untuk menegur!.

Orang Malaysia juga sudah maju...maju dari segi membuat fitnah dan juga membangun dari segi berjaya memecahbelahkan orang Melayu. Dulu nak dengar orang politik Melayu memburuk atau mengaibkan orang Melayu..sukar..tetapi..hari ini tiap hari..pasti ada pemimpin politik Melayu memburuk dan mengaibkan lawan politik mereka..melalui apa sahaja saluran...tidak mustahil orang-orang Melayu..bukan sahaja hilang agama mereka..tetapi juga akan hilang identiti diri mereka...kerana perpecahan dikalangan orang Melayu sudah begitu kronik...maka jangan salahkan bangsa lain jika orang Melayu sekali lagi akan menjadi hamba di bumi sendiri..jangan salahkan orang lain jika Melayu terus dijajah ..dari segi minda dan ekonomi...jangan salahkan bangsa lain..jika Melayu mengemis di bumi sendiri...kerana demi kemajuan..demi pembangunan..Melayu sudah hilang fokus..sudah hilang matlamat semata-mata untuk berkuasa..Melayu UMNO, Melayu PKR dan Melayu PAS sudah tidak mampu duduk semeja membincangkan agenda Melayu...kerana setiap satu mempunyai kepentingan politik masing-masing!. Jadi salah siapa jika Malaysia tergadai ke tangan kuasa asing!





Friday, November 9, 2012

US dah abis pilihanraya..kita bila nak mula?

Obama dah menang pilihan raya Presiden..mengalahkan Mitt Romney. Dalam ucapan nya Romney mengucapkan tahniah kepada Obama kerana berjaya mengekalkan jawatan presiden. Malah beliau mengaku rakyat Amerika membuat keputusan yang tepat dan berharap rakyat akan meneruskan kehidupan masing-masing untuk kejayaan Amerika Syarikat. Itulah kematangan dalam politik yang ditonjolkan oleh orang-orang Amerika Syarikat kepada seluruh dunia yang terpaku beberapa minggu menunggu keputusan pilihan raya presiden yang dikatakan paling sengit dalam sejarah dunia.

Di Malaysia cerita-cerita dan desas desus pilihan raya tahun lepas dah bunyi gendang..sampai lah nak habis 2012 nie...berbagai-bagai spekulasi..bermacam-macam tarikh dikemukakan..pilihan raya tak juga berlaku... kehulu kehilir..ahli-ahli politik melobi..berkempen...tonjolkan diri supaya nampak bekerja untuk rakyat..nak tunjuk kat PM..mereka masih relevan...teruk penjawat awam dibelasah oleh ahli-ahli politik ..semata-mata nak mengurus pelbagai program dan majlis..putting up roadshows to show their commitment and to please the public..to indicate their willingness to work for the people.. bukan dikalangan ahli politik kerajaan.sahaja.termasuk juga pembangkang.. pelbagai isu di rencanakan utnuk di putarkan ...pelbagai masalah di kemukakan sebagai bukti penyelasaian..semua perkara menjadi isu politik...termasuk la karenah anak-anak ahli-ahli politik...menjadi bahan-bahan untuk ceramah...

Semua pihak nak tonjolkan mereka yang benar..mereka yang terbaik...dan sebagai ahli politik itulah cara kehidupan mereka untuk terus survive dalam dunia yang penuh onak duri. Terbaru cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk satu calon satu kerusi (one candidate, one seat) ditentang oleh ahli majlis DAP ..kerana ianya akan merugikan mereka. .amat jelas bahawa setiap calon DAP akan mempunyai dua kerusi, iaitu seorang calon DAP boleh menjadi YB Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri...agar dapat gaji lebih besar..kalau setakat jadi ahli DUN atau Parlimen sahaja mana cukup..belanja besar... mungkin ganjaran itulah yang mendorong ahli-ahli DAP berebut-rebut untuk menjadi ahli YB...fuuuhhhh..gaji sampai RM40 ribu ..sapa tak nak kan? 

Tentang kematangan politik tadi..kalau di Malaysia...memang sukar la nak dengar mana-mana parti politik nak ucap tahniah kepada pihak lawan yang menang. Nak cari kesalahan lagi la banyak...contohnya pakatan rakyat tak akan ucap tahniah pada barisan nasional kerana menang dan berjaya bentuk kerajaan..tetapi cari jalan nak tumbangkan kerajaan dengan mengajak ahli-ahli barisan nasional untuk melompat parti supaya mereka boleh tubuh kerajaan. Begitu juga dengan barisan nasional di negeri-negeri yang kalah...modus operandi sama sahaja..

Paling teruk kumpulan pakatan rakyat yang kalah terus menerus berpolitik dan mempolitikkan apa sahaja untuk memburukkan barisan nasional dan pemimpin politik..menanam kebencian dalam hati rakyat kepada kerajaan...dengan harapan untuk menumbangkan kerajaan sepertimana berlaku yang berlaku kepada Mesir, Tunisia dan juga Libya. Lebih memburukkan keadaan ialah penyertaan NGO's untuk merosakkan nama negara di luar negara..dan memberitahu kepada dunia luar tentang keburukan kerajaan Malaysia dengan harapan negara terbabit akan campurtangan untuk menumbangkan pemimpin kerajaan yang dilantik oleh rakyat. Taktik kotor sebegini tidak pernah berlaku di Amerika Syarikat..dalam pilihan raya Presiden mereka..malah kumpulan yang tidak setuju dengan Obama sekalipun tidak akan sanggup menggadaikan maruah dan mengkhianati Amerika Syarikat. 

Lain pula di negara kita...pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin-pemimpin NGO's yang tidak sehaluan dengan kerajaan akan berusaha keras untuk memburukkan nama baik pemimpin negara serta dasar kerajaan..sanggup mengkhianati bangsa dan agama sendiri demi untuk mendapatkan kuasa..mereka sangup melobi negara-negara yang dianggap kuasa dunia..supaya membenci kerajaan pimpinan lawan yang telah dipilih rakyat..alangkah malangnya Malaysia..kerana masih ada ahli politik yang rakus berpolitik hingga sanggup mengorbankan maruah negara sendiri demi kuasa. Pemimpin-pemimpin politik pembangkang sanggup mengajak orang luar campurtangan dasar negara...malah tidak segan silu membawa diplomat asing untuk turut sama berdemontrasi menentang kerajaan yang didaulatkan oleh rakyat. Demi kuasa juga ada pemimpin politik sanggup gadaikan agama sendiri...

Maka kemana hala tuju Malaysia jika ada pemimpin-pemimpin yang tidak henti berpolitik ...senadainya mereka menang nanti..adakah mereka akan memberi tumpuan kepada soal pembangunan negara, pembangunan ekonomi..atau berusaha mencari salah pemimpin terdahulu dengan hasrat untuk membalas dendam kesumat yang terpendam sejak sekian lama? Apakah segala sumber kerajaan nanti dihabiskan untuk mencari keadilan semata-mata demi mencapai matlamat peribadi atau dihabiskan untuk kemajuan negara?