Chong
Jien Jen, Pengerusi DAP Sarawak menyelar tindakan Tok Nan menyekat kemasukan
ahli politik pembangkang dari Semenanjung ke Sarawak. Menurutnya tindakan Tok
Nan tidak munasabah dan salah dari segi undang-undang. Pengerusi PKR Sarawak
juga berpendangan yang sama dengan Chong malah beliau mempersoal tindakan Tok
Nan dengan berkata ‘apa yang perlu ditakutkan jika beliau sudah melakukan kerja
yang baik sebagai Ketua Menteri’?. Dari dua pandangan tersebut nampak jelas DAP
dan PKR sangat-sangat mengharapkan bantuan dan sokongan daripada regu mereka
dari Semenanjung. Ramai dikalangan rakyat Sarawak sangat bersetuju dengan tindakan
Tok Nan selepas melihat gelagat dan tingkahlaku beberapa pemimpin DAP dan PKR
semasa berkempen di Sarawak dalam PRN ke-10 lalu. Budaya mengherdik, membuat
bising, berteriak seperti sudah sebati didalam diri mereka. Budaya ‘kesamsengan’
yang sebelum ini terbatas di semenanjung mula meresapi penyokong-penyokong
mereka. Mungkin ada yang mengatakan orang Sarawak ini tidak terdedah dengan
dunia luar dan perkembangan politik di luar..tetapi jika itulah budaya
berkempen yang ingin di kembangkan oleh DAP dan PKR.. maaf laa .. ianya amat
tidak bersesuaian sekali..
Mengambil
contoh apa yang berlaku baru-baru ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching,
apabila ADUN Stampin Tan Kok Ping dari DAP yang menunjuk kuasa dan berlagak
seolah-olah seluruh Stampin adalah milik dirinya dan dibawah kuasanya sehingga
cuba memasuki kawasan larangan. Apabila beliau dihalang beliau berkata "Ini kawasan Stampin kah? You cakap
saya, kawasan ni YB siapa? Kawasan ni siapa YB? Saya, YB Saya, Saya YB Parlimen
kawasan ini...tertakluk pada akta parlimen, saya boleh menjalan tugas
saya....""Im telling you now ... I'm the YB of this area!!" Tak pernah pun sebelum ini ada YB pembangkang
bersikap sedemikian, walaupun YB Chiew Chiu Sing seorang ahli DAP yang telah
lama menjadi ADUN pembangkang di Sarawak ..masih lagi mampu menghormati
undang-undang dan peraturan yang perlu dikuatkuasa oleh pihak yang
bertanggungjawab. Justeru apakah jaminan daripada Pengerusi DAP Sarawak dan
Pengerusi PKR Sarawak, bahawa rakan-rakan mereka dari Semenanjung seperti Rafizi
Ramli, Nurul Izzah, Tian Chua, Teresa Kok, Mohammad Sabu atau Tony Pua tidak
akan menimbulkan atau mencetuskan situasi yang boleh menjejaskan keamanan dan
keharmonian rakyat semasa kempen pilihan raya negeri nanti. Nang pasti sikda
gerenti kata orang Sarawak sebab masing-masing akan berusaha untuk menyokong
mendokong objektif parti masing-masing untuk memenangi pengundi.
Kalau
kita melihat kepada sekatan Tok Nan tidak terhad kepada geng-geng DAP, PKR,
Amanah atau PAS sahaja malah ada beberapa pemimpin UMNO berkemungkinan besar
tidak dibenar masuk atas alasan sering mengemukakan pandangan yang rasis yang
boleh menjejaskan keakraban, keharmonian dan kesepaduan masyarakat Sarawak yang
tidak pernah mempertikaikan kepercayaan keagamaan masing-masing apatah lagi
mempertikaikan amalan budaya hidup masing masing selama ini. Justeru, DAP dan
PKR tidak perlu gusar kalau betul mereka sehebat, sekuat yang mereka katakan,
kenapa perlu takut dengan sekatan kemasukan rakan-rakan dari seberang. Jika DAP
dan PKR mengatakan Tok Nan tidak adil, adilkah bagi DAP untuk mengutuk bangsa /
etnik lain dalam kempen mereka sepertimana yang dilakukan oleh YB Violet Yong
baru-baru ini yang mengutuk kaum Melanau dan kaum Dayak? Malah Tok Nan membuka
ruang untuk kaum Cina di Sarawak dengan menyediakan pelbagai bantuan dan mengiktiraf
UEC sebagai syarat untuk mendapat pekerjaan dalam pentadbiran negeri Sarawak
dan juga ke institut pengajian tinggi dalam 50 Prinsip dan Tindakan beliau. Tok
Nan tidak meminggirkan kaum Cina dan mahukan kaum Cina dianggap sebagai anak
negeri Sarawak dan bukan pendatang. Apakah tindakan itu tidak adil kepada kaum
Cina?
Belum
berkuasa gik dah dak DAP nunjuk kuasa .. mun daknya dah berkuasa apa nak jadi
dengan bangsa kita u u …. semua peraturan undang-undang dilanggar daknya kali ..