Betul apa yang aku tulis sebelum ini bahawa ramai sudah
melobi untuk menjadi calon Yang Berhormat .. bila CM Denan mengumumkan beberapa
nama yang akan bertanding dalam PRN Sarawak yang ke 11 nanti. Banyak
spekulasi-spekulasi mengenai pemimpin lama yang akan bersara dan di ‘bersarakan’
.. dan ada pemimpin lama yang seolah-olah tidak mahu ‘melepaskan’ kuasa mereka
..malah ada yang sudah mula turun padang .. walhal sebelum ini sentiasa sibuk
..tiba-tiba ada masa untuk ke hulu ke hilir menjijit beg.. bersingsing lengan
..membantu masyarakat kawasan ... ada pula yang belum lagi tentu di pilih
sebagai calon pun..penyokong nya pula sudah menggelar mereka sebagai Yang
Berhormat ... begitulah gelagat-gelagat ..kadang-kadang si empunya diri tak
tahu apa-apa tetapi penyokong nya pula terlebih sudah... ada juga yang
berangan-angan dipilih .. dan heboh mengisytihar dirinya sebagai calon terbaik
... malah pasangan nya pula mula bercakap sana-sini mengatakan si suami akan
dipilih bertanding sebagai calon parti ... begirulah karenah yang merasakan mereka bakal menjadi calon ..
Belum pun ‘peperangan’ antara parti-parti BN dan Pakatan
bermula .. peperangan intra parti sudah lama berlaku . Ketegasan CM Denan
menyuarakan pandangan terhadap tuntutan-tuntutan parti-parti komponen yang
mengisytiharkan kawasan-kawasan tertentu milik mereka ..sedikit sebanyak pasti
akan mencetuskan pelbagai reaksi tidak senang hati dikalangan parti-parti
komponen seperti SPDP dan SUPP. CM Denan pasti bertegas untuk meletakkan calon
dari TERAS dan UPP yang dilihat lebih berpeluang menang berbanding calon-calon
dari SPDP dan SUPP yang dilihat agak ‘kurang berpengaruh’ di kawasan-kawasan
yang mereka katakan hal milik mereka. Peperangan intra parti agak unik kerana
secara rasminya TERAS dan UPP tidak pernah diisytihar atau diumumkan sebagai
komponen parti dalam BN hanya sebagai ‘BN Friendly’.. kita lihat apa berlaku
selepas Dewan Undangan Negeri di bubarkan nanti . ‘Peperangan’ dalaman parti
pun sudah bermula .. kerana setiap ahli merasakan diri mereka layak dicalonkan
berdasarkan pengorbanan mereka terhadap parti, berdasarkan kedudukan mereka
dalam parti dan ada juga yang berdasarkan kekananan mereka dalam parti. Di
Balingian, dua set penyokong sedang ‘berperang’ menentukan siapa yang lebih
baik ..walaupun CM Denan belum lagi membuat pilihan. Kedua-dua penyokong saling
‘mengangkat’ calon mereka ..mengatakan yang terbaik sebagai calon Balingian.
Kita pasti ada ramai calon yang terbaik untuk Balingian .. tetapi siapa ..
hanya CM Denan yang boleh putuskan..justeru kepada kedua-dua penyokong..elok
berhenti membuat pelbagai andaian serta memberi tekanan kepada pucuk pimpina
parti kerana ianya tidak baik untuk parti secara keseluruhan dan berkemungkinan
besar boleh mencetuskan ketidak senanghati akhirnya berlaku perpecahan yang
boleh merugikan parti. Jangan jadi seperti Negeri Kedah yang secara sinisnya
memaksa dan memberi tekanan kepada YAB PM untuk memecat dan menyingkirkan
Mukhriz Mahathir sebagai MB .. sebab mesej jelas yang di sampaikan oleh
kumpulan tersebut ialah ‘kalau PM tak ambik tindakan dan mendengar rayuan
mereka, mereka tidak akan menyokong PM’ ..itulah mesej yang tersirat .. maka
jangan letak kepimpinan negeri Sarawak dalam situasi yang sama .. pastinya ia
merugikan banyak pihak.
Di beberapa kawasan pendalaman, beberapa pemimpin veteran
dispekulasikan akan ‘mengundur diri’ sebagai calon ..tetapi nampaknya ia hanya
spekulasi kerana mereka semakin hebat membuat lawatan ke kawasan-kawasan.
Respon dari netizen amat negatif terhadap mereka dengan mengatakan ‘sudah tiba
masa mereka untuk berundur’ kerana berundur dengan cara terhormat akan meningkatkan
lagi penghormatan masyarakat kepada mereka, seperti mana yang dilakukan oleh YB
Datuk Joseph Mauh dari PRS. Pemimpin yang sanggup melepaskan ‘kuasa’ dan
berundur dengan keinginan sendiri adalah pemimpin yang terhormat dan cukup disenangi
oleh rakyat. Moga-moga lebih ramai pemimpin kita bersikap sedemikian rupa. Kalo
orang mengatakan kenapa CM Denan masih perlu bertanding..jawapan nya mudah ...
Sarawak masih memerlukan kepimpinan beliau .. kerana sejak mengambilalih tampok
kuasa kepimpinan negeri Sarawak, beliau telah membuktikan kepada rakyat beliau ‘walk
the talk’ dan banyak melakukan perubahan positif serta kemajuan untuk negeri
Sarawak dan rakyatnya. Antara nya ialah ketegasan beliau untuk meningkatkan
integriti dikalangan penguatkuasa undang-undang terutama dari segi pembalakan
haram, kemasukan pendatang tanpa izin yang selama ini ‘bermaharajalela’ ...
selain itu CM Denan juga berani menyuarakan tuntutan rakyat yang selama ini terpendam, iaitu
20% royalti minyak yang dihasilkan di bumi Sarawak .. dan juga autonomi .. 52
tahun sudah kita bersama menubuhkan Malaysia..inilah pemimpin pertama yang
berani menyuarakan apa yang anak-anak Sarawak sering perkatakan .. bukan nak
membodek kerana inilah kenyataan... maka berilah peluang sekali lagi untuk CM
Denan terajui kepimpinan negeri Sarawak ... agar negeri lebih berdaya saing dan
maju .. OOOOh haaa ...
Gendang perang sudah berbunyi tapi janganlah berperang
sesama sendiri..kelak yang rugi..kita sendiri ...