Lama
juga aku tak menulis entri dalam blog aku ini .. bukan lah kerana kesibukan
kerja tapi terasa kemalasan untuk menulis dengan pelbagai isu yang sering
berlegar di ruang media, samada media cetak, elektronik dan juga media sosial. Hari-hari
perkara yang sama dibangkitkan oleh media sehingga membangkitkan ‘kemuakan’
kepada pembaca seolah-olah isu itu sedang ditanam ke dalam minda masyarakat.
Sebuah stesen TV hamper setiap malam membuat ‘pendedahan’ yang dulunya
dikatakan ‘tidak benar’ oleh seseorang yang sudah ditahan pihak berkuasa. Teori
‘pengulingan kerajaan’ dimainkan, dikipas dan diapikan seolah-olah negara ini
sedang ‘chaos’ atau terlalu bercelaru sehinggakan memerlukan media arus perdana
untuk merungkaikan segala-galanya. Apakah peranan media sebenarnya ? Adakah
untuk menjadi ‘investigator’ atau sebagai ‘whistleblower’ atau penyebaran
maklumat atau ‘pendedahan teori’? Atau semata-mata membuat spekulasi bagi
melemparkan satu tuduhan yang belum pasti ? Aku juga hairan bagaimana ahli
politik yang kita pilih untuk memastikan kehidupan kita lebih sejahtera, makmur
dan maju, terus berpolitik, berpolitik dan berpolitik sedangkan isu yang perlu
mereka tangani pada ketika ini ialah bagaimana memastikan rakyat tidak dibebani
dengan harga barang keperluan harian yang semakin meningkat. Aku baca ada
menteri mengatakan akan memastikan harga barang harian diturunkan .. sudah diturunkan
belum ? Tapi seminggu
sekali aku ke pasar borong, harga nya semakin naik..
Isu kedua GST. Pada aku tiada masalah kerajaan
melaksanakan GST tapi jangan la dikenakan kepada rakyat. Peliknya GST dikenakan
oleh semua penjual kepada rakyat samada peniaga itu berdaftar atau tidak dengan
pihak berkuasa. Malah ada kedai yang kenakan ’double’ kepada pelanggan , GST
pun kena, cukai perkhidmatan 5 peratus pun kena. Inilah yang menjadikan rakyat
marah dan keliru. Ada juga yang berpendapat kenapa GST dikenakan 6 peratus, kenapa
tidak 2 atau 3 peratus ? Peniaga tepi jalan pun dah naikkan harga, kononya GST.. he he he .. aku tak
salahkan mereka mengambil peluang .. kerana sejujurnya adakah pemantauan yang
ketat dilaksanakan ? Jika ada kenapa begitu bebas, pekedai, warung dan juga
kiosk mengenakan GST kepada pelanggan walaupun mereka tidak berdaftar? Apakah pihak
berkuasa menunggu pelanggan untuk membuat aduan? Jika itu modus operandinya,
apa kaedah pelanggan nak buat aduan dengan segera dan diambil tindakan segera
oleh pihak berkuasa? Melalui ’mobile apps’ ka atau melalui saluran emel,
telefon atau mengadu terus melalui saluran konvensional? Semua ini tidak
diperjelaskan oleh pihak yang bertanggungjawab semasa mereka melaksanakan GST.
Bukan nak mengkritik cuma ingin mencadangkan agar pihak berkuasa menyediakan
satu saluran yang ’user-friendly’ kepada pelanggan atau pengguna untuk membuat
aduan segera secara ad-hoc tanpa perlu melalui pelbagai peringkat, contohnya ’mobile
apps’ yang mudah diakses oleh pengguna atau pelanggan. Ianya mungkin mahal
dalam istilah pihak bertanggungjawab tetapi efektif untuk memastikan tiada
penipuan atau kesempatan diambil terhadap pelanggan oleh peniaga, peruncit,
pekedai atau penjual dengan alasan GST. Ianya juga boleh menyelamatkan maruah
kerajaan, membersihkan imej kerajaan serta mengurangkan persepsi buruk terhadap
kerajaan yang dikatakan membebankan rakyat. Jika maklumat yang tidak sahih
boleh disebarkan dengan cepat kerana kecanggihan teknologi hari ini, maka
kelebihan kecanggihan teknologi boleh digunakan untuk memudahkan rakyat membuat
aduan, akses kepada kerajaan yang sepatutnya terkandungkan dalam MERAKYATKAN
PERKHIDMATAN AWAM. Kenapa takut berbelanja untuk menyediakan satu perkhidmatan
mudah, ringkas yang boleh membaik pulih persepsi rakyat terhadap kerajaan.
Isu ketiga berkaitan dengan patriotisme. Macam-macam
teori dan aktiviti diadakan bagi meningkatkan patriotisme rakyat terhadap
negara, kempen, adverts, lagu ..entah apa lagi tapi pernah kah kita membuat
kajian yang menyeluruh? Adakah kurangnya orang mengibarkan Jalur Gemilang di
premis, di kenderaan satu indikator bahawa rakyat negara ini semakin kurang
nilai patriotisme nya terhadap negara? Jika jawapan nya YA, apakah solution
nya? Jabatan Penerangan Malaysia, contohnya sudah berusaha dengan penuh
komitmen mengadakan kempen Jalur Gemilang sejak 15 tahun yang lalu .. dengan
pelbagai aktiviti termasuk Kembara Merdeka Jalur Gemilang sebagai aktiviti
kemuncaknya .. namun sehingga hari ini, semakin kurang rakyat mengibarkan Jalur
Gemilang di kenderaan mereka ? Begitu juga di premis-premis persendirian, rumah
dan juga syarikat swasta.. hinggalah sebuah pihak berkuasa tempatan terpaksa
memberi amaran kepada pemilik premis / kedai agar mengibarkan Jalur Gemilang
jika ingin lesen perniagaan mereka di perbaharui.. hingga ke tahap itu .. dan
itulah persoalan aku. Aku bertanya dengan rakan-rakan, apakah ianya salah
sistem pembelajaran kita atau salah pandangan kita ? Di sekolah ada pendidikan
sejarah dan sivik, malah dalam setiap perhimpunan ada lagu Negaraku dan juga
ikrar Rukun Negara .. dimana silap kita ? Atau perlukan pihak berkuasa
menguatkuasakan undang-undang untuk memastikan setiap rakyat di negara ini
mengibarkan Jalur Gemilang di premis kediaman, premis perniagaan dan juga
kenderaan, iaitu enforced patriotisme supaya ianya menjadi satu budaya
dalam masyarakat Malaysia. Pun begitu pada aku, semuanya adalah kerana sikap
kita yang suka bersikap sambil lewa terhadap kebebasan dan keamanan yang kita
nikmati hari ini. Kita
bercakaran dan bertelagah sesama sendiri, yang mana betul dan yang mana salah,
yakni Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.. sejarah membuktikan Malaysia TIDAK
PERNAH dijajah kerana Persekutuan Malaysia lahir pada 16 September 1963. Tetapi
kita lupa bahawa negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak pernah di jajah
dan kita dibebaskan dari penjajah oleh pejuang-pejuang bangsa yang mengorbankan
diri mereka, mengorbankan harta benda mereka demi mencapai kebebasan dan
keamanan. Apa salahnya kita menyambut kemerdekaan itu sebagai satu kesyukuran
nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa melalui pejuang-pejuang kita dan kita
RAIKAN bersama kelahiran sebuah negara yang bernama MALAYSIA .. menjadikan kita
satu keluarga, satu bangsa walaupun dari pelbagai etnik, walau mengamalkan
pelbagai budaya hidup, pelbagai kepercayaan dan anutan ...
Aku nak petik kata-kata dari Ustaz Kazim Elias dalam satu
ceramah negara yang aman akan memberi
rezeki kepada rakyatnya, negara yang aman akan menjadi negara yang maju.