Aku
sangat suka dengan tema Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa kerana ia merupakan
satu usaha untuk menyatupadukan rakyat yang sudah mula berpecah belah akibat
fahaman politik yang keterlaluan serta sikap ekstrimisme yang semakin menjadi-jadi.
Berdasarkan tema #SehatiSejiwa ianya ‘cerminan
ruh kesepaduan, kesefahaman dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia
Negara yang tercinta’. #SehatiSejiwa juga garapan untuk ‘setiap lapisan masyarakat Malaysia akan
terus menyatupadu kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur
keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran’. Jika aku amati
benar-benar dua pernyataan itu.. hati aku berbunga-bunga penuh dengan
kebanggaan … syukur Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia ..
pun begitu aku masih rasa terkilan ..kerana masih wujud manusia yang hidup
dalam tempurung..dikelilingi hutan dara … hingga tak sedar negeri Sarawak dan
Sabah itu juga sudah membangun .. seiring dengan tanah Malaya .. walaupun tidak
se gah … masih ada lagi yang tidak henti-henti menghina, mencerca kehidupan
anak peribumi Sarawak dan Sabah .. menghina negeri ..adat dan resam budaya yang
diamalkan .. rasanya aku dah buat laporan polis banyak kali jugak .. tapi … aku
nie hanya orang kecil..orang jalanan … nie ada daknya nak ambik peduli …. (mana
ada orang nak ambil tindakan).. aku pun tak tau nak kata apa kepada jenis
golongan manusia yang suka membuat onar dan kekecohan sebegini .. adakah mereka
benar-benar tidak tahu disebabkan kedunguan ..kebebalan dan kebodohan mereka ..
atau mereka sengaja ingin membuat provokasi terhadap anak-anak peribumi Sabah
dan Sarawak ?? .. apapun.. bagi aku mereka hanya parasit yang kecil bilangan
nya berbanding jutaan manusia yang lebih bertamadun …
Pada
aku #SehatiSejiwa diperlukan dalam negara ini kerana semakin ramai yang
bersikap terlalu taksub dan ekstrim hinggakan setiap inci pergerakan dan
perbuatan dikaitkan dengan keagamaan .. malah ada yang cukup bahlul dan paloi
(bahasa Sarawak untuk bodoh) mengaitkan senaman ringan sebagai usaha untuk
mengkristianisasikan pelajar-pelajar Islam!! Begitu ekstrim dan pendeknya akal
manusia ini sehingga sebuah Salib di gereja dikatakan boleh menganggu gugat
akidah anak-anak mereka ..hanya dengan melihatnya!! Aku setiap hari melihat
Salib dalam perjalanan ku berulang alik dari sekolah dari Darjah Satu … dan
kemudian mengajar sebagai guru sementara dalam sebuah gereja (kerana kekurangan
tempat di sekolah berkenaan) selama setahun .. dan memasuki gereja bersama
rakan-rakan Kristian … tidak sekelumit pun perasaan ku terganggu .. atau timbul
keinginan untuk menukarkan agama ku !! .. kerana aku pasti sudah tercatit dalam
Rukun Negara yang setiap hari dilafazkan dari Darjah 1 hingga tamat
pengajian..hingga ke hari ini … diucapkan Belief
In God ..Kepercayaan Kepada Tuhan yang
secara mudahnya mengatakan Ugama Islam Ugama Rasmi Persekutuan tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan di negara ini . Kenapa kita perlu takut pada
agama atau kepercayaan orang lain? Rapuhnya pegangan kepercayaan seseorang itu
jika iman dan akidahnya boleh goyah hanya semata-mata melihat salib .. atau
melihat sebuah gereja dalam kawasan mereka… sikap ekstrimisme inilah yang
sepatutnya dibendung ..oleh pihak yang bertanggungjawab.. agar tidak wujud
kumpulan ekstrimis yang sengaja ingin memporak perandakan masyarakat kita …
sikap pelampau yang sentiasa melihat ancaman dari agama lain .. sedangkan yang
melemahkan akidah dan memporak perandakan iman mereka ialah kelemahan mereka
sendiri .. sepertimana sebahagian daripada masyarakat kita yang sering
menyalahkan cara wanita berpakaian menjadi penyumbang kepada jenayah rogol …
bukan kah satu pandangan atau persepsi yang ekstrim… walhal jenayah rogol
berlaku kerana seseorang itu gagal mengawal atau menahan nafsu serakah mereka
.. sehinggakan bayi berumur 3 tahun pun boleh nampak seksi dan menghairahkan ..
dan menjadi mangsa kebuasan nafsu mereka …
Maka
roh kesepaduan #SehatiSejiwa perlu diperkukuhkan …. dengan setiap dari kita
menerima dan menghayati apa erti sebenar #SehatiSejiwa .. sepatutnya sudah
tidak ada lagi ungkapan seperti ‘selamat datang
ke Malaysia’ ..oleh rakan dari tanah semenanjung kepada rakan dari Sarawak
atau Sabah .. atau ucapan seperti ‘seluruh
Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak’oleh penyiar atau mana-mana pihak yang
membuah hebahan… setiap warga harus dididik di peringkat awal lagi apa itu
Malaysia … dan bagaimana Malaysia itu sebuah negara yang wujud dari gabungan
tiga wilayah, yakni Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak .. dan pihak
berwajib perlu berusaha untuk menjadi hari sambutan kemerdekaan itu ditetapkan
pada hanya satu tarikh sahaja ..iaitu kewujudan Malaysia. Roh kesepaduan ini
perlu diterapkan .. bermula diperingkat Tadika lagi … penyatuan perlu bersifat
universal agar generasi akan datang lebih terarah kepada pembinaan negara
bangsa yang satu .. dan bukan berlandaskan ethnic, budaya atau keagamaan ..
kerana sesungguhnya .. masih ramai warga negara ini yang sangat sayangkan
Malaysia … Negara ini tidak memerlukan golongan ekstrim dalam apa jua bentuk
pun..samada agama, bangsa ataupun politik .. negara ini milik kita semua dan
bukan milik satu kaum sahaja.. boleh dikatakan 99 peratus daripada kita lahir
disini .. samada Melayu, Cina, India, Melanau, Iban, Kadazan, Murut dan
sebagainya …. Tidak perlu lagi diagung-agungkan tempat asal nenek moyang kita
dulu.. kerana sebenarnya .. Malaysia inilah satu-satunya negara kita … Malaysia
Tanah Airku ..