Aku
pun tak tau nak mulakan di mana kerana terasa lama benar aku tak menulis.. nak
kata sibuk tu tak juga.. tapi ada sesuatu yang tidak begitu menyenangkan hingga
timbul kemalasan untuk menulis..mencoret di laman blog aku ini … pun begitu
kebelakangan ini negara kita dibanjiri dengan pelbagai isu, dari 1MDB
..hinggalah ke perbalahan antara dua tokoh kepimpinan negara .. dan ditambah
sedikit perasa oleh pengomen-pengomen, penjilat-penjilat, pembodek-pembodek …
maka pelbagai persepsi, diskripsi dapat kit abaca saban hari .. yang menyokong,
yang tak sokong dan juga yang ada pandangan sendiri .. bagi aku mudahnya ..
ialah negara kita semakin diancam ambang perpecahan dan juga perubahan peneraju
pemerintah .. tetapi paling pedihnya ialah peranan sebuah syarikat media yang
amat berpengaruh untuk ‘memusnahkan’ satu industri otomotif negara gara-gara
benci dengan kepimpinan dalam industri otomotif tersebut .. sungguh kasihan
kerana selepas berpuluh tahun, akhirnya orang Melayu menghancurkan industri yang
dibina oleh orang Melayu sendiri .. memang benar apa yang dikata ‘melayu mudah
lupa’ dan musuh melayu ialah melayu sendiri..bukan kaum lain.
Keghairahan
menyerang Tun Mahathir menyebabkan mereka lupa bahawa nama PROTON terhasil dari
perkataan Perusahaan Otomobil Nasional, sebuah industri yang menjadi kebanggaan
negara satu ketika dulu … yang membuat kereta Proton SAGA, SATRIA, PERDANA,
WAJA, WIRA, PREVE, SUPRIMA, EXORA dan sebagainya .. malah dengan kebijaksanaan
kepimpinan PROTON, negara mampu menguasai jenama LOTUS yang amat terkenal di
seluruh dunia .. kewujudan PROTON telah memberi peluang untuk golongan
sederhana di negara ini memilki sebuah kereta.. untuk kegunaan keluarga ..
kerana ramai lagi tak mampu nak beli kereta impot … sedihnya bila ada golongan
yang dibantu seperti pemandu teksi dijadikan bahan untuk memburukkan jenama
nasional .. sedangkan pemandu teksi ini lupa..buat-buat lupa .. bahawa dengan
memandu teksi jenama PROTON inilah mereka menyara hidup isteri dan anak-anak
mereka .. tetapi kerana menerima upah sanggup memburukkan jenama PROTON ..
lupakah mereka darimana datangnya duit yang mereka perolehi kalau bukan dari
hasil tambang teksi jenama PROTON?? … dari mana datangnya duit untuk beli makan
minum pakaian dan juga tambung pembelajaran mereka kalau bukan dari teksi
jenama PROTON?? … kalau dah buruk sangat PROTON tu ..belilah kereta jenama
lain, NISSAN, TOYOTA, HYUNDAI, KIA, MAZDA ..malah kalau dah mampu sangat beli
la MERCEDES!!! Tak payah guna PROTON … tengok berapa kos penyelenggaraan nya
nanti!!! …
Bukan
aku nak membela Tun M atau pun PROTON .. tapi ingat kata orang dulu kala , bila marah tu biar la berpada-pada … jangan
sampai satu ketika menjilat balik apa yang diludahkan .. DS Najib dan Tun M
tu ..dua-duanya pemimpin yang disayangi ramai .. ada pengikut..ada penyokong
masing-masing … bila satu hari nanti mereka berbaik-baik semula.. tak kan
pemandu-pemandu teksi tu pulak dijadikan ‘boneka’ untuk kata jenama PROTON tu
terbaeeek pulak!! … nak bodek .. nak jilat tu ..biarlah berpadanan jangan
sampai merosakkan industri otomobil negara yang telah memberi pekerjaan dan
bisnes kepada ratusan ribu anak Malaysia … jika industri itu berkubur …
pencacai-pencacai nie tanggung mereka?? Dalam tempoh 30 tahun ..PROTON masih
lagi terkapai-kapai nak bersaing dengan jenama terkenal dunia … apatah lagi
jika ada pulak orang Melayu sendiri ‘bunuh’ jenama tersebut … terus padam la
nanti
Orang
yang merangka strategi untuk membunuh karekter Tun M tu tak terpikir ka …
sumbangan-sumbangan Tun M kepada negara ini .. ya aku akui memang benar Tun M
serang DS Najib … tapi jika begitu lah caranya … orang semakin ramai membanding
sumbangan kedua-dua pemimpin kepada negara … dan jika dikira dari sumbangan
fizikal negara ..memang Tun M mendahului … dan ini dilihat oleh golongan
muda..Generasi Y yang kagum dengan apa yang sudah dilakukan oleh Tun M untuk
negara ini … bagi aku kedua-dua pemimpin ada kekuatan dan kelemahan
masing-masing … dan DS Najib ada sumbangan yang kita tidak boleh nilai dari
segi fizikal … contohnya BB1M.. iaitu baucer buku 1Malaysia yang sangat-sangat
membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk menyediakan apa jua keperluan
anak-anak mereka yang masih bersekolah .. yang tak ada di zaman Tun M.. contoh
kedua ialah kemudahan pinjaman PTPTN .. yang amat melegakan ramai ibu bapa
apabila menghantar anak belajar ke peringkat tertinggi .. Diploma atau pun
Ijazah .. semua ini tidak ada di zaman Tun M .. walaupun dari segi pemberian
BR1M aku tidak berapa setuju kerana penagagihan duit itu tidak menepati sasaran
sebenar dan ada yang memanipulasikan pengagihan tersebut … selain daripada itu
.. banyak juga tumpuan diberikan kepada kawasan luar bandar dan pendalaman
dimana peruntukkan pembangunan memberi peluang negeri-negeri Sarawak dan Sabah
untuk sama-sama membangun secara fizikal dengan negeri-negeri di Semenanjung..
satu onus kepada penduduk-penduduk di kedua-dua negeri tersebut … kelemahan
utama di zaman DS Najib ialah … semakin ramai ‘orang dalam’ yang tidak amanah
.. dan menyebarluas maklumat kepada orang luar .. tetapi tidak pernah diambil
tindakan di bawah OSA.. Akta Rahsia Rasmi … dengan kepantasan internet dan
sebarang maklumat di zaman ini.. DS Najib memang Nampak vulnerable berbanding zaman Tun M dimana sesiapa yang melanggar OSA
pasti dikenakan tindakan yang berat dan sewajarnya ..ditambah pulak dimasa
itu..tiada internet … telefon mudahalih pun masih sebesar bateri kereta …
Bagi
aku… berilah peluang DS Najib bersemuka dengan Tun M secara empat mata seperti
kata YB Tuan Khairy Jamaluddin .. tanpa campur tangan pihak ketiga .. biar
mereka berbincang ‘one to one’ … mungkin apa yang diinginkan kedua-dua pihak
dapat dicapai dengan sebaiknya .. persepsi masyarakat selalu dibentuk oleh
cerita-cerita media social yang tidak tahu darimana punca nya .. mungkin juga
dipanaskan atau di api-apikan dengan cerita-cerita dari pakar strategi pihak
lawan ..yang inginkan perpecahan .. jangan lupa .. Malaya dijajah kerana ‘orang
dalam’ bertelagah dan membawa masuk orang luar untuk perbetulkan keadaan..dan
akhirnya orang luar yang memerintah.. sama juga dengan Sarawak … dimana James
Brooke menjadi Rajah disebabkan pemerintah tidak mampu menangani masalah
dalaman hinggakan Sarawak menjadi sebuah negara kepunyaan seorang pelayar
Inggeris dan keluarganya … itu cerita lama yang seharusnya menjadi tauladan dan
panduan semua … jangan diungkit kenapa Melaka yang hebat boleh runtuh .. jangan
ditanya kenapa Singapura menjadi milik orang lain .. dan jangan ditangisi kelak
jika Malaysia bukan lagi milik kita ..
#sehatisejiwa
#ayuhMalaysiaku.