Wawancara
Bersama Ketua Sarawak di RTM baru-baru ini menunjukkan ‘the real side of’ TS Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak ke-4
setelah 32 tahun .. di keseriusan wajah yang dipenuhi pengalaman … terselit
kelucuan seorang pemimpin negeri yang pernah mengalami suka duka pahit manis
sebagai ahli politik negeri Sarawak. Permainan politik yang dipenuhi sepak
terajang .. puji pujian dan juga kesetiaan … TS Adenan Satem kini berada di
singgahsana kuasa yang diidam idamkan oleh setiap ahli politik … iaitu
kedudukan sebagai Ketua Menteri Sarawak .. seperti cerminan katanya ‘amat berbeza menjadi seorang Ketua Menteri
dengan seorang menteri biasa dimana Ketua Menteri mempunyai lebih banyak kuasa’
apabila ditanya oleh pengacara apa
perasaan TS Adenan apabila dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke-4. Dalam
keseriusan wajahnya terpacul jua kelucuan nya .. Eh ? Rupanya aku Ketua Menteri Sarawak .. ekoran dari kebiasaan nya
menunggu ketibaan Ketua Menteri sejak 30 tahun yang lalu dalam acara-cara rasmi
negeri ..
Semasa
menyampaikan ucapan aluan di majlis perasmian UTC Sarawak baru-baru ini, TS
Adenan tidak membaca teks yang disediakan sebaliknya menyampaikan hasrat rakyat
melalui perasaan nya .. instinct seorang pemimpin yang merasai denyut nadi
rakyat. Dalam nada lucu beliau mengatakan beliau bercakap apa yang beliau rasa
kerana ianya lebih jujur berbanding membaca teks ucapan yang disediakan oleh
pegawainya.. yang disambut gelak ketawa oleh hadirin.. dalam gelak ketawa itu
terselit satu sindiran TS Adenan yang inginkan semua pemimpin politik untuk
bersikap jujur dalam menyampaikan hasrat rakyat .. dan tidak bergantung kepada
maklumat yang ‘disuapkan’ oleh
pegawai yang menyediakan teks ucapan untuk disampai kepada rakyat. Kejujuran
menyampaikan kehendak dan keperluan rakyat itu penting kerana pemimpin politik
..dilantik oleh rakyat melalui peti undi dalam pilihan raya .. mesej jelas yang
disampaikan oleh TS Adenan ialah ‘be
yourself, be honest in serving the peoples that have put their trust by
electing you as a Yang Berhormat’ . Namun realitinya… berapa ramai yang
akan melakukan apa yang TS Adenan lakukan ? he he he ..
Menariknya
satu kenyataan TS Adenan ialah responnya kepada pertanyaan seorang ahli SUPP ..
iaitu ‘jangan panggil kaum Cina pendatang
kerana mereka lahir , bersekolah dan membesar di negeri ini. Moyang mereka
mungkin pendatang pada satu masa dahulu tapi kini anak cucu mereka bukan lagi
pendatang ..kerana mereka juga menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan
negeri Sarawak. Nenek mereka mungkin pergi ke negara Cina untuk melawat kaum
keluarga mereka tetapi mereka akan kembali semula ke Sarawak..kerana Sarawak
kini adalah negeri mereka’. Apa yang diperjelaskan oleh TS Adenan
ialah..jangan ungkit lagi siapa tuan siapa pendatang di negeri ini.. jangan
timbulkan permusuhan kaum .. kerana semuanya adalah anak negeri .. jangan jadi
seperti di Semenanjung dimana .. isu kaum masih lagi dibincangkan..masih lagi
dipolitikkan ..masih lagi menjadi satu isu yang boleh mencetuskan huru hara
kepada negara … memahami apa yang diperlukan oleh orang Cina .. TS Adenan
berkata .. terimalah pendidikan mereka ..
kerana orang Cina pentingkan pendidikan sejak dahulu kala (malah dizaman
Dinasti-dinasti Cina ..pelajaran merupakan perkara yang amat dititik beratkan)..
berilah peluang mereka berniaga ..kerana
itu yang orang Cina suka .. mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan
kenyataan TS Adenan dalam hal ini ..tetapi di Sarawak ..tidak pernah timbul isu
kaum Cina dengan kaum bumiputera..siapa tuan siapa hambanya.. maka sebab itulah
isu agama tidak pernah ditimbulkan kerana setiap kaum saling memahami dan
saling menghormati budaya serta agama masing-masing..apatah lagi banyak berlaku
perkahwinan campur ..perkahwinan silang budaya ..
Justeru,
TS Adenan sekeras-kerasnya menolak golongan ekstrimis menjejak kaki ke negeri
Sarawak dan menyekat mereka menggunakan kuasa imigresen yang telah termaktub
dalam Perjanjian Malaysia 1963. Malah menurut TS Adenan, Sarawak tidak akan
sekali-kali mengubah atau meminda kuasa imigresen tersebut supaya elemen-elemen
ekstrimisme yang semakin banyak di Semenanjung tidak bertapak di negeri
Sarawak. TS Adenan dengan serius mengatakan ianya tidak mengambilkira
siapa..samada kawan atau lawan.. akan disekat kemasukan mereka jika cuba untuk
membawa budaya ekstrimis ke negeri Sarawak. Malah dengan kuasa imigresen yang
ada .. Sarawak mampu menghalang golongan ekstrim agama dan juga perkauman dari
menyebarkan dakyah dan hasutan mereka di Bumi Kenyalang. TS Adenan berkata
keharmonian rakyat yang dibina sejak 50 tahun lalu adalah penting untuk
pembangunan dan kemajuan negeri Sarawak … maka sebab itulah usaha untuk
mencetuskan ‘Dayakisme’ satu ketika dulu tidak menjadi kerana orang-orang
Sarawak cintakan keaman, keharmonian dan saling hormat menghormati ..
Berkaitan
dengan pembalakan haram, TS Adenan sesungguhnya serius menangani isu tersebut
dengan memberi pelbagai bentuk kemudahan kepada Jabatan Hutan .. seperti
katanya .. ‘ada mata butak .. ada telinga
bengal ..ada mulut bisuk’ yang merujuk selama ini pegawai dan anggota
Jabatan Hutan tidak mengambil tindakan ..dan membiarkan sahaja perkara tersebut
berlaku secara berleluasa … hinggakan hutan negeri Sarawak semakin terhapus..
pun begitu kata TS Adenan dengan sinisnya..
‘walaupun ada rampasan kayu balak haram yang berjumlah jutaan ringgit dilakukan
oleh penguatkuasa ..peliknya orang yang bertanggungjawab tidak ada .. iaitu
tiada tangkapan ke atas pekerja atau tokay-tokay..seolah-olah maklumat serbuan
atau operasi itu sudah bocor’ dan tanpa berselindung TS Adenan mengatakan
masih ada penjawat awam negeri yang memberi maklumat kepada kem-kem balak haram
… keseriusan beliau mengatasi masalah pembalakan haram juga dikotakan dengan
tidak memperbaharui lessen balak kompeni-kompeni balak atau memberi lessen pembalakan
yang baru .. semoga usaha TS Adenan ini membuahkan hasil dan akhirnya
mengekalkan negeri Sarawak dengan hutan-hutan tropikanya ..
Isu
‘gender equality’ yang dibangkitkan
mencetus gelak ketawa hadirin apabila TS Adenan dalam senyumnya mengatakan
lelaki dan wanita tidak akan sama .. walau apa pun ..kerana jika mereka sama ..
ianya akan menyukarkan .. tetapi katanya lelaki dan wanita perlu diberi layanan
yang sama .. dalam memberi peluang pekerjaan maupun dalam peluang perniagaan. Isu
perbezaan gender tidak sepatutnya berlaku kerana .. lelaki dan wanita sama-sama
menyumbang dalam pembanguna negara … dan
jika ada syarikat atau agensi yang masih tidak berlaku adil kepada wanita ..
beliau mohon dimaklumkan agar tindakan boleh diambil ke atas syarikat atau
agensi berkenaan .. isu hak kesamarataan sering dibangkitkan oleh kaum wanita
namun yang jelas di kebanyakkan kementerian dan jabatan pada masa ini ..
sebenarnya wanita mengatasi lelaki dalam banyak hal … semakin ramai wanita
berpangkat tinggi berbanding lelaki .. semakin ramai wanita di universiti berbanding
lelaki..cuma dalam ketidak samarataan wanita boleh dilihat dalam politik..
iaitu lelaki lebih ramai menjadi YB daripada wanita … dan selain dari Datuk
Paduka TS Rafidah Aziz.. tiada lagi wanita yang memegang portfolio menteri yang
amat berpengaruh dan berkuasa … selepas beliau bersara dari politik… mungkin
juga tiba masanya ADUN Wanita di negeri Sarawak diberi jawatan menteri yang
lebih dinamik dan mencabar selain
menteri kebajikan dan wanita … apa kata TS Adenan dalam hal ini ? …
Sepanjang
wawancara dipenuhi gelak ketawa kerana TS Adenan .. lebih gemar bercakap dengan
gayanya tersendiri .. bahasa anak negeri yang tidak lekang dari bibirnya .. ang
cuba difahami oleh pengacara Syed Munawar … malah TS Adenan tidak ‘apologetic’ walaupun Syed Munawar tidak
memahami apa yang beliau perkatakan .. ada yang mengatakan TS Adenan seorang
politician yang very blunt dan arrogant
in nature (reaksi beberapa rakan di semenanjung) tidak kurang pula yang
memuji sikap jujur beliau yang tidak berselindung dan berpura-pura ..malah ada
yang mengatakan begitulah sepatutnya sikap seorang pemimpin yang perihatin
kepada kehendak rakyat …. yang tidak terikut-ikut dengan gaya dan cara
kepimpinan yang terdahulu .. his way of
doing things that he think is right for his peoples..
Kenyataan
terbaik yang perlu dipelajari oleh sebahagian besar ahli politik ialah the opposition should not be looked upon as
an enemy because they are also Malaysian citizens who are loyal to the country.
TS Adenan mengatakan beliau tidak menghadapi masalah untuk dengan pihak
pembangkang dan sentiasa bersedia untuk berbincang dengan mereka. Lantas katanya
“Therefore, it is not wrong to give them
an opportunity to speak or listen to their views”. Begitulah pandangan TS
Adenan terhadap pembangkang di negeri Sarawak ..semoga pandangan ini dijadikan
satu langkap positif untuk pembangkang memberi input atau feedback yang berguna
demi pembangunan Sarawak.. jangan asyik hentam semberono sahaja..sehingga yang
terbaik untuk rakyat pun tidak dipersetujui .. ambil lah pendekatan sebagai ‘constructive opposition with constructive
ideas’ .. as it is much easier to criticises rather than giving
constructive comments for the benefits of all..
Dan
dari sudut padangan aku .. semoga ‘My Way’
oleh TS Adenan Satem akan menjadikan negeri Sarawak lebih dihormati .. maju dan
aman harmoni selamanya ..