Friday, June 6, 2014

NitWits

Tau tak apa itu Nitwits ?  Nitwit ialah perkataan dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada seseorang yang bodoh , iaitu sewaktu dengan stupid, foolish, idiotic, witless, brainless, vacuous, mindless, unintelligent, thoughtless, half-baked, harebrained, imprudent, incautious, injudicious, unwise, ill-advised, ill-considered, impolitic, rash, reckless, foolhardy, daft, dumb, dim, dimwitted, halfwitted, thick, crack-brained, crackpot, pea-brained, wooden-headed, dumb-ass, chowderheaded … dan NitWits dengan tambah ‘s’ merujuk kepada ramai bilangan orang yang sewaktu dengannya.. aku bangkitkan perkara ini kerana kebelakangan ini semakin ramai Nitwits di negara kita .. terutama golongan NGO (Nadai Guna Orang) yang begitu cepat jumping on the bandwagon berkaitan dengan isu-isu perkauman dan agama ..tanpa terlebih dahulu membuat semakan atau menilai kebenaran sesuatu isu .. semata-mata nak dapat publisiti ‘murahan’ ke atas persatuan atau pertubuhan mereka .. malah kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan … tidak memperlihatkan kematangan dan sensitive kepada kaum lain… sepertinya Malaysia ini hanya didominasi oleh satu kaum dan satu agama sahaja ..!!! …

Kumpulan NitWits ini .. aku lebih suka perkataan NutWits ..walau pun tiada dalam kamus …kerana Nuts merujuk kepada gila.. seperti going Nut … akan membuat statement media ..siap buat laporan polis …panggil media terutama TV …untuk memberi pandangan mereka terhadap pelbagai isu yang berkaitan agama dan bangsa… siap pakai uniform dengan pangkat entah apa-apa … aku pun tak tahu sejauh mana pengaruh kumpulan NutWits ini dalam mengubah persepsi masyarakat atau mendapat sokongan masyarakat ….. sebagai opinion leaders … kerana setiap pandangan mereka pada aku lebih bersifat perkauman..rasis dan tidak sensistif kepada kepelbagaian etnik yang mendiami negara Malaysia ini … secara khususnya aku melihat sebagai satu kumpulan yang ekstrim dan boleh menjejaskan imej Malaysia di mata masyarakat antarabangsa sebagai negara yang toleransi, aman, stabil dan bersatu padu …


Pada pandangan aku..tidak salah mempertahankan agama dan kepercayaan … kerana setiap penganut berhak mempertahankan agama dan kepercayaan mereka …. tapi biarla ada batasan dalam memberi komen dan kenyataan dengan mengambil kira perasaan kaum lain dan juga kepercayaan mereka … bersikap ekstrim dalam segala hal akhirnya akan merosakkan hubungan kaum serta keharmonian negara … ada dikalangan rakyat Malaysia yang mempunyai keluarga pelbagai etnik dengan pelbagai kepercayaan.. apakah perasaan mereka jika setiap hari isu-isu keagamaan dan perkauman sering menjadi modal untuk meraih sokongan demi survival politik dan juga pengaruh dalam pertubuhan ? Berbaloikah bagi seorang atau kumpulan ahli politik untuk terus berkuasa dengan memainkan atau mengipaskan isu-isu berkaitan agama dan kaum ..hinggakan negara ini terus goyah dan akhirnya hancur dan mudah ditakluki..? Jangan jadi Pak Kaduk .. ‘menang sorak kampong tergadai’ .. ‘bila dah terhantuk baru nak tergadah’ … sudah terlambat untuk kita memperbetulkan keadaan jika tiada kawalan atau tindakan pihak berwajib kepada golongan Nitwits yang semakin berani mencetuskan isu-isu agama dan kaum.. 

Tuesday, June 3, 2014

VIP, VVIP ?

Sistem kasta dalam masyarakat sememangnya sudah lama wujud ..walau pun system kasta banyak dikaitkan dengan kaum India maupun agama Hindu.  Secara realitinya sistem kasta wujud dalam semua etnik dalam masyarakat dan juga agama ..walau pun ianya tidak begitu ketara. Di zaman feudal, Melayu lama.. sudah wujud golongan Bangsawan yang terdiri daripada kaum kerabat yang lebih tinggi darjatnya daripada golongan bawahan yang dianggap sebagai hamba kepada golongan Bangsawan… malahan golongan Bangsawan menguasai segalanya dan golongan bawahan hanya menjadi pemerhati dan pekerja.. dan itulah sistem kasta yang diamal oleh bangsa Melayu di zaman feudal … dalam etnik lain pun ada sistem pangkat darjat yang melambangkan kuasa, autoriti serta kasta yang diamalkan bagi membezakan tahap kedudukan seseorang dalam komuniti mereka …

Pun begitu, dalam era kemodenan yang dilengkapi dengan pelbagai kecanggihan teknologi, sistem kasta masih wujud walau pun dalam bentuk lain dengan nama lain..yakni.. VIP atau VVIP ..yang memberi maksud Very Important People atau Very Very Important People dan biasanya golongan ini terdiri dari orang-orang yang berkuasa, berpengaruh dalam politik, berpengaruh dalam bidang perniagaan, ada nama dalam masyarakat dan golongan yang berkepentingan dalam komuniti. Golongan-golongan ini sentiasa mendapat keistimewaan dalam apa jua majlis dan sering menjadi tetatmu-tetamu kehormat untuk majlis-majlis yang grand..event-event yang besar.. dan kadangkala mendapat pelbagai keistemewaan….. dan inilah sistem kasta yang diamalkan secara halus dalam masyarakat yang serba moden ini..

Apa pun jua pandangan kita … akibat pengaruh budaya yang kompleks..maka sistem kasta ini terpaksa kita terima dengan hati yang terbuka … walau terluka kerana ramai yang menangguk di air keroh dengan menggunakan tag VIP dan VVIP untuk mendapat keistimewaan untuk kaum keluarga mereka jua… begitu pun ..apa yang aku nak perkatakan bukan orang-orang yang sepatutnya diberi penghormatan sebagai VIP dan VVIP ….meskipun tulis panjang berjela … sebenarnya aku nak tulis mengenai orang-orang yang berperasaan mereka itu VIP atau VVIP … walau pun mereka langsung tidak layak diberi status sedemikian rupa…!! 

Pada pandangan serta takrifan aku .. VIP atau VVIP ialah Very Impossible People / Very Very Impossible People terutamanya orang-orang yang amat menyusahkan dan menyakitkan hati terutama dalam pekerjaan atau semasa menjalankan tugas. Ada sejenis golongan manusia yang banyak songgeh..banyak cerewet..dan inilah takrifan VIP/VVIP yang patut diberi kepada mereka.. dan VIP/VVIP ini akan sentiasa menyebabkan kerja-kerja kita tertunda..tertangguh dan kadangkala gagal… ada satu lagi golongan VIP/VVIP yang juga sering menyakitkan hati ramai orang..iaitu Very Insensitive Peoples / Very Very Insensitive Peoples seperti keturunan PERKASA dan ISMA yang tak henti-henti mengeluarkan kenyataan untuk memprovokasi melalui agama dan juga pandangan ekstrim mereka terhadap kaum lain.. keturunan ini langsung tiada perasaan hormat kepada agama dan juga kaum lain dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang boleh merosakkan keharmonian serta perpaduan antara kaum yang sudah lama terjalin…. Ada satu lagi golongan VIP/VVIP ini … yang cakap besar…..terutamanya dalam sexual prowress ..kehebatan di dalam bilik tidur !! ..tapi bila ditanya..berapa orang anak… hmmmm tak ada sorang pun… rupanya ..golongan Very Impotent People!!..bukan la nak mengata …tapi bila berlagak sangat …aku pakat gelak laaa….!! Ooiiii!!

Tapi..ada VIP/VVIP yang aku sangat suka..iaitu Very Interesting Peoples ..yang boleh diajak berdiskus secara terbuka..terbuka minda dan hati.. yang tidak mudah ‘terasa hati’ bila ditegur….yang menegur kesilapan kita secara jujur..dan ikhlas… bila bercakap pun dengan penuh tertib dan berbudi bahasa … ringan tulang ..dan mudah nak menghulurkan bantuan …



..begitulah pandangan aku …