Wednesday, August 28, 2013

Kenapa Aku Tidak Patriotik?

Apa kayu ukur (benchmarking) menentukan seseorang itu patriotik atau tidak terhadap negara nya? Adakah seseorang itu dianggap tidak patriotik semata-mata kerana tidak mengibarkan Jalur Gemilang di rumah atau di kenderaan nya? Adakah seseorang itu dianggap tidak patriotik terhadap negaranya semata-mata kerana tidak meletak gambar Jalur Gemilang dalam profil facebooknya ? Adakah seseorang itu dianggap tidak patriotik kerana sering mengkritik dasar negaranya? 

Patriotik atau patriotisme menurut Wikipedia didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air'  oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. 

Soong Phui Jee dalam tulisannya 'There are other ways to show patriotism' mengkritik tindakan kerajaan yang bercadang untuk memperkenalkan undang-undang bagi memastikan rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap sambutan Bulan Kemerdekaan. Ada kebenaran apa yang diperkatakan oleh Soong kerana pada pandangan aku (secara peribadi) sejauh mana undang-undang tersebut boleh 'mengerentikan' seluruh rakyat Malaysia akan mengibarkan Jalur Gemilang semasa sambutan bulan kemerdekaan. Aku ambik contoh undang-undang melarang rakyat membuang sampah merata-rata..malah sesiapa yang didapati membuang sampah sembarangan akan didenda RM500.00 - RM5000.00 namun sampah di Malaysia masih bersepah dan kerajaan terpaksa mengupah orang-orang luar seperti Bangla, Indonesia dan Myanmar untuk menjadi tukang sapu membersihkan sampah yang dibuang merata-rata oleh rakyat Malayia.

Malaysia banyak undang-undang yang mencegah rakyat melakukan pelbagai kesalahan..namun setiap satu undang-undang tersebut sentiasa dicabar sehingga kerajaan terpaksa menambah anggota penguatkuasa untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap pesalah..dan adakah kerajaan terpaksa menyediakan penguatkuasa lagi untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau pemilik kenderaan dan premis yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh negara? 

Pepatah pepatih orang dulo'- dulo' ada kebenaranya iaitu 'melentur buluh biar dari rebungnnya' dan aku amat bersetuju dengan apa yang perkatakan oleh Dato Seri Utama Dr.Rais Yatim yakni membentuk semangat patriotisme dan cintakan negara harus bermula daripada sekolah tadika sehinggalah mereka berada di institusi pengajian tinggi. Penerapan semangat cintakan negara, cintakan Jalur Gemilang...perlu berterusan dan harus diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta ibu bapa. Mengejar kecemerlangan akademik semata-mata akan menjadikan anak-anak terlalu mudah diresapi oleh sikap mementingkan diri sendiri...mudah terpengaruh dengan pelbagai maklumat yang begitu senang diperolehi dizaman dunia tanpa sempadan ini... maka 'bukan salah ibu mengandung' jika ada generasi Y begitu sukar memahami kepayahan serta kesusahan mendapat kemerdekaan serta kebebasan sesebuah negara..

Berbalik kepada tulisan Soong Phui Jee 'There are other ways to show patriotism' dalam Sin Chiew Daily aku setuju bahawa individu yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang tidak bererti beliau tidak patriotik walaupun pada zahirnya begitulah pandangan masyarakat secara umum. Apakah orang Bangladesh yang mengibarkan Jalur Gemilang bersikap patriotik terhadap negara Malaysia? Mungkin ada yang berkata dengan bahawa orang yang memandu Proton Saga lebih patriotik daripada orang yang memandu Toyota, Honda atau Mazda? Betulkah? Maka dengan sebab itulah aku bertanya 'apakah kayu pengukur menentukan seseorang itu tidak patriotik, sederhana patriotik, lebih patriotik atau ekstrim patriotik'? Jika ada bolehlah kita kongsikan untuk melihat berapa peratus rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai TIDAK PATRIOTIK.. dan apakah sebabnya?

Selamat Hari Merdeka..

Monday, August 26, 2013

Adakah kita merasa bangga sebagai Anak Malaysia?

Adakah kita merasa bangga sebagai anak Malaysia? Mungkin ada yang mengatakan soalan itu tidak perlu di tanya kepada warganegara Malaysia...namun bagi aku (pandangan secara peribadi) ianya perlu ditanya kepada diri kita sebagai anak Malaysia...

Kenapa aku mengatakan demikian...sempena menyambut bulan kemerdekaan ini..aku cukup bangga melihat semakin ramai orang mengbarkan Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan menyambut fiesta Bulan Kemerdekaan...... errr..berbalik kepada soalan tadi... sejauhmana kita merasa bangga sebagai anak Malaysia... ???

Kenapa aku katakan demikian..pertamanya..banyak kali aku melihat masih ramai dikalangan warganegara Malaysia tidak menghormati dan menghayati lagu Negara Ku...betul kan?? cuba perhatikan sebahagian besar penonton atau peserta dalam acara-acara atau majlis-majlis yang diadakan...perhatikan berapa ramai yang benar-benar berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negara Ku..dengan penuh semangat dan jiwa raga mereka ? Ada yang masih merayau-rayau..ada yang berdiri dengan lemah longlai...ada yang hanya berdiam diri (memerhatikan hand phone)...ada yang buat indah tak indah sahaja..malah ada dikalangan VVIP's..atau pemimpin yang berdiri di hadapan..tak menyanyikan pun...jadi macamana nak ajak rakyat menghayati dan menyayangi lagu Negara Ku....tak percaya?? perhatikan semasa TV buat close-up..semasa program live..he he he...

Kedua...masih ramai dikalangan kita buat bodo jer dengan saranan kerajaan untuk kibarkan Jalur Gemilang di premis-premis...ataupun kenderaan persendirian...mungkin benar apa yang diperkatakan...bahawa seseorang yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang bukan bererti beliau tidak patriotik...kerana perasaan patriotik boleh ditonjolkan dalam bentuk lain..betul...tetapi pengibaran Jalur Gemilang itu menzahirkan rasa kecintaan kita terhadap sebuah negara yang bebas berdaulat...pengibaran Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan tanpa berbelah bagi kepada negara yang kita cintai...susah sangat kah nak kibarkan Jalur Gemilang di premis-premis? Mahal sangat ke Jalur Gemilang? Kalau kita mampu beli rokok sekotak dengan harga RM12.00 tak kan la sehelai Jalur Gemilang berukuran 4 x 2 yang berharga antara RM5.00 - RM8.00 kita tak mampu?...kalau mampu menggunakan Mercedes Benz, Audi atau BMW ..takkan la tak mampu beli bendera kecil yang berharga Rm3.50 sebatang untuk dikibarkan di kenderaan...

Ketiga...kita juga tak peduli dan tak hormat pun pada Jalur Gemilang...tak percaya ? Perhatikan selepas sambutan besar besaran nanti..pasti banyak Jalur Gemilang kecil yang bersepah di atas padang atau jalan raya...dan tak siapa peduli..atau nak ambil peduli ..malah..Jalur Gemilang itu dipijak..koyak...kotor dan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah!!. Ada yang mengibarkan Jalur Gemilang yang sudah koyak rabak dan tiada warna.....itu lah tahap penghormatan kita terhadap Jalur Gemilang.. walhal Jalur Gemilang merupakan maruah bangsa .... yang harus dipertahankan dalam apa jua keadaan pun...ingatlah bagaimana Jalur Gemilang dinaikkan..sebagai tanda kebebasan....dan apabila ada manusia yang sanggup memijak jalur Gemilang..bermakna manusia itu sanggup mengkhianati negara..memijak bangsa sendiri...

Keempat...kebanyakan dari kita sudah mula lupa pada Rukun Negara...aku katakan demikian kerana ada
yang sudah berani mempertikaikan kelima-lima rukun yang selama ini menjadi tunjang panduan kehidupan sebagai warganegara Malaysia.... ada yang mempersoalkan rukun yang pertama iaitu 'Kepercayaan Kepada Tuhan' ... sedangkan sudah termaktub agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan (Malaysia) dan agama-agama lain boleh dianuti dan praktikkan...tanpa halangan...namun akhir-akhir ini...polemik keagamaan menjadi agenda politik yang memecah belahkan masyarakat yang selama ini hidup dengan tenang dan sejahtera... ada juga yang berani mempersoalkan rukun yang kedua..iaitu 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara'...dan sanggup menghina raja-raja Melayu serta kepimpinan yang menerajui negara ini...

....ramai juga yang mempersoalkan rukun yang ketiga..'Keluhuran Perlembagaan' dan membangktikan pelbagai isu-isu yang sepatutnya sudah dipersetujui bersama oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang berjuang untuk kemerdekaan negara serta penyatuan pelbagai kaum serta agama di negara ini...demi kelangsungan politik..ada kumpulan dan individu yang sanggup 'merungkaikan' ikatan yang selama ini tersimpul erat ..kerana terlalu dahagakan kuasa memerintah....

..sebahagian besar dari kita sememangnya sudah lama tidak mematuhi rukun yang keempat..iaitu 'Kedaulatan Undang-Undang'.... kita marah bila kena saman trafik..walhal undang-undang menegaskan bahawa setiap pemandu kenderaan perlu menggunakan tali pinggang keledar...atau penunggang motosikal perlu menggunakan topi keledar demi keselamatan... andainya undang-undang sekecil itu pun kita begitu sukar untuk patuh...apa akan berlaku jika kita tidak mendaulatkan undang-undang yang lebih utama...yang lebih besar... namun kerana politik jua...undang-undang darurat ..undang-undang yang mengekang jenayah terpaksa di bubarkan kerana desakan politik pihak tertentu..dan akhirnya jenayah ganas semakin berleluasa di negara kita...undang-undang yang paling mudah yang kita tidak patuhi atau daulatkan ialah.. 'Jangan Membuang Sampah Merata-rata' ..tapi perhatikanlah gelagat orang Malaysia yang gemar membuang sampah sembarangan...bukan di tempat membuang sampah..walaupun ada denda dikenakan!!

Rukun kelima..'Kesopanan dan Kesusilaan' ..sopan kah kita ? bertatasusila kah kita? Perhatian gelagat remaja atau generasi baru hari ini...yang tanpa segan silu berpelukan dan bermesra mesraan secara terbuka...di taman-taman..di pasaraya... rasa sopan sudah tiada...! ada yang tayang tubuh badan..tanpa ada rasa malu...dan sejauhmana orang kita berani menegur sikap sedemikian? Maka sebab itu jenayah seperti rogol dan cabul semakin meningkat kerana orang kita sendiri sudah hilang identiti sebagai bangsa yang bersoapn dan bertatasusila..kononya sudah moden..zaman IT..era dunia tanpa sempadan...dan mereka tiru kehidupan barat yang bebas...bebas buat apa sahaja..malah ada yang sanggup menyokong budaya hidup songsang seperti LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender)...ini pun menjadi agenda politik....

...maka....sebab itulah aku bertanya..adakah kita bangga sebagai Anak Malaysia ? (Are We Proud To Be A Malaysian) ... sedangkan banyak perkara sudah kita lupakan sebagai anak Malaysia...terlalu banyak sudah kita terima dari agenda luar..hingga kita lupa untuk menghayati perkara yang sudah ditulis..dibaca..diikrar selama 43 tahun lalu..sejak ianya diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein...iaitu Rukun Negara.....

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan...

Thursday, August 22, 2013

Konsep Rumah Terbuka Aidil Fitri : Perangai buruk tetamu...

Pastinya banyak organisasi kerajaan dan swasta sedang rancak mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri..bagi meraikan warga kerja masing selain mengajak warga kerja agensi lain turut sama..konsepnya mudah..iaitu untuk mengeratkan hubungan kerja dan silaturrahim..dikalangan warga kerja..Alhamdulillah.

Meriah..memang sungguh meriah...malah makanan melimpah ruah disediakan kepada para tetamu...namun aku rasa terkilan dan jelek melihat perangai buruk beberapa tetamu ... antara perangai buruk mereka ialah..mengambil makanan yang banyak...sampai tak cukup tangan...tetapi makanan yang diambil tadi tak dihabiskan..malah ditnggalkan separuh..kemudian pegi ambil menu lain..juga dalam kuantiti yang banyak..tak juga dihabiskan.. membazir betul perangai manusia macam tu. Dah la tamak...berebut-rebut dan tak berbaris ...kemudian bazirkan makanan..eeeee...seeloknya jenis manusia macam nie dihumban ke benua Afrika...mungkin mereka akan sedar dan tahu hargai makanan..

Perangai buruk kedua ialah ada tetamu tu datang dengan muka yang langsung tak senyum atau bertegur sapa dengan tetamu lain...berkumpul dengan dua tiga orang kawan...duduk satu meja...tak ada pun nak berkenalan dengan rakan-rakan lain...kalau dah senyum pun berat..nak bertegur sapa lagi lah berat...nak berkenal..harap maaf la... maka konsep erat silaturrahim tu..agak hipokrit laa..aku cakap macam tu sebab ada organisasi kerajaan yang besar..ramai warga kerja..banyak sektor / bahagian..memang sah tak kenal antara satu sama lain... apalah salahnya bertegur sapa..atau sekurang-kurangnya senyum...sebagai rakan satu organisasi...

Perangai buruk ketiga..ialah...ada tetamu datang bukan saja tak makan...tak nak bertegur sapa...tetapi yang paling buruk..siap bawa bekas untuk tapau! Tapau makanan untuk keluarga yang tak sempat nak hadir ke majlis rumah terbuka! Dah la berebut-rebut ambik makanan...siap masuk dalam bekas tanpa segn silu..selamba jer lalu bawa apa sahaja makanan masuk ke dalam kereta....

Bukan nak kutuk atau mengata laa...inilah hakikat sikap dalam masyarkat kita..hari ini...

Wednesday, August 21, 2013

Bulan Kemerdekaan : Pernahkah Malaysia Di Jajah?

Tiba bulan Ogos..setiap tahun pastinya setiap organisasi kerajaan dan swasta sibuk bersiap sedia memasang bendera Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan sambutan Hari Kemerdekaan..dan bulan Kemerdekaan. Setiap agensi kerajaan berlumba-lumba menonjolkan aktiviti sambutan..secara kecil dan juga besar-besaran..untuk membuktikan betapa dalamnya pengertian kemerdekaan kepada mereka. Malah individu-individu yang bersemangat patriotik turut mempamerkan sokongan dengan melekatkan bendera di kenderaan masing-masing..malah ada yang sanggup mengecatkan kenderaan mereka dengan warna Jalur Gemilang. Rumah-rumah persendirian dan juga kedai-kedai...masing-masing mengibarkan Jalur Gemilang...sebagi bukti patriotisme..

Aku tidak menghadapi masalah melihat gelagat sebahagian besar rakyat Malaysia yang begitu bersemangat menyambut bulan kemerdekaan negara..malah turut merasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia dari berbagai golongan dan kaum yang bersemangat tinggi penuh patriotik..menghayati kemerdekaan.. Aku cuma tertanya-tanya..betulkah apa yang kita lakukan sepanjang 56 tahun ini? Aku tidak ingin mempertikaikan sejarah..cuma ingin kita sama-sama berfikir secara rasional...PERNAHKAH PERSEKUTUAN MALAYSIA yang kita cintai ini DIJAJAH?

Apa yang aku pelajari dan diberi tunjuk ajar oleh guru-guru serta tenaga pengajar yang berilmu tnggi dari zaman sekolah rendah hinggalah ke peringkat IPTA..ialah..Sarawak dan Sabah dijajah oleh British..negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dijajah oleh British, Siam, Belanda dan juga Portugis....dan tak ada satupun dalam buku sejarah tanah air menyebut Persekutuan Malaysia..atau Negara Malaysia dijajah oleh mana-mana kuasa asing! Satu lagi aku agak terkedu ialah..pernyataan '50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia'...yang sebenarnya..Saawak sudahpun Merdeka dari kolonialisme British...pada 22 Julai 1963...iaitu beberapa bulan sebelum wujudnya negara Malaysia pada 16 September 1963 hasil gabungan Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Maka..persoalannya..wajarkah kita menyambut Hari Kemerdekaan sedangkan negara kita tidak pernah dijajah..namun adalah wajar untuk kita menyambut Hari Malaysia setiap tahun pada 16 September ..kerana itulah tarikh keramat kewujudan negara Malaysia yang berdaulat ini. Wajar kita menyambut Bulan Kemerdekaan sebagai tanda sokongan di atas penubuhan Malaysia...wajar kita membuktikan semangat patriotik terhadap negara Malaysia.....

Apa yang aku tulis ini adalah untuk kita kongsikan dan fikirkan...


Friday, August 2, 2013

Selamat Hari Raya

Menjelang sambutan Syawal..lebih sinonim di sebut sambutan Hari Raya Aidil Fitri.....debaran untuk pulang ke kampung halaman...semakin kencang...terutamanya warga perantau yang jauh... suasana Hari Raya semakin jelas terasa apabila radio, televisyen mula memainkan lagu-lagu Hari Raya..ada yang sedih..ada yang gembira...dan pastinya lagu 'Balik Kampung' nyanyian Allahyarham Sudriman Hj.Arshad..paling menyentuh sanubari.... 'balik kampung..oooh ooh balik kampung...pasti girang' antara bait-bait lagu yang jelas mengambarkan kegembiraan warga kota yang mencari rezeki untuk pulang ke kampung halaman menziarahi orang tua dan juga sanak saudara....bagi yang masih mempunyai orang tua...mereka masih mampu bersalaman dan bermaafan di pagi Syawal..namun bagi yang tiada..mereka hanya mampu menziarahi dan menatapi nisan orang tua mereka sambil membaca Yassin dan Al-Fatihah...

Apa pun suasana dan keadaan...ingatan kepada semua yang gembira pulang ke desa..berhati-hatilah memandu di jalan raya..jangan nanti kepulangan yang dinanti akan menjadi kepulangan yang ditangisi...satu tragedi yang sering berlaku di musim perayaan ini..keghairahan laju..boleh membahayakan pengguna lain..yang tidak berdosa...tidak perlulah tergesa-gesa dan berebut-rebut..kerana tidak akan lari rumah di kampung...

Satu perkara yang aku sentiasa tertanya-tanya apabila tiba Hari Raya ini ialah kecenderungan orang-orang Melayu..untuk berbelanja besar dan mahukan serba baru...langsir baru..kusyen baru..meja makan baru...dan pastinya pakaian baru...tetapi perangai tetap perangai yang lama..tak pernah pun nak updated perangai
tu..he he he... kalau semua nak tukar baru...gaji sebesar mana pun tak akan mampu...dan yang pasti...kusyen..meja makan baru...bayar ansuran la jawabnya...dan selepas hari raya..tambah lagi bebanan hutang... ada juga yang siapkan baju raya sampai 10 pasang..hemmm...melampau-lampau sambut raya..tapi puasa ? Cukup ke? he he he he... yang lagi menyakitkan ialah bermacam-macam promosi pakaian..barangan rumah dan juga kenderaan ...diadakan hinggakan menggalakan orang Melayu untuk terus berHUTANG...ini belum termasuk..nak beli rantai emas, gelang emas..he he he..
Satu lagi aku rasa agak pelik...sikap berlumba-lumba nak tayang berapa banyak jenis kuih muih..jenis biskut di atas meja di Hari Raya..siap dengan pelbagai nama....bukan nak dimakan pun..saja nak menunjuk-nunjuk sebab...yang paling banyak habis ialah jenis-jenis kekacang macam kacang pistachio..kacang goreng..dan juga ikan bilis..sotong merah...dan juga jenis buahan kering...yang biskut dan kuih tu..hemmm...banyak nya jadi pameran jer...habis sebulan raya..kuih dan biskut tu ada lagi...he he he...

Banyak lagi yang aku rasa pelik dan tertanya-tanya ..tapi takut panjang pulak mengomel..kadang-kadang apa yang kita nampak pelik mungkin sudah menjadi amalan zaman berzaman..namun apapun ..setiap amalan boleh diubah sesuai dengan peredaran zaman kecuali perintah Allah S.W.T..

Walau bagaimana pun saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..maaf Zahir Batin ..kepada semua..