Wednesday, August 8, 2012

Olimpik - Atlit Malaysia, Atlit Luar Negara

Kirani James, 19 tahun, menceriakan negara kecil Grenada dengan pungutan pingat emas bagi acara 400 meter menewaskan pelari-pelari handalan dari negara besar seperti Amerika Syarikat, Great Britain, Jerman dan juga Russia. Begitu juga dengan pelari dari Republik Dominica, Felix Sanchez yang memenangi 400 m lari berpagar. Pencapaian yang amat membanggakan bagi negara-negara kecil di Lautan Caribbean. Bagaimana dengan atlit negara China? Bukankah mereka juga berketurunan Asia seperti atlit-atlit dari Malaysia? Kenapa mereka mampu menawan sukan yang pernah didominasi oleh 'orang putih' seperti Amerika Syarikat satu ketika dulu seperti acara 'diving', renang dan juga gimnastik? Negara China sudah mula menjadi kuasa sukan dunia mengatasi Amerika Syarikat, Russia dan juga Jerman!.

Mungkin ada yang mengatakan jumah penduduknya ramai? Betul. Republik Indonesia juga ramai penduduk, begitu juga dengan negara India. Kenapa China mampu takluki sukan dunia? Mereka tak guna pun jurulatih-jurulatih dari negara luar? Hakikatnya, kejayaan negara China dalam bidang sukan dunia hari ini adalah hasil perancangan dan pembangunan sukan jangka panjang yang teratur rapi. Mereka meniru pembangunan sukan negara-negara luar dan tambah baik sains sukan tersebut. Kenapa Malaysia tak boleh? Selain Dato' Lee Chong Wei, Dato' Nichol David, rasanya tiada pemain lain yang bertaraf dunia di Malaysia. Seandainya kedua-dua atlit ini 'berpencen' nanti Malaysia tidak ada pengganti!!!. Sebabnya langsung tiada perancangan (kalau ada pun, setakat ini tidak nampak atau tidak jelas) atau pembangunan sukan yang boleh menonjolkan atlit bertaraf dunia!.

Persatuan-persatuan sukan di Malaysia asyik bergelut dengan masalah dalaman sahaja hingga peringkat ASEAN pun Malaysia dah mula longlai!!. Dalam era 70an Malaysia adalah raja bolasepak di Asia tetapi hari ini, Malaysia hanya gah di perngkat ASEAN, itupun belum pasti lagi? Badminton?? Kalau Dato' Lee Chong Wei menggantung reketnya, siri jelajah BWF hanya akan dimenangi oleh pemain China, Indonesia atau pun Korea Selatan! Begitu juga dengan sukan Squash!. Kemana halatuju bidang sukan negara? Adakah usaha kementerian pelajaran dengan memperkenalkan satu murid satu sukan akan berjaya melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia dalam masa 15-20 tahun akan datang? Jika 'pemikiran' masyarakat Malaysia masih ditakluki kepentingan akademik , maka usaha tersebut pastinya tidak akan kemana-mana.

Apa nak jadi dengan graduan sains sukan? Kenapa mereka tidak diserap ke dalam sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk melatih pelajar dalam bidang sukan? Jika graduan sains sukan dilantik di semua sekolah dalam pelbagai bidang sukan, guru-guru boleh memberi tumpuan kepada pembelajaran akademik sahaja. Tak lah guru-guru ini dibebani dengan tugas sebagai jurulatih sukan. Boleh kan? Pasti boleh jika kita benar-benar ingin melihat Malaysia melahirkan jaguh sukan peringkat dunia!!.

Setiap kali pakar-pakar sukan menjelaskan bahawa pembangunan sukan perlu bermula dari peringkat umur seawal 8 tahun bukan 15 tahun!!. Ingat lagi pesanan orang dulu-dulu? Melentur buluh biar dari rebungnya! Kenapa kita tak ikut pesanan itu? Lionel Messi mula dilatih seawal umur 9 tahun dan tengok hasilnya hari ini!! Malaysia Boleh!!!..tapi kita boleh buat apa jika lebih banyak berfikir mengenai teori, lebih banyak berebut kuasa untuk menjadi pengerusi, setiausaha dan sebagainya. Komitmen atlit juga amat penting kerana diberi peluang untuk mewakili negara di tahap tertinggi!!. Contohi lah sikap Dato' Lee Chong Wei,yang sanggup memohon maaf kerana gagal menyumbang emas untuk negara . Ada atlit luar negara menangis teresak-esak kerana gagal menyumbang pingat kepada negara mereka tetapi ada atlit kita boleh tersenyum riang tanpa rasa sekelumit pun sesalan walaupun menduduki tangga tercorot... Inilah bezanya atlit Malaysia dan atlit luar negara..kecuali .... Maaf la kalau ada yang tersinggung namun inilah pandangan orang-orang kampung yang hanya mampu melihat tetapi sukar pandangan dan pendapat mereka diterima..

Friday, August 3, 2012

'Parking' di Putrajaya

Isu tempat letak kereta di Putrajaya sememangnya bukan isu baru..baik dikalangan pengunjung mau pun dikalangan penjawat awam sendiri. Ramai pengunjung merungut kerana bila nak berurusan dengan kementerian/jabatan di Putrajaya..masalah utama ialah nak cari tempat 'parking' kenderaan mereka..kecuali yang ada 'driver' laa.. he he he. Sebilangan besarnya mengatakan ....nak cari tempat 'parking' boeh ambik masa satu jam!!. Seolah-olah tiada perancangan oleh 'orang yang merancang' pembinaan Putrajaya..untuk menyediakan kemudahan 'parking' kepada rakyat!..Ini kata pengunjung atau pelanggan..

Apa pulak kata penjawat awam? 'Parking' disediakan untuk pegawai-pegawai yang berpangkat gred 48 ke atas sahaja!!..yang lain..cari la mana-mana tempat nak letak kereta mereka!..di lereng ka..di tanah tak rata ka..di tepi jalan ka..sebabnya pegawai bawahan tiada tempat untuk meletakkan kenderaan mereka!!...kalau ada pun perlu kena 'bayar'..!!..Aiii..dah la gaji kecik..nak bayar pulak laa bila nak 'parking' kenderaan ...inilah senario yang berlaku hampir di semua presint..atau parcel..

Tak tahu la nak kata apa..sebab seolah-olah memang tiada perancangan untuk sediakan tempat letak kereta untuk anggota bawahan..maklumla..orang-orang suruhan..mana layak dapat kemudahan-kemudahan...