Wednesday, June 17, 2015

OH PROTON ..MALAYSIAKU

Aku pun tak tau nak mulakan di mana kerana terasa lama benar aku tak menulis.. nak kata sibuk tu tak juga.. tapi ada sesuatu yang tidak begitu menyenangkan hingga timbul kemalasan untuk menulis..mencoret di laman blog aku ini … pun begitu kebelakangan ini negara kita dibanjiri dengan pelbagai isu, dari 1MDB ..hinggalah ke perbalahan antara dua tokoh kepimpinan negara .. dan ditambah sedikit perasa oleh pengomen-pengomen, penjilat-penjilat, pembodek-pembodek … maka pelbagai persepsi, diskripsi dapat kit abaca saban hari .. yang menyokong, yang tak sokong dan juga yang ada pandangan sendiri .. bagi aku mudahnya .. ialah negara kita semakin diancam ambang perpecahan dan juga perubahan peneraju pemerintah .. tetapi paling pedihnya ialah peranan sebuah syarikat media yang amat berpengaruh untuk ‘memusnahkan’ satu industri otomotif negara gara-gara benci dengan kepimpinan dalam industri otomotif tersebut .. sungguh kasihan kerana selepas berpuluh tahun, akhirnya orang Melayu menghancurkan industri yang dibina oleh orang Melayu sendiri .. memang benar apa yang dikata ‘melayu mudah lupa’ dan musuh melayu ialah melayu sendiri..bukan kaum lain.

Keghairahan menyerang Tun Mahathir menyebabkan mereka lupa bahawa nama PROTON terhasil dari perkataan Perusahaan Otomobil Nasional, sebuah industri yang menjadi kebanggaan negara satu ketika dulu … yang membuat kereta Proton SAGA, SATRIA, PERDANA, WAJA, WIRA, PREVE, SUPRIMA, EXORA dan sebagainya .. malah dengan kebijaksanaan kepimpinan PROTON, negara mampu menguasai jenama LOTUS yang amat terkenal di seluruh dunia .. kewujudan PROTON telah memberi peluang untuk golongan sederhana di negara ini memilki sebuah kereta.. untuk kegunaan keluarga .. kerana ramai lagi tak mampu nak beli kereta impot … sedihnya bila ada golongan yang dibantu seperti pemandu teksi dijadikan bahan untuk memburukkan jenama nasional .. sedangkan pemandu teksi ini lupa..buat-buat lupa .. bahawa dengan memandu teksi jenama PROTON inilah mereka menyara hidup isteri dan anak-anak mereka .. tetapi kerana menerima upah sanggup memburukkan jenama PROTON .. lupakah mereka darimana datangnya duit yang mereka perolehi kalau bukan dari hasil tambang teksi jenama PROTON?? … dari mana datangnya duit untuk beli makan minum pakaian dan juga tambung pembelajaran mereka kalau bukan dari teksi jenama PROTON?? … kalau dah buruk sangat PROTON tu ..belilah kereta jenama lain, NISSAN, TOYOTA, HYUNDAI, KIA, MAZDA ..malah kalau dah mampu sangat beli la MERCEDES!!! Tak payah guna PROTON … tengok berapa kos penyelenggaraan nya nanti!!! …

Bukan aku nak membela Tun M atau pun PROTON .. tapi ingat kata orang dulu kala , bila marah tu biar la berpada-pada … jangan sampai satu ketika menjilat balik apa yang diludahkan .. DS Najib dan Tun M tu ..dua-duanya pemimpin yang disayangi ramai .. ada pengikut..ada penyokong masing-masing … bila satu hari nanti mereka berbaik-baik semula.. tak kan pemandu-pemandu teksi tu pulak dijadikan ‘boneka’ untuk kata jenama PROTON tu terbaeeek pulak!! … nak bodek .. nak jilat tu ..biarlah berpadanan jangan sampai merosakkan industri otomobil negara yang telah memberi pekerjaan dan bisnes kepada ratusan ribu anak Malaysia … jika industri itu berkubur … pencacai-pencacai nie tanggung mereka?? Dalam tempoh 30 tahun ..PROTON masih lagi terkapai-kapai nak bersaing dengan jenama terkenal dunia … apatah lagi jika ada pulak orang Melayu sendiri ‘bunuh’ jenama tersebut … terus padam la nanti 
Orang yang merangka strategi untuk membunuh karekter Tun M tu tak terpikir ka … sumbangan-sumbangan Tun M kepada negara ini .. ya aku akui memang benar Tun M serang DS Najib … tapi jika begitu lah caranya … orang semakin ramai membanding sumbangan kedua-dua pemimpin kepada negara … dan jika dikira dari sumbangan fizikal negara ..memang Tun M mendahului … dan ini dilihat oleh golongan muda..Generasi Y yang kagum dengan apa yang sudah dilakukan oleh Tun M untuk negara ini … bagi aku kedua-dua pemimpin ada kekuatan dan kelemahan masing-masing … dan DS Najib ada sumbangan yang kita tidak boleh nilai dari segi fizikal … contohnya BB1M.. iaitu baucer buku 1Malaysia yang sangat-sangat membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk menyediakan apa jua keperluan anak-anak mereka yang masih bersekolah .. yang tak ada di zaman Tun M.. contoh kedua ialah kemudahan pinjaman PTPTN .. yang amat melegakan ramai ibu bapa apabila menghantar anak belajar ke peringkat tertinggi .. Diploma atau pun Ijazah .. semua ini tidak ada di zaman Tun M .. walaupun dari segi pemberian BR1M aku tidak berapa setuju kerana penagagihan duit itu tidak menepati sasaran sebenar dan ada yang memanipulasikan pengagihan tersebut … selain daripada itu .. banyak juga tumpuan diberikan kepada kawasan luar bandar dan pendalaman dimana peruntukkan pembangunan memberi peluang negeri-negeri Sarawak dan Sabah untuk sama-sama membangun secara fizikal dengan negeri-negeri di Semenanjung.. satu onus kepada penduduk-penduduk di kedua-dua negeri tersebut … kelemahan utama di zaman DS Najib ialah … semakin ramai ‘orang dalam’ yang tidak amanah .. dan menyebarluas maklumat kepada orang luar .. tetapi tidak pernah diambil tindakan di bawah OSA.. Akta Rahsia Rasmi … dengan kepantasan internet dan sebarang maklumat di zaman ini.. DS Najib memang Nampak vulnerable berbanding zaman Tun M dimana sesiapa yang melanggar OSA pasti dikenakan tindakan yang berat dan sewajarnya ..ditambah pulak dimasa itu..tiada internet … telefon mudahalih pun masih sebesar bateri kereta …

Bagi aku… berilah peluang DS Najib bersemuka dengan Tun M secara empat mata seperti kata YB Tuan Khairy Jamaluddin .. tanpa campur tangan pihak ketiga .. biar mereka berbincang ‘one to one’ … mungkin apa yang diinginkan kedua-dua pihak dapat dicapai dengan sebaiknya .. persepsi masyarakat selalu dibentuk oleh cerita-cerita media social yang tidak tahu darimana punca nya .. mungkin juga dipanaskan atau di api-apikan dengan cerita-cerita dari pakar strategi pihak lawan ..yang inginkan perpecahan .. jangan lupa .. Malaya dijajah kerana ‘orang dalam’ bertelagah dan membawa masuk orang luar untuk perbetulkan keadaan..dan akhirnya orang luar yang memerintah.. sama juga dengan Sarawak … dimana James Brooke menjadi Rajah disebabkan pemerintah tidak mampu menangani masalah dalaman hinggakan Sarawak menjadi sebuah negara kepunyaan seorang pelayar Inggeris dan keluarganya … itu cerita lama yang seharusnya menjadi tauladan dan panduan semua … jangan diungkit kenapa Melaka yang hebat boleh runtuh .. jangan ditanya kenapa Singapura menjadi milik orang lain .. dan jangan ditangisi kelak jika Malaysia bukan lagi milik kita ..


#sehatisejiwa #ayuhMalaysiaku.