Saturday, February 28, 2015

MY WAY – DATUK PATINGGI TS ADENAN SATEM

Wawancara Bersama Ketua Sarawak di RTM baru-baru ini menunjukkan ‘the real side of’ TS Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak ke-4 setelah 32 tahun .. di keseriusan wajah yang dipenuhi pengalaman … terselit kelucuan seorang pemimpin negeri yang pernah mengalami suka duka pahit manis sebagai ahli politik negeri Sarawak. Permainan politik yang dipenuhi sepak terajang .. puji pujian dan juga kesetiaan … TS Adenan Satem kini berada di singgahsana kuasa yang diidam idamkan oleh setiap ahli politik … iaitu kedudukan sebagai Ketua Menteri Sarawak .. seperti cerminan katanya ‘amat berbeza menjadi seorang Ketua Menteri dengan seorang menteri biasa dimana Ketua Menteri mempunyai lebih banyak kuasa’  apabila ditanya oleh pengacara apa perasaan TS Adenan apabila dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke-4. Dalam keseriusan wajahnya terpacul jua kelucuan nya .. Eh ? Rupanya aku Ketua Menteri Sarawak .. ekoran dari kebiasaan nya menunggu ketibaan Ketua Menteri sejak 30 tahun yang lalu dalam acara-cara rasmi negeri ..

Semasa menyampaikan ucapan aluan di majlis perasmian UTC Sarawak baru-baru ini, TS Adenan tidak membaca teks yang disediakan sebaliknya menyampaikan hasrat rakyat melalui perasaan nya .. instinct  seorang pemimpin yang merasai denyut nadi rakyat. Dalam nada lucu beliau mengatakan beliau bercakap apa yang beliau rasa kerana ianya lebih jujur berbanding membaca teks ucapan yang disediakan oleh pegawainya.. yang disambut gelak ketawa oleh hadirin.. dalam gelak ketawa itu terselit satu sindiran TS Adenan yang inginkan semua pemimpin politik untuk bersikap jujur dalam menyampaikan hasrat rakyat .. dan tidak bergantung kepada maklumat yang ‘disuapkan’ oleh pegawai yang menyediakan teks ucapan untuk disampai kepada rakyat. Kejujuran menyampaikan kehendak dan keperluan rakyat itu penting kerana pemimpin politik ..dilantik oleh rakyat melalui peti undi dalam pilihan raya .. mesej jelas yang disampaikan oleh TS Adenan ialah ‘be yourself, be honest in serving the peoples that have put their trust by electing you as a Yang Berhormat’ . Namun realitinya… berapa ramai yang akan melakukan apa yang TS Adenan lakukan ? he he he ..

Menariknya satu kenyataan TS Adenan ialah responnya kepada pertanyaan seorang ahli SUPP .. iaitu ‘jangan panggil kaum Cina pendatang kerana mereka lahir , bersekolah dan membesar di negeri ini. Moyang mereka mungkin pendatang pada satu masa dahulu tapi kini anak cucu mereka bukan lagi pendatang ..kerana mereka juga menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri Sarawak. Nenek mereka mungkin pergi ke negara Cina untuk melawat kaum keluarga mereka tetapi mereka akan kembali semula ke Sarawak..kerana Sarawak kini adalah negeri mereka’. Apa yang diperjelaskan oleh TS Adenan ialah..jangan ungkit lagi siapa tuan siapa pendatang di negeri ini.. jangan timbulkan permusuhan kaum .. kerana semuanya adalah anak negeri .. jangan jadi seperti di Semenanjung dimana .. isu kaum masih lagi dibincangkan..masih lagi dipolitikkan ..masih lagi menjadi satu isu yang boleh mencetuskan huru hara kepada negara … memahami apa yang diperlukan oleh orang Cina .. TS Adenan berkata .. terimalah pendidikan mereka .. kerana orang Cina pentingkan pendidikan sejak dahulu kala (malah dizaman Dinasti-dinasti Cina ..pelajaran merupakan perkara yang amat dititik beratkan).. berilah peluang mereka berniaga ..kerana itu yang orang Cina suka .. mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan TS Adenan dalam hal ini ..tetapi di Sarawak ..tidak pernah timbul isu kaum Cina dengan kaum bumiputera..siapa tuan siapa hambanya.. maka sebab itulah isu agama tidak pernah ditimbulkan kerana setiap kaum saling memahami dan saling menghormati budaya serta agama masing-masing..apatah lagi banyak berlaku perkahwinan campur ..perkahwinan silang budaya ..

Justeru, TS Adenan sekeras-kerasnya menolak golongan ekstrimis menjejak kaki ke negeri Sarawak dan menyekat mereka menggunakan kuasa imigresen yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Malah menurut TS Adenan, Sarawak tidak akan sekali-kali mengubah atau meminda kuasa imigresen tersebut supaya elemen-elemen ekstrimisme yang semakin banyak di Semenanjung tidak bertapak di negeri Sarawak. TS Adenan dengan serius mengatakan ianya tidak mengambilkira siapa..samada kawan atau lawan.. akan disekat kemasukan mereka jika cuba untuk membawa budaya ekstrimis ke negeri Sarawak. Malah dengan kuasa imigresen yang ada .. Sarawak mampu menghalang golongan ekstrim agama dan juga perkauman dari menyebarkan dakyah dan hasutan mereka di Bumi Kenyalang. TS Adenan berkata keharmonian rakyat yang dibina sejak 50 tahun lalu adalah penting untuk pembangunan dan kemajuan negeri Sarawak … maka sebab itulah usaha untuk mencetuskan ‘Dayakisme’ satu ketika dulu tidak menjadi kerana orang-orang Sarawak cintakan keaman, keharmonian dan saling hormat menghormati ..

Berkaitan dengan pembalakan haram, TS Adenan sesungguhnya serius menangani isu tersebut dengan memberi pelbagai bentuk kemudahan kepada Jabatan Hutan .. seperti katanya .. ‘ada mata butak .. ada telinga bengal ..ada mulut bisuk’ yang merujuk selama ini pegawai dan anggota Jabatan Hutan tidak mengambil tindakan ..dan membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku secara berleluasa … hinggakan hutan negeri Sarawak semakin terhapus.. pun begitu kata TS Adenan dengan sinisnya.. ‘walaupun ada rampasan kayu balak haram yang berjumlah jutaan ringgit dilakukan oleh penguatkuasa ..peliknya orang yang bertanggungjawab tidak ada .. iaitu tiada tangkapan ke atas pekerja atau tokay-tokay..seolah-olah maklumat serbuan atau operasi itu sudah bocor’ dan tanpa berselindung TS Adenan mengatakan masih ada penjawat awam negeri yang memberi maklumat kepada kem-kem balak haram … keseriusan beliau mengatasi masalah pembalakan haram juga dikotakan dengan tidak memperbaharui lessen balak kompeni-kompeni balak atau memberi lessen pembalakan yang baru .. semoga usaha TS Adenan ini membuahkan hasil dan akhirnya mengekalkan negeri Sarawak dengan hutan-hutan tropikanya ..

Isu ‘gender equality’ yang dibangkitkan mencetus gelak ketawa hadirin apabila TS Adenan dalam senyumnya mengatakan lelaki dan wanita tidak akan sama .. walau apa pun ..kerana jika mereka sama .. ianya akan menyukarkan .. tetapi katanya lelaki dan wanita perlu diberi layanan yang sama .. dalam memberi peluang pekerjaan maupun dalam peluang perniagaan. Isu perbezaan gender tidak sepatutnya berlaku kerana .. lelaki dan wanita sama-sama menyumbang dalam pembanguna  negara … dan jika ada syarikat atau agensi yang masih tidak berlaku adil kepada wanita .. beliau mohon dimaklumkan agar tindakan boleh diambil ke atas syarikat atau agensi berkenaan .. isu hak kesamarataan sering dibangkitkan oleh kaum wanita namun yang jelas di kebanyakkan kementerian dan jabatan pada masa ini .. sebenarnya wanita mengatasi lelaki dalam banyak hal … semakin ramai wanita berpangkat tinggi berbanding lelaki .. semakin ramai wanita di universiti berbanding lelaki..cuma dalam ketidak samarataan wanita boleh dilihat dalam politik.. iaitu lelaki lebih ramai menjadi YB daripada wanita … dan selain dari Datuk Paduka TS Rafidah Aziz.. tiada lagi wanita yang memegang portfolio menteri yang amat berpengaruh dan berkuasa … selepas beliau bersara dari politik… mungkin juga tiba masanya ADUN Wanita di negeri Sarawak diberi jawatan menteri yang lebih dinamik dan mencabar  selain menteri kebajikan dan wanita … apa kata TS Adenan dalam hal ini ? …

Sepanjang wawancara dipenuhi gelak ketawa kerana TS Adenan .. lebih gemar bercakap dengan gayanya tersendiri .. bahasa anak negeri yang tidak lekang dari bibirnya .. ang cuba difahami oleh pengacara Syed Munawar … malah TS Adenan tidak ‘apologetic’ walaupun Syed Munawar tidak memahami apa yang beliau perkatakan .. ada yang mengatakan TS Adenan seorang politician yang very blunt dan arrogant in nature (reaksi beberapa rakan di semenanjung) tidak kurang pula yang memuji sikap jujur beliau yang tidak berselindung dan berpura-pura ..malah ada yang mengatakan begitulah sepatutnya sikap seorang pemimpin yang perihatin kepada kehendak rakyat …. yang tidak terikut-ikut dengan gaya dan cara kepimpinan yang terdahulu .. his way of doing things that he think is right for his peoples..

Kenyataan terbaik yang perlu dipelajari oleh sebahagian besar ahli politik ialah the opposition should not be looked upon as an enemy because they are also Malaysian citizens who are loyal to the country. TS Adenan mengatakan beliau tidak menghadapi masalah untuk dengan pihak pembangkang dan sentiasa bersedia untuk berbincang dengan mereka. Lantas katanya “Therefore, it is not wrong to give them an opportunity to speak or listen to their views”. Begitulah pandangan TS Adenan terhadap pembangkang di negeri Sarawak ..semoga pandangan ini dijadikan satu langkap positif untuk pembangkang memberi input atau feedback yang berguna demi pembangunan Sarawak.. jangan asyik hentam semberono sahaja..sehingga yang terbaik untuk rakyat pun tidak dipersetujui .. ambil lah pendekatan sebagai ‘constructive opposition with constructive ideas’ .. as it is much easier to criticises rather than giving constructive comments for the benefits of all..


Dan dari sudut padangan aku .. semoga ‘My Way’ oleh TS Adenan Satem akan menjadikan negeri Sarawak lebih dihormati .. maju dan aman harmoni selamanya .. 

Wednesday, February 25, 2015

APA PILIHAN SPDP dan SUPP ?

Apakah senario pilihanraya 1987 akan kembali menghantui BN dimana diadakan pertandingan ‘terbuka’ antara parti komponen BN dengan parti ‘BN friendly’ bagi membolehkan parti mana pilihan rakyat. Dalam tahun 1987, formula BN Plus digunakan bagi membolehkan PBDS, sebuah parti baru yang lahir dari perpecahan SNAP. PBDS yang diterajui oleh Tan Sri Leo Moggie ketika itu berjaya menawan beberapa kawasan SNAP yang dipimpin oleh mendiang Datuk Amar James Wong Kim Min . Akibat dari kekalahan itu, SNAP akhirnya keluar dari gabungan BN dan menjadi pembangkang. Apakah kepimpinan baru BN negeri akan mengguna semula formula itu atau pun cuba memujuk SPDP dan SUPP agar menerima semula semua wakil rakyat mereka yang telah keluar parti sebagai calon di kawasan-kawasan yang telah mereka menangi dalam PRN ke-10 lalu ? Jika berdasarkan kenyataan KM Sarawak ‘saya akan beri simbol BN kepada calon yang boleh menang’ yang secara khususnya satu indikator bahawa beliau akan membenarkan calon-calon UPP dan TERAS untuk bertanding atas tiket BN. Amat jelas bahawa TS Adenan bersedia untuk mengambil langkah paling praktikal; prospek calon paling boleh menang, termasuk TERAS dan UPP, akan dipilih untuk membawa simbol BN dalam PRN ke 11 nanti (bm.theantdaily.com, February 20th 2015).

Lantas jika inilah pilihan TS Adenan, apakah pilihan yang ada pada SPDP dan SUPP kerana jelas DS Tiong King Sing dengan tegas mengatakan ‘calon mestilah hanya daripada kalangan parti komponen Barisan Nasional sahaja, bukan daripada kalangan parti luar daripada Barisan’ (www.mstarcom.my, February 21st , 2015). Dr.Sim Kian Hui, Presiden baru SUPP pula mengatakan ‘we have made the statement many times before, SUPP will defend the 19 seats and if the new state seats are approved, it will be divided among the state BN components’ (www.newsarawaktribune.com , February 21st 2015). Kenyataan itu dengan jelas mengatakan SUPP tidak akan berkompromi dengan UPP dalam agihan kawasan. Kedua-dua Presiden parti komponen BN tidak akan berkompromi sepertimana kenyataan mereka ‘SUPP President Senator Prof.Datuk Dr.Sim Kian Hui and SPDP President Datuk Seri Tiong King Sing stressed that both parties WOULD NEVER compromise on their rights to contest for the seats currently allocated to them’ (BP Online, February 15th 2015). Kenyataan bersama itu juga menjelaskan ‘members who are not happy with the party(ies) concerned, have the right to make their own choices. However they do not have the right to take along the seats that they won under SUPP or SPDP banner’(BP Online, February 15th 2015).

Ketika ini calon-calon UPP dan TERAS masih dilihat berpotensi untuk menang dan menjadi ‘favourite’ kepada TS Adenan berbanding calon-calon yang bakal dikemukakan oleh SUPP dan TERAS. Ini kerana kesemua calon ini masih diterima sebagai ‘BN friendly’ malah masih dikekal dalam cabinet negeri Sarawak. Sekuat mana pun kedua-dua Presiden SUPP dan SPDP ‘huff and puff’ ..seolah olah pandangan keras mereka tidak diberi perhatian oleh kepimpinan BN di Sarawak mahupun di peringkat persekutuan. Malah kenyataan keras DS Tiong ‘we will defend our stand, come what may, and we will never be bullied into accepting any terms against our will’ seperti air hujan yang berguguran di atas daun keladi. Justeru ..apakah pilihan SUPP dan SPDP seandainya mereka DIPAKSA juga menerima calon-calon dari UPP dan TERAS bertanding di kawasan mereka ? Pilihan pertama ialah, beranikah SUPP dan SPDP keluar dari komponen BN dan membentuk gabungan dengan pakatan rakyat yang diterajui oleh DAP, PKR dan PAS. Pilihan kedua ialah memohon untuk diadakan pertandingan secara terbuka (free for all) untuk pastikan siapa lebih berpenmgaruh di 27 kawasan Dewan Undangan Negeri. Pilihan ketiga ialah keluar daripada BN dan bertanding bersendirian menentang BN dan juga Pakatan Rakyat. 

Pilihan pertama rasanya akan menguntungkan Pakatan Rakyat kerana dengan gabungan SUPP dan SPDP, gabungan itu menjadi semakin kuat dan mampu mengugat kedudukan Barisan Nasional negeri. Pun begitu akan ada masalah dari segi pengagihan kerusi antara DAP dengan SUPP yang sama-sama berpaksi kepada pengaruh pengundi kaum Cina di kawasan bandar dan sub bandar, antara PKR dengan SPDP dan juga SWP yang biasa memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar , iaitu pengundi bumiputera sepertimana berlaku dengan SNAP dalam pilihanraya negeri ke-10 lalu. Pilihan kedua pula lebih praktikal kerana ianya hanya membabitkan 27 kawasan Dewan Undangan Negeri dan masing-masing kekal dalam gabungan Barisan Nasional , iaitu siapa menang akan mempunyai hak ke atas kawasan berkenaan manakala pilihan ketiga tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada SUPP dan SPDP walaupun mereka mungkin mampu menang dua atau tiga kawasan Dewan Undangan Negeri. Justeru dalam memastikan BN negeri terus mengekalkan kuasa, TS Adenan pastinya lebih suka kepada pilihan kedua kerana ianya lebih praktikal dan lebih menguntungkan Barisan Nasional berbanding dua opsyen yang lain. Jika TS Adenan masih insist untuk kedua-dua SUPP dan SPDP berkompromi (yang dalam pendapat aku, tidak akan berlaku), berkemungkinan  besar akan berlaku sabotaj dan boikot dalam pilihanraya nanti yang akhirnya merugikan BN sendiri dan menguntungkan pihak pakatan rakyat.

Pilihan sebenarnya terletak di tangan TS Adenan dan pilihan itu pasti memeritkan kerana apapun pilihan beliau, tidak akan ada mana-mana pihak yang akan berpuashati.Pun begitu kita percaya TS Adenan akan membuat pilihan yang terbaik untuk kepentingan negeri Sarawak.


‘A great leader will always have the best benefits for his peoples on his mind and a great tactician will always seek the best option for the good of his peoples’

Tuesday, February 24, 2015

OPPORTUNIST

Satu hari anak aku bertanya ‘ayah ..apakah maksud ‘opportunistic’ atau ‘opportunist’ ? Opportunist bermaksud ‘a person who takes advantage of opportunities as and when they arise, regardless of planning or principle’ atau dengan kata lain seseorang yang mengambil peluang pada bila-bila masa .. dan orang yang ‘opportunistic’ ialah orang yang licik dan sentiasa mengintai peluang terutamanya orang-orang politik. Dalam konteks tulisan aku hari ini aku nak menulis tentang peluang-peluang yang terhidang ..yang telah dijadikan satu senjata oleh ahli-ahli politik tanah air kita .. kes pertama ialah kes Altantuya .. dan kes ini dilihat oleh pihak sebelah satu peluang yang teramat besar untuk menjatuhkan DS Najib dari kedudukanya .. malah dengan sekelip mata seorang pesalah yang melarikan diri ke Australia menjadi ‘umpan’ untuk menceritakan ‘kebenaran’ siapakah dalang sebenar dalam kes berkenaan. Tiba-tiba si pesalah tadi sudah diangkat menjadi ‘pejuang’ atau hero oleh parti dan individu tertentu dengan harapan untuk memalukan DS Najib dan memalukan kerajaan Malaysia. Malah beliau sanggup untuk bertemu si pesalah tadi..membawa ibu dan keluarga si pesalah..walaupun pada telesidang yang dirancangkan beliau gagal untuk membuktikan bahawa beliau boleh menghubungi pesalah berkenaan. Begitulah tinggi nya semangat mereka untuk membuktikan DS Najib bersalah..dan mereka sanggup melakukan apa sahaja … tetapi mereka langsung hilang semangat untuk membantu rakyat negeri Kelantan membangunkan semula kehidupan mereka kerana sehingga kini tiada satu pun usaha atau usul dari puak-puak ini untuk membina rumah atau membantu rakyat mereka bangkit semula dalam perniagaan.. yang didengar dan dilihat ialah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan , iaitu kerajaan yang ingin mereka jatuhkan..kerajaan yang ingin mereka malukan… itulah seorang opportunist politik yang lebih mementingkan kepentingan politik daripada kepentingan rakyat yang mengundinya..

Kes kedua opportunist ialah kes mejar tentera yang dibuang kerja kerana ingkar arahan dan beliau kini disanjung sebagai hero kerana berani mendedahkan kekhilafan SPR ..kononnya SPR menipu rakyat jelata dalam isu dakwat kekal. Malah kini mereka sedang menyediakan mejar itu sebagai calon pilihan raya umum akan datang untuk menentang pihak yang telah dikatakan ‘menganiayakan’ beliau. Inilah peluang mereka untuk mendedah salahlaku pihak-pihak kerajaan..kononnya … sedangkan mereka terlupa dalam perkhidmatan awam pun ada peraturan yang melarang penjawat awam mendedahkan perkara-perkara yang terkawal..yang boleh dikenakan tatatertib..dan juga buang kerja..apatah lagi tentera yang memang dikenali mempunyai peraturan yang paling ketat dan berisiko tinggi. Aku tak tau siapa benar siapa yang salah tetapi aku tau setiap penjawat awam sudah di maklumkan perkara ini sebaik sahaja mereka melangkah ke dalam dunia pekerjaan dan menandatangni akujanji. Maka sesiapa pun yang melanggar akujanji tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib yang menjurus kepada buang kerja .. begitulah peraturan dalam perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh sesiapa pun..

Kes ketiga ialah cerita Sodomy II yang aku rasa muak nak dengar..nak baca atau pun nak lihat kerana sudah begitu lama..sehinggakan mengambil masa bertahun-tahun … satu sejarah epic dalam penghakiman Malaysia. Aku tak berminat pada semua itu tetapi aku ketawa terguling-guling bila baca pihak pakatan marah bila pihak peguam membuat ‘roadshow’ menerangkan perkara sebenar yang berlaku dalam kes berkenaan. Aku ketawa kenapa mereka perlu marah sedangkan bertahun-tahun mereka buat ‘roadshow’ menuduh kerajaan yang berniat jahat nak jatuhkan DSAI .. tak pernah pun dihalang.. malah Mat Sabu sampai pegi Sarawak .. buat roadshow..nak bagitau DSAI tak bersalah.. semuanya konspirasi politik kerajaan.. tak ada pun orang marah atau halang ? Malah anak-anak DSAI buat kempen hingga ke luar negara untuk buat ‘March to Freedom’ ..tak ada pun orang marah ..maka kenapa perlu marah bila Shafee Abdullah dan teman-temannya membuat roadshow? Benar .. aku pun tak setuju sebabnya DSAI tak boleh jawab tuduhan-tuduhan itu.. samalah juga kerajaan tak boleh jawab tuduhan-tuduhan pihak pakatan sebab yang melaporkan kes tersebut ialah Shaiful..bukan kerajaan!! Maka kalau tak suka orang lain buat roadshow tersebut.. maka pihak pakatan juga jangan buat macam-macam tuduhan … seperti kata ahli falsafah terkemuka Cina, Confucius (bukan confuses ok)‘don’t do unto others what you don’t want others do unto you’

Samalah sepertimana tuduhan-tuduhan bahawa Malaysia ‘have no fair and just election system’ yang pada hemat aku satu tuduhan yang membuta tuli ..satu tuduhan yang amat-amat tidak adil kepada pihak yang dipertanggungjawab kan .. sekiranya negara ini tidak mempunyai sistem pilihan raya yang adil … berkemungkinan besar Selangor dan Pulau Pinang tidak akan dapat ditawan oleh pakatan rakyat .. atau pun Kelantan yang sudah lebih 30 tahun dalam pemerintahan PAS … jika sistem pilihanraya tidak adil bolehkah pakatan menang 15 kerusi di Sarawak dan juga beberapa kawasan lain di negeri yang diperintah oleh BN ? aku bukan nak sokong sesiapa tetapi apabila ada tuduhan sebegitu memang aku rasa orang yang membuat tuduhan itu hanya berpaksi pada emosi bukan berpaksi pada fakta sebenar ..atau sememangnya beliau BUTA ..bukan sahaja buta mata tetapi BUTA HATI … aku tak kata kerajaan BN itu bagus 100 peratus ..kerana memang ada kelemahan nya di sana sini … tetapi sekurang-kurangnya pihak pembangkang masih lagi berpeluang untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat mereka..malah ada yang berkempen sehingga keluar negara untuk mendapat sokongan..memburukan kerajaan di mata dunia..tetapi mereka tidak pernah di ambil tindakan … cubalah kalau duduk di negara pujaan mereka Singapura.. cubalah burukkan Singapura di luar.. silap-silap haribulan hilang status kerakyatan … Akta Hasutan masih berkuatkuasa di Singapura..tetapi di Malaysia ada parti dan kepimpinan nya mendesak kerajaan Malaysia untuk menggugurkan sepertimana Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang kini terhapus ..tetapi di negara-negara luar akta ini masih lagi dikuatkuasakan..dan tiada suara demokrasi (golongan yang berjuang di atas hak asasi manusia) dari Malaysia mohon negara seperti Singapura atau USA untuk mengugurkanya ? Kenapa berdiam diri ?

Inilah yang aku kata dari awal lagi opportunist yang sentiasa mengambil peluang untuk kepentingan diri mereka dan apabila perkara itu terkena di ‘batang hidung’ mereka sendiri mereka tidak mampu berkata apa-apa .. contohnya menuduh BN mengamalkan nepostisme dan kronisme sedangkan dalam parti mereka sendiri berlaku nepostisme .. anak beranak samada menjadi ADUN atau Ahli Parlimen … tetapi mereka membesarkan-besar isu antara DS Najib dan DS Hisamuddin … malah mereka sanggup mengupah wartawan luar untuk memburukkan kerajaan walau dalam apa jua situasi pun … fitnah dan tuduhan melampau dilontar dari pelbagai sudut oleh mereka tetapi bila ada pihak lain yang membuat perkara yang sama ..dengan pantas mereka akan menyaman mereka melalui undang-undang … itulah sikap dan perilaku ‘opportunist’ yang tidak pernah akan menerima kenyataan tentang kejahilan mereka selain hanya melihat keburukan di pihak orang lain.. malah usaha kerajaan membantu rakyat yang dilanda bencana pun mereka masih sanggup mengutuk dan mencaci …itulah yang dikatakan a very calculating and opportunistic politician semata-mata untuk mencapai hasrat serta keinginan untuk berkuasa sahaja …


P.S ......  muak dan bosan melihat gelagat kurang matang beberapa pemimpin politik negara yang tidak henti-henti berpolitik …

Monday, February 23, 2015

11 KERUSI BARU DUN SARAWAK : MILIK SIAPA ?

11 kerusi baru DUN Sarawak menyaksikan 82 kawasan bakal dipertandingkan dalam PRN Sarawak ke 11 berbanding 71 kawasan pada ketika ini. Pertambahan 11 kerusi DUN baru adalah susulan usul yang diluluskan oleh sidang DUN Sarawak pada November 2014 lalu. Berikutan itu juga, Sarawak merupakan negeri yang memiliki jumlah kawasan DUN yang paling banyak dalam Malaysia. 11 kawasan DUN baru membabitkan N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serumbu, N23 Triboh, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Selirik, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Long Lama. Perkembangan ini juga akan menyaksikan parti-parti dalam komponen BN dan juga Pakatan sudah ‘berkira-kira’ kawasan mana yang mereka inginkan ..berdasarkan majoriti pengundi dan juga pengaruh mereka. Selain itu ramai individu dalam parti politik juga mungkin juga sudah ‘berkira-kira’ atau ‘membayangkan’ mereka bakal dipilih oleh parti sebagai calon di kawasan yang mereka rasa mereka layak diketengahkan. Mungkin sudah ada yang termimpi mimpi atau ‘bermimpi mimpi’ mereka bakal menjadi ahli Yang Berhormat .. jika dilihat melalui laman media sosial.. ramai yang sudah mula ‘turun padang’ dan ‘tunjuk diri’ di kampong-kampung serta kawasan .. ada yang dulunya ‘dormant’ tiba-tiba menjadi aktif dan sibuk sesibuknya atau menyibuk diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan .. he he he .. ang orang tak pernah kenal .. tiba-tiba sedang ‘memperkenalkan’ diri … tonjol diri sebagai antara yang layak atau boleh diketengahkan … senario biasa bila akan adanya pilihan raya ..

Kebanyakan kawasan baru lebih menampakkan majoriti pengundi bumiputera dan pastinya parti-parti komponen dalam BN sudah pun ‘menetapkan’ kawasan mana yang mereka inginkan. Persoalan nya kini ialah dimana kedudukan UPP dan TERAS dalam pengagihan kawasan-kawasan pilihan raya ini nanti ? Daripada 11 kawasan baru, berapakah kawasan yang di agihkan kepada parti PBB, SPDP, PRS dan SUPP. Apakah TERAS dan UPP akan mendapatkan bahagian mereka juga ? Pada pandangan aku paling ideal agihan ialah parti PBB bertanding di empat (4) kawasan, iaitu di N26 Gedong, N40 Kabong,N57 Tellian dan N78 Long Lama. SUPP pula bertanding di N13 Batu Kitang dan N17 Stakan manakala SPDP bertanding di N66 Murum dan N70 Samalaju. PRS pula bertanding di 18 Serembu, N23 Triboh dan N63 Selirik. Maka dimana kedudukan TERAS dan UPP ? TERAS dan UPP boleh bertanding di kawasan yang mereka wakili sebelum ini, iaitu kawasan yang mereka menang di atas tiket SUPP dan SPDP dengan harapan perkara ini dapat diterima oleh parti yang pernah mereka wakili atapun kawasan-kawasan ini dijadikan ‘pertandingan terbuka’ untuk mereka selain menghadapi parti-parti dari pakatan rakyat atau mana-mana parti politik lain.

Berdasarkan rekod pilihan raya negeri Sarawak ke 10, parti PBB membuktikan mereka berjaya mengekalkan kemenangan 100 peratus berbanding rakan-rakan lain dalam komponen BN dan tidak mustahil jika ada pertambahan empat lagi kerusi baru, parti PBB mampu memenanginya. Manakala SPDP atau Sarawak Peoples Democratic Party menang lima(5) daripada tujuh (7) kerusi yang dipertandingkan dan kini tiada satu pun calon yang menang dalam parti berkenaan kerana telah menyertai penubuhan parti baru iaitu parti TERAS atau parti Tenaga Rakyat Sarawak. Kelima-lima ADUN telah menyertai bekas Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom, Ahli Parlimen Saratok yang juga ADUN Pakan menubuhkan parti TERAS. Apakah SPDP akan menuntut kawasan yang pernah dimenanginya iaitu N2 Tasik Biru N41 Pakan, N61 Bekenu, N66 Marudi dan N69 Batu Danau selain dua (2) kawasan yang mereka tewas, iaitu N34 Krian dan N70 Ba’ Kelalan selain memohon dua kawasan baru, iaitu N66 Murum dan N70 Samalaju. Datuk Seri Tiong King Sing dalam ucapan Tahun Baru Cina dengan tegas mahukan ‘winnable candidates to represent BN in the coming 11th State Election to be picked from among its component parties’ . ‘Candidates MUST ONLY  be from among the BN component parties, not parties outside the coalition’ katanya. (Borneo Post, February 21st 2015). Kenyataan keras dari Presiden SPDP ini adalah untuk menyanggah kenyataan Ketua Menteri Sarawak yang berkata berkemungkinan besar BN mungkin memilih calon dari kalangan BN friendly parties seperti UPP dan TERAS dalam pilihan raya negeri akan datang. Mampukah SPDP mempertahankan prinsipnya atau adakah kemungkinan SPDP akan keluar dari BN sepertimana yang dilakukan oleh SNAP sebelum ini??

Apakah pendirian Datuk Seri Tiong King Sing ini dikongsi oleh Presiden baru SUPP, Dr. Sim Kui Hian kerana jelas sekali beliau telah menegaskan bahawa SUPP akan bertanding di kesemua 19 kawasan yang pernah ia miliki walaupun secara hakikatnya SUPP hanya menang enam(6) dari 19 kawasan yang ia tandingi. Daripada enam(6) ADUN yang menang tersebut, empat daripadanya telah keluar SUPP dan menubuhkan parti baru iaitu UPP atau United Peoples Party . ADUN yang keluar ialah dari kawasan N1 Opar, N16 Bengoh, N28 Engkili untuk menyertai ADUN N47 Bawang Assan yang menjadi Presiden UPP, Datuk Seri Wong Soon Koh. Dr. Sim secara jelas mengatakan bahawa SUPP ‘will strongly object to UPP’s application to be a component party of BN’. Dr.Sim menegaskan ‘we will recontest all the 19 seats allocated to us in the previous election and there is no question about it’ (Malay Mail Online, February 22nd , 2015).  Apakah SUPP juga akan menuntut N13 Batu Kitang dan N17 Stakan sebagai tambahan kepada kawasan yang sedia ada sebelum ini daripada BN.
Merujuk kepada UPP, jelas mereka kini hanya bergantung kepada ihsan YAB Ketua Menteri Sarawak dan juga BN Pusat berdasarkan kenyataan Datuk Seri Wong Soon Koh, iaitu ‘we will leave it to the wisdom of the BN leaders.They know what to do, I suppose’. All we want to do  right now is we work very hard on the ground serving the people, hoping to be recognised as winnable candidates when the time comes’ (Malay Mail Online, February 22nd , 2015). Apakah pilihan UPP jika tidak diterima sebagai ahli komponen BN dan apa pula pilihan SUPP jika UPP diterima oleh BN ? Berdasarkan kenyataan awal Ketua Menteri Sarawak bahawa BN mengamalkan semangat kekeluargaan, jika ada satu parti membantah kemasukan parti baru, maka tiada harapan untuk TERAS dan UPP menjadi ahli BN justeru apakah pilihan TS Adenan selaku Pengerusi BN negeri? Apakah BN Plus menjadi satu opsyen untuk BN Sarawak terus mengekalkan kemenangan mereka? Jika berlaku sedemikian rupa maka pilihan raya Sarawak ke-11 akan menjadi lebih menarik dengan pertembungan ahli gabungan BN bertelagah sesama sendiri manakala parti DAP, PKR, SWP dan calon BEBAS mengaut keuntungan nya. Aku tidak menyebut PAS kerana aku tidak melihat parti PAS sebagai satu alternatif untuk masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan di Sarawak . Seeloknya PAS tidak perlu membazir masa dan wang ringgit bertanding  di Sarawak.


Amat jelas DAP, PKR dan SWP mempunyai peluang sama rata untuk menang di kawasan yang baru jika BN tidak mempunyai calon yang benar-benar sesuai. Isu-isu semasa yang menghantui BN perlu diperjelaskan terutamanya pembangunan kemudahan asas yang sangat-sangat diperlukan oleh rakyat seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik 24 jam dan jalan raya yang berturap selain kemudahan untuk belia-belia seperti padang futsal, padang bolasepak atau Dewan Badminton. Semuanya amat didambakan oleh pengundi-pengundi kawasan luar bandar yang mengharapkan wakil rakyat mereka 100 peratus membawa kemudahan itu kepada mereka. Milik siapa kawasan baru bukan satu persoalan yang berat, kerana yang lebih berat ialah bagaimana BN boleh terus kekal selaku sebuah kerajaan di negeri Sarawak kerana pastinya kali ini DAP dan PKR dengan bantuan SWP akan berjuang sehabisnya untuk mengurangkan terus penguasaan BN di negeri terbesar di Malaysia. Apakah janji-janji dalam manifesto pilihanraya ke-10 sudah ditunaikan semuanya atau sehingga kini masih berada pada tahap 50-60 peratus sahaja Jika demikian apakah langkah-langkah terkini BN untuk pastikan segala janji itu ditepati atau sekali lagi perlu berdepan cemuhan masyarakat yang kini semakin bijak dan cerdik untuk membuat pilihan mereka. 

Monday, February 16, 2015

PR DUN SARAWAK .. KEMANA HALA TUJU TERAS DAN UPP ?

BN Sarawak dikatakan sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pilihan Raya DUN Sarawak dijangkakan diadakan lebih awal ekoran dari sambutan positif terhadap kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak. Kawasan pilihan raya Sarawak juga telah bertambah dari 71 kawasan kepada 82 kawasan selepas persempadanan semula dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya baru-baru ini.Persoalan nya kini ialah dimanakah kedudukan pemimpin-pemimpin parti TERAS dan UPP dalam pilihanraya DUN Sarawak akan datang ? TERAS ialah parti serpihan daripada SPDP apabila Presiden nya Datuk Seri William Mawan Ikom keluar dari SPDP bersama beberapa ahli YB SPDP dan disertai oleh Datuk Seri Wong Soon Koh. Datuk Seri Wong Soon Koh kemudianya keluar dari TERAS dan menubuhkan pula UPP. Peliknya kedudukan mereka dalam BN tidak pernah tergugat malah mereka masih mampu melaksanakan tugas sebagai wakil BN .. walaupun secara rasminya TERAS dan UPP tidak pernah … saya ulangi TIDAK PERNAH diterima secara rasmi sebagai keluarga BN … satu kepelikan yang berlaku dalam politik negeri Sarawak.

Satu lagi yang pelik ialah pemimpin-pemimpin TERAS dan UPP mendakwa mereka masih ahli BN sedangkan SPDP dan SUPP tidak mengIKTIRAF mereka sebagai wakil BN…kerana untuk diterima sebagai ahli BN semua parti harus bersetuju … jika tidak mereka secara hakikatnya bukan ahli BN !! Apakah formula BN Plus yang diamalkan pada awal 80an dulu digunapakai oleh BN Sarawak ? Dengan pertambahan 11 lagi kawasan pilihan raya maka semua parti dalam BN akan berebut untuk mengemukakan calon masing-masing dan disinilah nanti dilemma nya BN ..apabila SPDP dan SUPP menuntut kawasan yang sama dituntut oleh TERAS dan juga UPP ? Apakah dikawasan yang dituntut oleh dua parti yang sama menyokong perjuangan BN dilakukan secara ‘open contest’ atau sebaliknya? Jika ianya secara pertandingan terbuka adakah PBB juga akan turut sama dalam kawasan yang ianya juga berminat dan mempunyai lebih ramai penyokong? Semua ini harus diselesaikan oleh pucuk pimpinan BN pusat dan juga negeri sebelum mereka turun berperang menentang gabungan pakatan yang diterajui oleh DAP, PAS dan PKR . Jika hal dalam kain BN tidak diselesaikan .. berkemungkinan besar gabungan tiga saudara sepusat sepusing ini boleh menawan satu dua kawasan baru dalam PR DUN Sarawak akan datang.

Dikalangan tiga saudara bukan kembar itu, DAP mempunyai lebih banyak peluang untuk menambah lagi kerusi DUN di Sarawak berbanding PKR dan PAS kerana perjuangan DAP nampak jelas berbanding kedua adik beradik tirinya. DAP masih lagi kukuh dengan kepimpinan Chong Chien Jen ..dan pastinya kelibat Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang dinanti-nantikan oleh pemimpin Cina Sarawak. PAS hanya mampu berjuang di kawasan majority pengundi Melayu Islam … kerana jelas sekali mereka tidak mampu meyakini pengundi bukan Islam ..terutamanya di kawasan rumah panjang..apatah lagi mereka baru kehilangan pemimpin ulung mereka yang telah kembali kerahmatullah…manakala kehadiran Tok Guru Hadi hanya akan menambah lagi kepada kekalahan mereka jika diingat kembali kenyataan Hadi yang menghina pengundi-pengundi negeri Sarawak dulu. PKR pula dilihat mampu mengugat kawasan bumiputera bukan Islam di kawasan pedalaman terutamanya apabila berhadapan dengan PRS, SPDP atau pun TERAS. Di kawasan bumiputera Islam.. perjuangan PKR kurang diterima kerana mereka tiada hala tuju sebenar selain tunduk kepada kuasa DAP…ditambah dengan ketiadaan ikon pujaan mereka yang telah dihantar berehat di penjara seketika..dari arena politik tanahair secara fizikalnya.

SWP pula dilihat sebagai parti tempatan yang kukuh dan utuh di kawasan Kapit dimana pemimpin nya Larry Sng, bekas ADUN BN telah bekerja keras untuk mempengaruhi pengundi dengan menghulurkan pelbagai bantuan kepada pengundi kawasan meskipun beliau tidak lagi berkhidmat sebagai YB ADUN. Pastinya jasa dan budi beliau akan dikenang orang-orang yang pernah menerima bantuan daripada Yayasan yang beliau tubuhkan untuk membantu golongan kurang kemampuan mencapai impian mereka untuk ke menara gading.SWP jua telah mengembangkan sayap ke beberapa bahagian dengan mengadakan pelbagai bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan..sesuatu yang jarang dilakukan oleh kepimpinan BN di masa-masa bukan pilihan raya. Apakah kerja keras SWP ini akan membuahkan hasil sekurang-kurangnya menawan dua atau tiga kawasan … dan jika mereka turut menyertai pakatan tiga beradik … apakah peluang mereka lebih baik ? Sesungguhnya pilihan raya DUN Sarawak kali ini lebih mencabar kepada kepimpinan BN apatah lagi di bawah kepimpinan yang baru.


Mungkin BN Sarawak sudah bersedia menghadapi PR DUN Sarawak sepertimana kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ..tetapi bersedia kah mereka untuk meleraikan pertikaian dalaman antara TERAS dengan SPDP atau antara SUPP dengan UPP atau berusaha memenuhi tuntutan PRS ke atas kawasan yang dimiliki oleh calon BEBAS yang kini dikatakan ‘BN friendly’ … apakah isu-isu yang bakal di bawa oleh pihak pakatan tiga beradik kali ini ? apakah isu Anwar masuk penjara menjadi agenda utama mereka ..atau isu menambah royalty minyak dan autonomi masih lagi taruhan untuk mempengaruhi undi atau isu undang-undang yang berat sebelah ? Pastinya isu harga barang yang tidak turun akan dikaitkan dengan kerajaan walaupun peniaga dan pemborang yang degil tak mahu ikut aturan .. dan isu harga minyak murah akan di putarbelitkan oleh mereka dengan kemerosotan ekonomi negara … yang menjejaskan kehidupan rakyat marhaen seperti aku dan saudara-saudara … isu jalan raya Sarawak atau Pan Borneo .. menjadi satu isu polemic yang terus menjadi perbincangan manakala isu pembangunan luar bandar tetap menjadi prioriti … terutamanya isu tanah dan balak yang tiada kesudahan nya .

Thursday, February 5, 2015

HARGA BARANG TURUN ?? HANYA SATU MIMPI …

Sehingga hari ini aku masih tertunggu-tunggu ..kumpulan NGO-NGO untuk membuat demonstrasi mendesak peniaga, pemborong dan peruncit menurunkan harga barang ..sepertimana mereka buat semasa ‘Demonstrasi 20 sen’ suatu ketika dulu di hadapan SOGO …. Mereka penuh semangat ‘tawaf’ beberapa kali dan setiap kali ‘tawaf’ semakin ramai yang turut serta dalam demonstrasi tersebut …. Kemanakah mereka-mereka itu menghilang tatkala RAKYAT sedang berdepan dengan isu harga barang yang tak turun-turun walaupn kerajaan sudah menurunkan harga minyak sebanyak 60 sen!!! … 'Rafizi Ramli ..awak dimana ..awak awak dimana’  ....kena nyanyi cara Taufik Batista … sebab ‘awak dah hilang ..hilang ..tak sebut apa-apa’  ... mana pergi nya jaguh-jaguh yang menyanyi dan melaung-laungkan ‘Terima Kasih Pak Najib’ semasa DS Najib umumkan kenaikan harga minyak 20 sen dulu?? ..tak nak buat demo .. ucapkan ‘terima kasih Pak Najib’ lagi ke..sebab DS Najib dah turunkan harga minyak ..dah tiga bulan oiii … tak kan begitu cepat .. you all lupa ??? ..

Maaf la.. bukan nak menyebelah sapa-sapa pun.. cuma aku terkecewa sikit dengan kumpulan NGO-NGO dan pemimpin politik yang seringkali mengatakan mereka memperjuangkan hak rakyat sehingga hari ini TIDAK BERSUARA … TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN MENDESAK pemborong dan orang tengah untuk MENURUNkan harga barang sedangkan RAKYAT sedang menghadapi bebanan !!! Apakah kumpulan NGO-NGO ini dan juga pemimpin politik yang KONON nya memperjuangkan hak rakyat..yang memperjuangkan suara rakyat HANYA AKAN BERDEMONSTRASI .. BERGULING-GULING membantah jika ianya HANYA melibatkan pemerintah semasa sahaja ??? iaitu SELECTIVE DEMONSTRATION FOR PEOPLES’ RIGHTS atau bahasa mudahnya .. berdemonstrasi untuk rakyat jika ianya melibatkan dasar pemerintah sahaja kan ? Tak GITU ..wahai NGO-NGO ..pejuang-pejuang rakyat ?? Hadoiiii … nampak sangat laa you all tu BUKAN berjuang untuk kepentingan RAKYAT tetapi hanya untuk KEPENTINGAN parti-parti politik tertentu sahaja…. Kalau betul engkorang berjuang untuk RAKYAT.. BERSUARA untuk RAKYAT ..kenapa you all DIAM MEMBISU .. DUDUK MEMBATU … bila harga barang tak TURUN-TURUN..sedangkan harga minyak dah TURUN.. harga minyak yang ENGKORANG desak MINTA turun … jadi camana sekarang nie ?? DAH TAK BOLEH PECAYA PERJUANGAN kaki DEMONSTRASI JALANAN nie …


Maka seeloknya tak perlu lah BERDRAMA lagi selepas ini ..jika harga minyak naik … tambang bas naik ..harga barang naik … sebab TERBUKTI … MEMANG TERBUKTI SUDAH ..HARGA MINYAK… BUKAN FAKTOR UTAMA harga barang naik .. BUKAN FAKTOR UTAMA kos perkhidmatan naik … kenaikan harga barang ..kenaikan perkhidmatan adalah kerana sikap TAMAK dan KEPENTINGAN diri untuk mendapat keuntungan yang lebih … justeru boleh disimpulkan ..bahawa kenaikan harga barang serta perkhidmatan selepas ini ialah disebabkan FAKTOR MANUSIA .. HUMAN FAKTOR … dan tiada KAITAN dengan turun naik harga minyak … sebab bila harga minyak turun … sampai hari ini harga barang ..dan perkhidmatan tiada satu pun TURUN … yang turun cuma hujan jer… maka pihak berkuasa harus melihat perkara ini dari sudut positif iaitu … selepas ini jika harga minyak naik … jangan layan desakan atau permohonan peniaga atau pemborong atau pemberi perkhidmatan untuk MENAIKKAN harga barang atau perkhidmatan mereka … kerana seperti kata seorang pengusaha bas ‘harga minyak hanya sebahagian kecil operasi sahaja berbanding kos pengurusan’ apabila ditanya kenapa mereka masih menaikkan harga tambang bas … samalah juga dengan alasan-alasan tokay-tokay ..bila ditanya ‘kenapa tak turun harga barang?’ ..jawapan nya ..aiyaa itu stok lama maa …sungguh lambart stok dia habis .. tapi bila harga minyak naik mala mini ..esok cepat jer harga barang naik .. cepat pulak stok dia habis …  pun begitu kita juga harus ingat … termasuk pemerintah … mana ada orang atau syarikat dalam dunia ini berniaga untuk RUGI!!!! ..semuanya adalah untuk MENDAPATKAN KEUNTUNGAN!!!!! ….. justeru gesaan untuk menurunkan harga barang … seketika ini ..walau habis air liur .. mungkin hanya SATU MIMPI .. sahaja …