Thursday, March 13, 2014

Kajang, Balingian dan MH370

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Mengetahui … dan seperti kata Tun Mahathir..dunia sedang memerhati Malaysia .. mana tidaknya ..pelbagai perkara peristiwa penting berlaku di Malaysia pada masa  yang sama …bermula dengan perletakkan jawatan oleh ADUN Kajang…kerana nak bagi peluang bang Non bertanding….tapi tak disangka-sangka la pulak..bang Non pulak tak layak ..terpaksa lah nganti dangan Kak Jijah …melawan Mei Fun..tak apa lah..perempuan lawan perempuan..wanita lawan wanita …nak cerita yang lain..aku tak berani laa..sebab itu hak masing-masing. Lepas tu ..tiba-tiba Pehin Sri Taib letak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak …alasanya dah terlalu lama memerintah Sarawak..lebih kurang 33 tahun..ya tak ya jugak kan..bagilah peluang orang lain pulak merasa jadi Ketua Menteri Sarawak… dan Pehin Sri Taib juga letak jawatan sebagai ADUN N51 Balingian .. esok lusa ..adalah calon BN tapi sapa lawan BN tak tau lagi..PKR ka PAS ke, SWP ka..SNAP ka..STAR ka atau DAP? ...paling koman pun calon BEBAS ….sebab setakat ini tiada satu pun dikalangan parti yang disebut tadi mengeluarkan sebarang kenyataan..iaitu berminat untuk melawan BN di N51 Balingian .. kenapa Pehin Sri letak jawatan …sebabnya dia dah jadi Gabenor Sarawak. 

Tiba-tiba timbul pula krisis yang maha hebat..maha mencabar Malaysia..iaitu kehilangan pesawat MAS, MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Dah masuk enam hari..belum juga ada tanda-tanda.. walaupun usaha mencari dan menyelamat dibantu oleh negara-negara yang mempunyai peralatan dan teknologi tercanggih di dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun dan juga China. Semua pihak terutamanya rakyat Malaysia tak henti-henti menadah tangan memohon doa ..dan berharap yang terbaik untuk penumpang serta krew MH370..dan keluarga mereka. Perasaan sebak, pilu dan sayu tidak mampu diperkatakan kerana setiap yang melihat dan mendengar akan pasti mengeluarkan air mata. Pun begitu dalam kesedihan dan kepiluan ada pula gerombolan yang ingin membuat lawak jenaka mereka … walaupun niat membantu itu ada.. tetapi penggunaan alam mistik mereka …ternyata..menjadikan mereka bahan lelucon jenaka .. umpama cerita lagenda P.Ramlee dengan dua sahabatnya dalam wayang Laksamana Do Re Mi … kasihan pun ada.. lucu tetapi kebanyakkan nya marah dan meluat kerana dunia sedang memerhatikan kita …

Tiga peristiwa penting yang pastinya memberi tekanan maha hebat kepada Perdana Menteri Najib Razak. Tiga peristiwa penting yang memperlihatkan karekter sebenar kepimpinan kita..sejauhmana kematangan mereka dalam menangani peristiwa ini. Amat jelas beberapa ahli politik tidak layak digelar pemimpin kerana sikap, gelagat serta pemikiran mereka yang tidak memperlihatkan kematangan diri..yakni membezakan politik dengan kemanusiaan.  Sepatutnya dalam krisis kehilangan MH 370..semua perlu bersatu..menolak ketepi seketika fahaman politik masing-masing dan saling membantu..dan bukan nya menuding jari mencari kesalahan orang lain. Apa yang berlaku dengan bang Non merupakan kes yang berbeza dengan kehilangan pesawat MH370. Peliknya pihak polis kata jangan membuat spekulasi tetapi stesen TV dan Radio tidak berhenti-henti menemubual pelbagai personality yang berkaitan dengan industry penerbangan..daripada bekas juruterbang, pakar teknikal hingga ke bekas pramugari dan pramugara …belum ditambah lagi dengan panggilan spontan ‘on air’ yang ingin berkongsi sedih dan duka lara mereka bersama keluarga mangsa… ada yang mengarut..ada yang mencerita pengalaman menaiki kapal terbang..semuanya menambah lagi kepiluan hati orang yang mendengar..semata-mata nak rating naik ke?

Di Kajang sudah mula gendang perang ..dua wanita berbeza perwatakan .. berbeza etnik dan pegangan agama .. tetapi mempunyai misi yang sama..iaitu untuk memenangi kawasan N25 Kajang untuk parti mereka. Kesian kak Jijah yang terpaksa turun padang..walaupun beliau Presiden parti …namun demi suami tercintanya..beliau akur jua …seolah-olah PKR sudah ketandusan calon-calon tempatan yang berwibawa … Mei Fun pula dari Petaling Jaya pindah ke Kajang pula..dulu ditewas oleh Tony Puaka..kali ini boleh menang ker? BN awal-awal lagi sudah berjenaka dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri yang berseloka.. PKR sudah lemah .. mereka sedang menghadapi krisis dalaman …. biar pun nampak sedemikian rupa..jangan lupa..mungkin itu strategi mereka.. untuk meraih simpati..lebih-lebih lagi kes bang Non yang akan jenguk semula tempat lamanya! Itu pun sudah satu indikator sepertimana kata si sepet Tian Chua… rakyat akan bangkit menumbangkan BN… slogan perang sudah dirungkaikan....maka apa lah pula strategi MCA dan sekutunya…

Peliknya di Balingian memang sudah ada janji..jika ahli Parlimen beragama Islam..ADUN mestilah dari kalangan orang Kristian…. satu persefahaman yang sudah terjalin berkurun lamanya .. satu kerjasama yang tidak dipersoalkan … kerana begitulah toleransi dan penerimaan masyarakat Melanau dari dulu hingga sekarang..agama bukan halangan dan tidak perlu dipersoalkan untuk hidup dalam suasana yang tenang, aman dan harmoni. Apa pula strategi BN di sini ? Apa pula kata puak yang akan menentang ? Nak guna isu Pehin Sri Taib lagi ke?  Daripada 13,666 pengundi itu boleh dikatakan 80 peratus daripada mereka adalah kaum Melanau ..justeru pihak yang nak lawan BN pun kena cari juga anak tempatan berketurunan Melanau ..
Apa pun peristiwa kehilangan pesawat MH370 telah menenggelamkan kerancakan pesta pilihan raya di dua negeri yang berbeza… jika tidak pasti TV, Suratkhabar dan Radio dipenuhi berita tentang pilihan raya . Mudah-mudahan usaha mencari MH370 berhasil juga..kerana sudah muak mendengar teori-teori pakar-pakar (kononya) ..sudah muak mendengar pertanyaan media yang asyik bertanya perkara yang sama..sudah mual membaca lawak jenaka yang tidak ada sifat kemanusiaan nya..sudah meluat mendengar pandangan-pandangan wartawan segera …


‘Ya Allah Selamatkanlah mereka ..kembalikan mereka’

No comments:

Post a Comment